Saturday, January 7, 2012

Wordless~Selamat Bertunang


mila


alifah


amirah




semoga berpanjangan~





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 6, 2012

Katek ohh katek



Hai...baru saja beberapa jam mengambil alih blog Puteri Katek..
banyak reaksi dari kawan2..

yelah..katek tu blogger hebat..aku ni siapa la..hanya ada blog picisan je..
tak mampu aku nak menandingi orang lain..

rasa tak layak plak nak jadi MAMA baru blog tu..
takut wei...blog orang..
kang aku dapat title 'tukang punah' plak..haha

tapi, aku tahu..dan sedar diri...yang minat aku hanya menulis..
aku bukan reti bab2 edit2 ke hape ke..
aku hanya insan biasa yang suka menulis..
aku meluahkan apa yang aku fikirkan melalui blog..

so,lepas ni aku harap..korang dapat terima dengan hati yang terbuka yang blog itu aku yang pegang..
aku tiba2 rindu kat katek..best hape baca tulisan2 dia..
tak heran la ramai peminat! hehe

*patah tumbuh, hilang berganti*



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Puteri Katek punyer blog dah jadi aku punya???



Hai macam tak percaya!!
tapi kena percaya juga..
semua berlaku dengan tiba2..

petang tadi online facebook..terbaca status Puteri Katek..



terasa gatal tangan nak pi komen situ..tak sangka pulak yang katek ni serius!
dan akhirnya blog bertukar tangan..

first,rasa tak sangka..biasanya pi baca2 je blog ni..tapi..last2 jadi hak milik aku pulak..


pasal apa katek ni tak nak ber'blog' dah aku pun tak tahu..
dan..aku harap..aku dapat jaga blog ni dengan baik la memandangkan katek ikhlas bagi blog dia kat aku..
dan aku harap juga pembaca2 blog Puteri Katek dapat bagi sokongan pada aku...sebagaimana mereka 
bagi sokongan pada katek..


Buat Katek..kalau kamu terbaca post ini..
terima kasih banyak2..
dan akak tahu..akak punyer penulisan tak sama langsung dengan katek..
doakan akak jaga blog katek sebagaimana akak jaga blog akak juga..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 5, 2012

kami remaja sihat, kami anti zina.



Assalamualaikum semua...


 ini adalah satu group kat facebook dan aku telah di invite masuk oleh admin..adik angkat aku sendiri..
first.terkejut gak..tak pasal2 masukkan aku dalam group bab zina-zina nih..takut gak aku..

dan terkejut lagi..tajuknya "remaja"...aku remaja lagi ke? haha

dan..aku rasa bagus juga kan..group2 macam ni aku rasa okey la..boleh ajak orang jauhi zina kalau digunakan dengan cara yang betul..:)

tapi aku rasa yang guna facebook dan yang ada blog ni semua budak baik..remaja yang sihat!
kan..kan? hehe

begitulah harapan semua orang..harapan semua ibu bapa di Malaysia ni pun..semua nak anak-anak yang "berjurus" kata orang kelantan..maksudnya anak2 yang baik..dengar kata..
dan harapannya lagi..baik juga akhlaknya..

mari sama2 mengamalkan hidup sihat
jauhi zina..

>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Anda tersesat ??



Assalamualaikum..
hai kawan semua..sihat2 selalu la hendaknya ya..maklumlah..perubahan cuaca ni mungkin ada yang demam dan selesema..

Korang perlu jaga diri baik2 dimusim banjir terutama di kawasan-kawasan yang terlibat..tambah pula musim persekolahan yang baru sahaja bermula buat adik2 yang masih bersekolah..

Oleh kerana Mr PPP bercuti selama beberapa hari..aku juga turut serta dalam journey 'balik kampung' nih..hehe

sungguh seronok rasa bila berada di kampung sendiri walaupun agak sibuk kesana dan kemari memenuhi permintaan demi permintaan kedua-dua belah keluarga..biasa la kalau dah jarang-jarang balik..

beberapa hari yang lepas..aku ada postkan entri cara berkesan untuk tingkatkan follower
dan sambutan untuk entri itu cukup memberangsangkan
hinggakan ada yang meninggalkan mesej di facebook mengatakan yang beliau bersemangat semula untuk menulis blog! Alhamdulillah~

haha..padahal aku bukan buat pape pun..tapi..bagus juga kalau entri yang aku tulis ni dapat memberikan harapan pada orang kan..bukan harapan palsu la..harapnya!

memang menulis blog bukannya senang..kadang2 hingga dikecam..sebabnya menulis tentang orang secara berlebih-lebihan hingga menimbulkan fitnah..ada juga yang terlalu menulis tentang hal peribadi hingga menjatuhkan maruah sendiri..

masing2 kena ingatlah..niat menulis tu untuk apa sebenarnya..kembali ke jalan asal jika anda dah sesat!


p/s: 
1. Tahniah kepada Faizura Rahman kerana telah mula bekerja di Tung Shin Hospital..harap dapat dengar berita di blog tentang kerjanya..:)

2. harap mak ayah aku gembira menonton dengan Tv baru yang aku dan Mr PPP hadiahkan..

>_<






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE