Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Setiap anak ada ragamnya yang tersendiri. Ada yang menyenangkan,ada yang tidak. Itu sudah menjadi perkara biasa bagi anak yang dalam proses membesar.
Adoi...memang sakit hati..memang rasa geram..mana taknya.habis beg-beg aku digunting talinya.sampaikan mouse aku pun dah tak ada talinya..dah bagi amaran pun tak jalan..
ingatkan bila dah marah-marah dia akan faham dan tak buat lagi..
lepas ni kena simpan semua gunting pula..dah tak bagi dia main..kalau tak entah apa lagi yang akan dipotongnya..
Doa untuk menangani anak nakal
Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan
Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik
Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini