Friday, March 18, 2011

"Kek Coklat Kukus Naa"



Semasa cuti mid sem yang lepas..aku gian membuat kek..
memang aku tidak pandai sangat..
tapi aku selalu buat kek coklat dan try membuat toppingnya..hehe.

Memang adik2 aku ‘disumbat’ dengan kek yang aku buat je minggu itu..
3 hari berturut2.hehe
Tetapi mujurlah mereka ni jenis makan je apa yang aku buat..
dan aku rasa kek yang aku buat tu agak sedap la (haha..perasan sungguh!)..kek itu memang tidak bersisa..
maknanya semua habis dimakan. 
resepi kek ini aku belaja masa duk di klinik pengkalan kubur..
diajar oleh kawan sekumpulan dengan aku..
Okeh ni gambar kek yang sempat aku ambik sebelum di balun oleh adik2 aku…
Dan aku juga cuba buat muffin dengan resepi yang sama..



Kalau ada sesiapa yang nak buat kek ini..


bahan-bahan:


bahan A
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
2 biji telur

bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan penuh soda bicabonate
1 cawan serbuk koko 

bahan C
1 cawan minyak
1 cawan air panas


cara-cara:


pukul bahan A hingga kembang
ayak bahan B
campur bahan A, B dan C dan pukul rata
sapu sedikit minyak pada acuan/loyang dan masukkan adunan kek 
kukus selama 1 jam
dah siap!!!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, March 16, 2011

cantik yang bertudung atau "free hair"?



Ramai wanita (perempuan) diluar sana yang 'free hair'?
cantikkah mereka? dengan rambut yang rebonding atau yang sengaja di 'colour' atau pun yang sengaja lagi dikerintingkan atau lain-lain jenis fesyen rambut?
mana lagi cantik dengan yang bertudung?

yelah kalau orang ISLAM kan wajib bertudung..yang agama lain xpelah sebab ikut agama mereka..
tetapi ada juga yang bukan islam pun dah mula berjinak dengan pemakaian tudung.pasal apa? pasal tudung banyak fesyen dah sekarang.bukan tudung bawal je..

pernah la aku bertanya pada beberapa orang lelaki (lama dulu) mana lebih cantik antara yang bertudung dengan yang free hair?
katanya yang free hair buat 'spare part' yang bertudung ambil jadi isteri..^_^.maknanya lelaki lebih suka perempuan yang bertudung kerana 'harta' itu dijaga dan hanya dia yang nampak..

bukannya aku nak paksa ataupun tidak puas hati ataupun menjaga tepi kain orang..mungkin ada yang akan kata 'mak bapak aku pun tak pernah tegur,kau tu sape?'  tetapi sebagai saudara sesama ISLAM aku menggalakkan bagi sesiapa yang dah berubah hati dan nak pakai tudung ni..cantik!!

dan aku menggalakkan juga kepada sesiapa yang memakai tudung agar turut menutup aurat yang lain selain dari pakai tudung (peringatan ini juga untuk aku) jangan nanti pakai tudung tetapi 'baju adik' dan 'seluar ketat'

amalkan pakaian menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh agama kita..

yang elok itu budi,yang indah itu bahasa...erkk???




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, March 15, 2011

hilang stress dengan reiki



Reiki ialah satu kaedah melegakan tekanan dari jepun..
Dengan mengalirkan tenaga perawat kepada pesakit melalui sentuhan je..
Reiki ni dapat beri keseimbangan dan keharmonian gelombang/ medan magnet kepada seorang individu.

Reiki juga boleh melegakan kesakitan pada system tubuh
dengan mengurangkan halangan yang wujud.
Tapi reiki ni bukan ubat ya..sekadar satu cara untuk menghilangkan tekanan,juga boleh membantu meningkatkan tahap focus dan rawat stress.

Jom buat reiki! hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, March 13, 2011

bagaimana nak rampas suami orang??


aku terbaca satu artikel dalam forum kalau tak silap..tentang petua nak rampas suami orang..aku dah lupa la laman web apa..
ada ke patut dan ada juga petua-petua nak meruntuhkan masjid orang..hehe
macam-macam sekarang ni..buku pun ada juga...tajuknya "How To Steal a Husband"

kata-katanya macam ni (sue iskandar.Alor star)

"Even if the person is totally content and in love with there wife there will be times when they are more vulnerable than others.

This is when you crank their levels of dopamine. In a lab rats will crawl across a hot plate for it but they will not do this for food even if they are starving. You want to turn to them in to a dopamine addict. Give them an oxytocin fix when they are around you. This calmness will be their reward.

Also find out what his criteria for compatability is and tick as many boxes as you can. For say the husband loves Rugby but his wife can't stand it. Say you love it too. Become a mirror to him. Most men love mirrors. LOL. Hint at a better future but don't directly offer him it. Get to know the wife. If she likes you - she will sing your praises for you. Lend him movies you know he will love.

Soon as they are out of sight crank the dopamine levels back up.

Back home with the wife they will be aggitated, moody, restless and unhappy. Do things to keep you on their mind from morning until night. This will litterally drive them crazy. Be illusive. Send mixed messages.
Say you went out a lunch and bought an obscene amount of sexy clothes.

When he starts to bite. Tell him its just for you. You also bought a huge toy. Give him enough visual clues to imagine it! The mind is sex organ!

In no time at all his marriage will be wrecked and you will be the amazing woman he has to have." www.answerbag.com"

isk...tak nak lah fikir..dan tak nak lagi dah buat en3 macam ni..^O^

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, March 12, 2011

Minggu Pre-Management



hari ini hari pertama dalam minggu pre management..fuh..memang mencabar jiwa dan raga!
dah la tak reti..tak tahu dengan siapa nak mintak tolong..

cukup 3 minggu management,memang tinggal tulang la aku..!
dulu,aku ingat nak jadi staff nurse ni senang..bila dah masuk sini,pandangan tu langsung terus berubah..
serius aku katakan nak jadi staff nurse ni bukan senang walaupun orang tengok keje nurse layan pesakit,jaga pesakit..tapi disebalik itu banyak lagi yang orang tidak tahu..

sesiapa yang ada dalam bidang ini tahulah betapa susahnya untuk bergelar seorang staff nurse..
hari-hari aku minta dengan TUHAN agar cepatkanlah tahun ini berlalu..kerana biarlah dugaan ini cepat berakhir..
tapi..berakhirkah ujian itu???

untuk hari esok...akan aku pujuk hati ini supaya lebih tabah dalam mengharungi jalan yang berliku untuk menjadi seorang staff nurse yang berdedikasi...ceewah! (perasaan..haha)

semoga sesiapa sahaja yang sama bidang dengan aku ini bertambahlah kesabaran dalam mengharungi jalan yang kamu pilih sendiri..^_^



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE