Tuesday, March 1, 2011

seminggu bersama pesakit mental





agak lama tidak 'update' blog ini..sunyi sepi sungguh! hehe..maaflah jika ada yang ternanti-nantikan en3 baru.aku tidak dapat bagi korang sume bahan bacaan buat masa sekarang kerana terlalu banyak kerja yang perlu aku jelaskan 'hutang-hutangnya' terlebih dahulu..hehe

seminggu ini aku mendapat pengalaman yang cukup berharga kerana bertugas di wad psikatric..sungguh mencabar kerana saban hari hanya berkomunikasi dengan pesakit mental!
tetapi kamu semua jangan pandang rendah pada pesakit mental..kerana ada diantara mereka juga sama seperti kita..manusia normal! cuma bezanya mereka berada disana...
mereka kadang-kadang lebih tahu tentang dunia ini berbanding kita..mereka lebih tahu tentang hakikat kehidupan walaupun kadangkala terlebih tahu dan merapu!

tetapi itu tidak meninggalkan kesan pada aku kerana tugas aku merawat mereka..peluang untuk bersama-sama duduk dengan mereka membuka mata aku bahawa lebih ramai yang diluar sana yang sakit jiwa!

manakan tidak..saban hari banyak kes-kes berkaitan dengan manusia yang bermasalah mental.

manusia sekarang tidak tahu mengawal perasaan dan stress yang mereka alami membuatkan ianya menjadi salah satu faktor yang penting dalam membawa kepada masalah mental..

ingatlah semua..mungkin hari ini hari mereka..esok lusa kita tidak mengetahuinya..
layanlah mereka seadanya..elakkan stigma..supaya mereka juga boleh hidup normal seperti kita..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

wanita baik untuk lelaki baik




Nak juga aku tahu lelaki suka wanita yang macam mana?
memang lelaki suka kacau wanita yang pakai seksi-seksi,suka mekap,lawa sudah semestinya
tapi,pernah ke korang sume terfikir? lelaki yang pilih wanita yang seksi,suka mekap dan lawa tu tak lama hidup bersama...tup..tup..dah bercerai..kan?
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. utuk lelaki di luar sana.Buat lelaki yang diluar sana..Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

sebenarnya wanita yang macam mana lelaki perlukan?

~Yang Duduk Bersama lbubapa

~Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

~Yang Hormat Kepada Orang Tua

~Yang Pandai Menjaga Kehormatan
 
~Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
 
~Yang Didikan Agamanya Cukup

~Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama


Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia
 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, February 18, 2011

Kenapa TUHAN beri kita ujian?




Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T, 
orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

Firman Allah, maksudnya:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

sesungguhnya orang yang sabar diberikan ujian diberi ganjaran yang lebih lumayan..

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi 

f. Disenangi orang lain

sabar itu separuh daripada Iman.Jadi bersabarlah kita dengan ujian dari-NYA..
Buktikan keimanan kita pada-NYA 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, February 11, 2011

jom jalan jalan ke kelantan

banyak tempat yang agak menarik kalau anda datang ke kelantan..
walaupun kelantan bukan tempat asal aku..
saje nak promote tempat orang.hehe
aku senaraikan tempat-tempat yang anda semua boleh kunjungi jika ke kelantan


Gelanggang Seni (Cultural Centre) /Gelanggang Seni, the Cultural Centre 
Handicraft Village and Craft Museum 
Siti Khadijah Market
Pantai Cahaya Bulan/Beach of Moonlight ,Pantai Irama, Pantai Melawi, Pantai Seri Tujuh, Pantai Tok Bali and Pantai Bisikan Bayu.
Gunung Stong  1,433m.
Kuala Koh National Park (Gateway to Taman Negara)
State Museum .
Islamic Museum
Museum of Royal Traditions and Customs/istana Jahar Gain
War Museum / Bank Kerapu
State Mosque, Istana Balai Besar and Merdeka Square.
Wat Photivihan Buddhist Temple,Wat Machimmaram, Wat Mai Suvankhiri, 
Gua ikan, Keris, Batu Susun, Pagar, Sidang and cha.
Local Train Ride Traverse scenic villages
Fishing Village in Sbak 
Bazar Buluh Kubu (Bamboo Fort Bazaar)
Duty-Free Shopping The towns of Rantau Panjang and Pengkalan Kubor
Wakaf Che Yeh
Homestays Live-Renok Baru, Pantai Suri and Blok Ulu Kusial.
Sultan Ismail Petra Airport in Pengkalan Chepa

selain itu ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik di kota bharu
.
.
.
.
 KB Mall???


okey..sudah,sudah..hehe
dah cukup kot..
nak datang kelantan?silakan..^_^

Kelantan State Tourist information Centre Tel: 609-7485534-3543
Local Train Stations
Gua Musang Tel: 609-9121226
Tumpat Tel: 609-7257232
Wakaf Bharu Tel: 609-7196986
Sultan Ismail Petra Airport Tel: 609-7737400

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, February 10, 2011

Orang Malaysia tak pandai jaga kesihatan



Kenyataan kah?
itu pendapat aku sendiri..melalui pemerhatian yang aku jalankan,orang Malaysia ni tak pandai nak jaga kesihatan..

bila dah sakit baru sibuk nak pergi klinik,pergi hospital..ada juga yang pergi jumpa bomoh dulu!
kenapa? sebab kurangnya kesedaran mereka tentang kesihatan diri,kepentingan menjaga kesihatan untuk menggelakkan penyakit dan juga dapat memastikan diri sentiasa sihat dan cergas.
malah,jarang sekali adanya promosi-promosi kesihatan yang dijalankan di tempat awam..yang ada cuma sekali sekala kat TV..

itupun bukannya semua orang tengok..kan?
apa kata kalau semua iklan kat TV tu iklan kesihatan?
kemudian,buat ceramah kat tempat awam macam kat pasar ke..kat tempat yang selalu orang datang..shopping complex ke??(boleh ke?haha)

maklumat kesihatan pun banyak kat internet..tinggal nak cari je..tapi,berapa kerat je yang cari?
yang ada kat hospital je yang cari? atau bila dah sakit?

kan bagus kalau semua orang tahu yang kesan tidak menjaga kesihatan ni  boleh dapat komplikasi penyakit yang lebih teruk lagi walaupun sakit mereka hanya sakit kepala,sakit perut ataupun lenguh-lenguh badan..
sungguh, mereka yang menghargai tahap kesihatan dan menjaga kesihatan mereka dengan baik menjamin hidup yang lebih berkualiti..
percayalah!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE