Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Awas!!Entri Panjang
Hari ni hari ke 13
aku berpantang..berpantang sendiri sahaja..sebenarnya nak berpantang kat kampung..boleh
la bermanja-manjaan dengan mak.tapi memikirkan Irfan tak ada yang nak jaga
kalau Mr PPP oncall terpaksalah ikut dia balik ke Johor hari ke 9 berpantang.
Alhamdulillah rasanya bila dah bersalin..kalau tidak stress
je rasa memikirkan bila nak bersalin hehe..sepatutnya aku bersalin 16.8.2013…tapi
dah overdue seminggu…anak umi nak keluar 22.8.2013.. Pengalaman bersalinkan Nor
Izra Zayani tak jauh bezanya dengan bersalinkan Irfan dulu Cuma,rasanya lebih
menarik..kenapa?? aku sempat beli 2 pasang selipar baru untuk bersalin..hehe…aci
dak??
Selepas kemasukan ke wad tempoh hari..14-16.8..aku dah
serik..aku nekad..selagi tak sakit betul-betul aku takkan ke hospital..pergi
hospital kali ni mesti untuk bersalin je..tak sangka pulak aku rajin melayan
False labour..hehe..maklumlah masa Irfan dulu sakit je terus nak bersalin even
baru 34week..memang terasa sakit.tapi aku tahankan aje sebab tak regular pun..selalu
tengok jam…dah cukup 5minit sekali ke tidak..
21.8.2013(Rabu)
Aku dah rasa sakit contraction makin berkurang…sakit di
bahagian ari-ari pun dah tak ada…so,petang tu aku ajak mak aku pergi pasar malam..aku
nak beli selipar.aku cakap dekat mak…takkan aku nak pakai selipar yang dah nak putus
pergi hospital kalau nak bersalin
nanti..hehe…
Jadi,petang tu..terkedek-kedek la mak buyung pergi cari selipar
dekat pasar malam…dan sudahnya dapat 2 pasang selipar baru dengan harga
RM25..see?? aku tak suka pakai selipar mahal-mahal pun..terserlah tahap jimat aku..haha
Sebelah malamnya pula melayan pulakcerita Hindustan Main
Hoon Naa di Tv3 tapi separuh jalan je..rasa mengantuk yang amat..selalunya
lewat juga aku tidur sebab melayan sakit..malam ni tak de pulak sakitnya..
22.8.2013 (Khamis)
Aku tersedar jam 8pagi…keluar bilik cakap kat mak..
”Anak mak
dah terlepas Subuh.lena sangat tidur semalam”
…pelik juga..selalunya 4-5kali aku akan bangun
kencing..tetapi semalam hanya sekali je aku bangun..dek kerana tak ada apa yang
nak dibuat,aku menyambung tidur..tapi tak boleh tidur pulak..perut terasa kembung
semacam je..aku pun sapu-sapu minyak yu yee dekat belakang…lepas tu
kentuuuuuttt…fuhhh lega kejap..5 minit kemudian rasa lagi macam kembung perut…buat
lagi macam tadi…dapat kentut..lega kejap..tetapi lega tak lama…5minit kemudian rasa
lagi..aku bangun..jangan-jangan dah nak bersalin???
Aku bangun dan jalan-jalan dekat
ruang tamu rumah…sah!! Contraction..memang dah 5minit sekali..tapi,takdelah
sakit sangat..masa tu baru jam9:30 pagi.
So,aku buat keputusan nak mandi..lepas mandi aku makan nasi kerabu
yang ayah aku beli..kebetulan mak aku balikdari bagi makan ayam itik dia..aku
pun cakap la dekat mak..
”mak,naiklah..pakai baju lawa-lawa”
dengan tujuan tak nak bagi
dia panik sangat..hehe
Mak aku tanya kenapa..aku cakap la nak pergi hospital..apalagi…cepat
je mak aku salin baju..tup-tup siap tanya mana beg dah..aku sengih-sengih lagi..aku
cakap baru sakit sikit-sikit..mak aku cakap,tak kan aku nak beranak kat umah..hehe..
Aku call abang aku mintak dia hantar pergi hospital..masa tu
dah rasa sakit sikit-sikit bila contraction
datang..tapi memang boleh gelak-gelak
lagi sampaikan abang aku cakap betul ke nak beranak ni..hehe
Sebelum pergi hospital tu aku sempat pergi tandas..tup-tup
dah keluar darah dan lendir..banyak pula tu..aku dah siap-siap pakai pad..dalam
hati panik juga..memang dah sah bersalin hari ni..sempat whassup Mr PPP cakap dah
otw pergi hospital..(masa ni Mr PPP masih dekat Johor)
Sampai di hospital,daftar dan aku cakap aku sakit perut dan contraction
dah 5minit sekali..Nurse tu suruh pergi kencing dulu..lepas tu baring dekat
katil untuk buat CTG..masa ni makin kuat rasa sakit contraction..mulut memang
tak henti-henti baca..
Lailahaillaanta subhanakainni kuntuminazolimin..
nak tunggu habis buat CTG memang
terseksa rasanya..
Lepas tu ada seorang Nurse datang…nak buat VE…..jeng jeng
jeng…..dah 5cm!! tapi sakit boleh tahan lagi..Time tak ada contraction still
boleh gelak lagi..yelah..mana taknya diorang duk ngomel pasal Jamuan hari raya
kat L.Room..hehe
Oleh kerana dah ada bukaan 5cm..aku diarahkan tukar baju dan
masuk bilik dekat L.Room tu..perasaan toksah cakap lah..tiba-tiba rasa takut..whassup
Mr PPP..cakap dah boleh balik dah..masa tu jam 11.45pagi dah…kemudian aku ditinggalkan
sorang-sorang dalam bilik tu..segala teknik-teknik pernafasan,teknik-teknik meneran
yang aku baca cuba diingatkan balik..tapi bila datang contraction..aku hanya ingatkan
mati…mak oihh…kenapalah sakit sangat..alangkah baiknya kalau Mr PPP ada disisi..sekurang-kurangnya
sokongan darinya buat aku kuat menahan kesakitan.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.15..aku rasa tak tahan..rasa
nak meneran…terkepit-kepit aku menahan sakit dan tunggu nurse datang..pagar bed
tu aku rasa macam dah hampir patah aku paut..hehe…dalam hati doa-doa agar ada yang
masuk jenguk..doa dimakbulkan..jam12.30 ada JM masuk..terus aku minta supaya buat
VE..aku cakap aku dah rasa nak teran..okeh..8cm dah..masa tu dia Tanya aku..nak
bersalin cepat ke lambat?? Aku cakap of course nak cepat…so,dia pecahkan air ketuban..dia
cakap aku ni ketuban darah..sebab tu sakit..aku dah tak fikir apa dah..janji selamat
bersalin..
Jam12.45…dah fully..masa ni aku dah sedia nak teran..
Memang susah memandangkan anak aku besar sikit..aku
awal-awal lagi cakap aku tak nak di episiotomy kan..hehe..JM tu cakap memang
tak perlu episiotomy memandangkanaku punya perineum tu senang meregang..cara
aku meneran pun betul..
see,tak sia-sia buat kajian dan membaca…hehe
Jam1.04 petang…aku selamat melahirkan Nor Izra
Zayani..dengan berat 3.16kg..bila Izra diletakkan atas dada aku…terasa
bahagianya..yeay!! dah sepasang..
Lepas bersalin..susukan Izra..time tu Nurse bawakan telefon
aku untuk call Mr PPP..suka benar dia bila aku beritahu dapat baby girl…memang
itu yang nak..dan diidam-idamkan.Jam 2 lebih barulah aku dihantar kewad..Terima
kasih semua staff Hospital Setiu yang terlibat masa aku bersalin..
terutama JM Mokhaiza
yang menyambut kelahiran anakaku..
Alhamdulillah dapat juga bersalin secara normal.
tahniah. selamat berpantang :)
ReplyDeletethanks doc.:)
Delete