Hai korang..
sihat tak hari ni?harap korang sihat la ya..
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi menjenguk blog yang
biasa-biasa je ni..terutama kepada 'silent reader' yang terbaiiiikk tu..:)
Hari berlalu terasa begitu cepat apabila tiba hari yang selalu kita nantikan..
sedar tak sedar dah 6 tahun aku bergelar isteri orang..
dan hari ini,anak aku Muhammad Irfan menyambut hari lahirnya yang ke-5..
Agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama dihari lahirnya..tapi sebenarnya adalah baik bagi dia..
mungkin nanti dia tahu kenapa ummi dia tak bagi dia hadiah..:)
Terkenang kembali saat aku sakit nak bersalin pada 29 November 2006..bukan pada tarikh sepatutnya due..
ia adalah 2 bulan terawal dari tarikh jangkaan iaitu 10.1.2007
dua hari sebelum tu aku terjatuh..
Dan,pada hari sepatutnya aku melahirkan Irfan,
aku akan ke Kota Bharu melawat bapa mertua yang dimasukkan ke Hospital Perdana.
Masih aku ingat pada malam itu aku menonton tv..cerita Diari Romeo..
dalam slot itu, aku telah meniru ayat heroinnya yang pada masa tu nak bersalin..
katanya " ni abang punya pasal la" hehe
beberapa kali juga aku bergurau dengan Mr PPP menggunakan ayat tersebut..
dan..pada pagi esoknya,jam 7 pagi aku terasa sakit perut..
yelah..anak sulung..dengan mak tak ada..mana la aku tahu tu sakit nak bersalin..hehe
setelah bermacam-macam cara aku lakukan dan tak hilang juga sakitnya..
pilihan terakhir adalah pergi klinik yang berdekatan..
sampai je kat klinik..malu la pulak nak pergi cakap kat staff nurse yang ada kat kaunter tu..haha
kelakar je bila ingat balik..
pastu, nak tak nak kena pergi cakap juga..hehe
bila diperiksa..sah!! dah nak bersalin..masa tu semua rasa ada..sakit..segan..takut....
nak kena hantar ke Hospital Tuanku Nur Zahirah..kata staff nurse tu dah tak sempat..ambulans pun tak ada.
last2 pergi dengan kereta staff nurse tersebut..
punya la lambat nak sampai kat Hospital Setiu iaitu hospital yang paling dekat kat situ.
sampai kat Hospital terus je masuk labour room..
aku selamat melahirkan Irfan yang seberat 1.96kg pada jam 10.30 pagi..
serius! aku takut nak pegang sebab kecik sangat..
thanks to staff Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri dan labour room Hospital Setiu masa tu.
mereka baik sangat..
Setelah masuk wad..malamnya,bapa mertua aku yang duk hospital pun boleh balik..
almaklumlah cucu sulung..excited..:)
Sempena hari lahir anakku,
jika Irfan terbaca coretan ummi pada suatu masa nanti..
ketahuilah ummi amat menyayangimu..semoga menjadi anak yang soleh
yang mampu mendoakan ummi walaupun ummi telah pergi nanti...
miss you a lot..
>_<