Wednesday, April 4, 2012

Ragam hari ke dua




Arghhh...tension..semua prosedur kena buat manual..indent ubat hari2..kalau jatuh 1 ubat..its mean dah takde ubat untuk patient hari itu..Hospital Tangkak tak ada HO.kerja2 HO semua staff nurse buat..bak kata staff nurse senior..Staff nurse HO,JM jadik Staff nurse,PPK jadik JM..bil hospital staff nurse kena kira..kena masukkan dalam rekod..MANUAL.buat ECG pun kena masuk buku..haih~

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

7 kelebihan kerjaya sebagai jururawat



1. Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.

2. Peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.

3. Jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.

4. Profession kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara kita, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

5. Pasaran kerja yang sentiasa ada. Tidak seperti profesion lain, kerjaya jururawat sangat diperlukan sepanjang masa. Mereka boleh bertugas sama ada di rumah pesakit, bekerja di hospital swasta atau hospital kerajaan. Jika anda terpaksa berpindah ke tempat baru mengikut keluarga anda sekalipun, anda akan dengan mudahnya mendapatkan kerja di tempat baru tersebut.

6. Kerjaya yang selamat walaupun ketika dilanda kemelesetan ekonomi atau konflik politik di sesebuah negara. Anda tak perlu risau kena buang kerja.

7. Anda boleh pilih bidang pengkhususan yang anda mahu apabila bekerja sebagai jururawat. Misalnya, anda nak jadi jururawat specialist pathologist yang hanya merawat penyakit berkaitan tisu dan darah. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam kerjaya jururawat, anda pasti tidak bosan dengan profession ini.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Soalan Lazim Temuduga Jururawat


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ada di antara kita ni bakal menghadapi temuduga untuk memasuki alam pekerjaan sebagai jururawat..
di sini ada beberapa soalan lazim yang ditanya semasa temuduga..
harap ia dapat membantu korang la..

1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang Anda pohon)

2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahap minat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)

2. Apakah beza jururawat dan pelajar jururawat

3. Apa fungsi organ-organ badan?

4. Apakah penyakit terkini yang Anda ketahui? Berikan punca penyakit tersebut.

5.imunisasi kanak-kanak- yang ni soalan untuk aku dulu..nasib baik ada  anak,ingat la sikit2..yang selebihnya hantam kromo je..hehe

6.Beza tugas jururawat mengikut pangkat

7.pakaian jururawat

8.Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?

9.Apakah 10 S

10.Apakah sifat yang perlu ada pada seorang jururawat

11.Apa beza klinik dan hospital?

12.kenapa anda fikir anda layak menjadi Jururawat

13.terangkan aliran darah dalam badan

14.Selain itu anda juga perlu ketahui dan hadam tentang gred jawatan yang Anda pohon, rujuk maklumat di bawah sebagai panduan.

Peringkat jawatan jururawat dalam sektor awam:


~ Dalam latihan \ Tamat latihan


~ Jururawat pelatih U29 \ Jururawat Terlatih U29
(Diploma holder)


~ Jururawat masyarakat pelatih U19 \ Jururawat Masyarakat U19
(Certificate holder)


Ini adalah gred jawatan dalam sektor awam.


U19 – Jururawat Masyarakat
U29 – Jururawat Terlatih
U32 – Ketua Jururawat (Sister)
U36, U38, U40 – Penyelia Jururawat (Matron)


U41 & U42 – Jururawat Terlatih (biasanya pengajar,pengarah kolej)

(from jururawat.net)

15.Selain itu,biasa juga ditanya tentang diri sendiri sahaja.cara memperkenalkan diri dengan betul dan hanya mahu melihat keyakinan korang semasa bercakap

so,kepada yang akan menghadapi temuduga, aku doakan orang berjaya tau..jangan nervous-nervous..


p/s: nursing~ tarbaiiiikk



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, April 3, 2012

Hari Pertama,kakiku melecet!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Amaran!!ini bukan cerita lucah!!hehe

ini cerita hari pertama aku di Hospital Tangkak..first view,Hospital Tangkak terletak cantik nun di atas bukit.tak ada lah tinggi sangat..tapi agak lenguh untuk pergi satu- satu department..dalam cuaca panas lagi..

okey..hari pertama aku bekerja sangat penat weh..tapi tak sabar nak citer kat korang sebab excited..hehe

aku ingatkan aku seorang je staff baru.rupa-rupanya ada lagi seorang..jadi aku couple dengan dia la pergi mana-mana pun...perempuan ok..hehe

pagi-pagi lagi dah tunggu dia dekat depan MOPC, MOPC ni macam klinik pakar kot..untuk pesakit temujanji...aku tunggu la depan tu untuk thumb print..lepas tu sama-sama ke wad 3 (wad perempuan).

punya la cuak bila masuk dalam wad tu..nasib baik ada staff nurse yang sister kenalkan semalam..apapun,staff dekat situ ok..kami je macam blur sikit..errr..banyak kot..haha
apapun...wad tu tak macam wad yang aku kerja sebelum ni di Hospital Raja Perempuan Zainab II di kota Bharu..wad dia tak de la sibuk sangat..yang jadi sibuk tu sebab semua pakai rekod bertulis lagi.kalau kat Kota Bharu dah pakai komputer..jadi,walaupun pesakit tak ramai, boleh dikatakan sibuk la..sibuk menulis..

lepas tu,Sister call minta kami pergi wad 2 (wad lelaki) untuk membantu..walhal kami tak pandai dan tidak membantu..apapun.nak beritahu juga..kami buat admission 1 jam tak siap lagi..hehe..sebabnya..berbeza sangat dengan hospital dulu..

kami makan pun jam 3 petang..sebab tak sempat..kemudian Sister bawa kami keliling  satu hospital..okey.hospital ni tak ada la besar sangat..cuma banyak berbukit bukau..hinggakan kaki melecet..sakit woo..
jalan banyak..hehe

hari pertama boleh dikatakan dah berjaya..menanti hari-hari seterusnya berlalu..

p/s: nice view,nice work,nice story.

Sister = ketua jururawat



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, April 2, 2012

Bermula hari-hari sibuk



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

beberapa hari ni memang sibuk dan tak sempat nak update blog.campur dengan malas-malas sedikit..hehe

hari ni 2 April 2012 aku melapor diri untuk bertugas sebagai seorang Nurse..
lapor diri di Hospital Permai..dan kemudiannya diminta melapor diri di Hospital Tangkak..dapat aku lihat kegembiraan di wajah Mr PPP...mana taknya..5 minit pun tak sampai untuk ke kliniknya dari hospital tangkak tu..

nampaknya doa aku termakbul juga untuk bekerja berdekatan dengan si dia..
namun,dalam gembira mesti ada sedihnya...

*sedih dalam gembira,doakan kerja esok baik-baik sahaja*

dan...sesungguhnya aku rasa penat dan nak zzzzzzzzzzzz...

p/s: nanti cerita lagi..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE