Tuesday, January 31, 2012

Lihat Asteroid malam ini!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



WASHINGTON 30 Jan. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah mengenalpasti satu Asteroid mempunyai saiz yang sama dengan sebuah bas sedang menghampiri bumi.
Walaubagaimanapun pihak NASA menjelaskan ianya tidak mendatangkan ancaman kepada bumi disebabkan kedudukan asteroid tersebut  yang dilihat berada antara orbit Bumi dan bulan.Pihak sainstis Badan Aeroangkasa rujukan dunia tersebut turut melaporkan jenis asteroid tersebut iaitu 2012 BX34 bersaiz 11 meter dan telah melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km).“Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California.Laporan ini turut mendapat perhatian para sainstis berkaitan yang telah mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindakbalas dengan ancaman dari asteroid bermula dari minggu lepas.Mereka sepakat menubuhkan Projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat.


p/s : pada malam ini dijangka asteroid tersebut berada paling dekat dengan Bumi..
lihat asteroid yang paling hampir dengan bumi pada 3 pagi atau jam 11-12 malam ini jika langit cerah..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 30, 2012

Topup untuk seumur hidup!!





Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Orang kata pakai line lagi save dari prepaid..tp korg mesti terperanjat dgn apa yang bakal aku citerkan ni..

top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la kalau korg bergayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..



Mungkin rezeki aku aritu,pergi la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajar camne nk crossing account,

kerana dia keje dekat bahagian System Development Telecom.

kekadang aku tolong gak member terdekat topup, tapi amik untung sket aar..



Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..



Timing nya, korang boleh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keatas. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..



1) beli topup RM 10... gesek & ready.

2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorang akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli contohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yang punya? masuk toilet pun kene bayar 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pakai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"



hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..



kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..





p/s: 1. L, sorry..dah terpikat dengan lawak ini.hehe
2. Follower bertuah ke 1234..yaya 





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, January 29, 2012

Dah mengundi??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


please vote for me..

Terima kasih kepada yang dah vote untuk aku..

cara2 nak vote:
mula-mula korang sign up kat sini    

lepas tu akan dihantar satu link ke email korang..klik di link tersebut.

cari blog aku...http://arazuablogspotcom (arazua)
dan klik vote

Terima Kasih..
>_<



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Siapa sangka "Awan Nano" juara



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

baru je habis tengok Anugerah Juara Lagu yang ke 26..
awalnya tak dapat nak agak siapa pemenangnya..
dan tidak pernah disangka juga yang Hafiz menyandang gelaran juara..

sebelum ni aku juga tak meminati lagu Awan nano ni cuma,pernah dengar semasa Johan dan Zizan buat persembahan dalam Maharaja Lawak..

Tahniah buat Hafiz..(berangan!! macam la hafiz buka blog aku..haha)

p/s: Hafiz sempoi jep pakai t-shirt dan seluar track..:)




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Jom tengok Flip Chart




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

orang bekerja kata..saat2 masa sekolah la yang best..manakala orang yang masih belajar kata masa bekerja best..
tapi aku..masa menganggur sangat best..haha

apa la yang aku mengarut kan?
ni nak tunjuk gambar2 contoh flip chart yang dibuat untuk bagi ceramah pada budak-budak sekolah semasa masih belajar dulu..:)

so,layan je..




p/s: rindu dengan kawan2..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Alamak!!! lapar betul..




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

selamat petang..harap korang sihat2 semua ya..
Baru balik dari rumah Abang dan Kakak di Pasir Gudang..penat tak terkira walaupun bukan aku yang drive..hehe
aku malas nak update..aku juga malas nak buat apa-apa,.
dek kerana kemalasan tersebut melampau-lampau aku buat keputusan untuk makan sahaja..

jadi dengan semangatnya aku memasak nasi dengan dapur elektrik..
bila dah letak..aku tinggalkan..dan segera bermalas-malasan di depan TV..

dah setengah jam berlalu..dan aku agak nasi dah masak dan terus ke dapur dan menggoreng sebijii telur ayam dengan membiarkan separuh masak di sebelah atas dan garing dibawah..(telur mata la tu...hehe)

bila dah bersedia dengan pinggan berisi telur dan sudip untuk menceduk nasi...aku segera menuju ke tempat periuk diletakkan...perut juga makin mengganas dengan bunyi-bunyi muzik yang amat menyakitkan telinga.

bila aku buka sahaja tudung periuk..aku terkesima sekejap!! lantas menepuk dahi sendiri dan berkata..
"alamak!!! lupa nak tekan suis"

haha...dengan itu secara rasminya aku terpaksa menunggu lagi setengah jam untuk nasi masak
sambil membebel pada diri sendiri sepanjang masa tempoh menunggu..

p/s: lain kali mesti aku akan tekan suis dulu..lapar betul!!!


dah vote blog ini untuk Social Media Awards 2012?
jika belum..

>_<








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 26, 2012

Tidak pernah ku sangka



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

‎*siapa sangka..orang yang kita nampak dari luarannya baik..beriman..tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat yang langsung tidak kena dengan pandangan luarannya*
# dont judge the "blog" by its cover #

okey..kongsikan status facebook dengan korang...ini luahan kekesalan aku..
serious kadang-kadang aku memang menilai orang dengan cepat..tak tahu kenapa..
tapi aku tak suka orang yang cakap kasar..
mungkin aku yang cepat terasa kan..?? cepat terasa ke?
tak kot..aku cuma rasa..kalau kita nak bagi teguran..guna cara yang baik kan..

kalau kata-kata..gunakan bahasa yang lemah lembut..tutur kata yang sopan..
tapi kalau menulis ni orang cepat kot salah faham..
kita mungkin nak bagitahu atau sampaikan benda lain..tapi orang faham benda lain..

wei..bukan aku nak kata aku ni baik..sungguh aku ni jahat! haha
tapi aku tak suka orang cakap kasar..lebih-lebih lagi kalau orang tu aku dah nilai dia dengan anggap dia orang yang beriman..cakap lemah lembut..bertudung labuh...
ops!!! kantoi la dia tu perempuan..haha

aku sendiri kalau orang cakap kasar dengan aku..aku tak lawan..habis-habis aku senyap dan nangis!!
anak manja mak aku ni..

isk..apesal aku tacingg sangat malam ni..
sakit tangan pun still boleh taip sepanjang ni..

tapi..kata "hatiku baik"

maafkan orang lain seperti memaafkan diri sendiri ...hidup terlalu singkat untuk saling memusuhi ....

aku faham dalam dunia blog ni tak semua sukakan kita..apatah lagi singgah untuk membaca di blog kita..
tapi,aku harap korang singgah la selalu kat sini..
kalau tak berupdate pun..singgah la juga..
pi godek entri2 lama nun..
takut basi..hehe

Apa yang aku tahu..hidup di dunia perlukan teman..baik atau jahat, mereka tetap teman..
moga banyak baik dari yang jahat..

p/s: jangan saling bermusuhan..








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Bijak atau Pandai



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hai korang..sihat ke? Aku tak berapa nak sihat ni..
badan ok je..tapi,tangan kiri aku terseliuh..jadi kegiatan mengupdate agak tergendala..
sebabnya..kalau aku menaip ni..tangan kiri aku lagi banyak bergerak berbanding dengan tangan kanan..
tak!! aku bukan kidal..tapi itulah aku..tangan kiri lagi cepat..hehe

hari ni pergi Kajang..buat KWSP..saja je.bosan duk kat umah..buat-buat cari keje..haha
selamat mendaftar..pergi pulak Tesco..cari baju untuk Dinner si dia..
aku tak ikut..tak minat..segan lagi banyak..

Dalam duk jalan-jalan..bercakap pasal Bijak atau pandai..

rupa-rupanya bijak dengan pandai ni berbeza..biarpun ada orang pernah cakap..golongan 'bijak pandai'..
siapa yang ada dua unsur ni..memang bagus la..

tapi kali ni..apa yang kami cakapkan adalah bijak atau pandai dalam perniagaan..
bijak merujuk kepada bijak mengurus..
bermakna..jika seseorang tu bijak mengurus..tidak bermakna dia perlu pandai buat kerja..
dia hanya perlu menguruskan dengan baik..
dan orang lain yang melakukan kerja untuk dia..

dan kalau seseorang tu pandai..dia perlu betul-betul pandai buat kerja..
kerja-kerja dilakukan sendiri.Dia akan berpuas hati dengan kerja yang dilakukan dengan sendiri tanpa mengharapkan orang lain..


aku rasa..aku dalam golongan pandai buat kerja dan tak pandai mengurus..

korang macam mana?
>_<


p/s: berharap juga termasuk dalam golongan Bijak





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, January 24, 2012

Game korang main tu..sihat ke?




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

korang suka main game?
adakah game yang korang main tu menyihatkan?
eceh..macam makan pulak kan? haha

takde..sambil-sambil belek laman Kementerian Kesihatan Malaysia pasal nak tunggu berita baik..
terjumpa mainan2 yang menarik juga..


jadi kalau nak cuba main.silakan..Tekan Sini

p/s: bukan makan je kena pilih yang sihat...game pun kena pilih yang sihat juga..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Disaat semua fikir untuk kurus..




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Yang ni semua orang sibuk fikir..
yang tak berapa nak gemuk pun fikir nak kurus..

Namun...
Disaat orang lain sibuk fikirkan cara untuk menguruskan badan...
aku pula pening memikirkan cara untuk gemuk..
dengan ketinggian 160cm dan berat 45kg...under weight tu!!

kalau angin tiup rasanya boleh rebah..tu baru angin..kalau ribut taufan ke..hai!! tah kemana aku agaknya.haha

Bukan aku tak usaha..
kurang selera makan..aku ambik vitamin..
tak makan?? korang silap..
aku makan lebih 6 kali sehari..haha
masa duk hostel dulu..aku yang paling kuat makan..dengan badan aku yang cekeding ni..
orang akan tengok aku makan dengan mulut yang terlopong..

banyak..kadang-kadang aku boleh habiskan 3 jenis makanan sekali hadap..
contohnya nasi goreng ikan masin sebungkus, mee sup satu bungkus.ayam goreng berketul-ketul..
tu menu pasar malam masa duk hostel dulu la..

duk kat rumah belum kira..pukul 1 tu aku tanak nasi kalau lapar..
tapi..kenapa tak gemuk-gemuk?


p/s: agaknya nak kena tambah ahli keluarga sorang lagi baru gemuk.ye tak?

T_T








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Otak aktif semasa bosan



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

selamat petang...aku mengharungi lagi hari-hari yang penuh dengan kebosanan..
tapi,dalam kebosanan tersebut...aku terjumpa satu artikel..

otak aktif semasa bosan

ya,aku setuju sangat dengan fakta tersebut..sebab.bila kita bosan baru akan berlaku perkara-perkara menarik atau kita boleh hasilkan benda-benda yang kreatif..
kalau kita tak bosan..semua yang dihasilkan menjadi tidak berkualiti..

dan aku juga percaya..korang semua update blog bila bosan..kerana..apabila bosan.lebih banyak idea yang dihasilkan..

patutlah korang punya update tu gempak-gempak kan?hehe
cukup-cukup..ni ha nak kongsikan tentang..Tahukah anda..


Fakta 1.
Cuba anda tengok zip seluar anda, tertera huruf ‘YKK’. YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni. 

Fakta 2.

Bunyi ‘kuek‘ yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. 

Fakta 3.

Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan jumlah yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. 

Fakta 4.

Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 

Fakta 5.

Pada tahun 1830, ‘ketchup‘ (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan. 

Fakta 6.

Tiada satu pun jam di kasino-kasino perjudian di Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka. 

Fakta 7.

Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain !! 

Fakta 9.
Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada. 

Fakta 10.

Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas. 

Fakta 11.

Jika nombor 111,111,111 didarab dengan 111,111,111… Anda akan mendapat jawapan 12345678987654321. 

Fakta 12.

Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. 

Fakta 13.

Tanda ‘#’ di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp‘. 

Fakta 14.

Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. 

Fakta 15.

Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala!! 

Fakta 16.

Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus. 

Fakta 17.

Nama yang paling banyak digunakan secara umumnya di dunia ini ialah Muhammad. 

Fakta 18.

Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. 

Fakta 19.

Produk pertama menggunakan bar code adalah ‘Wrigley’s gum‘. 

Fakta 20.
Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun 

Fakta 21.

Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan. 

Fakta 22.

Otak akan lebih aktif ketika tidur berbanding ketika anda menonton tv. 

Fakta 23.

Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan bilangan penduduk-penduduknya. 

Fakta 24.

Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda dengan serta merta. 

Fakta 25.

Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan ke dalam segelas ‘champagne’ segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula, dan turun kembali dan seterusnya, seakan dilambung-lambung. 

Fakta 26.
Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja) 

Fakta 27.

Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah ‘flutterby‘. 

Fakta 28.

90 peratus dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri. 

Fakta 29.

Tahukah anda senarai ini tiada no 8

Fakta 30.

Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. Kan?haha




aku bosan...kenapa otak tak kreatif lagi ni??
hehe




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 23, 2012

Bukan semua blogger banyak mulut




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Banyak mulut.. sama juga dengan banyak cakap..
tapi seperti di tajuk..
tak semua blogger banyak mulut,banyak cakap..

mungkin di alam maya ni je yang banyak cakap..sana sini pergi komen...
tapi bila kat luar..senyap..
macam aku..hehe

aku ni pendiam..dan juga pemalu..sungguh! aku tak reti nak cakap2 dengan orang yang aku tak kenal..
walaupun di facebook atau di blog..sana-sini pergi komen hasil tulisan orang..tapi aku tetap pendiam!

jadi..ingatlah bahawa tak semua orang banyak mulut..mudah mesra macam korang..
jangan anggap semua orang macam kita..bila orang datang komen blog kita.komen status kita..
mereka tidak boleh dianggap banyak mulut..

dan jangan merasa tertipu kalau kadang-kadang terjumpa blogger diluar dan dia tidak sama dengan dia di alam maya!

memang orang akan kata kita hipokrit..tapi..aku tetap aku..
just 'banyak mulut' dengan orang yang betul-betul rapat..selebihnya aku seorang yang pendiam..
>_<

p/s: awak.awak nak kawan dengan blogger pendiam macam saya tak??
hehe






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Dah Kurus macam tu pulak!!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hai..selamat petang..
korang dah makan? aku kan..makan macam perut ni tempayan..semua isi..hehe
bila dah kenyang..tersadai je kat sini..

aku nak citer pasal orang yang gemuk (aish..guna comel la..hehe)
okey..orang-orang yang comel ni kan..dia memang nak kurus..
tapi..diorang ni buat silap besar..

yelah..kurus tu tak salah...
yang salah tu pakaian diorang tu ha..
masa comel dulu..pakai cantik..tutup aurat..sebab malu kot orang tengok comel sangat..
bila dah kurus dan perasan dia tu cantik..
pakai macam tak cukup kain..

okey..ini hakikat dan berlaku ya!
maaflah kalau ada yang comel-comel kat luar tu baca ni..dan terasa hati..
baik korang terasa hati dari korang buat perkara-perkara yang tak beri faedah kepada korang kan?
nasihat aku..hati-hati memilih langkah..

p/s: baik comel dari dapat dosa..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, January 22, 2012

Bakar lemak tak bermakna keluar peluh



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ini biasanya ayat orang-orang yang diet..
"aku nak bersenam dan keluarkan peluh.baru bakar lemak"

bila bersenam dan tak keluarkan peluh..dah mula risau takut tak bakar lemak..
sebenarnya pendapat itu salah...

peluh terdiri dari air dan garam mineral..kalau korang minum air banyak..
maka..korang akan berpeluh lebih banyak..

katakan korang bersenam dengan kawan yang keluarkan banyak peluh dan korang tidak banyak berpeluh sedangkan aktiviti yang dilakukan adalah sama..
jangan risau kerana lemak yang dibakar adalah lebih kurang sama!

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Vitamin C anti Udang??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ada tak orang makan udang dan vitamin C bersama?
sebenarnya kalau korang nak tahu..udang dan vitamin C TIDAK BOLEH diambil bersama..

sebabnya..ia akan menyebabkan keracunan kesan dari racun arsenik iaitu dari proses reaksi dari udang dan vitamin C dalam badan..

kesannya..sudah tentu membahayakan..

jadi,ingatkan diri korang..jangan makan udang selepas pengambilan vitamin C..

>_<





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Oooiii...Mati La Cepat, Bini Hang Aku Dapat!!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Terkejut JR neh..pasal tajuk entri sama..hehe..saja je nak copy paste kat sini pulak..
memang menarik sangat entri tu.terutama bila sampai part ni


Jika slogan ‘Pandu Laju, Maut Menunggu’ belum cukup kasar, mungkin boleh guna slogan yang lebih ‘brutal’ seperti ‘Tekan Minyak Lagi, Biar Cepat Mati 
Pada selekoh yang selalu diletakkan gambar tengkorak dengan pesanan ‘Jangan Memotong’, pun perlu ditukar. Boleh kekalkan gambar tengkorak, tetapi ubah pesanan menjadi ‘Ku Nanti Dikau Di Pintu Neraka’, atau ‘Daging & Tulang Mu Untuk Harimau Di Zoo Negara’.
Jangan lagi guna kata-kata lembut ‘Ingati Orang Tersayang Ketika Memandu’, sebaliknya guna ‘Matilah, Pasti Janda Anda Akan Dipeluk Orang Lain’, atau ‘Mati Cepat, Anak Dara Engkau Aku Dapat’, atau ‘Tiada Siapa Rugi Jika Anda Mati’.
Baca lagi DISINI 



memang patut pun buat macam tu kan? ramai orang yang tak reti bahasa kat jalan raya sekarang ni..
baik aku jugak...
ada lesen..kereta tak jalan-jalan juga..haha




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Gambar membesar bila cursur menyentuh



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

gambar korang akan kelihatan timbul bila cursur menyentuhnya..
nak buat?


Dashboard>design/layout>Edit HTML

korang Tick expand widget

Lepas tu korang tekan Ctrl F dan cari kod ni

/* Header

Dah jumpa dah?? Okey.sekarang korang copy code kat bawah ni..dan paste kat atas kod korang cari tadi


--------------
/*------ IMAGE ANIMATION------*/
img {filter:alpha(opacity=100);
-webkit-transition-duration:.5s;} img:hover {filter: alpha(opacity=60); opacity: .6; -webkit-box-shadow: 0px 0px 20px #000000; -moz-box-shadow: 0px 0px 20px #000000; -webkit-border-top-right-radius:30; -webkit-border-top-left-radius:30; -webkit-border-bottom-right-radius:30; -webkit-border-bottom-left-radius:30;}img:hover {filter: alpha(opacity=60); opacity: .60; border: 1px solid#000000; border-radius: 50px; -moz-border-radius: 50px;}
-moz-opacity:1.0;
opacity:1.0;
}
img:hover {
filter:alpha(opacity=80);
-moz-opacity:0.80;
opacity:.80;
}
u {
text-decoration:underline;
border-bottom: 2px dotted #ff0080;
padding: 0px;
}

-------------------

000000
kod ni kod warna Html..korang boleh ubah warna yang korang suka key..

Preview..kemudian..kalau  tak ada error..korang save je.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

kotak comel di sidebar



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

macam mana nak buat kotak cantikdi sidebar
senang je..

Dashboard > Design > add a gadget > Html/javascript
copy dan pastekan code ni


<center><fieldset><legend><img src="url image" /></legend> <center> ayat disini</center></fieldset></center>

lepas dah letak apa yang patut..save je..

image tu..korang boleh letak gambar korang sendiri..
>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

membuat scroll box




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Macam mana nak buat scroll box..

Dashboard > Design >add a gadget > Html/javascript

Copy code di bawah kemudian pastekan..


<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">
apa2 yang korang nak letak
</div>

width dan height tu korang boleh ubah
Lepas tu save.jadi tak??




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 20, 2012

Kenapa dia ketawa?? jawapannya...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

memandangkan tiada siapa yang boleh bagi jawapan yang tepat
bagi cerita ini

jadi, tiada blog yang direview..
hehe
sebenarnya cerita tu bukan dalam kategori rekaan juga..sebabnya..itu mimpi aku..haha
memang lawak bila aku tersengih-sengih masa tidur kan?
mesti buruk benar aku gelak semalam..haha

jawapan yang sebenarnya adalah..
perempuan tu ketawa pasal dia menyedari yang dia sebenarnya tidur kat umah dia sendiri..

ntah macam mana kan..
so, itu lah mimpi..
mainan tidur..mungkin pasal semalam aku sakit perut..
jadi, dalam mimpi pun cerita pasal sakit juga.hehe

agak-agak, ada orang dengar ke aku gelak semalam??
mesti serammm..hahaha

>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 19, 2012

Kenapa dia ketawa??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hari ni nak bercerita lagi...

Ditakdirkan..pada suatu hari seorang perempuan telah bermimpi..
dia telah dihantar oleh seorang jururawat ke salah sebuah pusat rawatan..
setelah diminta mendaftarkan diri..seorang pekerja di pusat rawatan tersebut meminta perempuan itu supaya
menukar baju dan juga mengambil keperluan-keperluan sendiri..

dia juga diterangkan bahawa pada keesokan harinya akan menjalani CT-Scan menggantikan X-Ray kerana jabatan X-Ray telah tutup..

Apabila mendapati tiada pesakit lain di pusat rawatan itu, perempuan ini telah menghantar satu sms kepada kawan lelakinya supaya datang untuk menemaninya.
tetapi kawannya tidak datang..

semasa hendak tidur pada malamnya..
tiba-tiba perempuan itu ketawa..
kenapa???

seperti biasa..siapa yang meninggalkan komen sama dengan cerita aku..
blognya akan direview..
>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Gabungkan 3 widget



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Bagaimana nak gabungkan 3 widget sekaligus..
contohnya anda gabungkan follower,blog archive dan juga bloglist.
biasanya dibuat untuk menjimatkan ruang di sidebar.


boleh rujuk 
sini







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Blockquote



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

blockquote tu apa?
alah yang aku letak dekat kod kat bawah ni..
cara nak buat


Dashboard > Design > edit HTML
Tekan ctrl F cari

.post blockquote {

Paste kan kod ini di bawah kod yang dicari tadi

background-image:url(URL BACKGROUND YANG DISUKAI)

 lepas tu preview..
kalau jadi, save je..
>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Background di sidebar title





Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

nak tau macam mana nak letak background dekat sidebar title?
buat macam ni



Dashboard > Design > Edit HTML >Tick Expand Widget Templates .

Tekan CTRL+F dan cari kod ini

h2 {

dekat bawah kod ini ada kod text-transform:uppercase;
kan?
 Bila dah jumpa , copy code kat bawah ni 


background:url(URL GAMBAR PILIHAN)


Dan paste dekat bawah code ni



text-transform:uppercase;


supaya jadi macam ni



h2{text-align:center;
margin:0 0 1em 0;
font:$(widget.title.font);
color:$(widget.title.text.color);
text-transform:uppercase;
background:url('URL GAMBAR PILIHAN')}


preview dan kalau tak ada error
save!!
>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, January 18, 2012

Tukar ke old blogger interface



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

blog anda menggunakan updated blogger interface?
nak balik ke old blogger interface?

senang je..
buat macam ni..

klik saja old blogger interface yang ada dekat setting tu..



dan blog anda akan menggunakan old blogger interface semula
blogger-blogger yang baru buat blog akan automatik menggunakan updated blogger interface ni..
so,boleh la tukar kalau nak..
>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, January 17, 2012

Kisah Xena dan Wall-x



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Tahniah-tahniah..
pengomen yang berjaya bagi pendapat yang sama macam aku fikirkan..
..Mr Clive..pendapat beliau macam ni..

bukak blogger sebab dier sorang blogger pastu tulis post panjang2 mengadu kat internet.and orang yang datang untuk mengomen pun akan bagi nasihat,gelak ngan ucap tahniah melalui ruang komen tu.


blog Mr Clive ada 2 kot.tapi aku review satu jelah - Palirsm..apa yang aku baca dari blog beliau.

 Palirsm mengikut kamus aku adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang atau sesebuah organisasi atau sesuatu entiti yang tidak tergolong dalam senarai normal dan dianggap sampah, tidak diterima dan pelik dimata masyarakat.


Tapi kan..aku seram jugak bila first time jejak masuk ke blog ni..haha
nak tau..pergilah tengok..
>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Apakah "Langkah pertama"..



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Di Daerah Kurt-kurt tempat tinggal Tomwell dan Timbell (baca di sini)
terdapat seorang robot perempuan cantik bernama Xena.



Xena suka menulis dan dia juga adalah seorang blogger..(aku reka nih..hehe)

Pada suatu hari, ayah Xena telah memutuskan untuk mengahwinkan xena dengan seorang robot lelaki bernama Wall-x kerana tidak mahu Xena menghabiskan masa hanya dengan menulis..makan dan tidur..



tetapi..Xena tidak sukakan Wall-x kerana dia telah buruk dan perlukan 
sparepart yang mahal untuk di baiki..

pada pendapat anda, apabila Xena menerima berita dia akan dikahwinkan dengan wall-x
apakah tindakan pertama yang dia lakukan..??

p/s: tinggalkan komen sahaja disini
pendapat yang bertepatan dengan aku punya cerita...blognya akan di review...















Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 16, 2012

Dulu..kau juga seperti mereka


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

bosan betul hari ni..
duk sorang-sorang pulak tu kat rumah..
hanya bertemankan blog sajalah.hehe

apa jeling2?? aih..sabar..sabar..
ni nak cerita..ada seorang blogger yang tak kenal budi..
sorry lah ya kalau sidia tu terasa...

macam la dia dulu buka je blog...beriban-riban orang datang follow..
mesti nak kena promote dulu..
join segmen..contest..GA dan macam-macam lagi..

aku bukan ape..satu hari tu aku semangat la pergi buka blog sidia ni..
tapi....
apakan daya..entri dia hari tu memang menyakitkan hati...
duk kutuk-kutuk orang yang anjurkan segmen dan contest..(terasa sebab masa tu blog aku buat segmen)
dia cakap benda2 tu semua mengarut je.
dapat follower tapi tak baca entri pun..

lepas tu 2,3 hari lepas pulak..terhegeh-hegeh datang blog aku nak jemput join segmen la pulak...
ha..ni aku nak tanya kau balik...follower kau pergi mana habis sampai jemput aku join segmen?
hahaha

jahat tak aku hari ni?? jahat kan?

tak elok la..dan aku pun tak nak buat entri macam ni..
sian readers aku..hehe

kepada sesiapa yang terasa aku nak minta maaf lah ya..
bukan apa..dalam dunia blog ni.kita kena support antara satu sama lain..
kalau blog dia tu tak lawa..tolonglah bagi dia tutorial supaya dia boleh lawa kan..
kalau kurang follower tolong follow dia..

pada aku follower aku semua penting..
kalau takde korang semua,sape nak baca blog aku??

>_<






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE