Wednesday, September 15, 2021

CARA ATASI BENGKAK SUSU SEMASA BERPANTANG


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pengalaman bengkak susu semasa dalam pantang memang adalah satu benda yang paling seksa..boleh buat mengalir air mata tanpa henti.

Badan dah la penat, lepastu breast pula bengkak..selepas itu mula lah badan rasa tak selesa, macam nak demam pun ya, semua sakit- sakit..dengan emosi tak stabil, anaknya pula asyik menangis tak dapat susu..

Kali ni nak cerita macam mana aku handle keadaan ni..yelah, kalau dulu ada yang datang mengurut, sekali dia urut breast untuk lancarkan susu..musim-musim Covid macam ni, tukang urut tak berani nak datang rumah..kita pun tak berani nak panggil sebab ada anak kecil.

Lepas bersalin hari tu, sama je dengan kelahiran yang sebelum ni..dalam pantang je mesti bengkak susu..walau dah pump, dah marmet, tetap tak jalan..telanlah panadol untuk kurangkan sakit pun masih keadaannya sama..

Hari ke 3 balik rumah, breast mulai bengkak.badan pula dah rasa dedar..tapi, Alhamdulillah..pengalaman masa anak-anak yang sebelum ni memang kena macam tu..jadi, aku tak panik. Ni antara apa yang aku buat.

1. Tuam sejuk
- Bila breast bengkak, automatik akan rasa sakit..Jadi, tujuan tuam sejuk ni adalah untuk kurangkan rasa sakit yang dialami akibat bengkak tu.

2. Tuam panas
-lepas dah settle tuam sejuk tadi, breast dah kurang sakit atau dengan kata lainnya rasa kebas- kebas gitu..mula tuam panas pulak..tujuan tuam panas ni untuk melancarkan aliran susu.



3. Urutan
- Dah settle tuam semua..aku urut yang mana rasa ketul-ketul tu bagi lembut..yang penting urutan tu dari atas bahu ke arah breast, dari bawah ketiak ke arah breast juga..sebab biasanya kat bawah ketiak tu akan ada rasa biji bila dah bengkak.
Urut sekeliling areola..mana yang rasa ketul tu semua urut bagi lembut.

4. Marmet
- Ada sesetengah orang, dia pump..a big NO!! Kalau breast tengah bengkak, dan susu tak keluar walaupun duk urut-urut, jangan la pump..sebab, akan menyebabkan keadaan bengkak yang lebih teruk..sebabnya bila pump, susu akan lebih banyak terhasil tapi tak boleh keluar.So, cara selamatnya adalah marmet je..



5. Epsom Salt
-Kalau dah buat semua..tapi, susu masih tak keluar..itu bermaksud keadaan yang dipanggil clogged duct..maksudnya takde laluan susu keluar...beli epsom salt dekat farmasi ke mana-mana..masukkan satu sudu teh dalam silicon breastpump dan tambah air suam..lepas tu rendamkan bahagian areolar dalam silicon breastpump tu sambil urut-urut bahagian yang rasa berketul-ketul. Better buat dekat bilik air masa mandi tu sebab akan basah semua. Sambil-sambil tu bersihkan bahagian puting tu supaya ada laluan susu keluar..




6. Kerap bagi anak feeding
- Marmet susu keluar sebelum bagi anak feeding hingga bahagian areolar terasa sedikit lembut sebab, selalunya breast yang bengkak, anak tak dapat melekap dengan baik..sebab tu anak akan melalak tak dapat nak hisap susu.

7. Makan panadol
- Ambil ubat panadol/ paracetamol untuk kurangkan rasa sakit sebab bengkak susu boleh menyebabkan demam.

8.Kubis
- Boleh guna kubis yang diletakkan dalam peti ais sekejap..tapi, jangan terlalu lama gunakannya sebab kubis boleh menyebabkan susu kering..sekadar untuk hilangkan rasa sakit seperti tuam sejuk tak ada masalah.

9.Kaunselor atau doktor
- Rujuk mana-mana kaunselor laktasi sekiranya masih tidak berhasil. Dan rujuk kepada doktor sekiranya breast makin bengkak, kemerahan dan demam berlarutan..mungkin anda mengalami mastitis.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu ibu-ibu baru mengatasi bengkak susu..Dapatkan pandangan doktor sekiranya simptom tak lega..

Gambar sumber google.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, March 8, 2021

PENGALAMAN NIPPLE CRACK (PUTING LUKA SEMASA BREASTFEEDING)

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pengalaman ngeri semasa menyusukan anak salah satunya adalah nipple crack atau puting luka..ngeri!!! Sakit sungguh bila anak hisap..mata boleh berair oii..rasa boleh kena sawan sebab menahan sakit..hahaha!!

Anak yang bongsu setakat ni memang menyusu genap 2 tahun..Alhamdulillah..tetapi, memang dugaan sepanjang 2 tahun breastfeeding..hampir give up banyak kali..huhu.
Semua kerana nipple crack.

Sebenarnya masalah nipple crack ni dari anak first lagi..tapi, masa anak first tu boleh dikatakan ok la..tak selalu crack..aku ni masalah inverted nipple..jadi, untuk mengatasi masalah inverted nipple tu..guna syringe untuk keluarkan puting..Alhamdulillah, puting keluar..tapi, masalah nipple crack la pulak sebab kulit sekeliling nipple tu jadi nipis sebab dah tegang kan...

Jadi, untuk mengatasi nipple crack ni, macam-macam dah try..sapu susu sendiri kat puting, petua orang lama-lama..fail!! Sebab, bila sapu susu, kulit nipple jadi kering..so, crack makin teruk :( 
Tambah pula aku bekerja, memang terpaksa kerap pump untuk elak engorge..penggunaan breastpump tu menerukkan lagi crack tu..

Nak menangis!!!

Lepas tu orang cakap, jangan bagi dulu sebelah yang crack untuk bagi masa untuk sembuh..pun fail!!! Last-last kena mastitis sebab dah bengkak!! 

Tanya kaunselor susu..katanya betulkan posisi semasa menyusu..done buat..tapi sebab si kecik tu suka menggigit..ia tak membantu langsung!! Setiap kali nak menyusu jadi trauma sangat sebab sakit giler..

Dijadikan cerita..ada yang suggest medela punya brand cream untuk nipple..order shopee masa tu..seminggu juga nak sampai..

MEDELA TENDER CARE LANOLIN
(Boleh search kat google, tiubnya kaler putih ya)

So far pakai, agak berkurang kulit kering dekat area nipple tu..jadi crack makin ok..tapi, still sakit setiap kali menyusu..then, satu hari aku kena ulcer dalam mulut..

En PPP belikan aku LOTION ORAL AIDS

 botol kecik tomelll je ha..dan terdetik dihati, kalau boleh pakai kat dalam mulut, mestilah boleh letak kat situ kenn...

Alhamdulillah..sebelum menyusu, aku letak oral aid tu..memang tak sakit langsung semasa menyusu..dalam 2 hari crack tu dah baik!!

Yeay!! Settle masalah nipple crack..jadi, setiap kali nipple crack aku memang akan pakai tu..memang sangat-sangat membantu..takde lagi terdetik dalam hati nak stop breastfeeding.. ;) 

Now, dah phd dalam breastfeeding..Alhamdulillah..

So, sape nak try..memang digalakkan..sebab breastfeeding tu amanah bukan pilihan :) 

See you! 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, July 23, 2020

PENGALAMAN ANAK KENA SCABIES

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Scabies..bunyi pun menakutkan..tapi, itulah..dah terkena kan..apa nak buat..
Ada orang kata ni penyakit budak asrama..kalau seorang yang kena..mesti berjangkit..

Berasal dari sejenis hama nama dia   Sarcoptes scabiei.. 

Okey, ceritanya seminggu sebelum naik sekolah lepas PKPP itu hari..aku dah perasan dah..tangan si yaya ade macam kudis..tapi kecik jadi ingatkan macam kudis biasa .maklumlah anak aku tu kalau petang-petang..macam-macam yang dia main dengan anak jiran.

Aku tak sapu ubat pun..sekadar mandi dengan sabun biasa seperti hari-hari sebelumnya..Lepas 2 hari, aku tengok dah makin banyak bintik-bintik berisi air dan yaya pun asyik menggaru je kerjanya..

Duk belek-belek..ish, lain macam..masa tu dah terdetik ni macam scabies a.k.a kudis buta..masa tu aku dah salahkan diri sendiri sebab kat rumah memang sharing tuala dan baru sahaja memelihara 2 ekor arnab..budak-budak pun memang main arnab tu dah macam kucing..haih!


Disebabkan aku keje hospital, aku pun snap la gambar tangan dia tu..then tunjuk kat doktor..sah! Ni scabies ni kak..takpe-takpe, saya bagi EBB..So, itu hari aku balik dengan EBB untuk dak yaya..

Malam tu..suruh abahnya sapu EBB tu..fuh, menjerit wei..katanya pedih..mungkin kesan dari dia garu tu..dah basuh pun still dia kata pedih..2 malam sapu tu untuk 24jam..tapi, malam kedua dah kurang pedih sebab satu hari aku duk pesan jangan garu..kebetulan hari tu aku cuti..jadi keje aku mengingatkan dia je jangan garu!!

Hari kedua lepas sapu EBB..macam langsung takde kesan malah semakin banyak..gambar kat atas tu adalah lepas 2 malam sapu EBB..dah makin merebak ke bahu dan kaki..

Aku pulak terpaksa lah sambung lagi 3 hari cuti untuk menjaga diorang ni sebab tak boleh nak hantar ke rumah pengasuh..takut berjangkit pulak..

Tiga hari cuti tu aku bantai basuh dan  gulung semua karpet (karpet kat rumah memang banyak..sebab memang suka membeli..hahaha). Basuh semua tuala,baju..jemur bawah panas..Ada orang suka rendam air panas atau pakai dryer machine..tapi, aku bukan jenis rajin..so, aku beli je sabun jenama TOP..katanya anti dust mite..so, kira boleh pakai la..tiap kali basuh baju..aku cuci sekali filter kat mesin basuh tu..

Aku pakai sabun ni

Dekat tempat letak softlan, aku letak dettol..haha..biar mampus kau hama!!

Penat memang sangat penat..lantai mop 2 kali sehari..aku guna germisep..order online..ni memang sentiasa ada kat rumah sejak musim covid 19 bermula..kalau takde, boleh pakai clorox..same la tu..tapi,jangan plak korang mop tempat yang turun kaler..

Dah yaya pulak..aku pun takde idea nak sapu ape bagi elok..then, aku teringatkan losyen Ascabs..


Seingat aku, pegawai pemasaran Ascabs ni pernah datang hospital ni buat review produk dia..so, cepat-cepat beli losyen ni..malam tu terus apply kat yaya..losyen ni pun sama..apply malam, pg esok baru mandi..aku pakaikan 2 malam kat yaya..adik-adik dia sekali aku pakaikan satu badan.. Lepas mandi pagi aku sapu cream bethamethasone yang beli dekat farmasi..


Kalau tak tahan gatal, aku bagi dia telan piriton..bila perlu je..contoh tengah malam tak boleh tidur sebab terlalu gatal baru bagi dia telan..



Selepas 2 malam..aku tengok dah tak merebak dah kudis dia..tapi, kesan-kesan kudis kat kulit masih ada..aku ingat aku zaman kecik-kecik dulu kalau ada kudis, mak aku cari daun gelenggang cmpur minyak tanah..sental pada kudis tu..tapi, sekarang dah canggih wei..aku beli sabun dan krim daun gelenggang..sabun buat mandi, krim sapu lepas mandi..yaya kata best sebab berangin..ada losyen sekali..bila gatal je apply..



Dalam waktu yang sama juga aku mandikan dia dengan sabun neem & tumeric himalaya..ni kawan aku orang india yang kata..letak kunyit cepat baik...tapi, kalau letak kunyit hidup nanti kuning plak nampak tak lawa..hahaha..jadi, beli je yang dah jadi sabun..
neem maksudnya daun mambu..pun boleh hilangkan gatal merenyam dia..dengan aku-aku sekali pun pakai..sebab, dia punya gatal tu xleh bawak bincang..



Dedua ni aku pakaikan kat dia..potong kecik-kecik sebab boleh pakai lama sikit..jimaattt bukan kedekut ya..hahaha.

2 hari apply semua ni dah nampak kering sikit kudis dia..


Dalam hati dah gembira..berbaloi la ambik cuti..haha..baju-baju yang dah basuh aku spray dengan febreze anti bacteria warna oren, sofa-sofa,tilam semua..aku spray dengan ridsect..lepas tu..spraykan dettol direct..masukkan dettol pure dalam botol spray..pastu spray kat tilam-tilam semua..Ada orang suruh spray dengan tea tree oil..tapi, aku tak suka sebab berminyak..perabot-perabot pulak aku lap guna clinelle..kebetulan ada dari start covid 19 lagi..

Then lepas tu, aku continue je mandikan dia dengan sabun neem tu..sapu cream daun gelenggang semua..hari ke 2 sapu semua tu dah nampak bintik-bintik kudis dah kecut dan ada yang dah hilang





So, itulah ceritanya..lepas ni continue je ubat tu sampai baik sepenuhnya..ada orang cakap, scabies takkan baik bertahun-tahun..pada aku, kalau rajin usaha, pasti akan berjaya..hahaha..

Sejak yaya kena serang scabies, kat rumah dah ada macam-macam sabun..




Ni semua ubat-ubat dan sabun yang sepatutnya ada bila anak atau korang sendiri kena scabies..kalau jenis kulit korang kering bila kena sabun, boleh apply aquous cream..tapi untuk yaya, cukup dengan losyen dan krim daun gelenggang tu..dan..mak-mak kena rajin basuh kain baju, cadar tempat tidur dan tuala dia..

Hope korang pun cepat sihat dan terhindar dari penyakit ni..

Go scabies from my life!!! ;) 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, March 6, 2019

PETUA HILANGKAN RUAM SUSU / KURAP SUSU BAYI

Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Mesti ramai mak-mak yang risau bila tengok pipi anak yang baru lahir kemerahan dan seperti ada kulat kan..Jangan risau..tu bukan ekzema ke apa..Yang aku tengok, semua cakap tu tanda-tanda awal ekzema..

Tidoklah seperti itu ya mak!

Walaupun kebanyakan mak-mak ni tahu yang kurap susu atau ruam susu ni tak bahaya..tapi macam sakit hati je sebab muka anak tak lawa, tak licin kan..Nak pergi jalan-jalan pun segan..hahaha

Aku dapat tahu petua ni masa hantar anak no 2,Yaya dekat pengasuh..hantar dengan ruam susu penuh di pipi..dengan ruam satu badan. Yang pasti Yaya ni memang tak tahan panas..Kalau tak, ruam dia akan bertambah-tambah..Dekat rumah 3-4kali mandikan dia..

Macam yang aku cerita..2 hari lepas hantar dekat pengasuh, aku perasan ruam tu macam dah kurang..padahal rumah pengasuh tu boleh tahan panas juga berbanding rumah aku..so, mula la proses merisik tanya..hihi. Akak pengasuh tu pun cakap lah yang lepas mandikan Yaya dia taruk minyak johnson satu badan termasuklah muka Yaya..aku be like "ooooo..." hahaha!

Jadinya, selepas 5 hari pipi yang penuh ruam susu tu dah hilang..dah jadi licin mulus.. Sampai sekarang, anak-anak aku aku mandikan dengan minyak lepas mandi..no wonder la orang india suka letak minyak kat baby baru lahir..ye dak.. :)

Kalau nak guna minyak vco pun takde hal..Lagi satu Minyak Bayi Mamaherbs pun bagus...memang itulah petua paling berkesan dan cepat berbanding ubat steroid, tepung ubi dan sebagainya..

Dan, lepas menyusu tu kena lap air susu yang kena pipi & jangan biarkan baby tonyoh semua air liur dia kat pipi..yang ni mak kena rajin-rajin lap..

See u! Selamat beramal :)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, March 13, 2018

Postbasik Kebidanan Untuk Jururawat

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Settle satu bab dalam kerjaya..Update diri sendiri dan cabar diri sendiri untuk sambung dalam kursus pengkhususan kebidanan. (Dah boleh sambut baby! Yeay!)

Susah ke belajar Midwifery? 

Soalan yang paling susah aku rasa nak dijawab..haha..
So far setahun aku rasa memang agak mencabar la untuk penuhi segala kehendak dan silibus pembelajaran..

Kalau time ada asignment tu memang kalau bapak mertua kau depan mata pun kau tak layan la..gitu la umpamanya..hahah!

Asignment memang banyak..tak usah cakap, tidur 2,3 pagi biasa. Tapi..yang best kan..
Bila kau sambut baby!! Perasaan bangga, syok dapat bawa satu nyawa ke dunia..paling sebak bila dengar bapak dia azankan atau iqamatkan baby..sayu beb!

Proses bersalin yang payah, yang senang semua kau dapat tengok dan handle sendiri..satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Masa tu kau akan tahu..patutlah syurga dibawah tapak kaki ibu..besar pengorbanannya nak lahirkan baby..

Dan tak semua lelaki sanggup nak handle wife dia masa bersalin..samada pengsan atau hilang sabar..kihkih! 

So, syukurlah jadi perempuan :)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE