Saturday, December 31, 2011

Jom Tambah Follower Awal Tahun 2012




hari join segmen sedunia..

dengan segmen ni..aku ingat nak tambah follower hingga 900..boleh?

siapa la follower bertuah yang ke 900 tu ya..

jom join sama..

selamat ber'blogwalking di tahun baru..

>_<


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS



SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!
sempat lagi join segmen nih.

okey..sebelum masuk tahun baru..aku menunggu dan menunggu..menunggu apa?
menunggu si dia balik kerja..

sebelum tu..Mr PPP dah mesej aku..
" siap2..abang balik nanti kita pergi tengok bunga api"

okeh..dah siap2 mandi..si dia balik..aku masak..dan makan nasi.

tengok si dia still relax main laptop..aik?tak nak pergi ke?
aku diam je..tak berani lak nak tanya..biarpun aku dah siap2 neh..

jam 12...dum dam..dum dam...
bunyi bunga api...
anak aku pula tanya si dia
"abah,cakap nak pergi tengok bunga api"

si dia macam tersedar tiba2.tapi macam malas..
dia siap2..dengan si anak..nak pergi tengok bunga api!

dah nak pergi..
"ummi,jom pergi tengok bunga api"
aku tarik muka pat belas!!


akhirnya terlepas nak tengok bunga api dan aku ditinggalkan seorang dekat rumah di tahun baru!
padan muka aku!

*siaplah kalau si dia baca neh!!!sorry..tak ada mood dah*




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Azam tahun baru??




Assalamualaikum wbt..>_<

ya..ini adalah post terakhir aku..

tapi jangan salah anggap..post terakhir di tahun 2011..

esok bakal menjelma Tahun Baru 2012 kan...

 mungkin ada yang selalu menantikannya..dan mungkin juga ada sesetengah orang yang tak mahu 2011 berlalu..mungkin Azam 2011 belum lagi tercapai..hehe

banyak yang dah aku lalui sepanjang tahun 2011..

yang amat mendalam kesannya adalah aku telah tamat belajar..3 tahun tunggu dengan azam yang sama..
"nak tamat belajar"

2012 menyaksikan yang azam aku tercapai lepas 3 tahun..haha (ada ke gitu??)

Azam Tahun Baru??

ada ke? setakat ni azam aku cuma nak kerja je..nak kumpul duit..nak beli rumah...nak beli kereta baru..
dan..yang penting sekali menambahkan ilmu akhirat..

kita tak boleh terlalu pentingkan dunia je..akhirat pun kena jaga...

renung-renungkan dan selamat beramal..

>_<







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, December 30, 2011

Happy New Year



selamat menyambut tahun baru kepada semua rakyat Malaysia..
sambutlah tahun baru secara berpada-pada..

>_<


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Anda Blogger baru dan hebat?





ya..semua blogger hebat..
terutama mereka yang tahu selok belok dunia maya..

tapi aku yakin..ada juga blogger baru..
yang masih baru dalam dunia blog..tapi mereka juga hebat..

aku juga pernah merasai perkara yang sama..masa tu follower hanya ciput..hanya 1-4 orang..

aku juga pernah merasa betapa sukarnya untuk melakukannya..sukar untuk tarik pengunjung..
apatah lagi untuk orang follow blog kita..

aku belajar bagaimana nak menulis..sebab.awal2 menulis blog dulu ada yang menghentam aku dengan teruk sekali!!

ada..korang pernah rasa? mungkin ada dari kalangan blogger cepat je naik..cepat kumpul follower beribu2..
yang itu memang diaorang berbakat.ada yang suka bagi tutorial..
blogger2 baru memang akan serbu blog2 macam ni kan?

tapi..aku pun bergantung dengan blog2 macam ni...mereka memang hebat!

mereka buat aku bersemangat semula..

buat blogger2 baru..jangan putus asa..teruskan apa yang anda hajatkan..
kalau follower yang anda mahu.usaha untuk dapatkan follower..
Good Luck

dan jangan lupa sertai Group blogger...
dan sertai  SINI

>_<


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, December 29, 2011

Jom ping entrI


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 28, 2011

LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA





Assalamualaikum..

hai readers..hari ini aku nak join segmen Lulu Caldina.rasanya ni adalah segmen kedua beliau yang aku join..

segmennya adalah lulu caldina review blog saya..menarik juga tu..

aku sebenarnya teringin juga nak blog aku direview ..memandangkan blog aku tak pernah direview..

aku tak pernah tahu apa pendapat orang lain tentang blog aku ni..

huduh kah..buruk kah..atau tak cantik langsung..entri2 meraban kot..atau betulkah seperti yang dikatakan oleh 'seseorang' yang blog aku ni banyak memotivasikan orang terutama dari kalangan student nurse??

dengan segmen ni..kalau aku berjaya meloloskan diri menjadi 5 yang terbaik, aku akan tahu macam mana sebenarnya blog aku dipandang oleh orang lain..

memang aku agak jeles dengan blog2 lain yang ada follower beriban-riban...comment bertimbun-timbun..
entri memang hebattt..sedangkan aku masih merangkak mencari identiti diri di sini..

harapan aku..agar blog aku ni..digunakan oleh pembaca2 aku sebagai satu medium untuk mereka mendapatkan motivasi dan juga berkongsi pendapat..

>_<

p/s : nak join..klik banner kat atas..tq



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Doakan beliau sihat



Merokok!!!

Mungkin kita tak sedar akan kesannya..

sekarang mungkin kita masih sihat..sekarang kita masih lagi mampu bernafas dimuka bumi ini..

tak pernah nak hiraukan apa nasihat orang lain..

tapi,ketahuilah bahawa merokok bukan saja membahayakan diri sendiri..malah memberi kesan buruk pada orang lain di sekeliling kita..

tapi hari ini aku bukan nak berkempen ke apa...

tapi, nak bercerita tentang seorang rakan blogger kita yang dimasukkan ke hospital


aku doakan saudara Yusuf cepat sihat..

kawan2 pun jangan lupa doakan beliau..

Berita lanjut klik Sini



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Ustaz saya tak boleh kena air ~ TAYAMUM la sayangs




☺ Ustaz saya tak boleh kena air..... ~ TAYAMUM la sayangs !!!
☺ Ustaz saya tak boleh berdiri..... ~ DUDUK la cik adik !!!
☺ Ustaz kaki saya tak boleh lipat..... ~ Duduk atas kerusi.senang kan!!! ...
☺ Ustaz tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul..... ~ BARING dan gunakan mulut!!
☺ Ustaz tak boleh gerakkan mulut.... ~ Solat dengan SYARAT iaitu guna MATA!!!
☺ Guna mata pun tak boleh ustaz.... ~ Solat guna HATI la wey!!!
☺ Kalau masih tak boleh guna hati.... ~ BUNGKUS bawa ke KUBUR!!



Firman Allah SWT:-


لا يكلف الله نفسا الا وسعـها لها ما كسبت وعلـيها مـاكتسبت- البقرة أية 26

Maksudnya : “Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan apa
                     yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikkan yang
                     diusahakannya dan dia  menanggung dosa kejahatan yang
                     dilakukannya.”






dapatkan maklumat lengkap solat bagi pesakit di SINI

Renung-renungkan dan selamat beramal..

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

kenapa asyik cerita Tentang Dhia?



ada orang merungut pasal cerita tentang dhia yang ditayangkan kat tv3 tu..
: cte Melayu.. Harta,miskin,kaye,mak mertua jht,mkn maggi, sakit ley sbb mati.. 'saye ad kanser rahim..peringkat 3' peringkat bape bru bley ksn boss? Sigh......
haha..jangan la tengok weii
apapun..aku pun ralit juga tengok cerita ni..walaupun jalan cerita dia cam tu..tapi dah lali dengan cerita melayu..
tapi..kalau aku tak tengok..sape lagi nak tengok kan..untuk sama2 meningkatkan martabat cerita melayu dalam industri perfileman negara Malaysia..
kebanyakan cerita melayu menipu apabila partnya sampai kat Hospital..haha
 mood: sentap menunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia. (LJM)


 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 27, 2011

Happy Birthday Blogger!



nih entri untuk pemilik blog ni ha..

blogwalking dan blogwalking..jumpa blog beliau neh..

tah kenapa rajin plak nak add kat facebook ..

lepas tu ada pulak birthday reminder..tekan2,naik nama beliau...

so,Happy Birthday untuk beliau..
>_<



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

kerja ibu paling susah!



ya..dalam banyak2 kerja, kerja seorang ibu paling susah..

terutamanya dalam hal mendidik anak

untuk jadikan anak seorang yang berdikari..yang berjaya dalam semua hal kehidupan dan juga akhirat..

memang satu hal yang sukar..tapi tak mustahil.

masih ingatkah tentang lagu ini...? your mother
Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and cloth you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to
Listen most to
Never say no to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
 Ibu di sisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang 

menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, 

membunuh diri dan saksi palsu.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, walau jerih payahnya tanggungjawab, 

seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. walaupun selalunya sinonim dengan kata-kata “wanita itu kaum yang lemah.”

Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap

dilahirkan daripada rahim seorang wanita.
Sebagai tanda rasa cinta dan kasih kepada insan yang bergelar ibu, 

marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala 

kehendak mereka, selagi tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat, 

sekiranya ibu bapa kita masih hidup.

Seandainya mereka telah meninggal dunia, 

doakan semoga Allah s.w.t merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan yang soleh. Amin.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

kerana dia penjual burger



semalam, balik dari jalan2 kat putrajaya..

dalam perjalanan balik tu Mr PPP pulak nak makan burger..

jadi,singgah la kat gerai jual burger tepi jalan..
aku malas nak turun..dan tunggu dalam kereta je..

sambil duk perhatikan la penjual burger tu sediakan burger..

serius aku kata korang tak nak makan burger tu kalau korang tengok cara dia buat.haha

tah la..mungkin dia dah basuh tangan kot..dia rasa tangan dia dah bersih..jadi,dia kaut semua bahan yang nak diletak dalam burger tu dengan tangan je..

angkat burger pun pakai tangan..aduss..rosak.rosak..

dan lagi..sayur dia basuh/rendam dalam baldi jek..ambik pun pakai tangan lagi..


aku nasihatkan siapa2 penjual burger kat luar tu..jaga kebersihan gerai korang..jangan la ambik semua bahan tu pakai tangan..kan lebih elok guna penyepit..nampak la sikit korang ni pembersih..

aha..aku tahu alasan korang...skill kan? haha..agak2 la nak tunjuk skill pun..kuku panjang sedepa,tangan tak bersih..ada hati nak tunjuk skill.

mudah-mudahan gerai burger korang lagi laku kalau korang amalkan kebersihan..

>_<


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, December 26, 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com



Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011
 
 
hari ni nak join pula Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
jom join segmen ni sama2..

nak join anda mesti seorang blogger yang aktif..

aktifkah aku? haha

tunggu apa lagi..jom join sama2..
 
dan selamat ber 'blogwalking'

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, December 25, 2011

A single simple guy with a PhD



Follower ke 811


insan tersebut ialah Abg Eqbal Zack..

A single simple guy with a PhD dalam Occupational Health and Safety..

"I blog from the heart so most of the entry here are my daily life, my PhD research/project and everthing under the sun and moon "

rajin kan beliau belajar sampai peringkat PhD..

tiba-tiba rasa macam nak mengikut jejak langkah beliau..


Tak ada apa yang nak diberikan walaupun beliau follower yang aku tunggu-tunggu..

just a short entri..

tapi, beliau dah buka mata aku..aku nak sambung belajar lagi!

"PhD, I experience stress every second of my lives"

good luck for Abg Eqbal Zack.

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Berjaya dengan Matematik!!




Hai readers..

selamat malam semua..

Tahniah kepada adik2 yang baru saja mendapat keputusan PMR khamis baru ni..

yang berjaya tu..jangan terlalu berbangga dan yang tak berjaya pula jangan terbawa-bawa dengan kesedihan..tumpukan pada SPM yang akan datang.

kat sini aku nak berkongsi tips dengan sesiapa yang bergelar student kat luar sana yang mahu berjaya..

tips ini berkesan bagi orang yang result dia teruk2 dan mahu berubah sahaja..

sesiapa yang tak mahu berubah..AMARAN kepada anda.jangan guna tips ini..hehe

tips ini dibuktikan boleh digunakan oleh adik aku yang sekarang telah berjaya buat A-level dekat Russia..

mesti dia marah lol kalau dia baca nih..tapi aku tak kira..nak tulis juga..haha

okey..tipsnya macam ni..

first sekali kalau nak berjaya..korang mesti minat matematik..

aha..mesti ramai yang mengeluh tentang matematik kan..cuba jadikan matematik satu matepelajaran yang menarik!.

apabila korang dah minat matematik..korang akan pandai dalam bahasa inggeris..sebab matematik diajar dalam bahasa inggeris..

bila korang dah berjaya kuasai 2 subjek tu,mestilah korang tak mahu malu kalau korang tak lulus Bahasa melayu..

bila korang dah lulus bahasa melayu..Sejarah kita korang perlu tahu..ia menjadikan anda tidak buta sejarah macam aku! (aku tak minat! haha)

itu je..subjek lain korang kaitkan sendiri..

yang penting..daripada matematik..korang akan jadikan banyak perkara dalam dunia ini indah2 belaka..

>_<


p/s: adik aku tu, dulu result dia teruk aku cakap..last2 8A dalam SPM..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

BLOG PALING MENARIK HARI NI IALAH



hai..dah lama aku tak join segmen Abg Ben..

hari ni sempat..sempat..hehe

okey..blog paling menarik hari ni ialah blog cik Una

tajuknya hari ini hari ahad..

punyer la fikir apa yang nak dicerita pasal hari ahad..tup2.dia cerita pasal sorang blogger lain..hehe

tu je kot..tapi blog cik una best!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, December 24, 2011

sambal tempoyak





eh,salah tajuk ke hape ni?

tak adalah,rasanya dah betul la ni..sambal tempoyak.

saja nak berkongsi resepi pulak dengan korang semua..

resepi sambal tempoyak ni aku belajar dengan seorang PPP masa kerja di OT (dewan bedah) dulu..

ni aku nak berkongsi cara2 nak buat dengan korang pulak..

bahan2:

1. bawang besar
2. bawang putih
3. cili api
4. tempoyak
5. ikan bilis (digoreng)

caranya mudah je..tumiskan kedua2 bawang hingga garing..masukkan cili api dan tempoyak..
bila dah cukup pekat,masukkan ikan bilis yang dah digoreng..

siap!!

hehe..apelah..budak tadika pun boleh buat kan?






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 21, 2011

Deactivate dah..padan muka!!!



ini gara2 gatal tangan sangat nak klik2 link yang biasanya aku tak buat..akibatnya..

semua org terima akibatnya..abis penuh wall dengan post stalker2 nih..

cukup dengan 2,3 orang yang tekan link tu..dan buatkan semua orang susah!

inilah salah satu perbuatan orang yang tak bertanggungjawab dan tak boleh tengok orang senang!!

jadi bosan tiba2..bosan dengan facebook yang tah apa2.

orang yang tak bertanggungjawab tu pulak mesti tengah gelak sebab taktiknya menjadi..

malas nak buka facebook..tinggal la deactivate dulu..

good bye facebook!


cara atasi:


1 - pergi kat privacy settings facebook korang .

2 - klik kat edit settings how tags work .

3 - klik kat profile preview .

4 - dari disabled , tukar ke enabled .

5 - siap !

credit to wanny


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

SEGMEN : SAYA SUKA BLOG KAMU



jom join segmen ni..



3 blog yang aku suka:


3 blog ni aku suka baca.penulisan mereka simple,tapi menarik..kena dengan jiwa kot..
kadang2 ada info yang boleh dapat dari mereka..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

kenapa lelaki suka poligami??




sekarang kita banyak disajikan dengan pelbagai cerita tentang kes curang dan penceraian..

sekarang pun aku pun duk tengok drama "zuriat suamiku"

tentang suami yang berkahwin 2 tanpa pengetahuan isteri pertama..

dan..seringkali kita sering dengar yang lelaki yang dipersalahkan apabila dengar tentang 

kes curang..lelaki yang start dulu..kan..kan?

tapi..adakah kita pernah terfikir...perempuan pun kadang2 melakukan kesalahan..

tanpa kita sedari..kita sebagai perempuan yang mencetuskan keadaan macam ni..

jadi, sekarang keadaan adalah 50-50...

tiada siapa yang patut dipersalahkan jika terjadi perkara seperti ini..

aku seringkali membaca tentang permasalahan sebegini..
rata-rata jawapan yang aku baca adalah..si isteri perlu terima yang lelaki/suami punyai naluri untuk memiliki 

"4 buah rumah"

hakikat kehidupan..begitulah..selagi tidak bertentangan dengan agama..wajib mentaati suami.

tapi, bab poligami ni..ramai wanita2 di luar sana yang panas hati..hehe

sabar hilang entah ke mana..akal waras tidak diguna..

aku pun..kalau la Mr PPP mintak nak poligami..aisey..macam mana mahu hadapi?

mampukah aku mendapatkan payung emas di syurga dengan berkongsi kehidupan berumahtangga dengan insan lain yang 

di panggil "sayang" oleh suamiku sendiri???

mampukah aku berdiri teguh jika satu hari nanti Mr PPP berkata "ayang,abang nak kawin lagi satu"

mungkin masa tu lutut aku dah lemah longlai..haha (minta dijauhkan)

jadi,wanita2 diluar sana..yang sedang menghadapi..atau akan menghadapi..

tanya pada diri..apa yang menyebabkan perkara itu berlaku..

bantu suami untuk kembali yakin pada anda..berilah dia peluang kedua.ketiga atau 

keberapa yang perlu..

yakinlah..Allah Swt sedang menguji kita dengan kemampuan yang kita ada..

>_<





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 20, 2011

rumah mertua atau rumah sendiri??






kebiasaannya..pasangan yang baru berkahwin akan tinggal dirumah

mereka sendiri..
berlainan dengan aku..niat asal memang nak tinggal dirumah sendiri..

tapi, banyak sebab yang tidak memungkinkan hal tersebut..

jadi,aku tinggal dirumah mertua saja sementara dapat rumah sendiri

dah lama sebenarnya aku mengidamkan untuk tinggal dirumah sendiri selepas berkahwin..

namun, akibat masalah kewangan dan juga kerana aku dan Mr PPP masih belajar..

kami tangguhkan dahulu..kerana kami diwajibkan duk di hostel..

sekarang, setelah berlalunya 3 tahun setengah,

 Mr PPP pun dah kerja..aku pun dah habis belajar..

kami dah pun berada dirumah sendiri setelah hampir 7 tahun berkahwin..

walaupun mungkin hanya untuk sementara berada di sini..

sekurang-kurangnya aku mempelajari sesuatu yang baru...

dah kena uruskan sendiri..semuanya..dari A hingga Z

agak sukar kerana tak biasa..hehe

tapi,tak apa..aku harapkan aku dapat biasakan diri sementara mendapatkan rumah tetap nanti..

rasa best duk rumah mertua..ada adik2..duk rumah sendiri sunyi je..
hanya bertiga..

tambah ahli??? hehe


p/s:  try to be a good wife for my husband

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Try to be a patient




sungguh lemah rasanya..

letih tak berdaya...

menunggu Mr PPP balik kerje memang terlalu lama dirasakan.

sebabnya aku demam panas..

dan hanya tinggal dengan Muhammad Irfan saja dekat rumah.

kepala rasanya macam nak pecah..badan sejuk..

nak bangun pun rasa macam dah tak larat sangat..

so,tidur saja sepanjang hari..

bila Mr PPP balik..nah! masa tu rasa macam dah tak berpijak kat bumi dah..

badan panas sangat2..

lepas makan ubat..minum air cap badak..tampal cool fever baru rasa lega..

thanks Mr PPP 

>_<


p/s: baru demam..pesakit kat hospital tu...???

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 14, 2011

suka duka 3 tahun..



Masih aku ingat 3 tahun yang lalu..1 Januari 2009..

aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..

rasa sayu..rasa sedih..dan juga rasa macam tak dapat nak terima hakikat yang aku berada disini..

terpaksa meninggalkan anak yang sewaktu itu berusia 2 tahun..

Mr PPP juga berada jauh nun di Seremban juga dengan niat yang sama

iaitu menyambung pembelajaran..


selesai sahaja mendaftarkan diri, aku diberi taklimat..

dan sesi mengangkut barang ke bilik menjadikan hati aku bertambah sayu..

saat ditinggalkan, terasa sebak di dada kerana aku tidak pernah berada jauh dari keluarga..

keesokkan harinya sehingga cukup seminggu, sesi orientasi dijalankan..

saat itu juga aku diserang demam..demam rindu!

hati terasa ditekan2..rindukan yang berada di rumah..

kemudian sesi pembelajaran dimulakan..

pada permulaan, terasa agak sukar.. kerana otak matematik..tiba2 kena membaca dan menghafal..

namun, masa hanya sekejap berlalu..selesai praktikal dan exam..semester 1 telah berakhir..

semester 2 dan 3 kemudiannya menyusul..


makin banyak yang perlu diingat..tetapi dengan tunjuk ajar dari pengajar2..semuanya menjadi agak mudah.

semasa semester 4 aku ditempatkan di komuniti mengikut group
di klinik2 di kawasan kelantan..aku ditempatkan di Klinik pengkalan kubor.

masa itu amat menyeronokkan..tak dapat digambarkan dengan kata2..

ingin terasa mengulanginya sekali lagi..

pejam celik..pejam celik..tibalah semester 5..pada semester ini aku diwajibkan menjalankan research dan 

juga management wad..

semakin banyak ilmu yang aku dapat..

dan aku dan kumpulan juga ditugaskan menguruskan dinner untuk semester 6..
dan semester 6 yang dinantikan tiba juga..

saat yang ditunggu..6 bulan yang berharga..

awalnya tidak terasa apa-apa..

apabila selesai menghadiri induksi dan Exam LJM
tambah lagi tibanya hari ini..hari last di kolej..segalanya kelihatan indah..

terima kasih kerana aku dihantar ke sini..

aku suka jadi nurse..(tapi aku tetap dengan cita2 aku)

rugilah sekiranya anda menolak peluang untuk menjadi seorang nurse..

minat boleh di adakan..

soalan pertama yang aku dapat bila datang ke sini dari pengajar adalah "adakah anda menyesal?"

"jika anda mahu,tarik diri..lakukan sekarang"

itu semasa minggu orientasi semester 1..

tapi..sekarang..aku akan berkata..

aku tidak pernah menyesal dan tak akan menyesal..

kiranya aku tak datang ke sini, itulah yang aku sesali sekarang..

aku hanya boleh memberikan kata2 semangat kepada sesiapa yang berkenaan..

keputusannya ada ditangan anda..



serius aku katakan,apabila anda berada dikalangan pesakit.dan anda mampu membuat pesakit tersebut

tersenyum..dan anda mampu melihat pesakit itu berjalan pulang dengan sihat..

anda akan merasa apakah ertinya menjadi NURSE


*sukakan rasa itu*





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 13, 2011

Ada yang bersedih tika kita bergembira



Hakikat kehidupan..tatkala kita sedang bergembira,ada insan yang bersedih..

dan satu masa nanti mungkin kita juga akan bersedih tika orang lain sedang bergembira..

kita semua tahu yang kehidupan ibarat roda..kadang kita di atas..kadang kita di bawah pula..

dan jangan kita tertawa ketika orang sedang bersedih..

kerana mungkin kita akan mengalami nasib yang serupa nanti..

hari ini hari yang gembira bagi aku kerana sudah selesai Exam LJM..

esok pula balik kampung..

Namun, seperti yang aku katakan...

ada insan bersedih di sebaliknya..

kawan aku..Telah kehilangan ibu buat selama-lamanya

semalam...

saat dia sedang bergelut untuk 

menduduki exam..Al-fatihah

bayangkan macam mana dia menjawab soalan dengan bebanan memikirkan arwah ibunya..

saat persiapan untuk mengebumikan ibunya,dia masih disini..bayangkan kawan2..

semoga dia diberikan ketabahan menghadapi 1 kehilangan..

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Esok exam dan aku masih belum tidur!





dah jam 11 malam..

otak masih berfikir..

mata masih terbuka luas..perut meminta-minta..tekak kering dan haus..

badan semua sakit-sakit..lenguh..kepala pening..

apakah tandanya?

apakah aku sedang tension??

ooohh..jauhkan aku dari perkataan itu..hehe

otak dah tepu untuk memproses segala maklumat yang masuk..kesian otak..

aku bagi dia rehat sekejap..

tah macam mana orang lain study eh?

perlu ke membaca semula nota2 yang bertambun2..atau jawab soalan sampai bengkak2 mata

ataupun study je 24 jam?
kalau ada orang boleh buat macam ni memang aku tabik spring la..pasal beliau seorang yang tabah ya..hehe

pada aku..kalau esok nak exam..malam ni adalah masa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya

kerana bagi aku tidur adalah perkara yang paling penting..

tak cukup tidur,otak aku tak boleh berfungsi..haha


so,sesiapa yang akan menghadapi Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia seperti aku esok,

aku ucapkan selamat maju jaya..do your best..

>_<





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Anda salah pilih kerjaya?




Anda rasa anda dah tersalah pilih kerjaya?

Anda menyesal dengan kedudukan anda sekarang?

oh..jangan!

anda tidak perlu merasakan begitu..

tetapi..anda perlu meneruskan kehidupan anda sambil2 mencari peluang untuk memenuhi kehendak hati anda..

macam apa yang sedang aku lakukan..

aku juga tidak suka jadi nurse...

aku juga tak minta diberikan kerjaya ni..

tapi.aku tak pernah menyesal..

sebab aku tahu..kalau aku tak berada di sini sekarang,belum tentu aku akan dapat apa yang aku impikan..

aku nak jadi seorang guru..

tapi aku belajar Nursing hingga dapat title best student..

kenapa?

kerana dengan itu aku akan capai cita2 aku..

bak kata pepatah "sambil menyelam,minum air"

kalau itu yang boleh membawa anda kepada kerjaya yang anda impikan..lakukanlah!

tak kira betapa payah..betapa lama..

kalau aku,aku sanggup!

lakukan seperti aku dan dia


demi kerjaya yang diminati, just do it..

jangan pandang apa yang telah kita terlepas..tapi pandang apa yang kita ada sekarang..

jangan menyesal dengan kedudukan kita..

jangan mengeluh dan jangan berduka..

masih banyak peluang yang ada..kita tak akan mencapai kejayaan dengan mengeluh..


p/s: tiba2 terasa 3 tahun sebagai student nurse sekejap je..:)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

"Satu lagi pencapaian"




Salam ukhwah kepada semua pengunjung..

semoga sentiasa berada dalam keadaan yang dirahmati Allah..

hari ini aku mendapat satu lagi kegembiraan dalam duk menanti-nanti exam pada hari esok...

bak kata Salem dalam lagunya "tak ku sangka,tak kuduga"..hehe

hari ini dapat hadiah dari penyelaras aku..pasal dapat title best student..

Alhamdulillah...rezeki ada dimana-mana..




dan hadiah ini aku rasakan amat berguna untuk aku sebenarnya..

bukan untuk dunia, tetapi untuk akhirat..

seperti memahami dengan perubahan besar yang akan aku lakukan dalam hidup..

buku ini sekarang ada ditangan aku..

Tuhan berikan aku hidayah tanpa sempat menunggu aku meminta..

Syukur sangat!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, December 12, 2011

6 hari bersama mu..



Seperti yang telah diceritakan..

aku telah mengikuti kursus induksi bermula dari 5/12/2011 hingga 10/12/2011 baru-baru ni..

kursus ini adalah wajib bagi bakal atau penjawat awam..

jadi,sebelum melayakkan aku mengambil peperiksaan akhir,

aku kena hadir dengan jayanya kursus ni..


dan, Alhamdulillah..akhirnya

kursus tersebut tamat juga..hehe

saat2 yang dinantikan tiba juga...

kursus tersebut agak menakutkan aku kerana aku terpaksa bercakap di hadapan selama 3 minit...

dengan 161 orang peserta...gugup adalah perkara yang tidak dapat dielakkan..

tambah lagi peserta adalah bukan dari kolej aku kerana ada tetamu jemputan dari Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST)

agak tertekan apabila tajuk pengucapan awam aku sama dengan beberapa orang peserta

sehingga aku terpaksa menukar tajuk beberapa kali kerana tidak mahu mengulangi perkara yang sama..

kami semua juga dibahagikan kepada 10 kumpulan dan diwajibkan melakukan persembahan kumpulan

 semasa majlis penutup..

tambah mendebarkan lagi apabila kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang akan

membuat persembahan..

dan..semuanya telah berjalan dengan lancar..

berakhir pun dengan baik..

dan aku pun sedang menghitung hari untuk balik kampung apabila selesai sahaja
peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)

pada 14/12/2011

>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, December 11, 2011

Ke mana Arra Menghilang?





Assalamualaikum wbt..

hai semua..apa khabar?

dah seminggu lebih aku tak update blog..buka pun tidak..

melawat atau blogwalking apatah lagi..

kenapa?

sebenarnya aku baru sahaja selesai menghadiri KURSUS INDUKSI bagi melayakkan aku bekerja nanti..

penat memang penat.6 hari rasa macam lama je..hehe

mata pun dah jadi macam dracula..merah!

tak cukup tidur dan juga mengantuk masa dengar ceramah..

tapi,bila dah selesai..rasa macam satu kepuasan kerana aku dapat juga menghadapi satu lagi

cabaran sebelum memasuki alam pekerjaan..

apa yang tak best sangatnya bila dapat berita yang pengambilan kakitangan awam akan diperkecilkan..

maknanya mungkin diambil..dan mungkin tidak..

so,doakanlah aku dapat kerja ya..>_<

kepada yang baru mendapat tawaran untuk bekerja dengan kerajaan..jangan lepaskan peluang yang

diberikan kepada anda..

bekerjalah dengan jujur..ikhlas..dan

jangan cepat berputus asa kepada yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda..

lambat atau cepat..dengan usaha yang gigih..pasti anda berupaya untuk mendapatkannya..

yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri sendiri..

dan jangan hanya mengeluh,sebaliknya berusaha untuk mendapatkan kerjaya yang anda impikan..:)


p/s:
oleh kerana aku menghadiri kursus induksi ini,aku telah terlepas peluang untuk menghadiri

majlis konvokesyen Mr PPP yang berlangsung di KSKB Ulu Kinta..








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, December 2, 2011

Elakkan "ini" jika ada Roomate



Ramai lagi yang tak tahu kan..??

Aku pun tak faham kenapa aku tiba-tiba boleh buat entri pasal ni..

Ramai sangat orang bercinta tak sehaluan..ada yang berkasih tapi kecundang..

dan ramai juga yang duk bersama ROOMATE tapi masing2 bermasam muka.

sebab apa terjadi perkara2 macam ni?

sebabnya masing2 tak boleh nak bertolak ansur..

masing2 hanya pentingkan diri..

okey,ini adalah beberapa hal yang patut korang elakkan/lakukan jika korang ada roomate:

1. kalau roomate korang nak tidur,jangan ganggu dia dengan bunyi bising..korang cakap slow2,jalan slow2..jangan biarkan ada bunyi pun..kalau dia sedar,tiba2 dia lempang korang..haaa..sape salah?

2.korang mesti ada pakwe dan mesti pernah main pujuk rayu..boleh! tapi korang jangan buat bising juga..
kang dengan pakwe2 korang kena sembur..hehe

3.kalaulah roomate korang sejuk, korang perlahankanlah kipas..dan sebaliknya jika dia panas..
korang kena selalu mengalah la.jangan pentingkan diri..jangan sampai dia beku baru korang perasan yang dia sejuk!

4.bantu membantu satu sama lain..contohnya bantu buang sampah kalau dah penuh..atau boleh bergilir2 buang..kalau 3tahun jadi roomate,asyik korang je yang buang sampah tu maknanya korang kena buli! haha

5.korang kena sama2 jaga kebersihan bilik yang korang kongsikan tu...jangan sepah2kan terutama kalau roomate korang tu jenis tak boleh duk dalam kawasan yang semak..kalau dua2 pengotor???heh

6.pastikan korang tak ada masalah 'berdengkur' bila tidur..yang ini memang la orang tak suka..kalau korang berdengkur juga..belikan roomate korang earphone..supaya dia boleh dengar lagu kat handphone dan elakkan dari dia dengar korang berdengkur..hehe

oklah..banyak lagi sebenarnya..tapi dah tak larat nak cakap semua..hehe

yang paling penting adalah tolak ansur.

baru hidup aman sentosa ber"roomate"

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, November 30, 2011

Tuhan, kau ambillah nyawaku..



Tuhan,kau ambillah nyawaku..bila-bila masa yang kau mahu.

Sesiapa yang membaca entri aku sebelum ini
Kata-katanya buat aku berfikir
akan tahu siapa yang aku maksudkan..
Luahan..rungutan..bukanlah sifatnya..
dia sakit,dia diam..

lidahnya sentiasa mengucapkan kata syukur..terima kasih..
aku tak mampu berhenti menulis kerananya..

Esok hari terakhir aku menjaganya..sungguh! aku terkilan..

aku sayang untuk mengatakan yang aku tak akan mampu menjaganya lagi..
aku sedih untuk memberitahu

"Pak cik, esok hari terakhir sy bekerja,Pak cik jaga diri elok-elok ya"

"Pak cik, sy datang esok nak tengok pak cik sihat"

dan sebenarnya banyak lagi pesanan yang hendak aku beritahu..
namun,melihatkan air mukanya berubah.aku diamkan saja..

selepas ni siapa yang hendak bertanyakan pak cik 

"pak cik dah makan?"

"pak cik dah solat?"

"pak cik sakit ke?"


katanya, biarlah dia sakit..sekurang-kurangnya nyawanya tidak di ambil sekelip mata.
sekurang-kurangnya dia sempat melakukan amal ibadat..

sekurang-kurangnya dia telah mendidik anak-anaknya ke arah yang betul..
dan, kesakitan yang di alami adalah penghapus dosa..

subhanallah! begitu tabahnya dia dalam menghadapi ujian hidup..
mampukah kita setabah dia dalam meniti hari-hari yang kian berlalu walaupun tanpa
diberi kesakitan?






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, November 28, 2011

Eh,dah 5 tahun ke?



Hai korang..

sihat tak hari ni?harap korang sihat la ya..

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi menjenguk blog yang 

biasa-biasa je ni..terutama kepada 'silent reader' yang terbaiiiikk tu..:)

Hari berlalu terasa begitu cepat apabila tiba hari yang selalu kita nantikan..

sedar tak sedar dah 6 tahun aku bergelar isteri orang..

dan hari ini,anak aku Muhammad Irfan menyambut hari lahirnya yang ke-5..

Agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama dihari lahirnya..tapi sebenarnya adalah baik bagi dia..

mungkin nanti dia tahu kenapa ummi dia tak bagi dia hadiah..:)

Terkenang kembali saat aku sakit nak bersalin pada 29 November 2006..bukan pada tarikh sepatutnya due..

ia adalah 2 bulan terawal dari tarikh jangkaan iaitu 10.1.2007

dua hari sebelum tu aku terjatuh..

Dan,pada hari sepatutnya aku melahirkan Irfan,

aku akan ke Kota Bharu melawat bapa mertua yang dimasukkan ke Hospital Perdana.

Masih aku ingat pada malam itu aku menonton tv..cerita Diari Romeo..

dalam slot itu, aku telah meniru ayat heroinnya yang pada masa tu nak bersalin..

katanya " ni abang punya pasal la" hehe

beberapa kali juga aku bergurau dengan Mr PPP menggunakan ayat tersebut..

dan..pada pagi esoknya,jam 7 pagi aku terasa sakit perut..

yelah..anak sulung..dengan mak tak ada..mana la aku tahu tu sakit nak bersalin..hehe

setelah bermacam-macam cara aku lakukan dan tak hilang juga sakitnya..
pilihan terakhir adalah pergi klinik yang berdekatan..

sampai je kat klinik..malu la pulak nak pergi cakap kat staff nurse yang ada kat kaunter tu..haha
kelakar je bila ingat balik..

pastu, nak tak nak kena pergi cakap juga..hehe

bila diperiksa..sah!! dah nak bersalin..masa tu semua rasa ada..sakit..segan..takut....

nak kena hantar ke Hospital Tuanku Nur Zahirah..kata staff nurse tu dah tak sempat..ambulans pun tak ada.

last2 pergi dengan kereta staff nurse tersebut..

punya la lambat nak sampai kat Hospital Setiu iaitu hospital yang paling dekat kat situ.

sampai kat Hospital terus je masuk labour room..

aku selamat melahirkan Irfan yang seberat 1.96kg pada jam 10.30 pagi..

serius! aku takut nak pegang sebab kecik sangat..

thanks to staff Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri dan labour room Hospital Setiu masa tu.

mereka baik sangat..


Setelah masuk wad..malamnya,bapa mertua aku yang duk hospital pun boleh balik..

almaklumlah cucu sulung..excited..:)


Sempena hari lahir anakku,

jika Irfan terbaca coretan ummi pada suatu masa nanti..

ketahuilah ummi amat menyayangimu..semoga menjadi anak yang soleh

yang mampu mendoakan ummi walaupun ummi telah pergi nanti...

miss you a lot..

>_<


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE