Friday, February 3, 2012

Kenapa Doa Panjang umur?



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ya Allah..kau panjangkan umurku

pernah ke dengar orang doa macam tu? kenapa agaknya semua orang doa panjang umur..tengok bila tiba hari lahir..orang akan cakap..
"selamat hari lahir,semoga panjang umur"

adakah semua orang takut mati sehinggakan perlu doakan panjang umur?
selepas solat juga kita berdoa agar dipanjangkan umur kita..kita nak hidup lagi lama..apa tujuannya?

pernah ke terfikir..kita doakan agar kita panjang umur..tetapi apa pengisian hidup yang kita minta itu?
adakah diisi dengan amal kebaikan.amal soleh ataupun diisi dengan kegembiraan hidup di dunia semata-mata..

apa guna kita minta supaya dipanjangkan usia sedangkan kita tidak berusaha untuk mengisinya dengan amal kebaikan..
isi kehidupan kita dengan ketaatan dan jauh dari segala maksiat dan segala kejahatan..agar kehidupan kita memberikan manfaat kepada diri,keluarga dan orang lain


p/s: 1. saki baki usia dimanfaatkan untuk bekal di alam sana
2.join contest peribahasa disini..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, February 2, 2012

Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

sebagai sokongan antara group..aku join juga contest oleh Nia Lidia dan Kamil Kahar

comel sungguh banner..:)

tema yang dipilih adalah tentang sahabat..
quote yang dipilih ialah

"Two are better than one"

gambar yang boleh menggambarkan quote ni ialah


aku memilih quote ni adalah kerana pada aku ia amat bertepatan pada zaman sekarang..seseorang yang boleh dipanggil sahabat amatlah susah dicari pada zaman sekarang..
bila kita senang..orang datang mengaku sahabat..tetapi..apabila kita susah..
seorang demi seorang akan hilang dari pandangan kita..

quote ini ditujukan kepada semua ahli geng Fiqra..kerana..
berdua itu lebih baik dari berseorangan..

jika korang semua mampu mencari sekurang-kurangnya seorang sahabat di alam maya..anda telah pun berdua dan tidak kesunyian.
sahabat adalah segala-galanya..

Sahabat bukan lah sekadar satu perkataan yang mana korang mampu untuk mengaku sahabat namun tidak mampu bersama-sama dalam segala macam ujian yang mendatang.
sahabat juga bukan kata nama yang korang boleh bangga-banggakan jika korang sendiri tidak mampu untuk menghargai maksudnya..

Sahabat ialah satu keadaan dimana korang mampu untuk duduk bersama-sama dan merasakan empati dalam diri apabila berhadapan dengan seseorang yang mengalami masalah..
sahabat adalah kata kerja dimana korang mampu untuk sama-sama menghargai dan sama-sama menjaga keharmonian maksudnya di hati..


p/s: rindu sahabat lama..
happy birthday Nia







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kerana dia..2 minggu terasa lama



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

masih aku ingat saat-saat terakhir bergelar pelatih dalam bidang kejururawatan..
kami satu kumpulan seramai 11 orang ditempatkan di satu wad medikal..
yang mana di wad tersebut amatlah terkenal dengan kemalasan jururawat dan sesi mengarah yang cukup kental..
namun begitu..aku dan kawan2 tak gentar kerana telah teramat biasa..

nak dijadikan cerita..aku bekerja bersama 5 lagi kawan..
pada hari pertama menjejakkan kaki masuk ke wad tersebut disambut dengan wajah2 tak puas hati oleh jururawat disitu..
aku buat derk sahaja..

dan dek kerana kerja pagi..kerjanya tak banyak sangat dengan pesakit yang tidak begitu ramai..
aku mengambil keputusan untuk mengemas bilik rawatan yang telah pun dapat dilabel seperti 'tongkang pecah'

dan..agaknya aku terlupa kerana wad itu memang begitu..aku disindir dengan kata2 seperti ini..
"kemas sangat sampai tak jumpa cari barang"

aku diamkan aje dengan hati yang membengkak tahap gaban..
aku teruskan juga kerja-kerja seperti biasa..sambil diarahkan itu dan ini..(normal life as student nurse)

dan..apabila kami tamat waktu bekerja pada jam2 petang..aku dan kawan2 mahu balik kerana kami terpaksa mengejar trip bas..kalau terlepas..memang payah jadinya..

tapi kami dipanggil oleh seorang staff nurse ni..yang membebel pada kami..
yang mengatakan kami ni sombong..
tak senyum dan mengatakan kami ni berlagak..
kami dikatakan tidak menyelesaikan kerja kami..sedangkan semuanya kami yang buat..
"staff nurse sem 6" di labelkan pada kami..
kami agak terkilan..ya of course..setelah kami menolong mereka melakukan kerja..kami dimarahi..dimalukan didepan junior dan juga staff2 lain..malahan pesakit pun mendengar!!

aku meminta diri pada staff nurse tersebut kerana kalau kami terlewat.kami akan ditinggalkan oleh bas..
malangnya permintaan aku untuk balik agaknya makin meningkatkan amarahnya..

dan kerana dia..2 minggu posting di wad tersebut menjadi terlalu lama..perkara menarik yang seharusnya dipelajari menjadi beban apabila bekerja dalam keadaan yang tidak menyenangkan.


p/s: tak nak jadi staff sebegitu rupa..






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Alahai.budak2




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

siapa cakap aku budak-budak..angkat kaki!!!
haha
ni ha ada orang cakap blog aku ni macam blog adik-adik..maknanya macam budak2 la kan?
hehe..ada ke patut dia cakap macam tu..sampai hati!

tapi..bila fikir balik..ha..bagus la tu..boleh jadi muda sampai la blog aku ni nampak macam orang tua..ye tak?
hehe..
aku ni tak pandai nak edit blog..letak yang sesedap mata memandang je..
janji boleh menaip dan publish post je..sebenarnya bagus juga bagi yang ada blog dan pandai edit..ia menampakkan kematangan pemilik blog tu sendiri..

selain dari tu..susunan widget yang tak serabut pun boleh menjadi 
pendorong kepada pelawat2 untuk singgah ke blog kita..
apapun..aku dalam proses mematangkan blog ni..dari semua segi..penulisan..susun atur widget..dan lain-lain


p/s: apa yang nak ditambah dan hendak dibuang..apa pendapat korang semua?





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, February 1, 2012

Hilangkan Navigation Bar

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

macam mana nak hilangkan navigation bar? senang je..

Dashboard > Design > edit HTML

copy code ni

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

kemudian

pastekan seperti dibawah ni

-----------------------------------------------

Blogger Template Style
Name: Minima
Date: 26 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}



preview dan save jika tiada error
>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE