Monday, October 3, 2011

Kita Raya Pada Bulan Zulkaedah..




Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...
eh..eh..dah terlambat rupanya.hehe
menurut tajuk diatas..pada bulan ini kita sama-sama menyambut hari raya...


okey.jangan confius.hehe
raya memang bulan Syawal..
kolej aku aje yang buat majlis pada bulan ini,hari ini..:)
itu yang sebenar-benarnya..

ingatkan hari ni dapat tidur dengan nyenyaknya di pagi hari
tapi telah diganggu tidur yang tak berapa nak cukup ni

"semua pelatih diminta turun dengan kadar segera"

memang spoil betul la announcement macam tu dikala katil masih merayu2 agar tidak meninggalkannya..
tak sampai hati la pulak kan..hehe
dah tu pulak kena berkumpul kat padang
almaklumlah rasa macam mana kerana matahari pun dah keluar agak2 segalah..
dengan tak mandinya (kantoi..haha)
dan kena buat kerja lagi..(sepatutnya tidak..)
memang tak suka!!

tapi, jamuan hari raya berjalan dengan agak lancar kerana perut aku memang kenyang sampai sekarang..
tak taulah 2,3 jam lagi.kot2 minta diisi balik.hehe

yang paling tidak tertinggal jika ada majlis ialah mesti ada GAMBAR!!
kan..kan? tak sah kalau takde..



da most important is photos.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, October 2, 2011

Hukum sebut OMG!!!



seorang Muslim dituntut supaya mengingati Allah.
Dalam sepotong ayat Allah s.w.t berfirman 

"tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang"

justeru,untuk hidup tenang,basahkan lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah.
menyebut God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah.dari segi bahasa God hanyalah Tuhan.
Dalam bahasa arab,Tuhan adalah Rab.
perkataan Tuhan boleh dijamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess.
Berbeza dengan kalimah Allah,ia mengandungi makna tauhid di dalamnya.
Tiada 2 atau 3,hanyalah Esa atau 1.

jika kita orang islam,sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God!

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

buat lagi sekali,ayah..



seorang budak umur 7 tahun 
menangis teresak-esak di dalam bilik tidurnya.
ibu dan ayahnya mendapatkan budak tersebut dan bertanya kenapa dia menangis.
si anak menjawab dia telah tertelan duit syiling 5 sen.
si ibu dan ayah cuba memujuk anak mereka namun tidak berjaya..
si ayah dan ibu buntu~

si ayah tiba-tiba teringat didalam poketnya terdapat duit syiling 5 sen.
kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan
mengeluarkan duit syiling melalui telinga anaknya..
"ha..ayah dah keluarkan ni.."
si anak teruja dan berhenti menangis..
sepantas kilat si anak mengambil duit 5 sen tadi dan menelannya..
"buat lagi sekali,ayah"


moral: jangan buat lawak dengan budak-budak..hehe

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 1, 2011

satu kali lagi...boleh kan??




Alhamdulillah..
tamat sudah OSCE (ujian praktikal) aku hari ini..
bersyukur sangat walaupun tak dapat buat sangat..
 sekurang-kurangnya debaran yang dialami tu dah hilang!
menunggu dah satu hal..debaran kencang bagai nak luruh jantung..
sungguh..tak dapat dibayangkan debarannya.
orang nak bersalin pun rasanya tak pernah rasa debaran macam ni..(pengalaman sendiri la...)
aku masih ada lagi satu OSCE final yang harus ditempuhi..dan,rasanya sudah tak sanggup nak rasakan debaran tu lagi...sudah cukup
12kali melalui debaran itu sepanjang 3tahun belajar...
boleh jadi arythmias rasanya sebab palpitation yang amat...
harap aku dapat bertahan untuk satu
saja lagi perjuangan sebelum tamat belajar..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, September 29, 2011

Ujian dariNYA bila-bila masa



ada yang mengeluh apabila ditimpa ujian..
tak kurang juga yang sedia menerima..
tahukah kita..selagi bergelar makhlukNYA
akan sentiasa menerima ujian..samada sedikit,banyak..kecil ataupun besar..
tujuannya adalah untuk melihat siapa yang paling beriman kepadaNYA.

seharusnya kita bersyukur kepada Tuhan kerana masih 
berkesempatan menikmati hidup di dunia yang sementara
melakukan amal kepadaNYA.

segala ujian yang diberi ada hikmah disebaliknya.
semoga kita sentiasa menjadi hambaNYA yang bersyukur~

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE