.

Wednesday, November 14, 2012

ww : Cantik tetapi....


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}








p/s: cantik tetapi bahaya..sama macam perempuan..kan??:P



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Nursing Intervension-Nephrotic syndrome



Potensi Infeksi berkait dengan Pertahanan Badan yang Lemah, cecair yang Berlebihan.

Objektif:
Infeksi dapat dielakkan dengan tiada tanda-tanda infeksi seperti peningkatan suhu badan.

1. Lakukan pemerhatian tanda vital 4 hourly untuk mengesan sebarang perubahan yang menandakan pesakit mengalami infeksi.

Contohnya : peningkatan suhu badan.
Rasional : peningkatan suhu menandakan berlakunya infeksi.

2. Beritahu pesakit supaya menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan infeksi.

Contohnya : mandi setiap hari.
Rasional : jika tidak menjaga kebersihan, risiko untuk mendapat infeksi lebih tinggi.


3. Nasihatkan pesakit supaya memberi perhatian pada jagaan kulit.

Contohnya : jangan garu, sapu losyen, dan elakkan kecederaan.
Rasional : pesakit mengalami edema dan menyebabkan kulitnya mudah tercedera. Jika tercedera, risiko mengalami infeksi lebih tinggi.


4. Amalkan standard precaution dan teknik aseptic dalam merawat pesakit, serta menjalankan perawatan dengan lemah-lembut.

Contohnya : semasa menukar cadar, elak menarik kainan dengan kasar dan kuku jururawat hendaklah sentiasa pendek.
Rasional : untuk mengelakkan kecederaan yang boleh menyebabkan infeksi kerana imuniti badan pesakit lemah.


5. Nasihatkan pesakit mengambil nutrisi yang seimbang, tinggi kalori, tinggi protein dan vitamin serta kurang garam.

Contohnya : daging, telur dan sayuran hijau
Rasiohal : untuk meningkatkan imuniti badan pesakit dan dapat mengelakkan risiko infeksi.


6. Sediakan persekitaran yang terapeutik untuk pesakit.

Contohnya : hadkan pelawat yang melawat pesakit.
Rasional : pesakit mempunyai imuniti badan yang rendah dan mudah mendapat infeksi.


7. Rawat penyakit utama (Nephrotic syndrome) dengan menggalakkan pesakit mengikut perawatan yang betul.

Rasional : untuk mengurangkan risiko infeksi.


8. Galakkan pesakit mengambil ubatan seperti yang diarahkan oleh doctor mengikut dos dan masa yang telah ditetapkan.

Contohnya : Ubatan diuretic, corticosteroid, agen cytotoxic dan antibiotic profilaksis.
Rasional : dapat mengurangkan risiko mendapat infeksi.


9. Nasihatkan pesakit supaya mematuhi tarikh temujanji yang telah ditetapkan oleh doctor.

Rasional : bagi mengesan tanda-tanda penyakit berulang dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang infeksi jika perawatan tidak dijalankan dengan betul.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Contoh Reflektif Praktis 2



Peristiwa berlaku semasa saya menuntut di Tahun 3 Semester II bertempat di dewan bedah Hospital ………… pada minggu ketiga penempatan klinikal.

Ketika itu saya menjadi pembantu ‘scrub nurse’ di samping Jururawat (staffnurse/SN) Zarina dalam pembedahan appendicectomy yang diketuai oleh Mr……. (surgeon).

Di awal pembedahan, segalanya berjalan lancar.Tugas saya dalam membantu SN Zarina menyediakan peralatan pembedahan seperti memasang blade,stich dan membersihkan peralatan yang telah digunakan di samping belajar untuk mengenali peralatan.

Seperti biasa,SN Zarina telah memberikan saya peralatan yang telah tercemar dengan darah pesakit untuk dicuci dan diletakkan di dalam set appendicectomy. Salah satu peralatan yang telah diberikannya adalah scissor.Saya telah mengikut segala arahan dan cuba untuk tidak melakukan sebarang kesilapan semasa melakukan tugas.

Setelah pembedahan hamper selesai,SN Zarina mengarahkan saya supaya memberikan scissor yang telah diberikannya tadi.Saya ingin mengambil scissor tersebut tetapi tidak menjumpainya di dalam set peralatan tersebut.SN Zarina juga telah membantu saya untuk mencari scissor tersebut tetapi tidak menjumpainya juga.

Saya pada ketika itu berasa sangat takut dan tidak tahu untuk berbuat apa.Keadaan di dalam bilik bedah sedikit kecoh apabila scissor yang ingin digunakan masih belum dijumpai.Surgeon dan doktor pula sedang menunggu sehingga scissor dijumpai semula.SN Zarina telah bertanya kepada doktor dan circulating nurse yang ada di dalam bilik bedah sekiranya mereka ternampak scissor tersebut.Saya pula sedang berusaha mengingati kembali di mana saya telah meletakkan scissor tersebut dan saya yakin saya tidak meletakkannya di tempat yang salah.

Mujurlah selepas itu,SN Zarina telah mengajak saya supaya melakukan pengiraan peralatan yang berada di dalam set appendicectomy tersebut sekali lagi.Setelah mengira dan menyusun peralatan yang ada dengan betul dan mengikut jenisnya,kami telah berjaya menjumpai scissor tersebut di dalam set berkenaan.Rupanya saya telah tersalah letak scissor tersebut di tempat yang tidak sepatutnya dan tidak meletakkannya mengikut jenis peralatan di dalam set tersebut dan mengakibatkan kesukaran untuk mencarinya.


SN Zarina telah menasihati saya supaya meletakkan peralatan mengikut jenis dan saiz dengan betul supaya dapat memudahkan proses pengambilan dan penggunaannya.Saya telah meminta maaf kepada SN dan doktor yang terlibat di atas kecuaian saya dan menyebabkan proses pembedahan tergendala sebentar.Saya juga telah berjanji agar akan lebih berhati-hati dalam pengendalian peralatan agar peristiwa yang sama tidak berulang sekali lagi.


PERASAAN

Sebelum kejadian,saya berasa amat teruja kerana dapat menjadi second scrub nurse buat pertama kali di bilik bedah.Perasaan yang teruja dan tidak memikirkan akan melakukan sebarang kesilapan semasa melakukan tugasan.Rasa berdebar-debar kerana baru pertama kali ingin membantu dalam proses pembedahan.Saya juga merasa selesa dan yakin tidak akan melakukan sebarang kesilapan dengan adanya jururawat yang sedia memberikan tunjuk ajar.

Semasa kejadian,saya berasa amat panik dan berdebar-debar atas kesilapan yang telah saya lakukan.Rasa takut apabila akan dimarahi oleh surgeon,doktor dan jururawat yang bertugas kerana telah membantutkan pembedahan akibat kecuaian saya.

Selepas kejadian,saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya scisscor tersebut berjaya ditemui dan pembedahan boleh dilakukan seperti biasa.Mujur saya tidak dimarahi oleh kakitangan yang bertugas dan perasaan lega terasa di dalam hati kerana segalanya telah berjalan seperti sebelumnya.Perasaan malu kepada kakitangan lain serta rakan yang ada di tempat kejadian juga timbul akibat kecuaian yang telah saya lakukan.


PENILAIAN


KEBAIKAN PERISTIWA

1. Saya akan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab semasa melakukan tugas dan perawatan ke atas pesakit supaya sebarang kecuaian dapat dielakkan.Sikap berhati-hati semasa menjalankan tugas mampu mengelakkan sebarang komplikasi dan masalah buruk akibat tindakan kita yang cuai. Contohnya,tidak cuai dan leka semasa bertugas bagi mengelakkan kejadian seperti tertinggal peralatan seperti gauze atau swab di dalam badan pesakit ataupun tersalah letak peralatan sehingga mengakibatkan kesukaran untuk mencarinya semasa pembedahan.


2. Saya menyedari bahawa kita haruslah mengamalkan cara kerja yang sistematik dan teratur.Contohnya, mengemas peralatan mengikut jenis dan saiz peralatan di dalam set peralatan yang disediakan bagi memudahkan proses pengiraan dan pengambilan peralatan.

3. Dapat menyedarkan saya bahawa pentingnya melakukan kerja mengikut standard of procedure agar tatacara berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Dengan mengamalkan cara kerja mengikut tertib,kerja akan berjalan dengan lancar dan sebarang masalah dapat dielakkan.

4. Perlu mengamalkan kerja berkumpulan dan membentuk sikap saling bantu-membantu bagi memudahkan tugasan dengan adanya komunikasi yang berkesan.Sekiranya tidak ada sikap saling bantu-membantu dan komunikasi yang berkesan akan menyebabkan tugasan tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan cepat.Sebagai contoh,SN Zarina membantu saya dalam mencari scissor tersebut dan berkomunikasi dengan doktor untuk bertanyakan tentang scissor tersebut.


KEBURUKAN PERISTIWA


1. Mengakibatkan perasaan takut dan panik untuk membantu disepanjang prosedur kerana takut akan membuat kesalahan dan dimarahi kerana membantutkan prosedur.Perasaan ini membuatkan saya berasa tidak mahu mengambil peluang untuk menjadi scrub nurse sekali lagi kerana bimbang akan melakukan kesilapan lagi.

2. Mengakibatkan saya menjadi kurang keyakinan diri dalam melakukan tugas kerana pengetahuan dan pengalaman yang tidak mencukupi.Pada pandangan saya,kerja yang dilakukan memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam bagi membolehkan seseorang melakukan tugasan dengan baik.Saya merasakan bahawa pengalaman dan pengetahuan saya masih lagi di tahap yang cetek.

3. Saya berasa sedikit malu dan rendah diri apabila jururawat dan doktor yang bertugas ketika itu mengetahui akan kesalahan saya.Perasaan ini timbul apabila kesilapan itu diketahui oleh semua kakitangan pada ketika itu dan mereka tahu bahawa saya telah melakukan kecuaian.

ANALISIS


Melalui peristiwa yang telah saya alami ini, saya telah mendapat suatu pengajaran yang amat berguna yang mampu saya perbaiki pada masa yang akan datang.Secara tidak langsung, terdapat pengajaran dan pembelajaran yang telah saya perolehi.

Dengan mempraktikkan kesempurnaan dalam melakukan setiap tugasan seperti melakukan kerja secara sistematik mampu mengelakkan kecuaian dan kesilapan dalam pekerjaan.Dengan ini,sebarang komplikasi atau kecederaan kepada pesakit dapat dielakkan.

Sentiasa melakukan tugas dengan cermat, dan berhati-hati serta melaksanakan tugas mengikut standard of procedure juga dapat melancarkan perawatan ke atas pesakit tanpa sebarang gangguan yang boleh melewatkan perawatan diberikan ke atas pesakit.

Peristiwa yang telah berlaku ini sedikit sebanyak telah memberikan saya satu nilai moral yang baik serta pengajaran yang cukup untuk membuatkan saya menyedari bahawa pentingnya sikap berhati-hati semasa melakukan tugas.Saya juga berjanji supaya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan berusaha untuk mempertingkatkan lagi kemahiran saya melalui pengalaman dan proses pembelajaran sepanjang berada di dalam penempatan klinikal.Setiap kesilapan mempunyai hikmah disebaliknya,dan hikmah tersebut akan saya jadikan iktibar sepanjang menjadi Jururawat Pelatih dan Jururawat Terlatih kelak.



PELAN TINDAKAN


1. Segera mencari scissor yang dikehendaki di dalam set peralatan yang ada.

2. Bertanya kepada scrub nurse,circulating nurse dan doctor yang terlibat sekiranya terlihat scissor tersebut.

3. Mencari di atas lantai, di badan pesakit dan di bawah katil pembedahan sekiranya scissor tersebut terjatuh ketika penggunaan.

4. Segera mengambil tindakan dengan mengira semula peralatan di dalam set appendicectomy bagi mencari scissor tersebut sekiranya ada.

RUMUSAN

Saya berasa amat bertuah kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini.Dengan adanya reflektif peraktis,saya dapat menyedari kesalahan yang telah saya lakukan semasa praktikal dan pengalaman ini dapat saya jadikan iktibar pada masa hadapan.Disamping itu juga, ia juga dapat membuatkan diri saya supaya memperbaiki diri supaya lebih bertanggungjawab serta melakukan kerja dengan cermat semasa memberikan perawatan kepada pesakit agar sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu,reflektif praktis ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan Jururawat Pelatih disamping membantu pelatih supaya berfikiran kreatif dalam melakukan sebarang tindakan.Reflektif praktis haruslah diamalkan dalam kerja seharian kita sebagai jururawat bagi membantu diri untuk mempelajari setiap kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa hadapan bagi meningkatkan mutu kerja dalam melakukan perawatan ke atas pesakit.

RUJUKAN


1. Brunner & Suddarth’s Eleven Edition Textbook of Medical-Surgical Nursing

2. Kamus Jururawat Oxford Fajar Edisi Kedua

3. http://en.wikipedia.org/wiki/Appendectomy

kredit to: Nadiah

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kuih Lapis 3 layer



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Petang-petang,hujan macam ni sedap juga kalau buat kuih..dah lama juga dapur tak berasap dengan kuih muih ni.asyik nasi saja kadang-kadang naik bosan juga kan??
jadi,dengan bersemangatnya aku turun ke dapur untuk melaksanakan hajat aku yang kempunan sangat nak makan kuih lapis..

Tadaaaaa!!! baru masuk ke dapur,dah siap ni haa...hehe..(tipu jer..)
dari jam 4 tadi lagi duk buat ni ha..ni baru saja siap..nak santap lah pulak..


cantik tak?? hehe..
cuma lakukan variasi untuk tarikan sikit...anak aku ni kurang makan,jadi...kalau tak sedap pun at least nampak cantik..
tapi,dah berpinggan-pinggan dia angkut keluar...sedap lah tu kot..

nak buat juga??meh aku kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahan

1. 2 cawan tepung beras
2.1 1/2 cawan tepung gandum
3. 2 sudu besar tepung ubi kayu
4.400ml santan
5.600ml air
6. sedikit garam
7.1 cawan gula pasir..boleh tambah kalau nak lagi manis..
8.1 sudu teh esen vanilla/perisa pandan
9. 3 jenis pewarna

Cara-caranya

campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna
bila dah sebati..tapiskan ke dalam 3 buah bekas yang berlainan dan masukkan warna..


sementara campurkan warna tu..panaskan kukusan anda..
kemudian masukkan satu warna ke dalam bekas untuk mengukus


tunggu sehingga 5 minit sebelum masukkan layer yang kedua..dan begitu juga seterusnya.


bila dah masukkan semua layer..tudung dan kukuskan untuk 10-20 minit lagi supaya kuih lapis itu benar-benar masak..

bila dah masak...tunggu sehingga sejuk sebelum dihidangkan..
nak makan masa panas-panas pun boleh...terserah pada korang..

p/s: antara kuih yang digemari selain kuih koci,kuih peria,kuih bakar..dll..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, November 13, 2012

Sparkling Cursor



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dah lama tak buat tutorial..so,hari ni nak start dengan tutorial yang dah lama tersimpan dalam my document aku neh..

hari ni nak ajar cara buat sparkling cursor..senang aje..copy code dibawah dan pastekan ke dalam HTML/Javascript


<script type='text/javascript'>

</script>

<script type='text/javascript'>
// <![CDATA[
var colour="#000000";
var sparkles=100;

var x=ox=400;
var y=oy=300;
var swide=800;
var shigh=600;
var sleft=sdown=0;
var tiny=new Array();
var star=new Array();
var starv=new Array();
var starx=new Array();
var stary=new Array();
var tinyx=new Array();
var tinyy=new Array();
var tinyv=new Array();
window.onload=function() { if (document.getElementById) {
var i, rats, rlef, rdow;
for (var i=0; i<sparkles; i++) {
var rats=createDiv(3, 3);
rats.style.visibility="hidden";
document.body.appendChild(tiny[i]=rats);
starv[i]=0;
tinyv[i]=0;
var rats=createDiv(5, 5);
rats.style.backgroundColor="transparent";
rats.style.visibility="hidden";
var rlef=createDiv(1, 5);
var rdow=createDiv(5, 1);
rats.appendChild(rlef);
rats.appendChild(rdow);
rlef.style.top="3px";
rlef.style.left="0px";
rdow.style.top="0px";
rdow.style.left="3px";
document.body.appendChild(star[i]=rats);
}
set_width();
sparkle();
}}
function sparkle() {
var c;
if (x!=ox || y!=oy) {
ox=x;
oy=y;
for (c=0; c<sparkles; c++) if (!starv[c]) {
star[c].style.left=(starx[c]=x)+"px";

star[c].style.top=(stary[c]=y)+"px";
star[c].style.clip="rect(0px, 5px, 5px, 0px)";
star[c].style.visibility="visible";
starv[c]=50;
break;
}
}
for (c=0; c<sparkles; c++) {
if (starv[c]) update_star(c);
if (tinyv[c]) update_tiny(c);
}
setTimeout("sparkle()", 40);
}
function update_star(i) {
if (--starv[i]==25) star[i].style.clip="rect(1px, 4px, 4px, 1px)";
if (starv[i]) {
stary[i]+=1+Math.random()*3;
if (stary[i]<shigh+sdown) {
star[i].style.top=stary[i]+"px";
starx[i]+=(i%5-2)/5;
star[i].style.left=starx[i]+"px";
}
else {
star[i].style.visibility="hidden";
starv[i]=0;
return;
}

}
else {
tinyv[i]=50;
tiny[i].style.top=(tinyy[i]=stary[i])+"px";
tiny[i].style.left=(tinyx[i]=starx[i])+"px";
tiny[i].style.width="2px";
tiny[i].style.height="2px";
star[i].style.visibility="hidden";
tiny[i].style.visibility="visible"
}
}
function update_tiny(i) {
if (--tinyv[i]==25) {
tiny[i].style.width="1px";
tiny[i].style.height="1px";
}
if (tinyv[i]) {
tinyy[i]+=1+Math.random()*3;
if (tinyy[i]<shigh+sdown) {
tiny[i].style.top=tinyy[i]+"px";
tinyx[i]+=(i%5-2)/5;
tiny[i].style.left=tinyx[i]+"px";
}
else {



tiny[i].style.visibility="hidden";
tinyv[i]=0;
return;
}
}
else tiny[i].style.visibility="hidden";
}
document.onmousemove=mouse;
function mouse(e) {
set_scroll();
y=(e)?e.pageY:event.y+sdown;
x=(e)?e.pageX:event.x+sleft;
}
function set_scroll() {
if (typeof(self.pageYOffset)=="number") {
sdown=self.pageYOffset;
sleft=self.pageXOffset;
}
else if (document.body.scrollTop || document.body.scrollLeft) {
sdown=document.body.scrollTop;
sleft=document.body.scrollLeft;
}
else if (document.documentElement && (document.documentElement.scrollTop || document.documentElement.scrollLeft)) {
sleft=document.documentElement.scrollLeft;
sdown=document.documentElement.scrollTop;
}
else {
sdown=0;
sleft=0;
}
}
window.onresize=set_width;
function set_width() {
if (typeof(self.innerWidth)=="number") {
swide=self.innerWidth;
shigh=self.innerHeight;
}
else if (document.documentElement && document.documentElement.clientWidth) {
swide=document.documentElement.clientWidth;
shigh=document.documentElement.clientHeight;
}
else if (document.body.clientWidth) {
swide=document.body.clientWidth;
shigh=document.body.clientHeight;
}
}
function createDiv(height, width) {
var div=document.createElement("div");
div.style.position="absolute";
div.style.height=height+"px";
div.style.width=width+"px";
div.style.overflow="hidden";
div.style.backgroundColor=colour;
return (div);
}
// ]]>
</script>
kod yang berwarna merah ialah untuk tukar warna....save dan view.
selamat mencuba


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE