Wednesday, January 29, 2014

SPA8 atau Degree??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}
Salam kak, sya ada nak tnya skit..saya agak tekanan utk memikirkan permasalahan ni.. family suruh saya buat plihan sama ada sambung degree atau masuk SPA..contohla saya dapat SPA bahagian nurse..dah blajar 3 tahun, confirm kah saya dpt kerja kat dlm hospital? apa kelebihannya kalau saya kerja kat SPA ni.. saya agak tekanan memikirkn permasalahan ni..saya harap kakak boleh membantu saya..sebab saya nak masuk Universiti, disamping tu saya b'fikir jaga kemahuan keluarga dan kelebihan yang ada kat dalam SPA ni..tolong saya..saya dilema..
apa kelebihan bekerja dengan SPA ni..saya agak tekanan memikirkan permasalahan ni..saya dilema..saya nak juga sambung degree..disamping tu saya juga nak masuk SPA..contohla saya dah belajar 3 tahun dalam nursing..confirm ka saya kerja kat dalam hospital? dan apa kelebihn yang SPA bagi kat student2x dia?
Kali ini aku kongsikan satu masalah kawan kita ni..soalan ni sangat-sangat biasa ditanya pada aku..kepada yang mengalami masalah yang sama.dengarkan penerangan kakakmu ini adik-adikku..hehe

Ramai antara adik-adik yang sukar buat pilihan tentang kerjaya masing-masing..ada yang masih tak puas belajar masih nak sambung belajar...belajar...dan belajar..pada pendapat aku..zaman sekarang aku rasa lebih elok difikirkan tentang kerjaya..so,kesimpulannya..aku nak tanya belajar tinggi-tinggi hingga degree then baru cari kerja atau bekerja dari pangkat yang rendah then sambung belajar ke peringkat lagi tinggi,mana lagi bagus??

mengikut masalah adik ni,dia tersepit tentang tawaran degree ataupun mahu memohon SPA sahaja.Aku takkan kata SPA adalah jalan yang betul kerana ia adalah satu pilihan..tapi,pada aku,join SPA adalah satu kelebihan yang mana-mana universiti tak ada..bila korang dah jejakkan kaki ke dalam SPA,automatik korang sebenarnya telah pun diterima bekerja. 
Buktinya,lihat sahaja dibahagian deskripsi tugas di SPA..contohnya jururawat..

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

dan korang dah tentunya dapat elaun semasa 3 tahun latihan...Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan..time aku dulu RM600++je...so,dekat situ kelebihannya dengan SPA ni..dan lagi penting,korang automatik akan bekerja setelah tamat 3 tahun latihan..

Jadi, buatlah pilihan yang betul-betul...
jika ada pertanyaan boleh terus email ke nofnakaara87@gmail.com~ korang takkan dilayan time aku kerja..muehee..

p/s: belajar tinggi2 then tak dapat kerja...membazir masa..ye dopp??



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 13, 2014

Kisah Malaikat Kecil



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tanda hampir dengan kematian



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sedang melihat dan menghayati cerita Tahajjud Cinta,tiba-tiba teringat tentang tanda-tanda hampir dengan kematian..
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Maka,sesiapa yang merasai tanda kematian,adalah sangat rugi jika tidak membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Fenomena KANGKUNG di media sosial



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Buka sahaja mana-mana media sosial dah tentu akan terjumpa ayat "KANGKUNG" Istimewanya kangkung kerana menjadi bualan hangat di serata ceruk Malaysia..

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.
Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Ada betul juga kenyataan tersebut.memang harga kangkung turun!! 

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

“Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah,” katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini.

aku kata:
" Orang bijak bisa mengubah fikiran, sementara orang yang bodoh tidak akan pernah mahu. "



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Jururawat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

LANTIKAN KE GRED U29
Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
GRED U29 [ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]


LANTIKAN KE GRED U41
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
GRED U41 [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]


sumber: SPA


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Giveaway Birthday Azhafizah



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Giveaway sempena Birthday Blogger Azhafizah...sekarang ni dah jadi satu trend yang mana orang yang menyambut Hari Lahir yang memberi hadiah..nasib baik lah Hari Lahir sekali je setahun ek...kalau tak.tokey balak  pun muflis..hihi

Aku sebenarnya dah lama bebenar tak join mana-mana Giveaway..malas nak taip entri.tapi,bila tengok hadiah tu macam menarik je..terus jadi rajin..ahak!!
korang tak percaya pergi tengok sendiri...sure join punya..

Btw, Happy Birthday kepada Azhafizah next month..:D


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, January 12, 2014

We retire young in order to get rich



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Kawan 1 : Saya sekarang cuti tanpa gaji 2 bulan & telah hantar notis untuk resign...
Kawan 2 : Mmg la kau kena cuti tanpa gaji kalau tak macam mana kau mahu gerak sana sini buat bisnes...

Saya hanya tersenyum mendengar KOMEN kawan 2....teringat kata2 Robert T.Kiyosaki dalam buku beliau yang ke 5 RETIRE YOUNG , RETIRE RICH...

'We retire young in order to get rich. One of the advantages of retiring young is that we now had the FREE TIME to get RICH!!"

jadi,JANGAN PERNAH pertikaikan apa yang orang lain buat hari ini, JIKA kita juga masih belum BERJAYA...Kita yang lebih memahami KEPAYAHAN HIDUP selama ni...kita yang LEBIH PERLU TAHU impian kita untuk siapa..kita juga yang MENCORAK arah tuju kehidupan kita ... 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 9, 2014

Susah tak jadi MR MAMA??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Baru-baru ini aku agak sibuk dengan kerja,kursus.kerja.kerja dan kerja..pernah kerja dari 7pagi sampai 10malam NON stop!! kaki krem..tangan menggeletar kerana tak cukup makan..eh,tak makan..serius!! tak pernah orang sakit begitu ramai.Ramai yang mengada-ngada..jadikan nurse ni macam hamba..kejap-kejap panggil..haih~banyak kerja tergendala weh..

Okey,bukan itu yang aku nak cerita.Yang aku nak cerita tentang Mr PPP yang terpaksa jadi Mr Mama bila time aku kerja malam dan time aku sibuk..
komen pertama dari dia bila aku balik kerja malam adalah MENGANTUK.sebabnya anak aku tidur jam 2 pagi..hehe.

Tak kena tak tahu..itulah hebatnya seorang ibu...boleh berjaga malam jaga anak dia yang tak nak tidur..then pagi bangun macam biasa untuk pergi kerja..ataupun korang boleh bayangkan ditempat aku..aku pergi kerja jam 9malam.Automatik Mr PPP ambil alih jaga anak.

Dah kerja dah tentulah aku tak tidur..balik kerja jam 7pagi..kena sambung jaga anak yang dah tentulah tak nak tidur dah..kena buat kerja rumah...malam masuk kerja lagi???tidur 2 jam je sehari..tu pun tak berkualiti..hehe

Ada juga dikalangan bapa-bapa ni yang boleh jaga anak sementara isteri pergi bekerja..contohnya Ben Ashaari..Aku suka bila ada dikalangan bapa-bapa ni yang ambil tahu sedikit tentang nak jaga anak..sebab,kadang-kadang kebanyakan daripada mereka menyerahkan 100% penjagaan anak kepada isteri..sekurang-kurangnya bantulah mereka..

p/s: agaknya kalau seorang ibu buat blog cerita pasal 10 orang anak dia MELETOPP tak??hehe




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE