Thursday, December 30, 2010

Bubur Nasi Kasih Sayang



Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang tetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.

Selain melawat/menziarahi,kita juga boleh tolong masakkan bubur untuk mereka yang sakit.Manalah tahu selepas makan bubur,mereka boleh jadi lebih bertenaga untuk melawan sakit tersebut.
aku nak kongsikan satu resepi bubur khas untuk orang sakit 
nama bubur ni adalah

BUBUR NASI KASIH SAYANG



Bahan-Bahan
1 1/2 cawan beras
sebatang lobak merah
sawi (dlm 2 pokok cukup la)
1 kiub pati ayam ( boleh digantikan/campur dgn chicken stock)
10 ekor udang bersaiz sederhana
1 liter air..(air ditambah sehigga nasi betul2 kembang)
garam secukup rasa
ikan bilis goreng
daun bawang

Cara-cara
  1. Lobak merah di potong dadu/ikut kreativiti masing2.. sawi dipotong halus
  2. Udang perlu dibuang kulit dan dipotong jika udang tu besar
  3. Cuci beras dan masak seperti masak nasi tapi lebihkan air. air kena lebih supaya bubur betul2 kembang..
  4. Apabila beras dah lembut (hampir masak), masukkan kiub pati ayam, udang,lobak merah dan sedikit garam
  5. Tunggu sehingga bubur betul2 kembang baru masukkan sawi.. tambah garam secukup rasa.. tambah air kalau bubur jadi terlalu kering.. bila bubur dah betul2 kembang bolehlah dihidangkan.. :)
nak lagi sedap.. makan bubur bersama ikan bilis yang digoreng dengan bawang merah..dan ditabur daun bawangsebagai hiasan






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE