Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Dah 39 minggu..atau dah 40 minggu...tapi belum juga bersalin...
stress memikirkan saat tu bila nak tiba kan? tak yah tipu la..sebab aku pun mengalaminya dulu..hehe..
tambah stress bila jumpa orang..orang tanya bila nak "pecah"??
tapi, sebetulnya..saat tu tiba bila ia nak tiba..tapi ada sesetengah orang kata kelahiran boleh di "induce" secara semulajadi dan juga pelbagai petua-petua yang dikatakan boleh mempercepatkan kelahiran.
Biasanya,kelahiran bermula apabila os dah terbuka 3cm atau lebih..atau pun turun tanda atau juga pecah ketuban..masa tu dah comfirm-comfirm korang akan bersalin.
tapi kalau air ketuban dah pecah namun gesaan untuk bersalin tiada...MESTI pergi ke hospital dengan segera sebab bila tak ada air ketuban,baby akan lemas..masa tu kelahiran mungkin akan di induce..tapi memang dah tak ada cara lain dah..sama ada induce atau operate..
mencetuskan contraction/kelahiran~berjalan...berjalan...dan berjalan~sexual intercourse~rangsangan pada puting susu~selalu mencangkung/senaman~minum minyak/air selusuh~minum air rendaman akar fatimah~hisap air hujung rambut bila mandi~bercakap dengan baby,pujuk baby keluar
Nasihat aku..jangan la excited sangat mencuba pelbagai cara diatas kerana boleh juga mendatangkan mudarat..kata orang,jika minum minyak selusuh sebelum tiba masanya hanya akan menyebabkan rasa sakit tetapi jalan/os tidak terbuka..so,korang akan dapat sakit saja-saja.hehe..biasanya orang minum minyak selusuh bila os dah terbuka 5cm..info yang aku dapat di labour room..ramai yang minum minyak selusuh sebelum tiba masanya mengalami sakit yang lebih lama..dan...kalau dah terminum minyak tu tapi still tak bersalin lagi...korang buka je penutup minyak tu...biarkan terbuka...insyaAllah..tak lama...2,3 hari atau minggu depan bersalin lah.hehe
Air rendaman akar fatimah pula..boleh je minum bila-bila..tapi pastikan dah lebih 36minggu..boleh juga sapu di perut..boleh buat mandi..tapi,rasanya macam air ikan puyu...hehe..
aku amalkan minum bila dah 37minggu keatas..
Satu lagi tips dari abang aku ialah hisap air hujung rambut..yang ni sempat buat 2kali je..hehe..kalau bab-bab makan telur ayam separuh masak...minum milo..aku tak pernah try..sebab yang tu aku rasa lebih kepada bekalkan tenaga semasa nak bersalin..
surah amalanSurah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Jangan lupa doa Nabi Yunus..kalau boleh,dari mula rasa sakit nak bersalin sampai bersalin..korang baca ni..
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim".
(Surah Al-Anbiya': ayat 87)
Untuk cepatkan proses bersalin pula..berbaringlah sebelah kiri..ia boleh mempercepatkan bukaan os..amalkan teknik pernafasan yang betul semasa sakit contraction datang..
Walau apapun caranya..segalanya dalam kuasa Allah..susah ke,senang ke..semua bergantung kepadaNya..
dan even 39,40 minggu belum bersalin..jangan risau...kita ada bahagian masing-masing..~peace:)
terima kasih atas perkongsian tips ni. Kenit dulu amalkan doa Nabi Yunus alhamdulillah sakit hilang sekejap waktu tu..dapatla amik nafas jap :)
ReplyDeletedone follow sini no. 3128
ReplyDeletesudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
terima kasih kerana sudi berkongsi. Penting gak amik tau amalan2 org dulu2..
ReplyDeleteBnyk jgk tips kat sini..semoga proses bersalin yg kedua di permudahkan..amin
ReplyDeleteAlhamdulillah.. banyak jugak tips.. sy sedang mencari tips mencepatkan bersalin.. dah nak 40w dah tapi x ada lagi tanda.. once again..thanx..
ReplyDeleteWww.suplemenmakdara.com
Tq for the tips...google2 jumpe blog ni.. Tgh tnggu hari ni bby x mau kuar lg..huhu sudi3 follow me back ye ;)
ReplyDeleteAyu skrg 39 week. Pun lum deliver lg.. :) salam kenal..
ReplyDeletesy 36weeks,smga sy dpt brsalin awal dr due..40weeks tu dh 10bln,ank sulung on sy brsalin 9bln jugak,alhamdulillah...smga dprmudahkan sgla urusan,tq for ur sharing.salam perkenalan ye :)
ReplyDeleteSaya dh 40minggu hri ni...tpi xder tnda2 lagi..😁
ReplyDelete