Sunday, December 30, 2012

Ah,dua line!


Assalamualaikum wbt..
Syukur pada Allah swt..
Ketidakhadiran 'bendera merah' bulan ni (12) menunjukkan kehadiran orang baru dalam hidup aku dan keluarga.

Dah beberapa minggu rasa tak sihat..tak bermaya.tapi,aku tak lah syak apa-apa.sebab masih mampu buat kerja..siap pindah rumah lagi..
Tapi bila dah tak period lebih 2 minggu,akhirnya aku beli juga UPT dekat kedai..

Malam tu aku mimpi..aku dah check UPT tu dan keputusannya positif..
Bila tersedar..ah,mimpi je.maklumlah dah lama menunggu..

Pagi-pagi lagi aku bangun nak check..dah siap celup strip,cepat-cepat masukkan dalam sampul.kononnya nak suprise.haha.

Seminit lepas tu..aku tengok..ada 2 line! Positif!
Masa tu semua rasa ada.gembira,takut,berdebar..ah! Positif..saat-saat yang dinantikan..hehe.


Sekarang,tunggu masa untuk booking dekat klinik..
Semoga kandungan aku selamat.:)


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, December 28, 2012

Makanan segera mengambil tempat


Assalamualaikum wbt..
Hai..meh jom makan mee segera..malam ni pulak makan makanan dalam tin..
Maklumlah dekat Malaysia sekarang ni banyak sangat makanan segera.tak payah nak susah-susah masak kari ke..tomyam ke..nak perah santan..semua dah pakai kiub..pakai dalam tin..


Sekarang ni keluar lagi produk mi segera..yang mamee chef tu..bertambah lagi la satu menu untuk makan..
Orang sekarang tak fikirkan kesihatan..fikir sedap dan cepat je.
Apa susah..kan?

Entahlah..apa akan jadi 20tahun lagi..orang dah tak masak kot.hehe.
Fikir-fikirkanlah..

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, December 23, 2012

Jururawat tidak dihargai?

Assalamualaikum wbt..

Inikah perasaan bila bergelar Jururawat?gembira atau duka?tiada siapa yang peduli sebenarnya..
Apa mereka kisah?mereka bukan berada ditempat kami..mereka bukan merasai seperti apa yang kami rasa.

Sudah banyak luahan-luahan daripada Jururawat-jururawat di Malaysia ni yang mana tugas mereka yang tidak dihargai.

Mungkin ada yang memandang rendah kerjaya jururawat..maklumlah bukan kerjaya yang profesional..tahap diploma je kan..
Yes! Memang..tapi ni kerja yang paling mulia daripada mana-mana kerjaya kat dunia ni..

Aku sedih betul..bila ada aduan yang dibuat oleh pesakit atau waris yang kami tidak lakukan..kadang-kadang apa yang kami lakukan itu adalah yang terbaik untuk mereka..malah ada yang terus dimaki,diherdik..mereka yang tidak memahami bidang tugas kami berterusan menghentam kerjaya kami meskipun yang buat kesalahan hanya segelintir.
Sampai bilakah kami jururawat-jururawat ini akan dipandang hina hanya kerana kami melakukan perkara-perkara yang sesetengah anak pun tidak mampu melakukan hal demikian pada ibunya?
Kami buat secara ikhlas,tidak mengharapkan balasan mahupun pujian..apa yang kami perlukan adalah sedikit kepercayaan..
P/s: never judges

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, December 15, 2012

Bread Butter Pudding



Assalamualaikum wbt..

Wah! Rindunya dekat blog..tak dapat nak online via laptop..merajuk agaknya sampai mematikan diri sendiri..nak repair pun belum ada kesempatan..format je tu,nanti okey..
Nak format,CD windows pula tak ada kat sini..jadi,simpan tepi dinding je dulu..hehe

Mohon maaf kepada teman-teman yang singgah kerana singgahan tak berbalas..maklumlah online guna handphone..
Sejak jarang buka blog,aku dah makin rajin buat kuih,kek..dan lain-lain..makan pun asyik cari yang sedap-sedap je.
Dua tiga hari yang lepas aku minta resepi bread butter pudding dari kawan..resepinya simple sahaja,semua orang boleh buat.

Anak aku pun nampak suka dengan makanan macam ni..
Sesiapa yang nak mencuba,jom lihat resepi..


Bahan-bahan(untuk 4-5 orang)

1.roti 4 keping
2.telur 4 biji
3.600ml susu cair atau fresh milk
4.4 sudu besar gula pasir
5.sedikit esen vanilla
6.kismis dan coklat cip
7.sedikit planta


Cara-cara

Sapukan planta pada roti.roti dibuang kulit tepi dan disusun dalam bekas pembakar bersama kismis.
Kemudian ketepikan. Pukul telur dengan susu cair,masukkan gula..dan esen vanilla.
Bila dah siap,curahkan keatas roti..
biarkan seketika.
Bakar selama 20-25minit,suhu 180°.
Bila hampir masak,taburkan cip coklat.
Boleh dihidang panas atau sejuk.

Selamat mencuba..:)

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 5, 2012

Istanbul aku datang pulak dah!

Hai..next entry yang diposkan via handphone.okeh..saja nak bagitahu.

Nak dijadikan cerita..
Aku ni sebenarnya dah lama tak tengok cerita melayu..sebab aku lebih suka cerita omputeh,cina dan korea.kalau minat pun cerita melayu lama lakonan arwah P.Ramlee.jiwa melayu jati ko..hehe.

Baru-baru ni saja timbul cerita lakonan lisa surihani dan tomok..istanbul aku datang tu..eii..tak sabar..tak sabar..hehe.teringin jugalah nak tengok..last aku tengok cerita melayu,cerita mariam kampung putat..tu pun sebab hanis zalikha yang berlakon.hehe.
Tapi,baru saja tengok separuh..pun via handphone..gigih betul aku buka youtube tu ha..dah tengok sampai separuh.tiba2 padam pula handphone.nak buka lagi sekali dah tak de pulak ceritanya yang full...ceritanya tergantung le sampai sekarang..

Yang lain rasanya ok je cerita tu cuma tak bestnya.bila bab agama tu..peluk-peluk dekat Malaysia takpe..haish..pastu macam mana aku nak suka cerita melayu? 
Omputeh cakap not nice la.hehe.

Pesan aku sebagai penaja,nak buat cerita,kaji dulu..bukan main ikut sedap je..kan..kan?
P/s: not nice!

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 4, 2012

Masa dan wang,mana lebih penting?


Hai..
ini pertama kali aku postkan entri gunakan handphone.aku kolot kan?orang lain dah berzaman dah guna,aku baru nak cuba.hehe
Semenjak-dua menjak ni..semakin mengalami kekangan dari segi masa.asyik kerja saja memanjang.anak aku pun dah mulai bosan dah..maklumlah cuti sekolah.tetapi tak ada sebarang aktiviti.

Memang,dari segi kewangan..aku tak ada banyak masalah.kata orang,untuk makan pakai tu..lebih daripada cukup.
Tapi,itulah..mungkin Tuhan beri aku kesenangan dari segi itu.tetapi dari segi masa.aku takde!

Bukan senang nak cari masa untuk bersenang lenang macam orang lain..kalau aku cuti pun,Mr PPP oncal..tak boleh pergi mana-mana juga.
Haih..dugaan betul kalau mencari kesenangan dunia ni kan?

P/s: patutlah belum ada rezeki dapat anak no2.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE