Wednesday, March 6, 2019

PETUA HILANGKAN RUAM SUSU / KURAP SUSU BAYI

Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Mesti ramai mak-mak yang risau bila tengok pipi anak yang baru lahir kemerahan dan seperti ada kulat kan..Jangan risau..tu bukan ekzema ke apa..Yang aku tengok, semua cakap tu tanda-tanda awal ekzema..

Tidoklah seperti itu ya mak!

Walaupun kebanyakan mak-mak ni tahu yang kurap susu atau ruam susu ni tak bahaya..tapi macam sakit hati je sebab muka anak tak lawa, tak licin kan..Nak pergi jalan-jalan pun segan..hahaha

Aku dapat tahu petua ni masa hantar anak no 2,Yaya dekat pengasuh..hantar dengan ruam susu penuh di pipi..dengan ruam satu badan. Yang pasti Yaya ni memang tak tahan panas..Kalau tak, ruam dia akan bertambah-tambah..Dekat rumah 3-4kali mandikan dia..

Macam yang aku cerita..2 hari lepas hantar dekat pengasuh, aku perasan ruam tu macam dah kurang..padahal rumah pengasuh tu boleh tahan panas juga berbanding rumah aku..so, mula la proses merisik tanya..hihi. Akak pengasuh tu pun cakap lah yang lepas mandikan Yaya dia taruk minyak johnson satu badan termasuklah muka Yaya..aku be like "ooooo..." hahaha!

Jadinya, selepas 5 hari pipi yang penuh ruam susu tu dah hilang..dah jadi licin mulus.. Sampai sekarang, anak-anak aku aku mandikan dengan minyak lepas mandi..no wonder la orang india suka letak minyak kat baby baru lahir..ye dak.. :)

Kalau nak guna minyak vco pun takde hal..Lagi satu Minyak Bayi Mamaherbs pun bagus...memang itulah petua paling berkesan dan cepat berbanding ubat steroid, tepung ubi dan sebagainya..

Dan, lepas menyusu tu kena lap air susu yang kena pipi & jangan biarkan baby tonyoh semua air liur dia kat pipi..yang ni mak kena rajin-rajin lap..

See u! Selamat beramal :)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, March 13, 2018

Postbasik Kebidanan Untuk Jururawat

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Settle satu bab dalam kerjaya..Update diri sendiri dan cabar diri sendiri untuk sambung dalam kursus pengkhususan kebidanan. (Dah boleh sambut baby! Yeay!)

Susah ke belajar Midwifery? 

Soalan yang paling susah aku rasa nak dijawab..haha..
So far setahun aku rasa memang agak mencabar la untuk penuhi segala kehendak dan silibus pembelajaran..

Kalau time ada asignment tu memang kalau bapak mertua kau depan mata pun kau tak layan la..gitu la umpamanya..hahah!

Asignment memang banyak..tak usah cakap, tidur 2,3 pagi biasa. Tapi..yang best kan..
Bila kau sambut baby!! Perasaan bangga, syok dapat bawa satu nyawa ke dunia..paling sebak bila dengar bapak dia azankan atau iqamatkan baby..sayu beb!

Proses bersalin yang payah, yang senang semua kau dapat tengok dan handle sendiri..satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Masa tu kau akan tahu..patutlah syurga dibawah tapak kaki ibu..besar pengorbanannya nak lahirkan baby..

Dan tak semua lelaki sanggup nak handle wife dia masa bersalin..samada pengsan atau hilang sabar..kihkih! 

So, syukurlah jadi perempuan :)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 28, 2016

I'm a Nurse dik.Jangan salah faham


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Untuk perhatian sahabat blogger...Aku dah lama sangat meninggalkan dunia blogger..kadang rasa macam dah lupa nak menaip macam mana..muahaha..

Tapi..email memang selalu masuk berkenaan dengan permohonan SPA8..Ramai yang ingat aku ni kerja dengan SPA8...No..No..No...I'm a Nurse dik..jangan salah faham..hikhik..Kalau setakat beri pendapat..yes,boleh je..tapi memang terlalu banyak email yang perlu di reply..kadang korang dah terlepas tarikh temuduga hakak baru baca email korang...so,kesian la kan.. :)

Tak dinafikan blog ini jadi rujukan budak-budak student nursing..dan penguat semangat bagi yang baru saja mula belajar nursing..In Sha Allah,next time aku akan kongsikan lagi the real story berkenaan dunia kejururawatan..

see you all soon..
with love
Arra Ahmad



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, January 26, 2016

Tak Sangka Ada Orang Rindu!

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sejak aku postkan update terbaru di tahun 2016 ni..ramai yg bagi feedback rindu nak baca hasil taipan aku..hak2..aku pun rindu juga..rindu nak blogwalking tapi keadaan sungguh tak mengizinkan..al maklumlah,blogging from handfon only! sangat2 terhad..habis blogwalking 2 blog...habis quota..haha

Tapi..in sha Allah..aku akan hidupkan balik blog ni..rindu sangat nak blogging!! 
Stop blogging ni 2tahun lepas kot..sejak dapat anak nombor dua...sekarang anak dah tiga..muahaha..

Kawan-kawan yang masih ingat aku boleh la add aku di Facebook..Arra Ahmad tu dah tak pakai..boleh search Nor Faizah Nurul Akma..

k.bai



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 4, 2016

Banyak yang dah berubah

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Salam kerinduan buat semua pembaca blog kesayangan hamba..rindu..sungguh aku rindu!!..

Dah lama tak update blog ni..Dan dah lama juga tak blogwalking..rindunya zaman-zaman tersengih depan laptop fikirkan entri apa nak upkan..hihi..

Rindu juga nak menyinggah dilaman orang membaca nukilan-nukilan yang aku pun tak terfikir nak kongsikan..
Betullah..masa banyak mengubah manusia..kesibukan masa bekerja menyebabkan NO MORE time untuk blogging..minat diletak ke tepi..kan?

Sepanjang menyepi,banyak perkara yang berlaku..banyak idea-idea untuk dikongsikan bersama..banyak cerita yang boleh diceritakan..nampak gaya nak kena cari masa sahaja untuk menyelit update blog..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE