.

Sunday, August 10, 2014

ScratchMeNot - Eczema Mitten




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ScratchMeNot adalah sarung tangan eczema yang direka khas untuk mengelakkan bayi eczema menggaru muka dari terus cedera serta memberi keselesaan kepada bayi anda ketika memakainya.


Mengubati bayi eczema bukanlah perkara mudah sebab walau menggunakan krim eczema tapi bayi eczema dapat menggaru muka dan mencederakan semula kulit tersebut dan belum sempat sembuh terutama waktu malam ketika kita tidur, tidak sedar dan tidak dapat kawal bayi kita menggaru.



Sarung tangan dwi lapisan ini mempunyai lapisan luar lembut yang menghalang kerosakkan kulit akibat menggaru berlebihan dan menggosok. ScratchMeNot boleh dilipat buka untuk memberi tangan bayi bebas ketika tidak menggaru dan menutup kembali ketika bayi menggaru. Produk ini juga boleh digunakan bersama ubat atau krim jika perlu.


"Produk ini adalah genius dan benar-benar terbaik !! .... ini merupakan penyelamat kehidupan dan keajaiban! Si kecil saya akan menggaru dan mencederakan mukanya kerana gatal yang kronik. Dengan produk anda, mukanya telah sembuh. . dia tidak lagi boleh mencederakan dirinya, tetapi dia masih boleh menghibur dirinya apabila dia gatal-gatal Terima kasih ... terima kasih ... terima kasih ... "- Vivian


Kelebihan Sarung Tangan Eczema

  • Flexible - Hujung sarung tangan boleh dibuka dan ditutup
  • Fun - Mempunyai corak yang ceria untuk kanak-kanak
  • Efective - Dapat menggelakkan bayi dari menggaru.
  • Functional - Sangat mudah untuk ibu bapa membuka dan memakai tetapi sukar untuk bayi anda membukanya.
Produk yang sangat efektif dan kualiti... hentikan derita anak anda. Jika berminat boleh order di The Baby Store Malaysia



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, July 23, 2014

CPUV/BE Nuffnang 69 : Rakuten



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Disaat sedang menunggu cek dari Nuffnang..sempat lagi Nuffnang selitkan CPUV terbaru yang
 ke-69...CPUV kali ini ialah Rakuten iaitu laman membeli belah secara online..elok sangat lah.macam tahu-tahu je aku suka membeli online..hehe



Kalau cek Nuffnang sampai awal kan best,boleh buat beraya..:D

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Safety Gate untuk anak



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dah lama sebenarnya aku mencari safety gate ni untuk anak aku..maklumlah aku ni kalau balik kerja memang penat tak hengat..jadi,ingatkan bila ada safety gate ni dapatlah aku lepaskan anak aku tanpa risau dia menjelajah satu rumah..hehe

Asalnya nak pasang sendiri je..tapi,dah lama asyik nak pasang,tapi tak pasang-pasang..Nak senang...aku suka sangat survey online je...memang suka beli secara online sebab senang...duit pun mengalir macam air je.hahaha.

Survey punya survey jumpa la satu dekat The Baby Store..Lindam Safe & Secure Fabric Playpen yang mana boleh convert dari playpen jadi safety gate..2 in 1 gitu...kelass kau jah..hehe 




Agaknya kalau beli sedap la aku tidur balik kerja nanti..letak je dalam tu...kan...kan??hehe
Lagi yang menariknya benda ni boleh dicuci..dan boleh dilipat untuk disimpan..

dah.boleh dah ni start buka buku akaun..hehe.
jom shopping!!!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, July 13, 2014

Kerana Syurga ditelapak kaki ibu..



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni macam-macam berlaku di tempat kerja..sedih dan terasa simpati terhadap seorang hamba Allah yang bergelar pesakit.Disaat dia sedang bertarung menahan sakit..dia terpaksa berhadapan dengan anak menantu yang tak tahu menghargai kasih sayang seorang ibu..

Mak Cik ni masuk ke wad disebabkan Infected Bedsore..bedsore ni adalah kudis tekanan akibat baring terlalu lama.biasanya pesakit yang bed ridden memang akan develope bedsore..tapi yang ini dah infected atau bahasa melayunya dah dijangkiti kuman..


contoh luka adalah macam dalam gambar cuma teruk lagi sikit..semua luka kat dalam tu dah jadi warna hitam..kat tepi-tepi dah ada macam poket..dan tengah-tengah nampak tulang..isinya pula dah macam daging rebus yang dah busuk.baunya tak perlu nak cakap..

Pesakit ni pun bukan untuk active treatment..hanya untuk palliative care..

Ceritanya..pagi tadi..disebabkan anak dia ada,kami ambil keputusan untuk memandikan pesakit lain yang tiada waris..lagipun anak dia volunteer untuk mandikan mak dia..Aku mandikan pesakit yang diletak berhadapan dengan mak cik tu..Aku baru sahaja lap badan mak cik tu..anak pesakit tersebut dah pun kemas barang tanda siap mandikan mak dia.Biar betul ni????takkan cepat sangat mandikan???

Okey,aku tak nak buruk sangka..cepat-cepat aku mandikan mak cik tadi..selepas 20minit siap sekali tukar kainan dia..

Bila tiba tengahari,tibalah masa untuk dressing/cuci luka mak cik yang infected bed sore tersebut..
Buka saja pampers...MasyaAllah!!!! memang sah anak dia tak mandikan pun..hanya tukar baju..aku pula yang sebak..dengan nanahnya..baunya..Tuhan sahaja yang tahu..dalam hati aku berkata..kalau aku ditempat mak cik tu..aku lebih rela mati cepat..ada anak macam tak ada anak..

Kami mandikan mak cik tu macam mandikan dekat bilik air..biar badan segar..daki-daki kami sental..mulut,rambut.kami bersihkan semua dari A-Z..kemudian last kami letak bedak..barulah kami puas hati..

Cuba bayangkan kawan-kawan..anak ramai datang melawat tapi tak semua sanggup mandikan mak dia...tukar pampers apatah lagi..Menjadi Jururawat bukan pilihan aku tapi kerjaya ni menjadikan aku lebih menghargai orang-orang yang aku sayang..Datanglah dengan kereta BMW sekalipun..tapi kalau mak seorang tak mampu nak dijaga...lebih baik kereta tu tolak ke tempat besi buruk..
Dan jangan serahkan 100% tugas sebagai anak kepada Jururawat..
kerana syurga itu ditelapak kaki ibu..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}


klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE