Monday, October 31, 2011

Jangan Hina Kerjaya Kami





Baru2 ini aku terbaca satu artikel yang bercerita tentang kerjaya nurse..
yang artikel tu ok la sikit.
yang bagi komen tu yang xbest..
siap ngutuk lagi cakap nurse tak pandai buat kerja,tak prihatin..
ingat aku tak sakit hati eh?

korang kan..nak mengata ke..jangan mengata pasal kerjaya..
kata kat orang yang buat salah dengan korang jelah..
tak kata lagi bagus..kan?

kita dah tahu..bukan semua orang sempurna..
kita saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain..
korang duk kata banyak2 tu bukan dapat ubah apa2.
melainkan korang tegur direct...(tegur dengan baik la)

nurse juga manusia biasa..tak lari dari melakukan silap..
nyawa orang ditangan kami..maunya kami tak tension..korang nampak je kerja nurse ni senang.
tapi,hakikatnya...susah!

aku pantang gak kalau selalu orang membandingkan kerjaya nurse dengan kerjaya doktor..
nurse dan doktor bekerjasama menyelamatkan pesakit..
nak tekankan sekali lagi...
perlu kerja bersama2..

so,cuba jangan bezakan kami..kami juga ada perasaan..
nurse juga orang biasa..seperti kamu2 juga..jangan banyak merungut dari mencegah!

p/s: cuba bayangkan semua nurse boikot tak datang kerja...
berapa juta pesakit yang boleh selamat???

LINK




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, October 27, 2011

apesal semua citer pasal kawin?



hai..Assalamualaikum semua..

sihat ke hari ini?

lama tak update pasal broadband aku wat hal..

okeh..hari ni rajin plak nak jalan-jalan pergi jelajah blog2 orang..
tapi kan..aku pelik sungguh!

hari ni kebanyakan entri yang aku baca berkait pasal kawin..apesal ek?

agak2nya semua berpakat nak wat entri ni ke? ish..tak mungkin plak kan..

em..nak tak nak..entri aku pun dah pun termasuk dalam bebelan isu kawin dah ni.hehe

apapun..memang best cakap pasal kawin kan..

nak2 anak dara yang belum lagi kawin2 dan yang tengah merancang2 nak berkahwin dalam masa terdekat ni..

jangan hanya menurut nafsu semata-mata..gatal nak kawin ek..

apapun,pilihan anda..semoga berbahagia...



p/s: sape2 yang akan menyambut ulangtahun perkahwinan tu..aku doakan agar korang bahagia selalu..:)



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 22, 2011

CINTA SIBER OH

fuh..rehat 30 minit waktu kelas..haha

sempat lagi nak join segmen ni..

hari ni bercerita tentang cinta siber..

pada pendapat aku,tukang tulis ni..cinta siber ni banyak kebaikan dan juga keburukan dia..

first kita tengok dia punyer kebaikan key..

kita tak yah nak bazirkan duit banyak2..just duduk seharian depan laptop or pc jer..habis2 bayar yuran bband je tiap2 bulan xyah beli topup..masa nak kuar beli topup pun xde kan..

pastu, tak payah nak jumpa banyak2 kali..hanya cinta siber kan..jimat masa lagi.hehe

banyak lagi sebenarnya..tapi,masa berjalan..nak pergi kelas plak.hehe
keburukannya lagi banyak eh..

sakit kepala ngadap laptop atau pc..

kurang mesra kot..pastu kurang kepercayaan pada pasangan

dan yang paling teruk....

KENA TIPU!!!

moral: bercinta lepas kawin di alam nyata kan best..:)

okey dah siap..nak p kelas...

bye..>_<



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Budak Rusia Minta Resepi tomyam




hari ni dapat mesej dari adik aku yang ada kat Rusia tuh melalui facebook..

nak buat tomyam katanya.

mood tetiba je sentap! haha

pasal pe nak tau? pasal adik aku sorang ni dulunya nak makan nasik pun payah!

tetiba mintak resepi tomyam plak..

tapi disebabkan aku ni kakak yang baik..aku share gak la resepi yang dah sedia ada kat blog aku ni..:P

so,hope dapat la dia makan tomyam enh..
moral: 

kalau korang duk kat Malaysia..makan je sumer yang ada..bila dah keluar dari Malaysia..baru bertambah kempunan heh~ haha



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 21, 2011

nak makan ubi rebus bila hujan



masih teringat kenangan dulu..

masa aku masih kecik2..

tiap2 kali hujan..mak aku akan rebus ubi kayu..korang pernah makan kan??

makan masa panas2..makan pulak dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam..uish..best sangat!

memang berebut..aku dengan abang dan kakak aku..

sedap kalau makan time2 hujan..

sekarang..

hujan ke ribut ke..xde dah ubi kayu rebus masakan mak..

rindu dengan masakan mak.

biarlah,walaupun sebijik telur..yang mak rebus semestinya lebih sedap..

dah tak boleh nak manja2 dengan mak..dah jarang dapat peluk mak..

bila ada masalah,mak mesti ada!

sekarang kat sini hujan..

rindu dengan ubi kayu rebus yang mak buat..

tak sabar nak balik..

('_')



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

List Nama Segmen Jom Cari Follower


jom pergi melawat..>_<

1. http://nurulauni123.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-cari-follower-bersama-arra.html

2.http://daxmanje94.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-tambah-follower.html

3. http://mylovely-fieda.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-cari-follower-bersama-arra.html

4.http://purplevioletsecret.blogspot.com/2011/10/tambah-follower-korunk.html 

5. http://haslindashahrul.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-cari-follower-bersama-arra.html

6. http://sipurpleviolet.blogspot.com/2011/10/tadangee.html 

 7. http://areyl-kehidupan.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-tambah-follower.html

8.http://storycikhoneybee.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-cari-follower-bersama-arra.html

9.http://princesssofjoy.blogspot.com/2011/10/hello-segmen-jom-cari-follow-bersama.html

10.http://putributterflypunyablog.blogspot.com/2011/10/segmen-jom-cari-follower-bersama-arra.html

11.http://lorongkanan.blogspot.com/2011/10/jom-cari-follower-bersama-arra.html

12.http://aweksjebon.blogspot.com/2011/10/haihoisiapa-di-sana-ala2-cite-ali-baba.html

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segmen: Jom Cari Follower Bersama Arra



sempena hari jumaat ni..

rasa macam rajin dan agak bosan..sebab tak de nak pergi mana2..

jadi,nak cuba buat segmen..first segmen ni..

rasa agak takut gak..sebab tak biasa..tapi,nak cuba..

ni cuba buat yang biasa2 je..

jom sesiapa yang nak join segmen ni..


senang je..

1. follow blog Arra Ahmad ni (kalau sudi la)

2. letak header segmen kat atas ni

3. buat satu entri berkaitan segmen...cerita apa saja yang korang nak.

4.post link entri anda ke kotak komen segmen ini..

5.dah siap..>_<

selamat bersegmen...

tutup segmen : 30 oktober 2011 27/10/2011

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, October 19, 2011

menangis kerana kejam!



dah beberapa hari aku tengok orang duk share 1 link tu dekat facebook...

tapi saja wat tak tau..malas nak buka pasal video..lambat!

tapi,malam ni rasa gatal tangan plak nak tekan2 dan tunggu..
bila tengok video tuh..aku rasa sedih sangat2..Astaghfirullahalazim..

rasa kekejaman manusia ni buat aku rasa sakit sangat didada...

rasa sebak dengan keadaan itu..

link yang aku maksudkan adalah yang mana

seorang budak yang dilanggar..dan tiada siapa yang peduli..

dimana la rasa prihatin mereka...uhhh kejam!!!

namun,setelah 3 minit berkongsi link tersebut,

cik fye comment dekat situ..


barulah aku faham kenapa orang2 kat situ tak tolong..

syukur aku masih berada di Malaysia..

^_^

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

CERITA HARI INI




hai semua..

hari ni kan..aku rasa penat sangat..bukan hari ni je..semalam pun penat..

tidur malam selalu aje tak cukup..

dalam kelas pulak duk belakang sekali..ngantuk tak boleh nak tahan..

tapi tak tidur eaa..hehe

lagi satu..tak nampak slide kat depan membuatkan aku menjadikan masa 3jam revision tadi sia-sia je
macam mana nak nampak..aku punyer cermin mata aku dah hilangkan.tah duk kat mana..

susah betul rasanya..senak gak bijik mata duk jegil nak tengok slide.huhu..

agaknya kalau biar lebih lama,bijik mata aku dah terkeluar kan..^_^

mood revision masih lagi rendah membuatkan aku masih lagi menghadap blog ni..

macam manalah mood tu nak ada sebab aku dah tak sabar nak balik Serdang..jumpa buah hati..>_<

pada aku,study last minute masih lagi pilihan utama..hehe

bila ada paksaan baru masuk otak..setakat baca aje memang tak masuk punyer..haha

itu je nak citer..

erm..tak lupa nak ucap tahniah buat my dear Ashikin Abdullah ..kerana dah konvo..

tak sabar nak konvo jugak!

('_')



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, October 18, 2011

buka seluas-luasnya



hari ni dah mula kelas revision tuk final exam..

dah mula la juga edisi mengantuk sedunia bila ada dalam kelas..

sungguh!!

macam dah jadi tabiat..

ada kelas je ngantuk.bila balik bilik,ok time tu juga..

even pagi minum kopi cap apa skali pun,kalau dah sampai kat kelas,mata mula kuyu..

mulalah semua soalan tak dapat jawab (padahal memang tak tahu..hehe)

tapi,kena paksa diri juga pasal final exam kan..belajar 3 tahun..kalau tak lulus,buat malu je kan..

bukan setakat dapat malu..

tak pasal2 pegang title penganggur yang ada diploma weh..

kepada sesiapa yang sama nasib dengan aku...dan untuk aku sendiri juga..

udah2 la tidur masa kuliah..

masa dah tak panjang...tongkat la kelopak mata tu dengan pape pun..janji tak tertutup..hehe

tapi....

mata tak tertutup,tapi satu hape pun tak masuk otak...

haih,camne???

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, October 17, 2011

kerenah segala bagai!!


kalau aku nih tak sabar

memang dinamap tu dah aku lempar kot tingkap dah!!

ish..memang nak marah tapi nasib baik aku ni dikira sabar jugak..

ada ke patut,mesin dinamap tu rosak..

aku plak yang dipersalahkan..

dah la mesin tu ada satu je untuk pesakit yang dah sedia ramai tuh..

tekanan darah pesakit tak naik,tekanan darah aku plak yang melambung tinggi...

melayan kerenah pesakit yang segala bagai tu 

menyebabkan aku kadang2 tak dapat mengawal perasaan..

dinamap tu plak bila sampai je turn pesakit yang banyak kerenah,

macam faham2 plak dia..asyik error aje!
tapi pesakit ni sorang memang banyak kerenah..lambat bagi ubat sket..merungut..

ambik tekanan darah lama sket,marah..

yelah..keje 6 orang jaga pesakit hampir 30 orang...

mau tak semput..terkejar kesana kemari..yang disana nak 

ini...yang di sini nak itu..adoii..

aku cuba buat yang terbaik..

memang aku tak mampu nak beri layanan 1st class kepada mereka2

yang mengharapkan layanan macam tu...

Nurse juga manusia biasa..tak semua anda dapat kalau mengharap 

pada nurse..mereka juga perlukan masa..mereka juga perlukan rehat..

so,just  hormati mereka as a nurse,as a human being.

tq.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, October 16, 2011

Follower bertuah..hehe


hai..hai..
selamat tengah malam..

mata aku still tak mau tutup lagi..jadi mengadap my blog jelah..

sambil2 blogwalking..carik2 kawan..

baca2 en3..

memang seronok..

malam ni lagi seronok dengan kehadiran kawan baru yang agak bertuah..hehe

jeng..jeng.jeng...

siapa ya..

Tuan punya blog Pondok usang telah mengisytiharkan bahawa beliau adalah follower bertuah aku..

hehe..follower ke 329..

tak tau nak bagi apa..pondok usang yang beratapkan langit dah pun ada atapnya..

jadi,aku buat en3 ni just untuk dia..dan sebagai hadiahnya lagi..aku buka blog dia 3 hari berturut-turut untuk 

menyelongkar apa yang ada memandangkan 1 hari tak cukup.hehe

untuk menyedapkan hati beliau lagi..aku nak bagitau yang en3 beliau best2..kisah2 zaman sekolah..duit syiling 

tu..aku suka!

xde pun jumpa en3 yang sewel2 seperti yang beliau katakan..hehe

sewel dia,sewel en3 aku lagi..haha~


then,selamat berkawan2..

lepas ni tanam pokok bunga plak kat pondok usang neh..^_^


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Nurse tak rasa apa-apa ke??



seorang pesakit sedang tenat..

ramai waris berkerumun..

bacaan yasin memenuhi ruang wad itu.

aku mengundur ke belakang memberi laluan..

lantas aku berpusing untuk kembali melakukan kerja2 aku..

just berhadapan dengan katil pesakit yang sedang tenat tadi..

sedang aku menulis disitu..

pesakit yang ada di katil tersebut bertanya..

"Nurse tak rasa apa-apa ke?"

aku bertanya tentang maksud soalannya..

katanya dia melihat aku tenang sedangkan pesakit dihadapannya sedang menunggu masa sahaja..

aku hanya tersenyum dan beredar dari situ..

buat pesakit tersebut,maaf..aku tak dapat menjawab soalan itu.

kamu nampak saja aku sedang tenang..

tapi dalam hati..pedih..

pilu..

aku tak mampu menyelamatkan seorang lagi pesakit aku..

aku tak mampu memberikan perawatan lagi kepadanya..

malah aku juga tak mampu untuk melihat dia pulang ke rumah dengan sihat seperti mana yang aku 

harap-harapkan.

aku tenang kerana aku tidak mampu menunjukkan kesedihan aku..

aku diam kerana aku kecewa..

tapi,Allah Maha Mengetahui..
jodoh pertemuan,ajal maut ditanganNYA..

Al-fatihah kepada pesakit aku yang meninggal pada jam 8.30  malam tadi..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 14, 2011

apakah aku sedang mengalami depression???



sungguh...
aku dah pun memeriksa 1 checklist yang aku terjumpa kat tenet..


semua ada pada aku sekarang..
oh tidak!!!!
tak nak lah aku..
depression plak salah 1 ciri penyakit mental..skizophrenia..

aku pun tak tau kenapa ciri-ciri kat atas ada pada aku..
mungkin pasal dah hampir dengan final exam..
start study pun belum lagi..
time tengok kawan-kawan study,teringin gak nak study..tapi,bila buka buku..
tup..tup aku ngadap laptop balik...haha
sebab..nota-nota aku takde yang menarik langsung..
kaler-kaler pun xde..
semua hitam..^_^

dalam aku berfikir kenapa aku mengalami simptom2 tersebut  sambil aku melawat blog kawan2..
aku terjumpa 1 kata2

” Why do you stay in prison when the door is so wide open?” -Jala Ad-Din Rumi


aku jadi bersemangat semula..
mengapa aku nak sukarkan pemikiran aku yang dah sedia tak berapa nak betul ni 
dengan berfikir tentang perkara-perkara macam tu..kan..kan?
dunia terbentang luas untuk aku...
cuma aku saja yang menutup diri aku kerana memikirkan kelemahan2 yang ada pada diri aku sekarang..
orang tak pernah kisah dengan aku,kenapa aku nak kisah dengan orang kan..

sesungguhnya ada lagi yang menyanyangi aku..
Allah ada untuk aku..setiap masa DIA ada bersama aku..

then..aku jadi bersemangat semula..^_^

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, October 3, 2011

peka la sikit!!




Setiap individu perlu lebih bertanggungjawab dan peka pada tahap kesihatan mereka..
amalan gaya hidup sekarang ni menjadi punca masalah kesihatan yang ada..
penyakit pulak pelik2..

Usia muda tak menjamin seseorang hidup sihat kalau tidak amalkan gaya hidup sihat..tambah pulak yang langsung tak ambil berat pasal kesihatan..
apa nak peduli...ah,demam sikit je..sakit sikit je..

Dalam erti kata yang mudah..amalan gaya hidup seseorang memberi impak secara tidak langsung pada kesihatan seseorang individu..

macam mana yang dikatakan amalan kehidupan yang sihat dan cergas?
jom kita check...

1. waktu tidur yang berkualiti
wei.kalau korang tidur 2 jam sehari 2 memang korang manusia yang pelik la..tak normal..masalah tak cukup tidur boleh menyumbang kepada penyakit..

2. minum air dengan cukup.
minum air masak @ air putih...elakkan yang berkarbonat

3. diet yang seimbang
ikut piramid makanan..orang sekarang dah terbalikkan piramid makanan mereka..cuba betulkan balik ya..hehe

4. katakan TAK NAK pada rokok
bakar duit je la korang ni..macam2 alasan kalau suh tinggal yang satu ni..terutama lelaki..
dah tau kandungan dalam rokok tu ape..masih nak bahayakan diri..sampai orang kat sekeliling pun kena..
(suka iklan yang baca surah Yasin ramai2 bila orang isap rokok..>_<)

5. uruskan tekanan
kalau korang tension,uruskan dengan baik..jangan biarkan.guna media yang betul untuk tujuan itu..

6.lakukan pemeriksaan kesihatan
kalau korang ada sakit tu..periksalah.bertemu dengan pakar atau doktor yang bertauliah..jangan rawat sendiri..


banyak lagi sebenarnya..korang bukan tak tahu..korang tak ambil kisah je..bagi korang ini isu biasa..tapi bagi aku or paramedik...ini isu paling penting...
dah tak nak tengok mayat orang kat hospital...


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Kita Raya Pada Bulan Zulkaedah..




Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...
eh..eh..dah terlambat rupanya.hehe
menurut tajuk diatas..pada bulan ini kita sama-sama menyambut hari raya...


okey.jangan confius.hehe
raya memang bulan Syawal..
kolej aku aje yang buat majlis pada bulan ini,hari ini..:)
itu yang sebenar-benarnya..

ingatkan hari ni dapat tidur dengan nyenyaknya di pagi hari
tapi telah diganggu tidur yang tak berapa nak cukup ni

"semua pelatih diminta turun dengan kadar segera"

memang spoil betul la announcement macam tu dikala katil masih merayu2 agar tidak meninggalkannya..
tak sampai hati la pulak kan..hehe
dah tu pulak kena berkumpul kat padang
almaklumlah rasa macam mana kerana matahari pun dah keluar agak2 segalah..
dengan tak mandinya (kantoi..haha)
dan kena buat kerja lagi..(sepatutnya tidak..)
memang tak suka!!

tapi, jamuan hari raya berjalan dengan agak lancar kerana perut aku memang kenyang sampai sekarang..
tak taulah 2,3 jam lagi.kot2 minta diisi balik.hehe

yang paling tidak tertinggal jika ada majlis ialah mesti ada GAMBAR!!
kan..kan? tak sah kalau takde..



da most important is photos.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, October 2, 2011

Hukum sebut OMG!!!



seorang Muslim dituntut supaya mengingati Allah.
Dalam sepotong ayat Allah s.w.t berfirman 

"tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang"

justeru,untuk hidup tenang,basahkan lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah.
menyebut God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah.dari segi bahasa God hanyalah Tuhan.
Dalam bahasa arab,Tuhan adalah Rab.
perkataan Tuhan boleh dijamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess.
Berbeza dengan kalimah Allah,ia mengandungi makna tauhid di dalamnya.
Tiada 2 atau 3,hanyalah Esa atau 1.

jika kita orang islam,sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God!

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

buat lagi sekali,ayah..



seorang budak umur 7 tahun 
menangis teresak-esak di dalam bilik tidurnya.
ibu dan ayahnya mendapatkan budak tersebut dan bertanya kenapa dia menangis.
si anak menjawab dia telah tertelan duit syiling 5 sen.
si ibu dan ayah cuba memujuk anak mereka namun tidak berjaya..
si ayah dan ibu buntu~

si ayah tiba-tiba teringat didalam poketnya terdapat duit syiling 5 sen.
kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan
mengeluarkan duit syiling melalui telinga anaknya..
"ha..ayah dah keluarkan ni.."
si anak teruja dan berhenti menangis..
sepantas kilat si anak mengambil duit 5 sen tadi dan menelannya..
"buat lagi sekali,ayah"


moral: jangan buat lawak dengan budak-budak..hehe

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 1, 2011

satu kali lagi...boleh kan??




Alhamdulillah..
tamat sudah OSCE (ujian praktikal) aku hari ini..
bersyukur sangat walaupun tak dapat buat sangat..
 sekurang-kurangnya debaran yang dialami tu dah hilang!
menunggu dah satu hal..debaran kencang bagai nak luruh jantung..
sungguh..tak dapat dibayangkan debarannya.
orang nak bersalin pun rasanya tak pernah rasa debaran macam ni..(pengalaman sendiri la...)
aku masih ada lagi satu OSCE final yang harus ditempuhi..dan,rasanya sudah tak sanggup nak rasakan debaran tu lagi...sudah cukup
12kali melalui debaran itu sepanjang 3tahun belajar...
boleh jadi arythmias rasanya sebab palpitation yang amat...
harap aku dapat bertahan untuk satu
saja lagi perjuangan sebelum tamat belajar..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE