Sunday, December 22, 2013

CPUV/BE Nuffnang: INTI Cycle 1 Degree



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}





Terima kasih Nuffnang dan nuffnagers serta viewers semua. Jasamu dikenang.Nampak je iklan Inti nanti, klik-klik la ye. hehe. 


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, December 7, 2013

Pemenang First GA Arra Ahmad



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah..Publishnya entri ini menandakan tamatnya First GA Arra Ahmad secara rasmi..
mengikut syarat GA tersebut..GA akan berlangsung dan tamat apabila penyertaan melebihi 50 orang..dan total yang menyertai adalah 57 orang...Terima kasih buat kawan-kawan yang menyertai..
Ramai lagi yang nak menyertai tetapi hadiah satu je.so,aku buka untuk 50 orang je..nanti aku buat GA lagi kalau ada rezeki...korang nak sponsor pun boleh..hihi

Pemenang GA ini dipilih melalui Random.org seperti yang dijanjikan..
dan pemenang tersebut akan menerima sehelai kain batik sutera (4meter) yang berharga RM365!!!
pemenang tersebut ialah yang link entrinya bernombor 52..sila rujuk SINI
 
Tahniah dan sila tuntut hadiah anda secepat mngkin dengan memberikan nama,alamat dan no tel  untuk tujuan penghantaran hadiah..
jika hadiah tidak dituntut dalam masa 1minggu..pemenang lain akan dipilih...:)
kepada yang tak berjaya,lain kali cuba lagi ya..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, December 6, 2013

Cara mudah ingati set intubation



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

MALLESSSS

M-mask (bag valve mask)
A-airway (oropharyngeal airway)
L-laryngoscope
L-lignocant gel
E-ETT tube
S-sthetoscope
S-syringe
S-string
S-stylet

pastikan semua cukup!!


cara untuk memastikan endotracheal tube dimasukkan dengan betul

1.direct visualization
Tengok dgn mata kasar, pastikan tiub betul-betul melalui vocal cord ke dalam trakea.. jangan tersalah masuk kat esophagus pulak..tu laluan nasi untuk dihadam diperut..

2.equal bilateral breath sound
masa bagging..guna stethescop yang mahal .jenama littmann jenama lain pun tak kisah, dengar pada kedua-dua belah paru-paru..Dan dengar pada perut sekali,kalau ada kedegaran diperut, tu salah, intubate balik!!

3.chest movement
pastikan kedua-dua belah dada naik serentak semasa anda bagging..Dan bukannya perut yang mengembung..

4.water vapour
posisi intubation yang betul akan menghasilkan wap air pada hujung tiub..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Anatomical Position




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}





anterior = in front of, front

posterior =behind

distal = Away from, farther from the origin

Proximal = Near, closer to the origin

Superior=Above, over 

Inferior=Below, under



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 4, 2013

Energen memang power lah!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dulu kan...asal balik kerja je mesti aku minta diurut..sapu ubat pun jadilah..sebab penat,lenguh..sampaikan Mr PPP pun dah naik meluat agaknya...hehe..
mak aku selalu bergurau dengan aku dulu.katanya..baru-baru kahwin bau minyak wangi..dah lama-lama bau minyak ubat..haha

Sekarang.aku boleh tolak ke tepi perkataan PENAT, LETIH, LENGUH, dan MENGANTUK...walaupun ada anak kecil..balik kerja,walaupun dia berjaga malam...esoknya aku pergi kerja boleh senyum lagi.tak penat!! hehe

Ada seorang kawan yang perkenalkan aku dengan satu produk.Namanya Energen..sangat-sangat best..hanya minum dari sachet..nak campur air pun boleh..Energen boleh mengembalikan tenaga sewaktu kelesuan dan kepenatan.Dalam satu kotak tu mengandungi 30 paket.1paket ada 25ml.Harga bagi satu kotak adalah RM498.Kos Penghantaran adalah PERCUMA..

Elok sangatlah bagi yang bekerja shif macam aku..yang oncall..yang kerja penat-penat..surirumah pun boleh..seriously sedap! 
First time aku cuba Energen ni masa pergi langkawi dulu..perjalanan dari ....... ke Kuala Perlis ambil masa 10jam..tapi aku rasa macam 5jam je..Fuh!!memang hebatlah Energen ni..






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 3, 2013

Hospital jadi rumah kebajikan




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sesi kerja petang aku habiskan dengan mengeluh!!
alahai..aku mengeluh bukan sebab apa..aku mengeluh sebab attitude sesetengah waris pesakit...

Ada seorang pesakit cina..umur dalam 50-60an. Doktor dah bagi balik pagi tu..tapi waris tak nak bawa balik sebab tak ada orang nak jaga kat rumah katanya...tapi aku tengok diorang boleh pula datang melawat...waktu bukan untuk melawat pula tu..kadang-kadang pukul  3pagi pun diorang datang..

Pelik.pelik...pelik anak-anak zaman sekarang..sudahnya kami misi-misi ni lah yang menjaga pesakit umpama di rumah kebajikan..oh!! tak nak balik ya untie...tak apa,kami jaga!! dah tak nama hospital dah..
Dia tak tahu,duduk di hospital boleh buat dia lagi sakit...

Dan petang tu.boleh pula anak dia minta nak pakaikan balik CBD (wayar kencing) aduhaiiii...tak tahu ke benda alah tu bahaya?? boleh masuk kuman...puas aku terangkan..last-last tak dengar juga..bila dah geram..aku cakap..

"esok cakap sendiri dengan doktor,kalau dia bagi baru boleh masukkan"

Dan..untuk pengetahuan diorang ada bibik ape?? tak ada orang nak jaga kat rumah..pelik lagi!!

Lepas ni tukar...hospital adalah rumah kebajikan...

p/s: jangan buat mak ayah korang macam ni...


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 29, 2013

Aurat Ketika Bersalin



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pesakit nak doktor perempuan buat amniotomy dan sambut bersalin. Hak kamu. Kurang kerja saya dan boleh tidur. Tunggulah sampai esok ye puan, hari ni semua doktor lelaki yang kerja termasuk pakar.
we are professional, we knew our limit. I will prove i knew more about women's health rather than you do. Go to private and i can work here peacefully
Yang kat atas ni satu luahan seorang kawan aku yang bergelar Doktor hokeyy..Ada betul juga tindakan pesakit tu...tetapi perlu tahu juga keadaan yang boleh bahayakan keadaan dia seperti yang kawan aku cakap..tak ada doktor perempuan yang bekerja hari tersebut..

Ini adalah Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9. Semuanya perlu diambil tahu dan dibuat rujukan oleh wanita yang akan bersalin..

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak
suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, LR dll...
Tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yang keluar masuk wad

3. WAJIB WAJIB WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. 

Pertama SUAMI
kedua SAUDARA PEREMPUAN
ketiga nurse perempuan

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insya Allah DIA murah dengan keampunan






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kisah orang kedekut



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Kisah Pada Suatu Hari di Solat Juma'at

Seorang anak muda duduk dalam masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yang ditolak ke arahnya.....

Dia membuka dompet memilih2 duit....

Akhirnya dengan berat hati dia memasukkan 50sen ke dalam tabung dan menolak ke sebelah..

Tiba2 seorang pakcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2 keping duit rm50!!

Terkesima kejap budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit tu ke dalam tabung dan ditolak ke tepi..

Dia menoleh ke belakang dan berkata

"Banyaknya pakcik sedekah, sikit2 dah lah pakcik.. Sayang lak rasa"..

Pakcik tu senyum sambil geleng kepala dan berkata....

"Sebenarnya tu duit kau yang jatuh dari dompet tadi..."

JANGAN BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH.. SEBENARNYA ITULAH BAHAGIAN KITA..

Yang ada pada kita harta waris kerana belum tentu bahagian kita. [PETUA IMAM SYAFIE]



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tarikh penting dalam islam 2004/1435-1436H



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

CPUV/BE dari Nuffnang : Libresse



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Alhamdulillah..Nuffnang beri CPUV lagi hari ini..sayang Nuffnang ketat-ketat.hihi
Terima kasih daun keladi,kalau boleh,nak lagi...mueheee

Sayang korang juga kalau sudi klik iklan Nuffnang...:)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Markah tinggi untuk temuduga Jururawat u29



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Soalan favourite yang selalu ditanya..
Sebab apa nak jadi jururawat?

First skali bagi Muslim jawab kerana ianya satu ibadah, 
Yang kedua kerana minat dan yang paling penting ialah kerana nak membantu ibu bapa. ini antara markah paling tinggi..

ehsan google

Jangan lupa..never never never pakai cincin semasa temuduga..

wish you all the best!! :)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, November 28, 2013

Gaji Nurse 6 Bulan tak usik???ohmaiiii



Assalamualaikum wbt.. 

{。^◕‿◕^。}

Tak perlu fikir lama...5 tahun je...
Adakah 5 tahun akan datang kita masih melakukan aturan yang sama..??kerja...hujung bulan dapat gaji,awal bulan tunggu gaji...??

tepuk dada...pandang atas..hihi
Aku bukan mengejar kekayaan tetapi aku mencari peluang untuk menyimpan apa yang termampu agar aku dapat memberikan kehidupan,pembelajaran yang baik untuk anak2..walaupun harta bukan segalanya,ia sudah menjadi satu keperluan bukannya kehendak...
Apakah mampu membeli sekilo gula jika tiada duit?fikir sahajalah...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang!!

betul lagu tu..dan kita ni selalunya diulit mimpi..melayan lagu.kalau aku kaya...tapi..tanpa sedar kita tak buat apa-apa..

Kalau dulu aku juga seperti yang lain..menunggu hujung bulan untuk menikmati gaji..tapi hanya mampu bertahan beberapa hari..masuk hari kelima..sama seperti sebelum hari gaji...hutang tak berbayar malah bertambah!!
Sekarang??hidup aku jauh lebih baik..duit gaji dah 6bulan tak usik..Alhamdulillah..
mampu menyimpan lebih daripada apa yang aku mampu dulu..

Korang juga nak jadi seperti aku? boleh saja..
be my friend...motivasi percuma..hehe


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, November 19, 2013

Pakaian Untuk Temuduga Jururawat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ramai yang tanya aku pasal pakaian nak pergi temuduga jururawat..Ada juga yang tanya boleh tak pakai jeans? Hah?? Ingat temuduga kerja kedai makan kot..cari la pakaian yang sopan sikit dik..hehe

Aku dulu pun macam korang..tak tahu nak pakai pakaian yang macam mana sebabnya pakaian aku banyak seluar dan juga baju kurung je..bila aku dapat je surat untuk interview..semua kedai aku jelajah nak cari baju yang sesuai.masa tu aku tak reti lagi nak beli online ni.hehe

Semua pasar aku pergi..tapi tak ada satu pun yang aku berkenan.sebabnya,asal aku pilih je mesti kaler gelap…ewww..tak lawa!

So,aku buat keputusan nak jahit baju baru..aku beli kain satin je masa tu..harga? RM15 je..haha.nak jimat punya pasal.Maklumlah masa tu memang kesempitan duit,nak bajet untuk beli barangan lain lagi..Nak  jimat lagi aku tak hantar kat kedai pun..aku suruh kakak aku jahit baju kebaya..hehe..Baju tu seingat aku kaler biru..Dah beli baju,tudung pulak jadi masalah untuk aku…Memang tension sebabnya aku memang tak reti nak pakai shawl ke ape tu..tudung bawal jelah..nak matching pun susah..last-last,pakai je tudung bawal putih yang harganya RM6.hehe.

Kasut pun aku beli yang murah saja.RM29..yang tentunya kasut bertutup..Jadi  jumlah yang aku belanjakan untuk pergi temuduga memang belanja jimat sangat-sangat..Baju RM15 + Tudung bawal RM6 + Kasut RM29 = RM50!!

Untuk korang..aku cadangkan pakailah baju yang cantik-cantik sikit..sekarang dah banyak pilihan..tak macam dulu-dulu dah..kedai online pun dah banyak sangat sekarang..klik-klik…bank in..barang sampai kat rumah..senang sangat!!


Untuk baju,Korang boleh pakai apa sahaja tetapi yang sopan..contohnya macam baju kat bawah ni..



Kalau boleh pakai yang tak banyak sangat corak..cantik tau..hehe.Pilih yang tak banyak corak tu supaya pegawai temuduga tu tak adalah tengok baju korang aje kan..
Kasut pula mesti kasut bertutup..tak kisah la high heel ke.tak high sangat ke..contohnya macam ni


Simple sahaja..untuk assesori lain korang boleh tambah-tambah la ya…tudung,beg tangan..semua yang korang rasa patut bawa..
Korang boleh cari dekat ZALORA.macam-macam ada kat situ..lengkap dari atas kebawah..banyak pilihan yang menarik kat sana..aku pun sedang survey baju cantik-cantik untuk dinner 2minggu lagi..hehe
Jom membeli belah sekarang..:)



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, November 17, 2013

CPUV/BE dari Nuffnang : International Autoparts



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Alhamdulillah,Nuffnang bagi CPUV/BE lagi.Kali ni International Autoparts...baru semalam hantar ticket minta CPUV..tak malu kan?hehe
Terima  kasih Nuffnang..

Nak cashout ke tak nak eh??hihi

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 15, 2013

Peluang Dropship Produk kesihatan



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hey...hey..siapa yang berminat untuk join dropship produk kesihatan di Facebook.ini peluang terbaik untuk korang..peluang bekerja dari rumah dengan keuntungan/komisyen 5% dan bonus 10%...
korang rajin korang dapat lebih..

tak susah..korang hanya perlu beriklan..segala urusan pos akan diuruskan oleh pihak mereka..
jom tengok iklan mereka...

KAMI SEDANG MENCARI 10 ORANG AHLI UNTUK DROPSHIP PRODUK KAMI

KOMISYEN
Anda mendapat komisyen sebanyak 5% daripada harga barang.
contoh produk Enertri:
harga enertri RM488
setiap kotak anda jual anda mendapat 5% komisyen iaitu RM25.
jualan >5 kotak produk/5barang dalam sebulan..anda mendapat bonus 10%
jadi,
komisyen 1 kotak=rm25
5kotak= rm25 x 5 =rm125
tambah bonus 10%=rm50
jadi jumlah komisyen 5% x 5 + bonus 10% =RM175.
Lebih banyak barang anda jual,lebih banyak komisyen + bonus anda dapat.


JIKA BERMINAT,KOMEN "SAYA NAK DROPSHIP" di SINI



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Pregnancy Pillow..Berbaloikah?



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Selalu saja kita dengar orang mengandung sering sakit pinggang,sakit belakang..malah,aku juga mengalami perkara yang sama..agak-agak kenapa ia terjadi? adakah sebab baby makin membesar? ataupun salah diri sendiri yang tak amalkan postur badan yang betul?sendiri fikirlah ya..hehe

Then,Bila difikir-fikir balik..rupa-rupanya wujud benda alah yang dipanggil pregnancy pillow eh?aku tak tahu pun sebelum ni benda tu wujud..ketinggalan zamankah aku??haha

Aku telah disedarkan kewujudan bantal ni daripada satu laman yang menjual Pregnancy Pillow 
Tapi aku bukan nak beli..zaman aku dah lepas dah..untuk anak ketiga mungkin lah..:P
Bukan saja pregnancy pillow..macam-macam lagi yang ada kat sana..ada pakaian bayi,ada stroller,ada mainan,ada macam-macam kelengkapan untuk bayi dan ibu hamil..sungguh!! aku agak kecewa sebab aku jumpa site ni time dah bersalin..sebab banyak barang yang aku dah beli..kalau tak memang aku dah grab banyak barang kat situ.Alamatnya..Mr PPP geleng kepala tengok buku akaun..eh??hehe

Ok,sambung cerita pasal Pregnancy Pillow..kepada sesiapa yang berminat nak beli pregnancy pillow ni..boleh la ke site tu..ada 3jenis sebenarnya..

yang pertama Ultra Comfort Pregnancy Pillow - U-Shape..


bantal ni berbentuk U yang memberikan sokongan pada belakang dan perut semasa kehamilan.Dan jangan tak tahu,nak menyusukan anak pun boleh guna bantal ni..memang selesalah..dan sesuai semua saiz badan dan bentuk.


Yang ke dua, Sleep Positioner Pregnancy Pillow

Sukar bernafas menjadi gangguan yang paling besar bagi ibu hamil..Sleep Positioner Pregnancy Pillow ni direka bertujuan untuk menampung perut yang makin membesar yang menjadikan tidur yang lebih lena.
Pillow ni terdapat adjustable Velcro yang mana  boleh di laraskan mengikut keperluan korang..

Dan yang ketiga ialah Total Body Pregnancy Pillow  -  C-Shape




Nampak best je tidur kalau guna bantal ni kan? nampak  je dah rasa nak tidur..haha
Bantal ni memang direka mengikut kontur semula jadi dan bentuk badan dari kepala kejari kaki.Boleh diguna untuk rehat-rehat,tidur malah menyusukan baby..memang multifunction..
Yang lagi best..sekarang tengah ada promosi RM235 free postage utk semenanjung malaysia... harga asal RM350..Korang boleh jimat RM115!! Tersangatlah boleh beli,,,kan..kan?? hehe.


Kalau korang nak merasa harga istimewa yang sangat-sangat berbaloi ni cepat-cepat terjah laman bisnes online ni..rugi kalau lambat!! tak susah.klik saja gambar logo kat atas..

Best buy,best result...good luck!:)





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, November 14, 2013

Enertri..Apa tu??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alangkah beruntungnya aku!! haha..
dipilih untuk bercerita tentang satu produk kesihatan yang sangat best..

Produk yang dihasilkan dari beras perang..tak lain tak bukan adalah..ENERTRI...
pernah dengar?? tak pernah? poyo!! hehe
Ni dia namanya ENERTRI..

Produk yang mempunyai fungsi yang serbaguna..

Enertri merupakan makanan kesihatan semulajadi yang tidak pernah diubahsuai secara genetik. Ia tidak mengandungi bahan kimia, pengawet dan aditif. Ia mengandungi polisakarida peptide, iaitu nutrisi yang sangat berfungsi dan diproses melalui bioteknologi yang tinggi secara hidrolisis untuk mengekstrakkan pati daripada bijirin dan tanamannya menjadi bentuk serbuk.

Enertri berasal dari Thailand. Enertri dapat diserap dan digunakan oleh tubuh dalam masa 30 saat. Produk ini mengandungi beras perang hidrolisis yang pendek, beras perang hidrolisis, jagung hidrolisis, soya hidrolisis, beta glukan dan spirulina hidrolisis.


Enertri adalah makanan semulajadi, tanpa gula, bahan kimia, pewarna tiruan, perisa tambahan dan bahan pengawet. Tidak mempunyai kesan sampingan dan terdapat banyak manfaat yang sememangnya sesuai bagi orang yang berpenyakit kronik atau orang yang sihat. Enertri boleh diambil bersama ubat kerana semua makanan kesihatan adalah semulajadi, tidak akan menyebabkan kesan sampingan.

Enertri boleh juga digunakan dimuka kerana kaya dengan vitamin B1, B3, B5,B6 dan orizanol serta memiliki daya pelembaban, mencegah kulit kering dengan berkesan, melambatkan penuaan kulit, dan mengelakkan pigmentasi untuk mencapai kesan pemutihan.

Enertri sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. Ketika sel-sel manusia memperoleh zat makanan yang mencukupi, mereka boleh merangsangkan daya ketahanan badan untuk menentang penyakit. - Sekiranya anda ingin menambahkan kesan ubat atau menjaga kesihatan tubuh, anda boleh menggunakan Enertri sebagai suplemen dalam diet setiap hari. Selain itu, ia juga penting untuk bayi dan kanak-kanak sebab ia memberi nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran otot-otot, tulang-tulang, sel-sel otak dan sel-sel peparu.



Kalau dilihat dari gambar diatas..Enertri memanglah sangat mujarab digunakan.salah satu daripadanya adalah merawat luka..kebiasaannya untuk pesakit diabetik..luka akan menjadi cepat sembuh.

Enertri juga boleh digunakan untuk mencegah PENYAKIT-PENYAKIT MERBAHAYA seperti:

· Sakit Jantung Koronori

· Stroke

· Hypertension

· Kolestrol Tinggi

· Membaiki sel-sel yang rosak di organ Pankreas supaya boleh menghasilkan insulin dan 

seterusnya mencegah penyakit Diebetes
· Mencegah Kanser
· Meningkatkan sistem imun badan (BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM DENGGI)
· Membekalkan zat secara spontan
· Membantu hati membuang toksin
. Meningkatkan kesuburan LELAKI dan PEREMPUAN


Selain tu Enertri boleh digunakan pada sesiapa sahaja mengikut peringkat umur bermula dari bayi berusia 1 tahun.

BAYI DAN KANAK-KANAK BERUMUR 1-5 TAHUN

Mengurangkan kejadian cirit-birit

Mengurangkan penyakit gastrousus

Menggalakkan pertumbuhan sel otak



KANAK-KANAK BERUMUR 6-13 TAHUN

Membantu pertumbuhan otot dan tulang

Menggalakkan pertumbuhan sel otak

Mengawal rembesan hormon

Menguatkan sel paru-paru



GOLONGAN MUDA

Mengurangkan sakit haid dan meregulasi kitar haid

Kulit lebih licin dan sihat

Lebih bertenaga dan tangkas fikiran

Ciri-ciri seks yang lebih jelas 



GOLONGAN TUA

Meregulasi system penghadaman

Memperbaiki kuasa ingatan

Meningkatkan keimunan badan

Otot yang lebih kuat dan memudarkan pigmentasi kulit

Memperbaiki insomnia
Memperbaiki symptom menopaus
Mengurangkan esteoporosis



CARA PENGGUNAAN:campurkan 1 paket enertri(10gram) ke dalam gelas yang mengandungi 150ml air suam dan bancuh sehingga sebati.Minum semasa masih panas.


Dan..yang menariknya.aku telah diberi peluang untuk merasa sendiri produk ni..rasanya? sangat sedap dan kesannya aku  sangat bertenaga..dan tanpa sedar aku juga sentiasa promote produk ni kepada orang lain..hehe


1 paket mengandungi 10g

Setiap 1 kotak mengandungi 30 paket

Mudah dibawa kemana-mana dan mudah dibancuh

Harga ENERTRI (30 paket / box) = RM488 + FREE 10 paket

Kos Penghantaran adalah PERCUMA



Kepada yang ingin mencuba boleh la ke page ini. yang baru sahaja dibuka..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, November 10, 2013

Orang miskin mudah masuk syurga??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Diantara sekian banyak do’a-do’a yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ajarkan kepada umatnya adalah:
“Allahumma ahyinii miskiinan, wa amitnii miskiinan, wahsyurnii fii jumratil masaakiin”.
Artinya: "Ya Allah! Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin".
Do’a ini tidak ada seorang muslimin pun yang berani mengamalkannya, atau paling tidak sangat jarang sekali, lantaran menurut tabi’atnya manusia itu tidak mau dengan sengaja menjadi miskin.Padahal yang betul maksud miskin di dalam do’a Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini ialah: “Orang yang khusyu dan mutawaadli (orang yang tunduk dan merendahkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala)”. Sebagaimana hal ini telah diterangkan oleh Ulama-ulama kita:

Orang-orang miskin akan masuk syurga dahulu berbanding orang kaya yang beriman sekalipun
Apakah setelah membaca ayat diatas korang rasa takut untuk menjadi kaya?? 

Islam tidak menjadi musuh kekayaan asalkan si kaya seorang yang taqwa.
Bahkan dengan kekayaan itu seorang dapat memperoleh ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi seperti berjihad dengan harta sebagaimana yang Allah perintahkan, menunaikan zakat harta, infaq dan shadaqah,ibadah haji, mendirikan masjid-masjid,  dan sekolah-sekolah Islam, membantu anak yatim dan perempuan-perempuan janda dan lain-lain yang membutuhkan harta dan kekayaan.
Nabi Shallalahu ‘alaihi wa sallam pernah mendo’akan Anas bin Malik: “Ya Allah ! Banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya serta berikanlah keberkahan apa yang Engkau telah berikan kepadanya”. [Hadits Riwayat Bukhari (7/152, 154,161 dan 162). dan lain-lain]


sumber

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, October 31, 2013

First GA Arra Ahmad



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


TAMAT
Hai..hai..dah berapa tahun aku berblog eh?? tapi tak pernah buat GA (Giveaway) hehe..
oleh kerana rezeki murah baru-baru ni..p/s: dah cashout Nuffnang dan juga untung bisnes..rasanya patutlah dikongsi bersama...kan.kan??

Dengan Bismillahirahmanirahim...aku rasmikan First GA Arra Ahmad..
nak sertai amatlah senang..


syarat-syarat penyertaan

1.Follow blog Arra Ahmad
2.Like page INI
3.Buat satu entri yang bertajuk First GA Arra Ahmad,letak header blog ini dan linkkan ke entri ini.
4.Hantar link entri ke ruangan komen entri ini 
5.Share entri anda di Facebook atau lain-lain platform sebanyak mungkin.

Pemenang akan dipilih melalui Random.org
dan seorang pemenang akan menerima sehelai kain batik sutera (4meter) yang berharga RM365!!!

p/s:
Tarikh tamat??bila penyertaan lebih 50 orang..:)

Peserta

  1. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  2. http://ohhatikecilkuberbicara.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  3. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  4. http://cintasayangislam.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  5. http://watashiwaaliahdesu.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  6. http://jombercontest.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  7. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  8. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  9. http://bicaraaddien.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  10. http://nuraliazainalabidin.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  11. http://blogkusuperstar.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  12. http://qileh.blogspot.com/2013/10/first-ga-arra-ahmad.html
  13. http://hellomynameisnazira.blogspot.com/2013/11/first-ga-arra-ahmad.html
  14. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  15. http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  16. http://vidolaaa.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  17. http://mininominomi.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  18. http://www.syuhadasalleh.my/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  19. http://artisarainbow.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  20. http://eyra1990.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  21. http://arnilala.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  22. http://myraazmee.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  23. http://giveawaymudamudi.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  24. http://tengku-boyz.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  25. http://lovemisteraa.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  26. http://lalazarryn.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  27. http://beautifully98.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  28. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  29.  http://norvanida.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  30. http://rusukiri.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  31. http://zuramira-sigadisungu.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  32. http://nooramyma.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  33. http://sitiaisyahjapanie.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  34. http://havinue.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  35. http://ainimrashihah.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  36. http://atiqahamelya.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  37. http://sirambotmaggi.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  38. http://stayinheart.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  39. http://aryssanajwa.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  40. http://storybudakfanty.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  41. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  42. http://penabuluayam.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  43. http://nananimijiko.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  44. http://eymasu.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  45. http://www.kisahsidairy.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  46. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  47. http://superpapaya.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  48. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  49. http://syahadasyuhada.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  50. http://jmbelog.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  51. http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  52. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  53. http://khuzairi-helmie.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  54. http://kakigiveaway.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  55. http://stuffyies.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  56. http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html
  57. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2013/12/first-ga-arra-ahmad.html


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE