Saturday, January 15, 2011

Sungai kecil itu...



Mandi sungai merupakan aktiviti wajib aku masa kecil dulu..memang menyeronokkan. Bila dah mandi memang dah tak sedar pukul berapa nak balik rumah. Walaupun rumah aku dekat saja,ayah aku memang pantang kalau balik dekat-dekat nak maghrib. Masa tu dia akan duduk atas tangga sambil pegang ranting kayu..haha.

Ya..memang menakutkan. Ayah aku memang garang,mementingkan soal disiplin diri. Dia memang tidak pernah beritahu tetapi sebagai seorang anak yang memang dah sedia takut dengan tindakannya akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa perkara sekalipun.

Berbalik kepada topik mandi sungai tadi,semasa kecil lagi,aku selalu juga pergi berkelah bersama-sama kawan dan sepupu aku di tepi sungai tu. Minta dengan mak bekalan nasi dan lauk dan selepas tu pergi ambil daun pisang dalam beberapa helai. 

Tujuannya adalah untuk dijadikan bekas makan nasi menggantikan pinggan. Memang menyeronokkan.main masak-masak..ada waktu makan,ada waktu tidur..(haha..kenangan..)
Tapi,sekarang aku dah tak Nampak dah sungai dekat rumah aku tu masih boleh berkelah,air dah cetek..kotor sebab ada yang buka restaurant kat bahagian atas dan alirkan air kotor ke dalam sungai..nak mandi memang dah tak lalu..

Lagipun,budak-budak sekarang dah tak main macam aku zaman kecik dulu..sekarang dah moden.budak-budak sekarang hanya pandai main sukan,game,computer..dah tinggalkan masak2,teng2,lompat getah..kan? kalau ada pun memang jarang sangat.
bila aku tengok sungai itu,kenangan zaman kecil-kecil dulu selalu bermain dimata..aku merindui itu semua..

JAGALAH KEBERSIHAN SUNGAI KITA


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 14, 2011

Ais Krim Goreng

Ais Krim Goreng 




Bahan-Bahan
5 scoop aiskrim (apa-apa perisa pun boleh)
1 biji telur
1 cawan cornflakes (roti sandwich pun boleh
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plasrik wrap (ulg seberapa banyak yang anda mahu. bungkus agar menjadi bentuk bulat. simpan dalam peti selama 2 jam atau lebih.
  2. campurkan walnut dan cornflakes ke dalam mangkuk dan ramas biar hancur.
  3. keluarkan aiskrim dari peti dan masukkan ke dalam campuran cornflakes. simpan semula aiskrim ke dalam peti selama 30 minit.
  4. pukul telur dan masukkan aiskrim ke dalam pukulan telur. kemudian salut sekali lagi bersama campuran cornflakes. masukkan semula aiskrim ke dalam peti selama 1 jam atau lebih.
  5. panaskan minyak dan goreng aiskrim selama 20-30 saat.
  6. angkat dan sedia untuk di hidang. selamat mencuba!

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 13, 2011

Aktif,Reaktif dan Proaktif


Bagaimana menjadi seorang yang PROAKTIF??
hari2 pengajar aku akan ulang perkataan ini..(bukan hari2 pun..hehe)
menandakan betapa pentingnya menjadi seorang insan yang proaktif..
kita ni sama ada terdiri dari orang yang aktif,reaktif atau proaktif..tapi kan,aku rasa kalau dalam kelas tu aku berada dalam keadaan macam janda beranak 10 atapun ayam berak kapur..

aku rasa bukan proaktif namanya..aktif pun jauh sekali..hehe
seseorang yang aktif tu akan sentiasa bersedia menjadi 
volunteer

dalam apa keadaan sekalipun sedangkan aku?? bukan setakat jadi volunteer..pengajar paksa pun sukar untuk membuka mulut untuk jawab soalan.apatah lagi bila beliau tidak mahu student menjawab secara "KOIR"
jadi,aku tetap tidak mahu berubah dari segi itu..bukan kerana tidak bersedia untuk mengubah diri menjadi lebih baik..tetapi aku sememangnya telah dilahirkan sejak azali lagi menjadi seseorang yang takut bercakap dihadapan..:)

do better,improve perfomance


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, January 8, 2011

Jom Cuci Tangan



Berapa kali sehari anda cuci tangan?
kalau tangan anda kotor  cuci tak?



Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
1. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
2. Selepas menggunakan tandas
3. Selepas mengendalikan sisa makanan
4. Selepas menghembus hingus
5. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.
Ada sesetengah orang tak basuh pun..alasannya tangan masih lagi nampak bersih,tak ada kesan pun?
ada juga yang lepas tu makan nasi..eii..kan kotor tu..
Baiklah,hari ni Puan Misi ni nak cerita tentang basuh tangan jer..
anda semua perlu lebih prihatin tentang penjagaan kebersihan walaupun hanya basuh tangan.Daripada tangan lah sesuatu masuk ke perut kan?
selepas hari ni..basuhlah tangan selalu,bayar bil air lebih sikit pun tak apa.hehe



amalkan langkah-langkah cuci tangan yang betul untuk membersihkan kotoran dan bakteria..
semoga dapat praktikkan dalam kehidupan seharian anda untuk mengelakkan diri daripada penyakit..:).


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 7, 2011

Kerana Aku Wanita!

 
Wanita...

Sebagaimana TUHAN jadikan kita seorang wanita..seorang insan.
sentiasa mempunyai kehendak. Begitu juga didalam kehidupan berumahtangga.
Percaya atau tidak,seorang wanita..apabila dia menyatakan rasa cinta kepada pasangannya,dia sudah tidak pedulikan apa-apa halangan yang mendatang.Termasuklah kepercayaan yang diserahkan hampir 100% kepada pasangannya. 
Tidak difikirkan bahawa rasa cinta boleh beralih arah,sentiasa sabar menunggu cinta hadir.alasannya,jika takut dilambung ombak..jangan berumah ditepi pantai.

Tetapi,adakah lelaki juga berfikiran sama seperti seorang wanita? Tidak! Kerana lelaki boleh berkahwin 4. Berpoligami.Rasa cinta boleh berbelah bahagi..Namun,bolehkah keadilan itu diamalkan?
Tidak dapat dinafikan bahawa ada lelaki yang mampu menjadikan keluarganya bahagia walaupun bermadu.bagaimana caranya?mestilah mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Usahlah mengaku mahu mengikut syariat jika sembahyang 5 waktu pun tidak mencukupi wahai lelaki.. bukan menghalang malah tidak juga menyuruh.

Seorang wanita hanya mahukan sebuah kehidupan bahagia bersama keluarga mereka. Tidak bolehkah lelaki memberikan itu? Menerima buruk dan baik seorang isteri sebagai panduan bersama,ditegur melalui nasihat untuk kebaikan bersama dan juga tidak memusnahkan kepercayaan seorang wanita yang bergelar isteri.
Aku sentiasa disogokkan dengan masalah rumahtangga yang berlaku di sekeliling. 

Pelbagai masalah yang menjadikan punca perceraian pada zaman moden ini. Saban hari ada sahaja berita berkenaan hal yang tersebut.Mengapa? adakah aku terlalu mengambil tahu? Tidak,aku cuba menjadikan hal berkenaan panduan untuk menjalani kehidupan berumahtangga,cuba untuk tidak melakukan kesalahan yang menjadikan aku termasuk didalam angka insan yang menjadi JANDA! 

Aku mencuba sedaya mungkin untuk menjadi isteri yang elok pekerti,mungkin tidak sehebat isteri-isteri Nabi,Tetapi biarlah cukup untuk membuat keluarga aku bahagia dan gembira berada bersama aku disisi mereka.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE