Tuesday, October 18, 2011

buka seluas-luasnya



hari ni dah mula kelas revision tuk final exam..

dah mula la juga edisi mengantuk sedunia bila ada dalam kelas..

sungguh!!

macam dah jadi tabiat..

ada kelas je ngantuk.bila balik bilik,ok time tu juga..

even pagi minum kopi cap apa skali pun,kalau dah sampai kat kelas,mata mula kuyu..

mulalah semua soalan tak dapat jawab (padahal memang tak tahu..hehe)

tapi,kena paksa diri juga pasal final exam kan..belajar 3 tahun..kalau tak lulus,buat malu je kan..

bukan setakat dapat malu..

tak pasal2 pegang title penganggur yang ada diploma weh..

kepada sesiapa yang sama nasib dengan aku...dan untuk aku sendiri juga..

udah2 la tidur masa kuliah..

masa dah tak panjang...tongkat la kelopak mata tu dengan pape pun..janji tak tertutup..hehe

tapi....

mata tak tertutup,tapi satu hape pun tak masuk otak...

haih,camne???

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, October 17, 2011

kerenah segala bagai!!


kalau aku nih tak sabar

memang dinamap tu dah aku lempar kot tingkap dah!!

ish..memang nak marah tapi nasib baik aku ni dikira sabar jugak..

ada ke patut,mesin dinamap tu rosak..

aku plak yang dipersalahkan..

dah la mesin tu ada satu je untuk pesakit yang dah sedia ramai tuh..

tekanan darah pesakit tak naik,tekanan darah aku plak yang melambung tinggi...

melayan kerenah pesakit yang segala bagai tu 

menyebabkan aku kadang2 tak dapat mengawal perasaan..

dinamap tu plak bila sampai je turn pesakit yang banyak kerenah,

macam faham2 plak dia..asyik error aje!
tapi pesakit ni sorang memang banyak kerenah..lambat bagi ubat sket..merungut..

ambik tekanan darah lama sket,marah..

yelah..keje 6 orang jaga pesakit hampir 30 orang...

mau tak semput..terkejar kesana kemari..yang disana nak 

ini...yang di sini nak itu..adoii..

aku cuba buat yang terbaik..

memang aku tak mampu nak beri layanan 1st class kepada mereka2

yang mengharapkan layanan macam tu...

Nurse juga manusia biasa..tak semua anda dapat kalau mengharap 

pada nurse..mereka juga perlukan masa..mereka juga perlukan rehat..

so,just  hormati mereka as a nurse,as a human being.

tq.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, October 16, 2011

Follower bertuah..hehe


hai..hai..
selamat tengah malam..

mata aku still tak mau tutup lagi..jadi mengadap my blog jelah..

sambil2 blogwalking..carik2 kawan..

baca2 en3..

memang seronok..

malam ni lagi seronok dengan kehadiran kawan baru yang agak bertuah..hehe

jeng..jeng.jeng...

siapa ya..

Tuan punya blog Pondok usang telah mengisytiharkan bahawa beliau adalah follower bertuah aku..

hehe..follower ke 329..

tak tau nak bagi apa..pondok usang yang beratapkan langit dah pun ada atapnya..

jadi,aku buat en3 ni just untuk dia..dan sebagai hadiahnya lagi..aku buka blog dia 3 hari berturut-turut untuk 

menyelongkar apa yang ada memandangkan 1 hari tak cukup.hehe

untuk menyedapkan hati beliau lagi..aku nak bagitau yang en3 beliau best2..kisah2 zaman sekolah..duit syiling 

tu..aku suka!

xde pun jumpa en3 yang sewel2 seperti yang beliau katakan..hehe

sewel dia,sewel en3 aku lagi..haha~


then,selamat berkawan2..

lepas ni tanam pokok bunga plak kat pondok usang neh..^_^


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Nurse tak rasa apa-apa ke??



seorang pesakit sedang tenat..

ramai waris berkerumun..

bacaan yasin memenuhi ruang wad itu.

aku mengundur ke belakang memberi laluan..

lantas aku berpusing untuk kembali melakukan kerja2 aku..

just berhadapan dengan katil pesakit yang sedang tenat tadi..

sedang aku menulis disitu..

pesakit yang ada di katil tersebut bertanya..

"Nurse tak rasa apa-apa ke?"

aku bertanya tentang maksud soalannya..

katanya dia melihat aku tenang sedangkan pesakit dihadapannya sedang menunggu masa sahaja..

aku hanya tersenyum dan beredar dari situ..

buat pesakit tersebut,maaf..aku tak dapat menjawab soalan itu.

kamu nampak saja aku sedang tenang..

tapi dalam hati..pedih..

pilu..

aku tak mampu menyelamatkan seorang lagi pesakit aku..

aku tak mampu memberikan perawatan lagi kepadanya..

malah aku juga tak mampu untuk melihat dia pulang ke rumah dengan sihat seperti mana yang aku 

harap-harapkan.

aku tenang kerana aku tidak mampu menunjukkan kesedihan aku..

aku diam kerana aku kecewa..

tapi,Allah Maha Mengetahui..
jodoh pertemuan,ajal maut ditanganNYA..

Al-fatihah kepada pesakit aku yang meninggal pada jam 8.30  malam tadi..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 14, 2011

apakah aku sedang mengalami depression???



sungguh...
aku dah pun memeriksa 1 checklist yang aku terjumpa kat tenet..


semua ada pada aku sekarang..
oh tidak!!!!
tak nak lah aku..
depression plak salah 1 ciri penyakit mental..skizophrenia..

aku pun tak tau kenapa ciri-ciri kat atas ada pada aku..
mungkin pasal dah hampir dengan final exam..
start study pun belum lagi..
time tengok kawan-kawan study,teringin gak nak study..tapi,bila buka buku..
tup..tup aku ngadap laptop balik...haha
sebab..nota-nota aku takde yang menarik langsung..
kaler-kaler pun xde..
semua hitam..^_^

dalam aku berfikir kenapa aku mengalami simptom2 tersebut  sambil aku melawat blog kawan2..
aku terjumpa 1 kata2

” Why do you stay in prison when the door is so wide open?” -Jala Ad-Din Rumi


aku jadi bersemangat semula..
mengapa aku nak sukarkan pemikiran aku yang dah sedia tak berapa nak betul ni 
dengan berfikir tentang perkara-perkara macam tu..kan..kan?
dunia terbentang luas untuk aku...
cuma aku saja yang menutup diri aku kerana memikirkan kelemahan2 yang ada pada diri aku sekarang..
orang tak pernah kisah dengan aku,kenapa aku nak kisah dengan orang kan..

sesungguhnya ada lagi yang menyanyangi aku..
Allah ada untuk aku..setiap masa DIA ada bersama aku..

then..aku jadi bersemangat semula..^_^

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE