Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Sedih sungguh dengan nasib jururawat yang sering dipandang hina hanya kerana pekerjaan yang dilakukan berada dalam kategori "kotor". Siapa yang sanggup nak cuci berak orang..ye dak? Mungkin pada pandangan orang ramai,jururawat hanya sama level dengan amah/orang gaji mereka.
Jauh disudut hati,merasa amat terkilan dengan pandangan orang yang boleh diibaratkan susu dibalas tuba..kacang lupakan kulit..mana tidaknya..yang menjaga saban waktu hanya jururawat tetapi jika pesakit sembuh,doktor yang dipuji-puji.
Namun,apa yang mereka tak sedar.. Kebanyakan jururawat sekarang bukannya lepasan SPM. Ramai diantara mereka ada degree tetapi tidak dibezakan dengan pakaian putih mereka itu..kebanyakan orang langsung tidak sedar wujudnya ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan tersebut dek kerana tugas mereka yang sama dengan jururawat yang memegang tahap diploma. Tapi, mereka jarang merungut..sebab memang dah tugas mereka untuk merawat pesakit.
Yang buruk pasti ada...umpama beras sekampit..yang dimakan bubuk mungkin hanya sedikit tetapi yang elok masih banyak..namun yang dipandang dan dicemuh tetap yang buruk sedikit itu..
Begitulah juga jururawat...
Tapi mengikut survey yang dibuat aku sendiri keatas pesakit..menantu yang menjadi pilihan of course yang bekerja jururawat sebab mereka lebih mengetahui cara nak menjaga ahli keluarga mereka..dihospital mereka lebih kepada nursing care iaitu menjaga keperluan asas pesakit..sama yang dilakukan dirumah..cuma apabila bekerja,lebih kepada management disamping nursing care tersebut.
Oleh itu,jururawat tidak sepatutnya dipandang rendah..walaupun kerjaya bukan dalam kategori profesional,mereka harus juga mendapat penghargaan dan dihormati..bukan semata-mata kerana pangkat..Dan pada pendapat aku,menyambung belajar untuk menjadi jururawat berdegree sepatutnya perlu diketengahkan lagi agar lebih ramai jururawat diMalaysia mempunyai tahap pendidikan yang sepatutnya..
Semoga dengan adanya peluang tersebut,mampu menaik taraf tahap kesihatan rakyat Malaysia dan sekaligus menaikkan nama profession kejururawatan..