Sunday, May 5, 2013

Syukur dengan apa yang ada..




Assalamualaikum..
fuh! panas..panas..bahang PRU13 belum habis lagi..dekat facebook pun masing-masing duk share yang macam-macam.saling mengata.saling bertingkah pendapat sesama sendiri..


pada aku,siapa pun yang memerintah..tak kisah.janji Malaysia tetap aman..tak ada peperangan,tak ada rusuhan..
sebab tulah,Allah ajar kita supaya bersyukur dengan apa yang telah kita nikmati.sebab, segala nikmat tu boleh hilang dalam sekelip mata sahaja..


ada antara kita hingga bermasam muka..berpaling antara satu sama lain dek hanya kerana berbeza parti..apa kesudahannya?dan apa pula kebaikannya?

kita bertengkar kerana hal duniwi..sedangkan iman di hati pula setipis daun sawi..apakah?

lupakan saja hal PRU13.tinggalkan jauh-jauh.biarkan mereka buat kerja mereka.amanah yang diberi harap dipikul sebaiknya...

Dah..dah,tak nak cerita tentang mengundi dah.jom cerita hal lain.hehe.
Tanpa kita sedar,dah masuk bulan Mei.sekejap saja masa berlalu..dan rasa tak sabar pula nak mula bercuti selama 3 bulan..nak rehat dari kerja yang membuatkan badan rasa penat..kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sungguh memenatkan..yelah,yang dalam perut ni dah masuk 6 bulan setengah..terasa baru semalam buat upt.hehe.

sekarang masih lagi bekerja seperti biasa..beban kerja terasa agak bertambah kerana yang masuk wad semuanya dah agak berusia dan ramai juga yang dah memang bergantung harap 100% pada orang untuk dibantu..
balik rumah pula..tugas-tugas biasa rumahtangga dilaksanakan sebaik-baiknya agar dapat menyenangkan hati suami dan anak.walaupun kadang-kadang tak tahan dengan anak yang suka sepahkan barang,apabila diterangkan yang kita ni penat..dia agak faham.
teringat pula semasa mengandungkan Irfan..semasa kandungan berusia 6 bulan,aku masih lagi naik jip buruk ayah mertua masuk kebun untuk letak baja sawit..jalan ke kebun pula berbukit bukau..memang terhentak-hentak badan bila lalu lopak-lopak dan jalan tak rata..kalau nak dibandingkan dengan keadaan sekarang,memang jauh lebih baik...sekurang-kurangnya dapat juga berehat..

betapa Allah Maha Adil..Dia berikan kesukaran terlebih dahulu agar makhluknya lebih bersyukur dengan kesenangan sekarang..
semoga rasa syukur kita padanya tak pernah pudar walau apa sekalipun keadaan yang kita lalui..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE