Monday, July 11, 2011

semangat islam makin pudar



pada 7 julai dan 8 julai 2011
 aku telah mengikuti satu seminar yang bertajuk INI SEJARAH KITA.
berkisarkan tentang sejarah islam dan juga perjuangan Nabi Muhammad SAW serta Sahabat.di dalam seminar itu juga turut disertakan cerita tentang perkembangan islam selepas zaman Jahiliah.
walaupun cara penyampaian penceramah itu agak tidak menarik,tetapi apa yang hendak disampaikan dapat aku fahami dengan jelas.

dan..barulah aku tersedar bahawa bukanlah senang untuk mengembangkan ajaran islam..apatah lagi untuk mengekalkan ia agar sentiasa berada di atas.
sekarang,apakah kita telah kembali pada zaman jahiliah??
pembuangan dan pembunuhan bayi...judi,arak..
ajaran sesat...

bukankah itu sikap orang2 Arab Jahiliah?
tanpa aku sedar,air mata menitis..memikirkan betapa kerdilnya aku jika hendak dibandingkan dengan pejuang2 islam pada zaman dahulu.
apakah mampu kita semua bergelar syahid ataupun bergelar penghuni syurga?
pada aku,seminar ini harus dijalankan lebih kerap..agar semua umat islam menyedari bahawa mereka kian tenggelam..

biar mereka tahu dimana mereka berada sekarang..
INI SEJARAH KITA mampu membawa seribu pengertian pada mereka2 yang masih hanyut diluar sana..
semoga aku mampu berubah kearah yang lebih baik..
Amin..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE