Wednesday, October 10, 2012

Nama Terlarang Dalam islam



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Disini aku kongsikan beberapa koleksi nama-nama yang terlarang dalam islam kerana maksud yang tak elok...

Abkam-Tidak celik, buta
Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya
Afinah - Yang bodoh
Asyar - Paling jahat
Asyirah - Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah - Hamba suruhan perempuan
Baghiah - Yang zalim, jahat
Bahimah - Binatang
Balidah - Yang bodoh, bebal
Bakiah - Yang menangis, merengek
Baqarah - Lembu Betina
Batilah - Yang batil, tidak benar
Dabbah - Binatang
Dahriyah - Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah - Goncang, stress
Darakah - Kedudukan yang rendah
Daniyah - Yang lemah dan hina
Dami'ah - Yang mengalir air matanya
Fasidah - Yang rosak, yang binasa
Fasiqah - Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
Fajirah - Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah - Kecelakaan
Ghafilah - Yang lalai, yang leka
Ghailah - Kecelakaan, bencana
Ghaibah - Hilang
Ghasibah - Perampas, perompak
Ghamitah - Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah - Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah - Yang dengki
Hasidah - Yang hasad
Hazinah - Yang sedih
Huzn - Kesedihan
Khabithah - Yang jahat, yang keji
Khali'ah - Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah - Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah - Yang rugi
Khamrah - Arak
Jariah - Hamba suruhan perempuan
Jafiah - Yang tidak suka berkawan
Kaibah - Yang sedih
Kafirah - Yang kafir, yang ingkar
Kamidah - Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah - Pendusta, pembohong
Lahab - Bara api
Laghiah - Sia-sia, tidak berfaedah
La'imah - Yang tercela

Lainah - Yang terkutuk
Lahifah - Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah - Yang menderhaka
Majinah - Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah - Agama menyembah api atau matahari
Munafikah - Yang munafik
Musibah - Celaka, bencana, kemalangan
Nariah - Api
Nasyizah - Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah - Yang najis dan kotor
Qabihah - Yang buruk, hodoh
Qatilah - Pembunuh
Qasitah - Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah - Kejahatan, perzinaan
Rajimah - Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah - Kecelakaan, musibah
Razilah - Yang keji dan hina
Sakitah - Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah - Yang rendah dan hina
Sahiah - Yang pelupa
Sakirah - Pemabuk
Syafihah - Yang bodoh
Syaridah - Yang diusir
Syaqiyah - Yang menderita
Syarrul Bariyyah - Sejahat-jahat manusia
Syani'ah - Yang buruk
Syarisah - Yang buruk akhlak
Syatimah - Maki hamun
Syariqah - Pencuri
Talifah - Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah - Yang papa kedana
Tarikah - Anak dara tua
Tafihah - Karut
Talihah - Yang tidak baik
Yaisah - Yang berputus asa
Yabisah - Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah - Penakut
Waqihah - Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah - Yang kotor
Wasyiah - Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah - Yang lemah
Wahiah - Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah - Penakut
Wailah - Bencana, keburukan
Waqi'ah - Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah - Kebinasaan
Zalilah - Yang hina
Zalimah - Yang zalim
Zaniyah - Penzina, pelacur
Zufafah - Racun pembunuh




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 6, 2012

Apa yang nurse mampu buat untuk kau terus hidup!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

5hb 10.2012...aku menerima satu komen yang mengutuk kerjaya sebagai Jururawat

Aku tak faham lah dengan orang yang suka buat blog untuk menghina profession orang...dah tak ada kerja lain ke hape..kalau rasa rajin sangat nak menaip..taip sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk orang lain..yang boleh berikan motivasi kepada orang lain..ini tidak..merapu-meraban kutuk profession orang..

mungkin dia ada sejarah silam kot dengan kerjaya ni atau sengaja nak melepaskan rasa tak puas hati..namun,tak berhak untuk menyahmotivasikan orang lain yang minat dengan kerjaya kejururawatan..

kecian kat profesion nursing ni. gaji mmg banyak tapi ramai nurses ni mmg stupid >>> dipetik dari blog beliau

Jangan lah kerana segelintir nurse yang buat hal.dia terus menghukum profession kejururawatan..

dekat spital nursing berlagak budget mereka di perlukan la sangat. budget staff nurse asyik tak cukup2 padahal aku tengok nurse ni malas yang amat. kerja berkira. tido kat pantri bersembang dan bergosip tak payah cerita la. pastu mengeluh kerja banyak balik lambat padahal kerajaan dah punya la sayang nurse ni siap bagi elaun kritikal lagi padahal kerja ala2 iron maid jer dekat hospital fizikal work tak perlukan otak pun.>>>> dari blog beliau juga

haha..kadang-kadang nak gelak juga dengan statement ni..kerja ala-ala iron maid...fuh kelasss ayat ko bagi jahhh...
ingat nurse ni tak payah belajar ke nak jaga orang?? aku sedih betul dengan orang yang macam ni...
kerja kami ni tak payah guna otak?? dah tu Tuhan bagi otak nak buat apa?? 

aku memang tak publish komen tu sebab tak nak adik-adik yang baru nak belajar mencintai Nursing akan ada pandangan serong terhadap profession Nursing..termasuk lah aku...walaupun kerjaya ni bukan pilihan aku..tapi aku yakin dan pasti yang tak semua orang mampu menjadi Nurse!

kerjaya sbg nurse memang tak sehebat kerjaya lain.tapi aku bangga jadi nurse..dan kau selalu mengutuk kerjaya nurse ni,aku harap sangat satu hari Tuhan tunjukkan pd kau apa yang seorang nurse mampu buat untuk kau terus hidup!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 5, 2012

Wa menang hadiah dari www.aimanaziz.my



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Aku sungguh tak sangka rupanya aku ni seorang pengkritik yang membina.haha..
apapun,terima kasih kepada saudara Aiman sebab pilih aku....<< ceh!! perasan..macam aku sorang je yang dia pilih...hehe

Entri kritik aku kat sini kalau korang nak baca..
nak tahu pemenang lain tengok sini

Perasaan aku bila menang ni...rasa macam tak percaya pun ada sebabnya..yelah..selalu kalau aku masuk giveaway ke hape..puas bodek dan puji,tak dapat-dapat juga hadiah...tapi bila aku kritik je terus dapat.haha
lain kali buat Giveaway lagi yer Aiman..

btw,blog dah cantik dah sekarang..paling suka tang header ni ha..




Terima Kasih kepada penganjur Giveaway  Ahmooyy Chantekk , Mk Syahir , Cadar Murah , Izumi Shop , Mizzs Ninie ,Eqbal Zack ,  Greennpanda Craft ,Izzah Ismail dan Hosting Rajawali.

eh..jap2..tak mention pun aku dapat hadiah apa kan????


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, October 3, 2012

Nuffnang kebah dari demam...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semalam dapat 62 BE/CPUV dari Nuffnang...itu masa Nuffnang demam..
sekarang tinggal satu balik sebab Nuffnang dah kebah dari demam..hehe

dan yang sebenarnya hanya satu itulah BE/CPUV yang Nuffnang berikan untuk aku selain dari kempen-kempen lain yang sedang berjalan seperti biasa..
Ramai yang suruh cashout semalam sebab duit dalam akaun bertambah 3,4 kali ganda dari jumlah asal..
tapi aku tak buat pun..
ke ada yang cashout dan dapat?? hehe

Dan semalam ada juga insan yang tiru ayat aku buat entri Nuffnang ni..
best sangat ke ayat aku sampai nak copy?? haha



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, October 2, 2012

Nuffnang beri 62 BE/CPUV serentak!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semalam tengok ramai orang update tentang Nuffnang..apa dah jadi dengan Nuffnang...ianya betul atau tak..
so,aku check jugalah semalam..
Terkejut mak!! 



Nuffnang beri 62 BE/CPUV serentak! bukan 2,bukan 3...tapi 62! 
kalau hari-hari ni memang kayo den..haha...
Entahlah..aku pun tak tahu juga.mungkin Nuffnang baik hati tapi mungkin juga sistem dia rosak ke hape..
dan tiba-tiba juga yang pernah beralih arah dengan Nuffnang tu merengek nak balik..ceh! haha

Tak kisahlah benda ni betul atau tak...tapi,tetap nak ucapkan terima kasih buat Nuffnang..harap-harap macam betul-betul dapat BE/CPUV baru lagi.hehe

Nuffnang ooo Nuffnang...bagi BE/CPUV betul-betul boleh?? hehe







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE