Saturday, January 26, 2013

Segmen: Blogwalking Bersama Arra Ahmad



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dah lama tak anjurkan segmen..kali ini nak buat satu segmen blogwalking..yang bertujuan untuk dapat kawan baru,tingkatkan follower,mengeratkan hubungan yang sedia ada.

segmen yang sangat mudah


syarat

1.Buat satu entri bertajuk Segmen: Blogwalking Bersama Arra Ahmad.
2.Letak banner segmen dalam entri dan linkkan ke entri ini.
3.sertakan jumlah follower korang yang terkini.
4.hantarkan link entri korang ke ruang komen entri ini
5.tag kawan korang (tak wajib)

semoga dengan segmen ini akan meningkatkan trafik blog korang..
segmen berlangsung sehingga sabtu minggu hadapan..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 25, 2013

Fenomena Laut Merah/Red Tied/Alga Bloom


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Baru je plan nak ajak Mr PPP makan Char Kuew Tiaw malam ni..alamatnya kempunan lagi lah nampaknya..

terbaca status Cik Puan Azizah pasal mengidam nak makan char kuew tiaw.
lupa pula pasal Fenomena Laut Merah yang berlaku di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi berhampiran. 


Akibat Fenomena Red Tied tu semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) tidak selamat dimakan buat sementara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak. ke ada yang makan ikan sekali dengan organ dalaman?? hehe.

Red tide ni berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut.Red Tied adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. .
Nasihat supaya berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.



Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran.

Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. 
Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan.

Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku.

Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Soalan Popular semasa hamil



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

alangkah indahnya perasaan semasa hamil..eh,ko lelaki...jangan nak bayangkan..sekeh kang! hehe
yang perempuan je yang boleh bayangkan.
tetapi dalam kesibukan melayan rasa bahagia kerana akan menimang cahaya mata tak lama lagi,mesti ada yang tertanya-tanya ataupun..pelbagai persoalan yang muncul dibenak tentang kehamilan.

lebih-lebih lagi kalau anak yang pertama..lagilah teruja dan nak tahu banyak perkara..
disini aku kongsikan persoalan-persoalan popular dari ibu hamil yang dipetik dari PAMA.
Jawapan adalah daripada Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam.

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?
Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada keturunan atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hB tetap rendah?
Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hB tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?
Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?
Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?
Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?
Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?
Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?
Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil. 

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?
Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.  

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?
Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?
Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.
           
Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?
Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?
Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.
Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?
Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?
Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?
Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?
Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia. 

ha..banyak lagi persoalan-persoalan yang nak dikemukakan sebenarnya.Tiap-tiap orang akan mengalami pengalaman hamil yang berbeza..tiap-tiap anak pun berbeza rasanya..
Cadangan aku, vitamin untuk ibu hamil ialah Obimin..serta Eberet Folic jika mengalami masalah paras Hemoglobin rendah..sebabnya aku tak makan folic acid yang diberi oleh klinik..baunya..perghhh!!! haha
jaga diri,jaga sikap..:)



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

CPUV/BE dari Nuffnang : Popular Jan 2013



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

 Alhamdulillah..rezeki masyukk lagi..hehe
Nuffnang bagi CPUV/BE lagi untuk blog aku yang comel ni..
syukur tak terhingga..


BE yang melekat kali ini ialah Popular Jan 2013.
manakala BE yang lepas pun masih lagi running iaitu Digi iPhone 5

ramai yang mengeluh mereka dah blogging lama tetapi belum pernah dapat BE..kalau nak tahu,aku pun mula dari bawah juga..ikut tips-tips senior yang dah lama dengan Nuffnang,mesti dapat punya..


ada juga yang tanya berapa lama iklan ni akan ada/melekat..
emm...setahu akulah,selagi mereka percaya yang blog kita ni mampu beriklan..selagi itulah iklan itu akan bergoyang-goyang dekat blog..hehe..lagi satu dia tengok unique visitor.nampak tak Nuffnang tulis apa bawah tulisan kuning dalam gambar tu?? ha..tulah pentingnya blogwalking..

kepada yang belum berjaya.jangan putus asa ya..:)





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, January 23, 2013

CPUV/BE dari Nuffnang : Digi iPhone 5



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Nuffnang beri rezeki lagi..dapat BE/CPUV untuk tahun baru..Digi iPhone 5.


ramai yang dapat ni...tak percaya cuba periksa Nuffnang masing-masing..hehe
apapun,terima kasih Nuffnang kerana tak putus harapan dengan blog aku ni..
harap BE/CPUV ni akan berjalan dengan lancar dan lekat lebih lama..

belum pernah merasa CPUV/BE??? nak dapatkannya? jom lihat SINI




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 18, 2013

Fenomena Listen..Listen


Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

buka facebook...fenomena Listen..Listen..hehe..ada yang tahu tu tahulah...yang tak tahu tercengang-cengang nak komen..
sebenarnya listen..listen..listen ni berkait dengan video ni..


video ni berkaitan dengan penceramah forum tu....Sharifah Zohra Jabeen iaitu merangkap jawatan Presiden Organisasi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).Forum ni bertajuk "Seringkah Mahasiswa dan Politik?" di UUM Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012.
keadaan bertukar gamat bila Bawani KS bangun dan mengemukakan hujah dan juga persoalannya..selebihnya tengok sendiri.

tapi,aku suka juga tengok Parodi Forum Suara Mahasiswa oleh MatLutfi...hehe



animal have problem too....:P

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Anak aku pergi mana??


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hai readers..ceh speaking pulak..haha..
pernah rasa hilang anak? selalu kita dengar dekat tv atau pun baca dekat surat khabar je kan?
habis-habis kita cakap.

"kesiannya anak dia hilang"
ataupun ada juga yang sesekali mengutuk.

"tulah..anak besar tu tak jaga betul-betul...mak bapak dia tak alert ni"

kan...kan? benda ni realiti lah..orang takkan habis-habis buat spekulasi tentang apa yang berlaku disekeliling mereka selagi benda tu tak berlaku pada mereka sendiri..

aku dah merasainya...fuh nak tercabut jantung aku..ala-ala Enovel si Afzal...bisa gugur jantung gue...haha
ceritanya macam ni...
2 hari yang lepas...sedang nyenyak aku tidur..maklumlah baru habis kerja malam.ada mabuk-mabuk juga..lebih kurang sebelum azan zuhur berkumandang..telefon berbunyi.nombor tak dikenali..
aku memang malas nak angkat sebab manalah tahu kot-kot orang hospital telefon panggil aku naik kerja..so tired doh! hehe. so aku buat tak layan je..siap buat silent lagi...
lebih kurang 10 kali gitu miscol..

bila aku fikir balik,biasanya kalau hospital telefon takat 3 kali je..ish! kacau betul...aku pun angkat lah...

"hello..Faiza,irfan sekolah tak??" ooo..pengasuh anak aku rupanya..selalunya balik sekolah memang dia yang ambil anak aku sebelum hantar ke sekolah agama petang nanti...

"sekolah la kak..kenapa?" jawab aku...yelah...dah tak de kat rumah..memang kat sekolah la..dah hantar pun baju ke rumah pengasuh aku tu...

"eh,irfan tak ada kat sekolah ni..dah satu sekolah dah cari.dalam kelas tak de...mana-mana pun tak de" beritahu pengasuh aku cemas..

aku masa tu dah melompat bangun..siap berdiri lagi...megantuk hilang..mabuk-mabuk pun dah hilang sekali...
Ah! kemana pula lah budak ni pergi.sebelum ni tak pernah buat perangai pun..aku pun,siap tukar baju..(syuhhh...tak sempat mandi..keh keh) start kereta,terus menuju ke sekolah dia..jauh la juga..dalam 20 minit..
pening pun aku gagahkan juga..sebab risaukan dia.
yelah.7 tahun..mana nak tahu cari jalan balik..tapi..aku yakin dia tahu jalan balik..cuma..cuma...aduh! kereta banyak..nak lintas jalan macam mana tu...risaunya aku....

sambil bawak kereta,aku kesat air mata guna wiper.haha...
anak seorang..memang lain macam lah aku rasa..

Hampir-hampir sampai dekat sekolah irfan..pengasuh dia telefon...cakap dah jumpa..dekat THE STORE tepi sekolah dia..ikut kawan-kawan pergi beli mainan..aku singgah rumah pengasuh aku tu..sembang-sembang sekejap..dengar juga dia membebel..dia pun risau.yelah..anak orang hilang masa dia jaga..fuh! lagi penat tu...

on the way balik tu aku tanya anak aku..kenapa pergi The Store..sebab selalunya tak macam tu..duit pun tak ada,nak pergi beli apa...serius aku tak boleh nak marah dia sebab..aku rasa mesti ada sebab dia pergi sana..
katanya dia tak jumpa cari kereta pengasuh dia..lagipun hari tu orang lain yang pergi jemput dia...SEE...bukan salah anak aku..dia salah cuma sebab pergi The Store je..

tapi aku pesan juga dengan dia..lain kali jangan buat macam tu..sebab aku tak nak kehilangan dia.dapat anak lain pun mana nak sama kan??

kepada yang ada anak tu..jagalah elok-elok.jangan biarkan hilang..:)






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 14, 2013

Nuffnang tak merajuk pun..


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah...akhirnya dapat balik online guna laptop..susah sungguh kalau nak online guna handphone..dah la kecil...makin rabun aku jadinya..hehe.

hari ni juga bantai pergi ziarah blog kawan-kawan yang dah hampir 2 bulan juga aku puasa blogwalking...ada ke?? hantam je.haha.yelah...kalau nak guna handphone nak blogwalking aku rasa tak puas..macam ada yang kurang..

dan selain dari itu..Nuffnang juga tidak merajuk dengan aku..masih bagi CPUV/BE walaupun aku jarang blogwalking dan juga update blog..Alhamdulillah..rezeki namanya tu..kan?
buat masa sekarang,tak ada apa yang istimewa yang nak dikongsikan..yelah...cerita menarik tak ada.balik je kerja,aku tidur..penatnya Tuhan jelah yang tahu..mungkin sebab pembawakan budak..
malam-malam susah nak tidur sebab perut jadi kembung..tak boleh sejuk sikit..mesti perut aku kembung...

tak macam mengandungkan Irfan dulu..yang ini ada peel sikit...anak perempuan kot? hehe..
teringin juga nak sepasang kan...walaupun si Irfan kata nak adik lelaki..boleh teman main basikal katanya..eh,adik perempuan pun boleh hape??haha

Walaupun,sejak tahu mengandung ni...dapur rumah aku tak berasap langsung,Mr PPP masih ok lagi..boleh tahan katanya dengan makanan kat kedai..
nak buat macam mana..bau minyak pun aku tak boleh...masuk je dapur,rasa loya...ah! kalau buatnya 9 bulan tak masak...parah tu...haha.

semoga aku cepat-cepat bertenaga balik...boleh masak..jadi rajin..dan kalau boleh nak anak perempuan..InsyaAllah...:)



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Baca Surah Yasin bukan masa nak mati je!


Assalamualaikum..wbt.
Apa khabar korang semua.semoga sihat selalu hendaknya..
Hari ni nak kongsikan satu cerita tentang mereka-mereka yang tersangatlah educated sehingga menjadi terlalu singkat akalnya untuk berfikir..

Dijadikan cerita,ada satu pesakit yang menghidap breast cancer.end stage..dan dalam keadaan yang tenat.orang kata menunggu masa untuk dipanggil sahaja..
Anak-anak dan warisnya hanya datang melihat-lihat dari sisi katil.sentuh pun tidak.jauh sekali membacakan ayat-ayat suci..

Aku sungguh tak sampai hati melihatkan pesakit tersebut berada dalam keadaan gasping dan tiada yang mengajar beliau mengucap..
Anak pesakit tersebut hanya tidur sahaja ditepi..


Aku meminta anak pesakit agar membacakan surah yasin.tetapi lain pula yang jadi..katanya,
Kenapa nak baca yasin..macam doakan mak dia cepat mati..

Ya Allah..mengucap panjang aku jadinya..
Kenapa begitu sekali..ayat-ayat suci bukannya mendoakan seseorang cepat mati..kalau betul dia educated sangat,haruslah tahu perkara yang sangat simple macam tu.
Sudahlah,nak cerita panjang pun tak guna..geram! geram!

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 7, 2013

sakit perut ketika hamil



Ramai ibu-ibu mengandung
yang mengadu sakit perut diawal kehamilan.termasuklah aku.

Yang penting,perlu tahu samada kesakitan tu adalah normal atau tidak.
Rasa seperti krem,senggugut tu adalah normal..ia adalah kesan rahim yang meregang untuk penempatan janin dalam tu.

Selalunya ‘ketidakselesaan’ ini tidak merbahaya, namun adakalanya ianya adalah tanda awal kepada masalah yang besar. 

Namun begitu jika ‘ketidakselesaan’ ini atau kesakitan pada abdomen ini berpanjangan, jangan dibiarkan. Bukan saja ia mungkin boleh menyebabkan bahaya kepada ibu yang hamil, malah kepada bayi yang berada dalam kandungan
..eloklah mendapatkan rawatan dari doktor.kemungkinan anda mengalami keguguran..ataupun kehamilan ektopik.
cara untuk kurangkan kesakitan,aku pun tak pasti.tetapi apa yang aku buat sekarang ialah,cuba cari waktu rehat.kerja sebagai nurse ni memang menuntut rehat yang banyak setelah balik bekerja.mujurlah minggu ni mak mertua datang rumah..satu rumah dia bersihkan.segan juga.tapi,aku memang dah tak larat sangat.balik je kerja,tidurlah aku.hehe.
Selain daripada tu,aku sapu minyak je.dekat belakang..setakat hari ni,Alhamdulillah..berkurang walaupun seketika.


Selain itu aku juga minum air halia jika perut terasa sebu/kembung.Syukurlah berkurang.
Kepada yang mengalami apa yang aku alami.banyakkan berehat..jangan terlalu bebankan diri anda dengan kerja..:)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 3, 2013

Booking time!



Assalamualaikum wbt..
Hari ni agak penat..walaupun cuti,tindakan nak pergi booking dekat klinik menyebabkan kena tunggu.mujurlah ada Mr PPP,buat macam klinik sendiri..hehe.
So,yang lambat tu jadi cepat sikit.lagipun,bila diorang tahu aku ni pun staff kesihatan n wife Mr PPP,layanan tu lain sikit la.menyembang je banyak.haha.
Semalam dah ambik darah nak check buse dan fbc.saja gatal.pastu hari ni pun kena ambik darah lagi.fuh! Selalu cucuk orang.hari ni aku yang kena cucuk..sakit juga.hehe.
Rutin sebagai ibu mengandung bermula dari sekarang..
P/s: dah nak kena jahit uniform baru ni.lalalala..

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE