Friday, August 24, 2012

Kita mengharapkan yang sama!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semenjak dua menjak ni kan.mood aku rasa tak menentu..
kadang-kadang tengah buat kerja,rasa sedih...rasa sunyi..rasa nak marah..
jiwa memberontak..

yes!!! umur dah tua tetapi masih mahu memberontak..
tambah-tambah lagi kalau orang tak faham apa yang kita rasa..
juga bila kita dipaksa melakukan apa yang kita tak suka..


All I want to do is sit down for ten minutes and not worry about a single, damn, thing!
bukan berkira tetapi kita menolong orang juga ada hadnya..

jangan sampai keperluan dan kehendak kita terabai..

Itu yang aku lakukan..namun,ada juga sesetengah orang yang tak faham..


Consider how hard it is to change yourself and you'll understand what little chance you have in trying to change others.

apa nak buat..terpaksa menerima seadanya keadaan yang menekan jiwa..
Everything happens for a reason. 
People will push you around and take advantage of you so
 you eventually give up on everyone and trust nobody but yourself.
 Life isn't easy, but we all know that. 
These struggles that most of us all face is common throughout the world 
and we all got to learn that this only makes an individual 
stronger in the heart and mind. 
We have to accept that those nights of feeling lonely and stressed are nothing
 but ways to help push you into becoming a much better person. 
And that's what bids us a happy and wonderful life in the long run…

Dan, akhirnya aku hanya menerima ia sebagai satu ujian dalam hidup..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, August 22, 2012

Be strong!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Don't cry over the past, it's gone. 
Don't stress about the future, it hasn't arrived.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, August 19, 2012

Ini kisah raya aku..kisah kau???



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Alhamdulillah..berlalu sudah ramadhan.hari ini tibalah 1 Syawal..
semua orang happy kan??

tapi aku bekerja dipagi raya..sebenarnya takde banyak perbezaan.sebab tiap-tiap tahun raya aku tak pernah meriah kecuali kalau semua adik beradik berkumpul...dah banyak tahun tak berkumpul.maklumlah,masing-masing bekerja..dan tahun ini giliran aku pula yang sibuk..

Kisah pagi raya...takde yang special pun cuma dapat banyak hamper..dapat makan kuih raya..
kawan-kawan sekerja yang dapat cuti pun datang hantar makanan..penuh meja tau!! sampai senak perut makan banyak-banyak..haha

bila balik kerja pulak,makan lagi..memang tak gi jalan-jalan kemana sebab oncall..lagipun tak tahu nak pergi mana..
rumah jiran-jiran pun terkatup rapat..diorang balik kampung...tinggal lah aku dengan Mr PPP je kat rumah sebab Irfan dah hantar balik kampung siap-siap..kasi dia beraya dengan nenek dia..yelah..kat sini tak de nak pergi mana,aku pun kerja..

last-last..tutup pintu dan tidur..haha..
perut dah kenyang.apa lagi kan?
cuma malam ni je abang aku yang duk dekat Pasir gudang tu datang beraya..
berusik juga la kuih raya kat rumah ni..

itulah kisah aku dihari raya..


selamat hari raya kepada semua pembaca...makan biarlah berpada-pada..jangan nanti jatuh sakit pula..
ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang aku ada buat salah..mungkin tersilap kata...tersinggung perasaan..
dan masih ada hutang-hutang yang belum aku langsaikan tu.mungkin lepas raya..mohon maaf atas kelewatan..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Iklan Raya : KKM TVC Hari Raya



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Selamat Hari Raya untuk semua Jururawat yang bekerja di Hari Raya..


p/s: sedih dipagi raya


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, August 16, 2012

Iklan Raya pilihan korang??




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}










klik gambar untuk kisah raya Aaron Aziz


klik gambar untuk kisah raya  Pak Nil


klik gambar untuk kisah raya Erra Fazira


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, August 14, 2012

Busuk.org




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Busuk.org refferals tertinggi! Busuk.org memang terbaik la..

Aku memang selalu ping dekat Busuk.org ni je,.aku yakin dengan keberkesanannya bagi mendapatkan pembaca..

Siapa yang masih belum menggunakan aggregator seperti ping.busuk.org , korang boleh mencuba sendiri keberkesanannya..Selepas anda submit entry,tunggu lebih kurang 
5 hingga 10 minit, kemudian buat carian di google..

siapa yang masih tak faham,pergi baca sendiri dekat page Busuk.org...tekan je Readme kat situ..godek-godek sendiri..tekan je banner kat bawah ni..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Semakan Penempatan Separa Perubatan Ogos 2012


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Keywords Nuffnang 1




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Apa khabar korang semua?? semenjak dua menjak ni aku asyik sibuk..
balik kampung pun aktiviti sangat padat..dari pagi sampailah malam..
cuti tinggal lagi 2 hari,.so,kepada sesiapa yang aku masih berhutang tu terpaksa tunggu dulu untuk sementara..
bagi aku cuti raya dulu sebab hari raya nanti aku kerja.sob.sob..

Yang peliknya kan...aku check je Nuffnang..langsung takde yang berkaitan dengan hari raya..aik??? tak raya ke lagi?? dah tak lama pun,,,pasal puasa pun takde..
hai.mentang-mentang la aku ni tak raya..haha

semuanya berkaitan dengan bidang kejururawatan..
agaknya cik-cik misi je duk online ni kan??

Nuffnang pulak makin kedekut dengan aku...tak bagi BE dah..
alahai..makin semput rasanya raya tahun ni..

kan bagus kalau Nuffnang bagi BE banyak-banyak..haha
walau apapun.terima kasih kepada sesiapa yang sudi datang blog buruk ni walau ada yang tak berbalas..
kan...kan??
korang memang best!

p/s: tetiba ngumpat pasal Nuffnang..hehe




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, August 10, 2012

Kehilangan di 10 malam terakhir Ramadhan




Assalamualaikum wbt.. 


Disaat umat islam lain berlumba-lumba merebut kelebihan
 malam berkat, lailatul qadr...dia pergi meninggalkan keluarga..
dia pergi meninggalkan segala harta dunia..dia pergi dan tak akan kembali..
Siapa sangka,waktunya telah tiba..moga ditempatkan dikalangan muslimin yang beriman kepada Nya.
kepada kawan, kau tabahlah..berbanggalah ayahmu pergi dalam bulan mulia..
banyakkan berdoa untuknya..

Alfatihah kepada ayahanda kawanku..

*******


Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

dari: sumber



Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Iklan Raya : Sepasang baju kurung




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



ingatlah pengorbanan ibu..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, August 8, 2012

Tak kira anak siapa!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

nampak je smiley pada permulaan kata.padahal hati tengah sakit!!
mana taknya..pokok bunga yang ditanam dan dijaga dengan baiknya untuk beberapa bulan hancur dalam sekelip mata sahaja.

tengah-tengah syok bakar biskut kat dapur..tiba-tiba sahaja rasa nak tengok juga apa anak aku buat dengan kawan-kawan a.k.a anak-anak jiran sebelah..

intai-punya intai...main atas kereta satu hal...haaaaaaaaaaaaaaaaabis pokok bunga aku dikerjakan mereka-mereka yang tak berperipokokan itu!------------hah! sampai guna perkataan baru gitu!

kononnya nak siram la kotnya...hancur habis anak-anak pokok sawi dengan pokok bayam yang baru nak tumbuh tu...pokok bunga aku pula dah habis meliuk lentok dibuatnya..
pagi tadi baru rasa gembira sebab tengok pokok bunga itu berbunga cantik bila terkena cahaya matahari..

tension betul bila dapat anak dan anak-anak jiran yang suka musnahkan pokok aku...
dan akibatnya..semua kena marah..umpama mercun je kata-kata keluar dari mulut.tak boleh nak berhenti..
aku tak kira dah anak siapa..berani lagi merosakkan pokok aku..
sebelum ni boleh bersabar lagi..

bila dah seteruk ni..memang aku tak boleh tahan punya..
dan si Irfan juga dah kena kuarantin dalam rumah!
tak tahu nak simpan mana pokok bunga bila balik kampung minggu depan!

p/s: tolonglah beri aku masa rehat!





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segmen "Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira'"




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dah lama tak join segmen..so,join juga segmen Niera..


apa salahnya sekali sekala join segmen blogwalking..
untuk tambah kenalan baru.untuk eratkan hubungan lama..

korang yang nak join...tekan je banner tu..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Keputusan Segmen Raya Sakan




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


sebenarnya...aku ingatkan korang tak dapat jawab dengan melihat gambar tu memandangkan Afzal tak dapat jawab pun..
so,dengan yakinnya aku pertaruhkan gambar ini untuk segmen bersama afzal dan mk shahir
rupa-rupanya...korang ni pandai juga bab teka meneka..sampaikan sorang-sorang teka 3 jenis kuih..orang suh teka satu je..haha..

tapi,sesungguhnya..rezeki itu kita dapat bila kita usaha..
seperti pemenang kita ini yang mana telah menjawab dengan betul dan juga paling cepat..
yang tak menang tu..jangan putus asa..nanti akan ada rezeki lain..hehe

pemenang utama

yang memenangi RM30 dan juga beg tangan

saguhati

yang memenangi RM20


Tahniah kepada pemenang...dan terima kasih kepada jejaka hangat Afzal dan Mk Shahir..
first time buat segmen dengan mereka...mungkin lain kali boleh buat lagi selepas carik sponsor banyak-banyak..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, August 7, 2012

Dah boleh mula membakar nih!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Puasa makin berlalu..Syawal dah hampir nak tiba..
persiapan semua dah siap??
baju raya...kuih raya..
segala macam benda dah ditukar dengan yang baru...maklumlah raya hanya setahun sekali..

Tahun ni dapat merasa duduk rumah sendiri..kuih raya pun kena buat sendiri...
padahal tak dapat cuti raya pun! sedih! haha..

tapi aku tetap buat kuih raya...eksport ke kampung halaman..untuk mak..
mak sudah semestinya menadah tangan menerima dengan rela hati sebab tahun ni semua anak-anak dia tak balik dek kerana terikat dengan tugas masing-masing..kesian mak..

mak mertua pula sudah semestinya tidak sempat untuk buat persiapan raya sebab menjaga adik yang kemalangan hari tu..
sudah semestinya wajib untuk aku dan Mr PPP yang menghulurkan sedikit bajet dan juga kerahan tenaga untuk persiapan raya adik-adik..

kuih raya yang aku buat pun tak banyak..hari tu dah bawa balik Almond London beberapa bekas...
sekarang sedang siapkan biskut Dahlia..




Aku pun sebenarnya baru sahaja belajar buat biskut ni..
godek-godek resepi dekat internet,kemudian pandai-pandailah adjust sendiri..
sebab aku ni fail kalau sukat pakai gram..kena sukat pakai cawan..kuno kan? ada aku kisah??
haha

kepada sesiapa yang juga sedang sibuk membakar seperti aku..
aku ucapkan selamat membakar la ye..
kalau ada lebih...hantarkan ke rumah aku sikit..hehe

p/s: nak buat ketupat tahun ni....



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia - Datuk Lee Chong Wei




LONDON- "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.
"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.
Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.
Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'.
"Dia bermain amat baik dan mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
"Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya.
- BERNAMA

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, August 6, 2012

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

dulu pernah juga join segmen blogger aktif dengan kak mia..
bila dah nampak yang ke dua ni rasannya rugi je kalau peluang tu terlepas begitu sahaja.

kepada sesiapa yang belum lagi join,pergi join cepat-cepat!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya!!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Pejam celik.pejam celik..
dah tak lama nak raya kan??
itulah pasal dah ada segmen raya nih.bak kata Afzal..tak sabar dah nak beraya sebab baju raya dah beli..(macam baju raya cantik sangat...baju melayu je pun.haha)

okeh..ini bukan segmen aku seorang tapi bersama jejaka-jejaka idaman malaya ni ha..



walaupun aku tak tahu yang segmen ni ada banner sebenarnya..aku letakkan juga..kih kih..
sape ntah buat banner ni.mana dirembatnya gambar aku..comfirm ke gambar aku?haha..gigih betul!


okeh,syaratnya semua aku copy paste dekat blog afzal..

Syarat2 penyertaan :
  1. Terbuka kepada blogger seluruh Malaysia dan di kepulauan Papua New Guinea
  2. Nak kena follow ke? Ikut korang la tapi kalau folo kitorang, nescaya korang akan bertambah emsem / comell dari semasa ke semasa
  3. Buatlah entry cincai2 ; Letak tajuk macam kat atas, tempek banner dan link ke blog aku, MK Syahir dan Afzalsukasuki dan last sekali jawapan korang.
  4. Kemudian korang maklumkan penyertaan korang di ruangan komen entry salah seorang antara kitorang. Letakkan sekali url entry segmen tersebut.
  5. Tarikh tamat pada 5 Ogos 2012, 11.59 malam. Sebarang surat menyurat dan sesi kipas mengipas tidak akan dilayan sama sekali. Harap maknyah.
  6. Seorang pemenang dengan jawapan yang tepat sahaja akan dipilih. Pemenang akan dimaklumkan di dalam entry kami pada hari berikutnya dan blog pemenang akan direview oleh kami bertiga.


Hadiahnya

beg tangan



wang tunai RM50

ha..macam mana?? menarik kan hadiahnya?? 
kalau menarik..sila join dan teka..gambar kat bawah ni kuih apa..
harap jawapan korang tak betul sebab aku nak hadiah tu.haha


hint: berinti


p/s : gambar ni Afzal teka 3 kali pun salah walaupun dah bagi 2 hint..haha


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, August 4, 2012

Pakaian seragam jururawat KKM dulu dan Sekarang




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


yang terbaru ialah yang di belakang..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, August 3, 2012

Kemalangan!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Berbagai-bagai dugaan tiba-tiba datang..semuanya secara tiba-tiba..
semalam (2.8.12) adik aku terlibat dalam kemalangan..
kereta dia terbabas..

dia tak bawak laju pun cuma ditempat kejadian tu jalannya dipenuhi pasir..jadi,jalan menjadi agak licin..memang sebelum adik aku dah ada dua tiga kemalangan berlaku kat situ..

adik aku ni dalam semester break..balik bercuti dari belajar di Rusia..semasa kejadian,dia on da way balik ke rumah untuk berbuka..



kereta tu memang dah tak nampak rupa..
adik aku terpelanting keluar dari tingkap..sebenarnya lebih baik dia terkeluar melalui tingkap tu..kalau dia duk dalam..tak dapat lah aku bayangkan keadaan dia..
dia sekarang mendapat rawatan untuk 3,4 lumbar fracture.

sekarang dia dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.

p/s: semoga cepat sembuh Doktor Zen!





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, August 2, 2012

Entri terbaik 1 : Kaya semasa raya, papa selepas raya




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

pilihan ping entri di Blogger Hebat terbaik minggu ini..hasil tulisan KSG
entri pendek yang cukup bermakna..sama-sama mengingatkan 
untuk berhati-hati dalam membuat persiapan Hari Raya..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Berbezanya kita !




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

sekejap sahaja masa berlalu...
bulan puasa pun hampir berlalu pergi..dah tak lama pun..akan tiba pula hari raya..

terkenang pula zaman kecil-kecil dulu..masa baru-baru nak belajar puasa..
minum air paip tu dah jadi perkara biasa..
tapi kalau terserempak dengan mak ayah..mula lah aku dikuarantin masa berbuka!
makan lah sorang-sorang selepas orang lain dah kenyang..hehe.

semua tu dah jadi kenangan..sebab dah lama berlalu..
sekarang,giliran aku pula yang mengajar anak aku berpuasa..
aku tak pernah tahu kalau dia berbuka minum air paip...hehe

tapi,setakat hari ini 3 hari dia tak puasa..sebab demam..yang lainnya..ok lah..boleh dikatakan selamat..
takde pula aku tengok dia keluar masuk bilik air macam aku dulu..
cuma rengekkan je yang aku dengar setiap petang..kecuali kalau cuaca hari tu tak panas..

dan..pasar ramadan kat sini (Johor) sumpah tak semeriah pasar ramadan dekat kampung (Terengganu)
kat sini tak banyak pilihan makanan..lebih banyak jual lauk..
dekat terengganu lebih banyak jual kuih..lauk pun ada cuma tak semua jual lauk..
kuih pula sudah semestinya bukan kuih karipap!!

yang adanya onde-onde (buah melaka), kepek idung (aku tak tau kat sini panggil apa..hehe)
sungguh! tak sabar nak balik kampung..dan sudah tentu aku rindu dengan masakan mak..
tiada yang lebih enak dari masakan mak..kalau mak goreng ikan sekalipun sudah sedap..
dan aku tahu.hidangan wajib bila aku balik kampung adalah ulam-ulaman dan budu..
dan..masa tu aku akan makan nasi berkali-kali selepas berbuka..
padanlah aku mudah gemuk di bulan Ramadhan..

dan ikhlas aku nak beritahu...aku sendiri tak tahu apa kaitan tajuk diatas dengan entri aku hari ni..sekian..haha



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE