Monday, November 26, 2012

Mimpi ngeri sungguh!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ini hari yang cukup penat bagi aku...sebab perlu cover untuk hantarkan pesakit ke Jabatan Radiologi bagi temujanji MRI dan CT TAP..
pesakit tu sakitnya NPC (Nasopharyngeal Cancer) memang dah tak boleh lying flat..memang dekat wad pun dia sentiasa berada dalam prop up position.

Nak dilengkapkan cerita,MRI dan CT TAP adalah prosedur yang memerlukan pesakit baring flat dan akan masuk dalam terowong.Bagi prosedur MRI,mengambil masa selama 1jam..lebih kurang lah.kalau CT TAP tu sekejap je..dalam 10-15 minit.

sebelum masuk tu dah satu hal nak suruh pesakit baring flat..pesakit tu memang dah nampak lain masa tu..sebab memang tak boleh nak baring macam tu..agak-agak macam semput je..aku dengan selamba je cakap pada doktor tu..minta supplykan oksigen..sebab takut pesakit tiba-tiba SOB...memang naya aku..

Then...masuklah pesakit tu ke bilik MRI...segalanya berjalan lancar sehinggalah 31 minit kemudian..pegawai Radiologi tu panggil..SPO2 pesakit tiba-tiba drop...aku dah agak dah! 85% tu pun under oksigen 3liter nasal prong.
kitorang keluarkan pesakit tu dari situ dan kami diarahkan untuk ke Radiologi department...sebab MRI cancelled..diorang tak berani nak teruskan prosedur tu.

ok,aku pun tolak lah pesakit tu dengan PPK yang menemani aku ke Radiologi Department..sampai je dekat kaunter..terus minta staff sana supplykan oksigen untuk pesakit..

selepas doktor tengok,dia tanya aku samada nak teruskan prosedur atau macam mana..aku cakap,aku tak berani nak teruskan dengan SPO2 drop,BP drop..lepas bincang-bincang..aku cakap nak bawa pesakit ke A+E..(kecemasan) sebab doktor di situ macam tak tahu nak buat apa memandangkan pesakit tu bukan under hospital mereka.

Aku cakap aku tak kira...nak juga pesakit tu dihantar ke A+E sebab aku tak nak bawa balik pesakit dengan keadaan BP dan SPO2 drop...sekurang-kurangnya sudah distabilkan.Then,tolaklah kami ke Resus Zone...
Alhamdulillah sebab staff disitu layan kami dengan baik..mungkin sebab ketika itu tidak ramai pesakit..

Bila doktor disana check..diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa memandangkan pesakit itu sudah pun DIL NAR..dan kami diminta membawa pulang pesakit tu ke hospital kami..
sempat lagi doktor disana bergurau..

"kalau apa-apa jadi dalam ambulans..korang tengok je ya..."

Kami balik dengan hati yang gundah..takut betul..2 minit sekali check BP...haha..tapi pesakit tu nampak ok..GCS full...Ambulans pun dah bertukar jadi roket..aku dah mabuk-mabuk laut bila sampai dekat hospital kami..maklumlah..dentuman demi dentuman kami lalui..fuh!! mahu tercabut kepala rasanya..hehe

Dah serik nak hantar kes..aiyoo..selalu sahaja pesakit yang aku hantar..akan mengalami situasi yang sama..
masa tu rasa macam perut nak terburai..takut sangat!!
harap-harap lepas ni dah tak kena macam ni..tapi.....esok dan lusa oncall...waaaaa....tak nak! tak nak!
mimpi ngeri!

p/s: mood: nak berhenti kerja...haha


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, November 24, 2012

Senaman si Tommy



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Semalam dapat jumpa satu senaman yang agak menarik...juga menarik minat kanak-kanak untuk bersenam..Senaman Si Tommy.
first time dengar dari Mr PPP..memang aku gelak habis-habisan sebab dia boleh minat lagu macam tu..
last-last sebab anak aku minat dan terpaksa jadi cikgu yang mengajar dia buat senaman ni...hehe


"Tangan kiri di depan, ke belakang,
Depan belakang, lalu goyangkan,
Lakukan seperti ini dan berputarlah,
Mudahkan caranya.

Uuuuhhh... ayuh bersama,
Uuuuhhh... bersama-sama,
Uuuuhhh... ayuh bersama,
Pegang lutut tangan di angkat, yai yai ya"

# ulang rangkap yang sama cuma perkataan tangan kiri ditukarkan ke tangan kanan,kaki kiri dan kaki kanan..

simple tetapi menarik...sila cuba...hehe


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, November 22, 2012

Etika berbalas mesej dengan perempuan



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

hai.hai readers...jumpa lagi kita dengan topik yang baru..
kali ni nak berkongsi etika-etika berbalas mesej dengan perempuan..okeh..ini adalah rekaan semata-mata ya dan hanyalah gurauan yang penuh makna..hehe
etika-etika ini boleh digunakan jika korang dalam proses untuk ambil hati seorang perempan ataupun bermesej dengan awek korang.cekidaut...

1.Mesej mesti panjang
okey..yang ini sudah pasti..pantang kalau taip mesej pendek-pendek..mesti panjang-panjang juga.walaupun merapu tu tak apa..janji panjang..haha.

2. Jangan balas 'ok'
kalau balas 'ok' mahu perang dunia ketiga aku rasa..nak-nak lagi kalau mesej perempan tu panjang lebar menerangkan kat korang..memang cari nahas lah kalau buat macam tu..
perempuan beranggapan korang tak bersungguh-sunggh nak bermesej dengan mereka dengan dua huruf tersebut. 

3. Elak  balas lambat
kalaulah korang saja-saja nak balas lambat..manalah tahu kan...lepas tu mesej kawan tu korang delaykan balasannya setengah jam atau satu jam...terutama kalau mesejnya agak bermotif 'soalan penting'....memang korang akan menahan rajukan yang berpanjangan..alasan korang takkan diterima walaupun korang telah menerangkan berkali-kali bahawa korang telah tertelan julap...hehe...kebiasaannya lelaki lewat balas mesej kerana main game...betul??

4.Jawab pertanyaan betul-betul
kalau korang diberi soalan.sila jangan jawab dengan soalan juga..itu memang pantang! 
seboleh-bolehnya jawablah soalan mereka dengan sejujurnya..jangan cuba-cuba untuk menipu...

5.Gunakan tanda bacaan
topik ini seringkali menjadi bahan untuk buat entri...kebanyakan perempuan lebih mengekspresikan mesej mereka dengan tanda bacaan seperti , ! :) dan sebagainya..berbanding orang lelaki yang mesejnya tanpa apa-apa...even noktah pun jarang-jarang letak..hehe

sebenarnya banyak lagi kan?? sebenarnya perkara-perkara simple seperti diatas boleh menyebabkan berlakunya rajuk yang berpanjangan..biasalah..kalau sedang berkasih-kasihan memang hati cepat terusik...kala korang ada lagi etika-etika yang boleh ditambah...jom kongsikan disini..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, November 21, 2012

BANTU PALESTIN



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim kami melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN kami iaitu ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam diPalestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.


Info tambahan :



Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012



Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mat Ali) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan. 



Anda juga boleh menyebarkan poster ini diblog, difacebook atau dimana sahaja.. semoga dengan usaha kecil kita ini dapat membantu Saudara Islam kita disana.. 



Derma ikhlas anda akan memberikan senyuman buat mereka disana :) 



Segala budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, November 20, 2012

Koleksi Resepi Durian,Mangga crepe pelbagai versi


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}




versi satu


Bahan2..

500 gm susu segar
6 sudu aiskrim soda F&N
4 sdb gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
60 gm butter - cairkan
1 sudu kecil pewarna kuning
270 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 sudu teh garam

Filling

1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian/mangga/raspberry yang telah dilenyek.


versi 2


Bahan untuk kulit
250gm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)

Filling
1 cawan Non Dairy Whipping Creme
Isi durian,mangga,rasberry yang telah dilenyek


versi 3


Bahan
50 gram tepung gandum
1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning,hijau,merah
1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telur
3 sudu teh/kecil butter

160 ml air
40 ml susu cair/fresh milk
2 sudu besar gula halus..

inti

150 ml fresh cream/whipping krim

atau inti pastry cream 

2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter


cara membuat pastry cream

masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
msak dlm api yg kecil hingga sebati..
masuk telur kacau lagi..
masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
msukkn tpg jgung sesudu dulu..
kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
kacau sebati hingga mendidih..
tukar ke dalm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
nak guna gaul seketika..
dari Jom Masak



Cara membuat 



Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.


Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.


Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.


Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE