Aku rasa agak bangga menjadi seorang Nurse (walaupun tengah belajar..hehe) sebabnya aku boleh lihat apa yang orang lain xleh lihat dan aku tahu apa yang orang tak tahu..
BTW,aku nak cerita pasal imunisasi.sesetengah orang tak tahu pun kenapa anak dia kena cucuk..yang tahu,datang klinik..nurse suh cucuk,dia okey jer..yang tu okey lagi..yang tak okeynya..langsung tak datang klinik or xnak bagi anak dia disuntik..kita bukan sengaja2 or main2 nak suntik anak orang..dia tak tahu ke betapa susahnya kami belajar nak cucuk orang??
Terketar-ketar tangan kami nak suntik..kalau kena pengajar baik xpelah..kalau pengajar yang BENGKENG macam singa tu??
berbalik semula pada topik imunisasi tadi..imunisasi ni sebenarnya membentuk imuniti badan melalui pemberian vaksin atau toksoid...vaksin ni plak disuntik untuk merangsang antigen menghasilkan antibodi untuk melawan virus 2 sendiri...
vaksin diberi ikut jenis penyakit..dan biasa diberi untuk baby...(ada la umur-umur dia) kat bawah ni ada jadual tentang jenis penyaki yang dicegah melalui pemberian vaksin serta komplikasi akibat penyakit tersebut...
Penyakit | Komplikasi |
Tibi (batuk kering) | Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain. |
Difteria | Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru). |
Pertusis (batuk kokol) | Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak. |
Tetanus (Kancing gigi) | Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi). |
Haemophilus influenzae jenis (Hib) | Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis). |
Hepatitis B | Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan. |
Polio | Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki. |
Campak | Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia). |
Beguk | Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan. |
Rubella | Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli) |
Nota - Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.
jadi,lepas ni..ibu-ibu yang degil tu..bawalah anak-anak ke klinik untuk dapatkan imunisasi mengikut jadual yang dah ditetapkan..
jangan kerana anda,anak anda menderita~
pergh..bawak balik nota utk menulis blog ke? hahaha..nice entri!
ReplyDeletenota 2 awayz lam lappy gue..hehe
ReplyDeleteceh patut pun..ingatkan taip satu2..copy paste rupenye! haha
ReplyDeletehaha..xlarat den nak taip satu2..cukuplah hanya sekali.haha
ReplyDeletebaru tahu nape...
ReplyDeletetapi momoy pernah ada pengalaman mata jarum patah time ngah suktik tu
aiseh...menangis juga la
sebab mata tu bengkok waktu nak cabut