Sunday, September 30, 2012

Mak selalu maafkan aku...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sebenarnya aku letih..nak buka blog pun rasa tak larat.tapi gagahkan diri juga untuk update..yelah,sebab takut En Nuffnang merajuk pula nanti..

Malam ni malam terakhir aku kerja malam..dah dua malam yang lepas macam-macam hal yang berlaku dan juga menuntut kesabaran yang berpanjangan..kes-kes yang agak menuntut perhatian hingga menongkat mata dengan batang mancis agar tak tertutup..kah kah..(itu tipu...)

memang kebiasaan kerja malam hanya 2 orang staffnurse ataupun 1 staffnurse dan 1 Jururawat Masyarakat..dan yang wajibnya satu PPK.
sampaikan Pengarah asyik bertanya...betul ke u all kerja 2 orang je malam??
tak percaya agaknya...

Kepenatan lagi bertambah bila balik ke rumah..menguruskan anak yang seorang itu seorang diri..memandu sendiri..fuh!! kadang-kadang aku terfikir juga macam mana agaknya mak aku..ayah aku jaga aku dulu...tabahnya diorang! 
Mana taknya..bila tak bagi keluar rumah,dia keluar senyap-senyap.lepas tu kalau aku tidur...satu persatu barang dia angkut keluar rumah!

Bila disuruh mandi...sabun dan ubat gigi habis disepah-sepahkan...buat main..hadoi!! itulah budak-budak tengah membesar..nak marah pun tak dengar..kasi cubit sekali dekat peha baru dia diam...
Ada juga aku tanya dia..

"Dah tak nak duduk dengan Umi ke? tak dengar Umi larang pun??"

dia anggukkan kepala..nak katanya...
last- last aku yang mengeluh...sabar jelah..kadang-kadang telefon ke kampung...
tanya mak..macam mana mak jaga aku dulu..berlinangan juga air mata mengenangkan pengorbanan mak menjaga aku sehinggalah sekarang..mak masih ambil berat tentang aku..Aku banyak menyusahkan mak..tapi mak selalu maafkan aku..

Sejak mendapat anak yang pertama,aku tekadkan dalam hati..ingin balas budi mak yang tak putus-putus doakan kejayaan aku..sekarang aku tahu bagaimana mak rasa bila aku kecewakan mak..
betullah orang kata..kita akan dapat rasa apa yang mak rasa jika kita dah ada anak sendiri..

p/s: nak bawa mak tengok aku konvo minggu depan..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, September 28, 2012

Pembentangan Bajet 2013



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Masing-masing meriah sekali menunggu Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu bajet yang ke 5 sejak memegang jawatan menteri kewangan..ada yang mengutuk.ada juga yang mengharap.ada juga yang tak puas hati.macam-macam rasa kan? tapi kita perlu fikir positif...selagi dapat hidup aman damai di Malaysia ni..
syukurlah...
Menurut YAB Perdana Menteri,bajet kali ini ialah penerus tradisi untuk memakmurkan dan bawa kesejahteraan rakyat.

fokus 1: Merangsang Aktiviti Pelaburan
fokus 2 :  Memperkasa Pendidikan & Latihan 
fokus 3 : Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti 
fokus 4 : Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam 
fokus 5 : Mensejahterakan Rakyat 

Tema Bajet2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”


download teks ucapan >>sini..mulai jam 6.00 petang..Teks Ucapan Bajet 2013 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
tengok live >> sini

p/s: Bonus Sebulan setengah bulan gaji untuk penjawat awam pada Disember dan Januari nanti..Alhamdulillah..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wanita tertelan tikus


LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport. 
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.

“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.

Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.

“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.

“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.

“Mereka akhirnya memberi saya baucar �10 (RM50).

“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.
Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan.

sumber 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Jual Rakan yang hamil



KUALA LUMPUR: “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400,” kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.
Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.
Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, September 27, 2012

Trend bengkakkan dahi


LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.

Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.

Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.

Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”

Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jarum  itu memasuki dahi saya.. Ooh!”

Apabila masuk sepenuhnya, kesan jarum itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’

Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan meleleh pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang meleleh dari kepala saya. Saya dapat merasakannya meleleh.”

Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.

“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.

Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.

Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.

“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. - DM

sumber

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Makan obor-obor je umi...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ini kisah anak teruna aku yang seorang tu...
hari ni......
hari khamis!
hari khamis biasanya pakai baju sukan..tetapi aku pakaikan baju sekolah..

ambil dia dekat rumah pengasuh tadi dia cakap..

"umi,semua orang pakai baju sukan.Irfan je pakai baju sekolah"

hehe..aku tepuk kepala! macam mana la aku boleh lupa..itu ok lagi.semalam langsung tak pergi sekolah...sebab masing-masing tak sedar..dia bangun,dia kejutkan aku..

"umi!!!! Irfan sekolah la...."

haha...memang tak sedar..penat sangat..sorry anak umi...

Hari ni buat cerita kelakar pulak..lepas ambil dia petang tadi.aku tanya dia..dia makan apa dekat rumah pengasuh..dia jawab

" makan obor-obor...sedaaaaap"

aku terfikir.takkan lah obor-obor? boleh makan ye menatang tu??
terdiam gak aku..sampai hati pengasuh aku bagi makan obor-obor..
aku tanya Irfan..betul ke obor-obor??
dia mula buat muka berkerut-kerut gitu...berfikir agaknya..
lepas tu dia cakap..

" ala umi..yang bulat-bulat tu.."

bulat-bulat???haish!! bukan bebola ke? dia hanggukkan kepala..
hahahaha...ok lah...dekat-dekat la tu..obor-obor dengan bebola..hehe

p/s: baru nak potong gaji pengasuh pasal bagi makan obor-obor..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, September 25, 2012

Baca Komik online



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Buat penggemar komik tu.sekarang dah tak susah lagi untuk mencari di kedai..semua boleh dapat online je..
aku pun gemar baca komik..terutama cerita One Piece tu..ala cerita budak getah tu...yang tak gemar komik memang lah tak tahu..

selain one piece tu banyak lagi cerita lain..contohnya seperti kat bawah ni..


 banyak lagi korang boleh baca dekat onemanga ni..ada 1113 komik yang korang boleh baca..
fuh..mau tak bergerak bagi peminat komik kan? hehe

ada lagi dekat mangareader dan mangastream..kat situ pun banyak..time-time cuti layan komik jelah.hehe

yang berminat tu....jom baca sama-sama..

p/s: mood membaca membuak-buak..hehe


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, September 24, 2012

Tiada orang yang perfect la...



Assalamualaikum wbt.. 


Doktor : Sn,patient ni ada ambil darah tak hari ni??Aku : tak pasti..kejap saya tengok..(sambil belek2 tempat tulis yang ambik darah tu.)Doktor : aik, takkan itu pun nak belek? u tak ingat ke??kalau nak tengok situ saya pun boleh tengok..boleh belek sendiri..




dah tu belek la sendiri!! tanya buat apa?geram betul! kalau seorang dua patient boleh la nak ingat..kalau dah berbelas2..ko pun sure tengok balik BHT tu!


kalaulah Doktor-doktor lain pun setuju dengan aku..
aku ni hanya staff nurse.baru kerja 6 bulan kot...dan ada masalah ingatan sikit..
semuanya tak perfect..aku cuba buat dengan baik..
aku cuba nak ingat..tapi kadang-kadang kalau dah banyak sangat...aku tak mampu...

Daripada aku main teka-teka je..bukankah ia lebih baik?? tengok dan baca balik untuk comfirmkan??

Dahlah hari ni asyik kena marah je..akibat kecuaian orang lain..aku yang kena marah..
yang tu tak lengkap,yang ni tak lengkap..tapi,takde pula aku marah-marah..aku sabar...sebab tak de orang perfect! aku cuba tolong lengkapkan...sebab aku tahu bila tiba time aku.ada yang tolong lengkapkan..

kerja dalam keadaan stress..apa pun tak boleh!

p/s: nak cepat2 quit..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, September 23, 2012

Saya nak ramai kawans blog



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


nak join segmen Ain Dyaza sambil-sambil buang undi..macam pilihan raya je..hehe
jumlah follower sekarang 2803..

moga-moga Ain boleh menang..hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, September 22, 2012

syndrome WWF



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dalam dua hari yang lepas...kawan ada update status facebook dia...
katanya mengalami syndrome WWF..aku pun mengalaminya...
yeah...mungkin kot..

tahu tak syndrome WWF tu apa?? dalam nursing memang tak belajar ni..hehe
WWF= work-work forever

mana taknya.semalam kerja..hari ni kursus..esok kerja lagi.esok-esoknya kerja lagi...bila nak cuti ni??
penat sangat rasanya..kalau dapat cuti pun kena tarik cuti..naik kerja..alasan sebab takde orang..aduh!! kalau macam ni memang work-work forever..

kadang-kadang sampai terfikir nak quit je..
macam nak jadi surirumah tangga dan jaga anak je..senang..
tak payah nak fikir..kalau kerja,siapa nak hantar siapa..anak nak letak mana..
kan?? aku boleh hantar anak pergi sekolah sendiri..melihat dia membesar didepan mata..
cuma takde income jelah tiap-tiap bulan..

tapi,orang cakap duit tidak boleh beli masa..
ingat satu cerita yang anak dia tanya ayahnya..berapa gaji ayahnya 1 jam..
ayahnya tanya kenapa...dia kata nak bayar agar ayahnya berada bersama dia untuk 1 jam tu..
ha...tengok!! karang jangan anak aku tanya macam tu sudah...

sekarang pun.bila aku cakap besok kerja,balik lambat..mula dia buat muka..
see,mana taknya..umi dia sibuk..abah dia sibuk..
memang sekarang tak ada masa...nak pergi shopping pun takde masa..

harapan aku..biarlah masa sibuk cepat berlalu..

p/s: kerja kat hospital..mana pernah tak sibuk??



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

sangat...sangat!!!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Kursus lagi..haiyo..diorang speaking BI...ceramah nada mendatar je..
akhirnya???



'
'
'
'
'
'


sangat mengantuk!!!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, September 20, 2012

kerana senyuman nadi kerja saya




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Beberapa hari yang lepas aku kerja malam..yang rumitnya kerja malam ialah perlu ambil darah pesakit pada pagi-pagi hari..
ada yang senang tu..syukurlah...tetapi,bagi yang susah tu ha,ko duduk le kat situ ambil darah sampai boleh..Doktor bukannya nak dengar aasan kita yang tak boleh ambil darah..so, kena ambil sampailah dapat..

sebenarnya....bukan itu yang aku nak cerita..hehe
Masa aku kerja malam tu kan...ada seorang pesakit.umurnya dah 70 lebih..masuk sebab uncontrolled hypertension.tapi pesakit ni tak compliant pada rawatan dia.so,agak sukar untuk melakukan prosedur-prosedur yang perlu..

pesakit ni ikut mood dia.time dia baik...kerja berjalan dengan lancar..tapi, kalau dia cakap tak nak..tak usah lah nak paksa..memang dia tak nak punya..
masa aku kerja malam tu,aku yang incharge.jadi,aku menjaga semua pesakit..maksudnya keselamatan pesakit dibawah tanggungjawab aku..

malam tu pesakit tu dah buat hal...tak nak makan ubat..puas memujuk..tetap tak nak.katanya tak sakit,buat apa nak makan ubat..Sister sendiri yang pujuk pun tak jalan..
itu malam....
paginya pula..dah tentu nak ambil darah..
di marahnya aku! tersentak weh..hehe

dia kata, ambil darah sakit..sekarang perut dia sakit tak boleh ambil darah,nanti tambah sakit!
haha.alasan kan??nak check gula pun tak nak juga...
puas memujuk...jadi macam budak-budak balik tau..
kadang-kadang geram juga..degil!!

masuk hospital buat apa kalau tak nak ikut rawatan..aku memang hangin la dengan orang macam ni...
tapi..aku tetap senyum juga..
bila pass report..senior cakap-cakap pasal apa tak ambil darah..ok fine!! kalau terror sangat pergi lah pujuk pesakit tu.nak tengok hebat ke tak.hehe...

actually,aku tak ambil hati pun dengan mereka..cuma,kadang-kadang hati sakit dengan pesakit yang macam tu..tapi tetap senyum..bak kata wakil jururawat dalam iklan colgate total kat tv tu...

"kerana senyuman nadi kerja saya"

haha...memang gila kentang lah mampu senyum dalam keadaan macam tu..
apapun..memang senyum lagi..masih mampu..hehe

Dan bagi yang tertanya-tanya sebelum ni berkait dengan entri Mum to be..
sebenarnya,masih belum ada rezeki..
mudah-mudahan akan ada lah nanti..
korang doa-doakan aku juga ya..hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

New Blogger Interface



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


kan? kan? dah berubah..lalala~
haha
jadi kureng kejap sebab blur nak guna New Blogger Interface ni...
act, functionnya sama sahaja cuma bentuk dan kedudukan sahaja yang berubah.

so,ini first update menggunakan new Blogger Interface..
layan...hehe


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, September 19, 2012

Mum to be.??




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni pagi-pagi lagi update blog...semalam tak dapat tidur..
mungkin sebab dah tiga malam tak tidur...almaklumlah kerja malam..jadi sambung pada malam ke empat..hihi
Tambahan lagi semalam sakit perut..tak tahu lah kenapa..
ada lagi....rasa loya-loya..nak muntah!

Jadi,jam 4 pagi barulah perlahan-lahan nak pejamkan mata..
berjaya juga tidur untuk sejenak sebelum bangun semula siapkan sarapan untuk anak dan siapkan dia untuk ke sekolah..

dua tiga hari ni badan rasa tak sihat..
mungkin kerana penat atau mungkin kerana bakal bergelar umi untuk kali ke dua??
semuanya aku tinggalkan menjadi tanda tanya..
well...dah hampir 7 tahun menunggu anak ke dua..belum tiba masanya lagi..
harus bersabar kan?? hehe






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

ww : fight!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


korang tafsirkan..apa maksud gambar..sila komen dibawah..
setiap orang punyai pandangan berbeza..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, September 17, 2012

MHI dan Hot FM




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

uih!!! baru balik kerja ni..memang selalunya aku akan mendengar Hot FM di tv8..
hari ni menerima kejutan apabila Hot FM menampilkan pengacara Malaysia Hari Ini..
dan rancangan Malaysia Hari Ini pula di penuhi dengan pengacara Hot FM..

Di konti Hot FM kelihatan segalanya berjalan dengan lancar.agak serius rasanya mereka dikonti..hehe..manakala di pentas Malaysia Hari Ini pula gamat dengan gelak ketawa AM Krew...FBI,fafau dan Ag dengan topik Fobia.



Apapun,mereka memang terbaik!!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Feroz punya Giveaway..
banyak pula Giveaway lepas-lepas raya ni..mungkin semua nak perabiskan duit raya yang banyak.hehe

okey,giveaway Feroz ni menarik sebab hadiah dia banyak ooo...nyesal tak join..
antara hadiahnya...

1. Domain .COM / 1tahun
2. Cash RM50 
3. 3 header percuma
4. 4 aplikasi fanpage
5. Topup rm10
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2
7. Sevonir dari oversea 3x
8. Topup rm10 3x
9. Review blog 3x + Topup rm15

10. Topup rm50

11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x

15. Lens 2x

16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x

kan?? banyak kan?? hehe
hadiah ni diorang yang sponsor...


tapi,nak hadiah tu mestilah mengikut syarat...boleh rujuk SINI
aku dah buat korang bila lagi??

 Saya nak domain .com percuma kerana dah lama nak mempunyai domain sendiri tetapi tak tahu cara dan juga tak ada orang yang nak bagi secara percuma..selalunya benda percuma ni best!!


tag: 






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

AimanAziz's Giveaway 2012



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


sebenarnya aku tak tahu nak mengkritik apatah lagi memberi pandangan tentang blog orang.
tapi bagi Giveaway ni...kritik dan dapat hadiah..ok juga tu.hehe

ni komen aku tentang blog Aiman

1.Background
pemilihan background amat penting..sesetengah orang sukakan background yang bercorak dan sesetengah lagi sukakan yang plain..untuk blog Aiman,background bercorak nampak kena dengan blog tetapi, pemilihan warna macam tak sesuai..nampak seperti benda lusuh..mungkin boleh ditukarkan warnanya..:)

2. Header
sesetengah orang sukakan header yang menampakkan ciri-ciri dirinya..
untuk blog Aiman,mungkin boleh ditambahkan sedikit pengenalan diri/trademark...

3. layout
pada aku tidak ada masalah tentang layout blog Aiman..sesuai je.dan tak nampak serabut apabila menggunakan "past tense" tu...

4. Entri
Entri-entri di blog Aiman boleh dikatakan menarik juga cuma perlukan satu 'tarikan' untuk orang baca..bila entri kita menarik,potensi untuk orang baca tu lebih tinggi..memandangkan follower aiman pun dah cecah 1000++ orang..

apapun,blog Aiman sekarang terasa agak simple...mungkin nanti akan jadi lebih menarik jika boleh menerima kritikan-kritikan melalui giveaway ni..good Luck Aiman..setiap orang mampu menjadi lebih baik...:)

"Giveaway ini Ditaja oleh Ahmooyy Chantekk , Mk Syahir , Cadar Murah , Izumi Shop , Mizzs Ninie , Eqbal Zack ,  Greennpanda Craft ,Izzah Ismail , Hosting Rajawali dan Dianjurkan oleh Aiman Aziz"


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sukarnya jadi Ibu tunggal




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Bukan senang untuk menjaga anak-anak sendirian..terutama bagi ibu tunggal dan tiada tempat untuk bergantung..
bagi aku,aku patut bersyukur kerana ada pekerjaan..sekurang-kurangnya aku mampu menyara hidup aku dan anak..

Namun,masa yang ada amat terhad bagi aku..kerja mengikut shif bukan senang..ia memberi masalah kepada pengasuh lagi..ia memang tak senang kiranya pengasuh tak faham yang kita kerja ikut shif..dan perlu hantar tidak mengira masa..

jika aku kerja pagi,aku perlu bangun awal.menyiapkan barang-barang sekolah anak..juga bersiap-siap untuk pergi kerja..untungnya pengasuh aku yang hantar anak ke sekolah..kebetulan anak dia berada di sekolah yang sama.aku hanya perlu hantar anak ke rumahnya..
balik dari kerja,lebih kurang jam 3 petang...aku akan ambil anak dari rumah pengasuh..balik ke rumah,kerja rumah menanti..sehinggalah aku tertidur kepenatan.

jika kerja petang..juga bangun pagi untuk siapkan anak pergi sekolah..hantar ke rumah pengasuh..
balik.buat kerja rumah...masak untuk makan malam siap-siap..malam nanti,ambil anak,lepas panaskan makanan,makan dan terus tidur..tak pun menemani anak buat kerja sekolah..

jika kerja malam..aku akan hantar anak ke rumah pengasuh sebelum pergi kerja..balik rumah,singgah ambil anak di rumah pengasuh,balik dan tidur sebelum kemas rumah dan masak untuk makan tengahari..

Apa yang aku alami ni kadang-kadang..amat biasa bagi ibu tunggal yang perlu bekerja lebih keras..tambah lagi jika tiada sumber pendapatan yang tetap.apatah lagi jika mempunyai anak ramai..sungguh! ia amat sukar..
namun,pesan aku...kepada ibu tunggal diluar sana..anda perlu lebih tabah..

p/s: sekurang-kurangnya aku isteri hujung minggu!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segmen:Bloglist September Bertuah



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


join segmen Pecinta pink..kalau bertuah dapat hadiah lagi..
jom join sama-sama


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, September 16, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Giveaway dari Abang Eqbal zack


pemenang akan menerima Novel Curi-curi Suka yang ditulis oleh Liyana Zahim..
siap autograf lagi.hehe

selain tu..ada juga EZ Fridge Magnet (Limited Edition)..aku ni memang pengumpul Fridge Magnet...so,apa salahnya mencuba nasib...

tamat pada 11:59 p.m, 16 September 2012



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, September 15, 2012

i'm a nurse but...



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}


yes!! meneruskan perjuangan yang belum selesai..
sukarnya mengejar cita-cita..entah bila akan tercapai..
ya,memang aku seorang jururawat tapi aku mahu bergelar seorang guru..

memang cita-cita aku nak jadi guru sejak dari aku kecil lagi..
tak dapat aku nak buangkan jauh-jauh cita-cita aku yang satu tu..
walaupun aku ni bukan yang jenis boleh bercakap dihadapan..tetapi minat mengatasi segalanya...

segala perancangan harapnya tidak terganggu walau aku tahu akan adanya halangan-halangan yang menimpa..
actually,Nursing and teaching are both stressful. Nurses must deal with sick and dying people....everyday!!
mengajar di sekolah dengan menjaga orang sakit...sangat berbeza...
dugaan untuk Nurse dari segi menjaga nyawa orang..sedikit sahaja kesilapan dilakukan...habis!!

manakala guru...menjadi pembimbing untuk warisan bangsa...
dua-dua kerjaya yang baik..
entah...tapi,hati aku masih untuk guru berbanding nurse...
walaupun sekarang aku adalah seorang nurse!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, September 14, 2012

Tips dapatkan CPUV/BE dari Nuffnang




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

1 selalu update entri.jangan sampai blog korang berhabuk...update lebih kurang 4 atau 5 entri seminggu. Boleh dikatakan sehari atau dua hari mesti ada entri yang diupdate. kalau hari-hari lagi bagus.kemudian masuk akaun Nuffnang untuk update akaun pula.update bahagian Blog Manager iaitu update survey/kemaskini tinjauan. 


2.  Pastikan sebelum update survey korang kemaskini blog korang. Entri biar up to date. Jangan nanti dah seminggu asyik entri yang sama. Pihak Nuffnang juga jemu nak tinjau blog korang.

bila dah update blog, dah update survey, korang terus hantar ticket pada Nuffnang. Kenapa perlu hantar ticket pada Nuffnang? mudah saja. Bila korang hantar ticket pihak Nuffnang biasanya pihak Nuffnang akan take noted dan menyedari blog korang masih berfungsi dan patut ditinjau.


3.  Apa korang nak tanya?? yeahh!! itu soalan yang selalu sangat didengar. Niat korang buat semua ni kan nak dapat BE so apa lagi tanya la tentang BE, tanya bila blog korang boleh dapat BE atau sebagainya ok. tak kisah lah dalan BM atau ENG. yang penting dia akan reply dalam ENG hahaaa..


4.  BE juga kita boleh dapat dengan cara menggunakan trafik blog yang tinggi, kebiasaannya kehadiran BE juga disebabkan trafik blog. Kalau dapat BE dengan trafik blog yang tinggi earnings juga tinggi. Tak percaya cuba tanya otai-otai Nuffnang



5. Letak coding iklan nuffnang tu betul-betul.
Skyscrapper (SS) :: Diletakkan di atas sekali di bahagian sidebar. Jangan letak bawah sebab takut orang lain tak nampak. 

Leaderboard (LB) :: Diletakkan di atas header atau di bawah header. Pastikan orang nampak iklan tu bila orang masuk blog kita.
Large Rectangle (LR) :: Diletakkan di antara entry anda atau di bawah setiap entry baru anda.



6. Unique Visitor (UV)-Pastikan blog korang sentiasa ada UV(Unique Visitor) . Kalau blog korang tak da UV, Blogwalking lah.

7. Tulis betul-betul.Yang ni penting untuk korang. Kalau tulis entry tu jangan lah guna short form sangat.

8. Blog Tampil Kemas (Template & Isi). Selalunya first kita masuk blog dia mestilah kita tengok sekali imbas. Betul tak?? First time dia masuk blog kita dia suka. Pasti dia datang lagi kan. 

7. Entry anda .Jangan asyik copy paste entry orang lain. Keaslian dari korang itu amat penting. Kalau kita tiru pun tolong creditkan kepada tuannya. Tu je.


Buffered earnings – Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression)./Buffered Earnings atau nama femesnya yang lain adalah BE merupakan satu iklan kekal yang kita dapat dalam blog. BE juga merupakan earnings yang paling banyak akan kita dapat berbanding iklan-iklan biasa yang ada dalam blog kita. Earnings BE berjalan mengikut jumlah visitor yang berkunjung diblog kita setiap hari iatu yang dipanggil trafik blog. Berbeza pula dengan iklan biasa hanya dikira mengikut perKLIK. kebiasaan 1 klik dikira antara 0.25 hingga ke 0.70 mengikut juga jenis iklan dan trafik blog. Jika trafik blog sehari dalam lingkungan 7k ke 10k anggaran perKLIK yang akan kita dapat antara 1.00 ke 5.00 
Metered earnings – Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.
Kempen/Campaign – Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC. Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik. Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

kredit to Nadya dan shida


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, September 13, 2012

Live simple!




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}


Live simple!

sangat simple untuk ditulis

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Reflektif Praktis



PENGENALAN 

Reflective practice 

Reflective practice merupakan salah satu cara dimana seseorang jururawat pelatih tersebut mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang berlaku dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut. Repflective practice ini diperolehi melalui pengalaman semasa menjalani praktikal di wad. Seseorang itu perlu mengambil pengajaran melalui peristiwa atau kejadian tersebut supaya tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang. 

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan reflective practice ini. Antaranya ialah mencatat peristiwa atau kejadian tersebut didalam diari dengan mencatat tarikh, perasaan ketika kejadian tersebut berlaku serta cara penyelesaian peristiwa tersebut. Selain itu, perbincangan kumpulan dan pengalaman daripada rakan-rakan serta mengimbas kembali dan menganalisa sesuatu kejadian yang berlaku boleh dijadikan reflective practice. 

Dengan menerima pandangan daripada orang lain dan cuba menyelesaikan masalah daripada kejadian tersebut melalui perbincangan adalah salah satu cara yang boleh digunakan sebagai reflective practice. Sokongan daripada pengajar dan juga jururawat klinikal dalam menyelesaikan masalah turut membantu jururawat pelatih untuk meningkatkan ilmu pengetahuan supaya pelatih-pelatih dapat mempelajari daripada peristiwa tersebut. 

WIKIPEDIA, FREE ENCYCLOPEDIA 

Reflective Practice is "the capacity to reflect on action so as to engage in a process of continuous learning", which, according to the originator of the term, is "one of the defining characteristics of professional practice".

According to one definition it involves "paying critical attention to the practical values and theories which inform everyday actions, by examining practice reflectively and reflexively. This leads to developmental insight".

Reflective practice can be an important tool in practice-based professional learning settings where individuals learning from their own professional experiences, rather than from formal teaching or knowledge transfer, may be the most important source of personal professional development and improvement. As such the notion has achieved wide take-up, particularly in professional development for practitioners in the areas of education and healthcare. 


LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE 

DESCRIPTION 

Kejadian yang terjadi ini memberi kesan mendalam terhadap diri saya selama saya belajar dalam bidang kejururawatan . Peristiwa ini akan saya ingati sampai bila-bila. Peristiwa ini berlaku pada 14/09/2011. Kejadian ini berlaku semasa saya menjalani praktikal di wad 28 iaitu wad surgical perempuan.Saya terlambat melaporkan keabnormalan kepada jururawat bertugas iaitu semasa melakukan pemerhatian pada waktu pagi kira-kira jam 8.00 pagi dimana pesakit saya didapatihypertension iaitu 160/90 mmhg. 

Nama pesakit yang terlibat adalah Zainab binti Mamat berusia 57 tahun.Beliau mempunyai sejarah hypertension ketika berusia 35 tahun tetapi tidak pernah mengambil sebarang ubatan. Keluarganya tidak mempunyai sejarah hypertension.Pada pukul 8 pagi, saya melakukan pemerhatian seorang diri di kubikal tengah iaitu acute bed,pesakit saya pada masa itu hanya 4 orang tetapi dalam keadaan kurang stabil manakala pesakit kelihatan stabil Cuma mengalami hypertension. 

Selepas saya mengambil pemerhatian puan zainab binti mamat,saya mendapati pesakit mengalami hypertension iaitu 160/90mmhg,belum sempat saya berjumpa dengan jururawat bertugas, tiba-tiba seorang pesakit lain katil berhampiran mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri oleh itu saya menolong doctor melakukan rawatan kecemasan.saya menolong doctor melakukan resuscitation, saya membantu doctor melakukan bagging terhadap pesakit tersebut sehingga keadaan pesakit sedikit stabil.apabila keadaan pesakit agak stabil, pesakit berkenaan dihantar ke ICU (intensivecare unit) saya menghantar pesakit berkenaan bersama 2 orang doctor, seorang staffnurse,seorang student MA KIST dan seorang rakan saya iaitu student nurseWan supaya pesakit tersebut mendapat rawatan rapi disana. 

Setelah balik dari mehantar pesakit dari wad ICU, jururawat memanggil saya dan telah memarahi saya dihadapan doctor , pesakit lain dan rakan-rakan yang lain kerana tidak melaporkan tekanan darah pesakit iaitu puan zainab binti mamat yang abnormal iaitu tekanan darah beliau tinggi iaitu 160/90 mmhg.Saya cuba untuk menjelaskan hal sebenar tetapi jururawat bertugas tidak dapat menerima alasan yangdiberikan. Jururawat tersebut memarahi saya dengan suara yang kuat. Saya berasa malu dan amat bersalah terhadap pesakit,waris, kawan sekerja serta kepada doctor. 


FEELINGS 

Perasaan sebelum kejadian, saya berasa begitu bersemangat untuk memulakan tugas,tetapi terdapat juga perasaaaan takut kerana ditugaskan menjaga acute bed seorang diri sahaja namun saya melakukan tugasan tersebut dengan penuh keyakinan dan berharap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.Saya berasa yakin ketika melakukan observations kerana saya yakin saya melakukannya dengan betul.walaupun keadaan pesakit kelihatan kurang stabil namun hanya seorang pesakit yang tanda vitalnya tidak stabil. 

Semasa kejadian berlaku, saya berasa amat takut serta berasa sedih kerana dimarahi oleh jururawat bertugas di depan waris pesakit,doctor dan rakan-rakan yang lain tanpa menerima alasan yang saya nyatakan kepadanya. Cara jururawat tersebut menegur saya amat tidak munasabah kerana sepatutnya seorang jururawat harus bersikap professional terhadap kerjayanya dan harus faham jika berlaku kecemasan perlu diutamakan. Tetapi saya mengakui kecuaian saya walaupun tiada kejadiaan yang berlaku kepada pesakit adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga. 

Namun selepas kejadian tersebut saya berasa sangat bersalah kepada keluarga pesakit . Saya juga takut jika berlaku perkara atau kejadiaan yang tidak elok kepada pesakit. Saya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang perkara yang tidak diingini.Saya juga berasa sangat lega dan senang hati apabila pesakit tidak mengalami apa-apa komplikasi lain seperti yang saya fikirkan.Saya juga memarahi diri sendiri diatas tindakan saya yang sangat cuai tersebut. Saya juga berasa malu dengan kawan-kawan dan juga staff nurse diatas kecuaian saya tersebut.saya berjanji dengan staff nursedan diri sendiri bahawa tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut. 

EVALUATION 

Penilaian positif yang saya dapat simpulkan disini ialah saya akan lebih berhati-hati dalam penjagaan pesakit terutamanya dalam pengambilan tanda vital kerana ia sangat penting dalam penjagaan pesakit. Saya juga akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang saya telah lakukan. Saya akan lebih peka terhadap tanda vital yang saya ambil dan jika terdapat sebarang keabnormalan saya akan segera beritahu kepada staff nurse supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Saya akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.Saya juga akan lebih yakin dalam menghadapi saat-saat cemas seperti kejadian tersebut supaya saya lebih bersedia dan berhati-hati. Selain itu,Saya akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan atau keputusan yang telah saya lakukan dan saya akan bertanya dan merujuk terlebih dahulu kepada staff nurse dalam membuat sebarang keputusan ataupun sebarang tindakan. 

Penilaian negatif yang saya dapati ialah saya berasa sangat menyesal diatas tindakan saya yang lambat dalam memberitahu staff nurse terhadap tanda vital yang abnormal.Saya juga berasa kurang yakin semasa menghadapi waktu-waktu cemas kerana saya mudah panik.Saya juga berasa cepat takut untuk melakukan sesuatu tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh staff nurse dan sukar untuk membuat keputusan.Selain itu, saya juga cepat panik dan gelisah jika menghadapi waktu-waktu kecemasan.Saya juga berasa malu kepada diri sendiri,rakan–rakan,staff nurse,doctor dan pesakit tersebut diatas tindakan saya. Saya berasa takut untuk melakukan sebarang prosedur tanpa pengawasan daripada staff nurse atau jururawatan klinikal. Saya berasa kurang yakin dengan diri sendiri ketika melakukan sebarang perawatan,dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan. 

ANALYSIS 

Setelah saya mengkaji semula peristiwa yang telah berlaku, saya mendapati banyak pengajaran yang saya perolehi.Pengalaman ini mematangkan saya dalam bidang kejururawatan.Kerjaya jururawat adalah profession yang memerlukan kesabaran dan perhatian yang tinggi semasa menjalankan tugas. Saya seharusnya dapat membezakan sama ada yang penting atau tidak contohnya saya harus melaporkan keabnormalan kepada jururawat terlebih dahulu. 

Peristiwa ini menjadi saya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas serta melakukan tugas bersama rakan-rakan yang lain. Saya juga perlu meningkatkan pengetahuan saya supaya kejadian seperti ini tidak berlaku dan menjadi tauladan kepada saya dan rakan-rakan 

Analisis lain ynag saya dapat daripada peristiwa ini ialah saya akan lebih bertanggungjawab atas tindakan yang saya ambil dan tidak akan menyembunyikan kesilapan yang saya lakukan daripada pengetahuaan staff nurse atau jururawat klinikal.Semoga dengan reflective practice ini dapat memberi banyak pengajaran dan tidak akan diulangi pada masa akan datang. 


ACTION PLAN 

Saya akan melaporkan setiap keabnormalan kepada staff nurse jika didapati terdapat keabnormalan semasa pengambilan tanda-tanda vital pesakit. Saya juga akan lebih berhati-hati dalam melakukan tugasan supaya lebih teratur dan berjalan lancar. Saya akan menambahkan ilmu pengetahuan saya melalui rujukan pada buku-buku berkaitan dengan penyakit tersebut serta ubatan dan komplikasinya supaya saya lebih faham. Saya juga akan membuat rujukan melalui internet untuk menambah pengetahuan saya. 

Saya juga akan meningkatkan lagi keyakinan diri saya ketika menghadapi waktu-waktu cemas supaya saya dapat membuat keputusan yang betul dan tidak cepat cemas jika menghadapi situasi tersebut. Saya juga akan sentiasa bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah saya lakukan dan lebih bertanggungjawab dalam penjagaan pesakit.Sebelum melakukan sesuatu prosedur terhadap pesakit saya seharusnya mengetahui sejarah penyakit yang dialami oleh pesakit bagi mengelakkan kejadian yangtidak diingini dari berlaku dan sebagai langkah berjaga-jaga. 

RUMUSAN 

Setelah menyempurnakan tugasan ini, saya dapat merumuskan disini bahawa reflective practice ini amatlah berguna kepada pelatih-pelatih jururawat supaya pelatih dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa atau kejadian yang berlaku supaya kejadian itu dapat diperbetulkan atau lebih yakin dalam melakukan tugasan. Pelatih boleh memperolehi pengalaman ini daripada kejadian yang berlaku sama ada pada diri sendiri atau kawan-kawan dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. 

Selain itu, tugasan ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelatih dan menggalakkan pelatih berfikiran kreatif dan kritis dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.Disamping itu, dapat menggalakan pelatih supaya melakukan perawatan ke atas pesakit mengikut standard of procedure (SOP).Tambahan pula, reflective practice ini dapat meningkatkan mutu kerja jururawat dalam melakukan setiap tugasan. 

Oleh sebab itu, tugasan ini perlulah diamalkan oleh pelatih supaya pelatih dapat mempelajari daripada kejadian-kejadian yang berlaku dan cuba memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan 


RUJUKAN 

1. Kamus Jururawat Oxford Fajar edisi kedua 

2. Case Studies Across the Curriculum PRENTICE HALL HEALTH 

3. The Images of Professional Nursing Strategies for Action 

4. Principles of Critical Care companion handbook 

5. Reflective practice in Nursing The Growth of the Professional Practitioner second edision 

6. Ethics in Nursing The Caring Relationship third edition 


8. http://www.itslifejimbutnotasweknowit.org.uk/files/whatisreflectivepractice.pdf



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE