Tuesday, October 30, 2012

Sayang nyawa ke sayang burung???



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

wah.....dah lama betul tak online..
asyik ngadap kerja-kerja dan kerja..sampaikan segmen yang dianjurkan ada 7 peserta je..haha..
malas betul nak war-warkan..tambah-tambah lagi facebook dah tak bagi aku ping entri kat sana.sob sob...

okeh ni nak cerita masa aku balik kerja tadi..
sebelum masuk rumah aku tu ada traffic light..dah hijau..okeh!! boleh jalan..
masuk je simpang kanan tu..aku nampak ada 3 orang budak yang pakai baju sekolah berdiri betul-betul tengah jalan....

"ponnnnn...ponnnnnn" 

berangan nak bagi hon,padahal hon rosak.so buat eksen je lah...hehe
dah sampai dekat..2 budak berlari ke tepi..tapi satu budak lagi masih berada di tengah jalan...
macam teragak-agak nak ketepi sambil memandang atas tar tu..

aku fikir.budak ni tension kot...
tapi bila dah sampai dekat lagi.rupa-rupanya ada seekor burung yang tengah menjerit-jerit dan bergelimpangan atas tar tu..

Hadoiii..budak tu memang baik sungguh..tapi,silap tempat la..kalau ye pun nak selamatkan burung tu,bawak ke tepi lah..tak perlu nak tunggu dekat tengah jalan.karang burung tu mati...dia juga yang tak selamat..

p/s: Buat baik pun salah!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 20, 2012

Segmen : Mari Berkorban



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah...memandangkan aku agak sibuk beberapa hari ini..aku nak buat satu segmen untuk korang-korang semua..
Segmen ini ialah bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang 10 Zulhijjah nanti..

Syarat penyertaan :

1.Ada blog
2.Buat satu entri ringkas bertajuk :"Segmen : Mari berkorban bersama Arra Ahmad"
3.Letakkan header blog Arra Ahmad dan link kan ke entri ini.
4.Dalam entri anda,sila nyatakan apa erti Hari Raya Aidiladha kepada anda.
5.Tag 2 rakan anda
6.Hantarkan link entri anda ke ruangan komen entri ini.- hantar sekali sahaja.

Peserta dengan entri terbaik akan mendapat saguhati daripada aku..
Tarikh tutup akan diberitahu kemudian..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sanggupkah kita berkorban??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

fuh! penatnya..baru berkesempatan untuk update..
sejak kebelakangan ini terasa diri semakin sibuk..maklumlah..dua hari yang lepas aku pergi kursus..
kemudian sambung dengan kerja malam pula..
agak penat...badan pun sakit-sakit..
entahlah samada kerana tekanan emosi ataupun bebanan kerja yang perlu diselesaikan sendiri bertambah dari sehari ke sehari..

bertambah-tambah lagi dengan blog yang bermasalah dan terpaksa kembali ke template dan design asal..walaupun tidak dapat kembalikan kesemua data-data yang telah hilang..agaknya,ia sendiri mahu kekal dengan bentuk yang lama tanpa diubah..

aku ingin juga memohon maaf kepada kawan-kawan yang sering berkunjung ke sini..jejak anda akan dibalas nanti..insyaAllah..

dan tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha (10 zulhijjah) pula..mungkin hari raya ini tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri..namun,apa kata kiranya kita memandang dari sudut pahala dan kebaikan-kebaikan yang boleh diambil dari Hari tersebut..
sesungguhnya banyak sekali fadilat ibadah korban yang rata-rata sudah diketahui umum.


Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah swt demi kebahagiaan di akhirat nanti.


maksud disebalik: binatang yang boleh dikorbankan





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, October 18, 2012

ww : Tiada Tuhan selain Allah



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Tiada Tuhan selain Allah,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, October 16, 2012

Akhirnya aku Grad!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Jauh perjalanan..indah perjalanan..
itulah yang berlaku sepanjang ketiadaan aku didunia online..



perjalanan dari Johor ke Terengganu yang mengambil masa selama 8 jam agak memenatkan..belum pun hilang letih itu..aku meneruskan perjalanan ke Perak pula untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ILKKM yang berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.


Setelah 3 tahun berlalu..akhirnya aku grad jua..
Diploma in Nursing 
akhirnya menjadi milik aku..


Bersama teman suka dan duka selama bergelar pelatih dan masih menjadi teman setia...
moga hingga ke penghujung usia..



Actually, Majlis Konvokesyen adalah majlis yang memenatkan namun,yang menggembirakan adalah...
akhirnya mak aku dapat lihat anaknya di pentas setelah mengharungi berbagai cabaran dan dugaan..

dan...sempat snap photo dengan teman seperjuangan..ehem..ehem...blogger gak..



p/s: dapat munge!!!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, October 10, 2012

Nama Terlarang Dalam islam



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Disini aku kongsikan beberapa koleksi nama-nama yang terlarang dalam islam kerana maksud yang tak elok...

Abkam-Tidak celik, buta
Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya
Afinah - Yang bodoh
Asyar - Paling jahat
Asyirah - Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah - Hamba suruhan perempuan
Baghiah - Yang zalim, jahat
Bahimah - Binatang
Balidah - Yang bodoh, bebal
Bakiah - Yang menangis, merengek
Baqarah - Lembu Betina
Batilah - Yang batil, tidak benar
Dabbah - Binatang
Dahriyah - Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah - Goncang, stress
Darakah - Kedudukan yang rendah
Daniyah - Yang lemah dan hina
Dami'ah - Yang mengalir air matanya
Fasidah - Yang rosak, yang binasa
Fasiqah - Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
Fajirah - Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah - Kecelakaan
Ghafilah - Yang lalai, yang leka
Ghailah - Kecelakaan, bencana
Ghaibah - Hilang
Ghasibah - Perampas, perompak
Ghamitah - Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah - Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah - Yang dengki
Hasidah - Yang hasad
Hazinah - Yang sedih
Huzn - Kesedihan
Khabithah - Yang jahat, yang keji
Khali'ah - Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah - Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah - Yang rugi
Khamrah - Arak
Jariah - Hamba suruhan perempuan
Jafiah - Yang tidak suka berkawan
Kaibah - Yang sedih
Kafirah - Yang kafir, yang ingkar
Kamidah - Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah - Pendusta, pembohong
Lahab - Bara api
Laghiah - Sia-sia, tidak berfaedah
La'imah - Yang tercela

Lainah - Yang terkutuk
Lahifah - Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah - Yang menderhaka
Majinah - Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah - Agama menyembah api atau matahari
Munafikah - Yang munafik
Musibah - Celaka, bencana, kemalangan
Nariah - Api
Nasyizah - Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah - Yang najis dan kotor
Qabihah - Yang buruk, hodoh
Qatilah - Pembunuh
Qasitah - Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah - Kejahatan, perzinaan
Rajimah - Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah - Kecelakaan, musibah
Razilah - Yang keji dan hina
Sakitah - Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah - Yang rendah dan hina
Sahiah - Yang pelupa
Sakirah - Pemabuk
Syafihah - Yang bodoh
Syaridah - Yang diusir
Syaqiyah - Yang menderita
Syarrul Bariyyah - Sejahat-jahat manusia
Syani'ah - Yang buruk
Syarisah - Yang buruk akhlak
Syatimah - Maki hamun
Syariqah - Pencuri
Talifah - Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah - Yang papa kedana
Tarikah - Anak dara tua
Tafihah - Karut
Talihah - Yang tidak baik
Yaisah - Yang berputus asa
Yabisah - Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah - Penakut
Waqihah - Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah - Yang kotor
Wasyiah - Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah - Yang lemah
Wahiah - Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah - Penakut
Wailah - Bencana, keburukan
Waqi'ah - Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah - Kebinasaan
Zalilah - Yang hina
Zalimah - Yang zalim
Zaniyah - Penzina, pelacur
Zufafah - Racun pembunuh




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 6, 2012

Apa yang nurse mampu buat untuk kau terus hidup!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

5hb 10.2012...aku menerima satu komen yang mengutuk kerjaya sebagai Jururawat

Aku tak faham lah dengan orang yang suka buat blog untuk menghina profession orang...dah tak ada kerja lain ke hape..kalau rasa rajin sangat nak menaip..taip sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk orang lain..yang boleh berikan motivasi kepada orang lain..ini tidak..merapu-meraban kutuk profession orang..

mungkin dia ada sejarah silam kot dengan kerjaya ni atau sengaja nak melepaskan rasa tak puas hati..namun,tak berhak untuk menyahmotivasikan orang lain yang minat dengan kerjaya kejururawatan..

kecian kat profesion nursing ni. gaji mmg banyak tapi ramai nurses ni mmg stupid >>> dipetik dari blog beliau

Jangan lah kerana segelintir nurse yang buat hal.dia terus menghukum profession kejururawatan..

dekat spital nursing berlagak budget mereka di perlukan la sangat. budget staff nurse asyik tak cukup2 padahal aku tengok nurse ni malas yang amat. kerja berkira. tido kat pantri bersembang dan bergosip tak payah cerita la. pastu mengeluh kerja banyak balik lambat padahal kerajaan dah punya la sayang nurse ni siap bagi elaun kritikal lagi padahal kerja ala2 iron maid jer dekat hospital fizikal work tak perlukan otak pun.>>>> dari blog beliau juga

haha..kadang-kadang nak gelak juga dengan statement ni..kerja ala-ala iron maid...fuh kelasss ayat ko bagi jahhh...
ingat nurse ni tak payah belajar ke nak jaga orang?? aku sedih betul dengan orang yang macam ni...
kerja kami ni tak payah guna otak?? dah tu Tuhan bagi otak nak buat apa?? 

aku memang tak publish komen tu sebab tak nak adik-adik yang baru nak belajar mencintai Nursing akan ada pandangan serong terhadap profession Nursing..termasuk lah aku...walaupun kerjaya ni bukan pilihan aku..tapi aku yakin dan pasti yang tak semua orang mampu menjadi Nurse!

kerjaya sbg nurse memang tak sehebat kerjaya lain.tapi aku bangga jadi nurse..dan kau selalu mengutuk kerjaya nurse ni,aku harap sangat satu hari Tuhan tunjukkan pd kau apa yang seorang nurse mampu buat untuk kau terus hidup!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 5, 2012

Wa menang hadiah dari www.aimanaziz.my



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Aku sungguh tak sangka rupanya aku ni seorang pengkritik yang membina.haha..
apapun,terima kasih kepada saudara Aiman sebab pilih aku....<< ceh!! perasan..macam aku sorang je yang dia pilih...hehe

Entri kritik aku kat sini kalau korang nak baca..
nak tahu pemenang lain tengok sini

Perasaan aku bila menang ni...rasa macam tak percaya pun ada sebabnya..yelah..selalu kalau aku masuk giveaway ke hape..puas bodek dan puji,tak dapat-dapat juga hadiah...tapi bila aku kritik je terus dapat.haha
lain kali buat Giveaway lagi yer Aiman..

btw,blog dah cantik dah sekarang..paling suka tang header ni ha..




Terima Kasih kepada penganjur Giveaway  Ahmooyy Chantekk , Mk Syahir , Cadar Murah , Izumi Shop , Mizzs Ninie ,Eqbal Zack ,  Greennpanda Craft ,Izzah Ismail dan Hosting Rajawali.

eh..jap2..tak mention pun aku dapat hadiah apa kan????


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, October 3, 2012

Nuffnang kebah dari demam...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semalam dapat 62 BE/CPUV dari Nuffnang...itu masa Nuffnang demam..
sekarang tinggal satu balik sebab Nuffnang dah kebah dari demam..hehe

dan yang sebenarnya hanya satu itulah BE/CPUV yang Nuffnang berikan untuk aku selain dari kempen-kempen lain yang sedang berjalan seperti biasa..
Ramai yang suruh cashout semalam sebab duit dalam akaun bertambah 3,4 kali ganda dari jumlah asal..
tapi aku tak buat pun..
ke ada yang cashout dan dapat?? hehe

Dan semalam ada juga insan yang tiru ayat aku buat entri Nuffnang ni..
best sangat ke ayat aku sampai nak copy?? haha



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, October 2, 2012

Nuffnang beri 62 BE/CPUV serentak!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semalam tengok ramai orang update tentang Nuffnang..apa dah jadi dengan Nuffnang...ianya betul atau tak..
so,aku check jugalah semalam..
Terkejut mak!! 



Nuffnang beri 62 BE/CPUV serentak! bukan 2,bukan 3...tapi 62! 
kalau hari-hari ni memang kayo den..haha...
Entahlah..aku pun tak tahu juga.mungkin Nuffnang baik hati tapi mungkin juga sistem dia rosak ke hape..
dan tiba-tiba juga yang pernah beralih arah dengan Nuffnang tu merengek nak balik..ceh! haha

Tak kisahlah benda ni betul atau tak...tapi,tetap nak ucapkan terima kasih buat Nuffnang..harap-harap macam betul-betul dapat BE/CPUV baru lagi.hehe

Nuffnang ooo Nuffnang...bagi BE/CPUV betul-betul boleh?? hehe







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE