Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.Jika korang berpuasa, tentu sekali korang tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi korang masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah semasa hamil.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh korang ambil:
- Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga korang tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
- Amalkan pemakanan yang baik apabila korang berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
- Rancang hari korang supaya korang boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
- Elakkan aktiviti yang membuatkan korang berasa panas kerana ini boleh menyebabkan korang teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
- Pastikan korang makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila korang berbuka puasa dan semasa sahur.
- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
- Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah korang dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan korang berasa seperti hendak pitam dan pening.
- Pastikan korang mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi korang membesar dengan sihat.
- Minum air yang banyak pada waktu malam.
- Bersahur sangat penting jika orang berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga pada waktu siang.
baik lah akak ku sayam... hahahaha... kebetulan pulak nampak entry ni kan... tenkiuuuu
ReplyDeletesalam ramadhan;
ReplyDeletetapi dlm bulan ramadhan nilah masih ramai yg gagal mengawal nafsu makan..