Sunday, June 5, 2011

puding karamel

Bahan-Bahan:

Bahan A
4-5 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.jangan terlalu hangus dan tidak terlalu pucat..
Cara
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan esen vanilla.Masukan Bahan B ke dalam loyang terlebih dahulu.Masukkan Bahan A dan kukuslah selama 25-30 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

hadiah untuk kakak


Apa lagi yang kau nanti.
Dahan sudah tercantum lagi..
Pohon kembali tumbuh segar
Menghijau..
Tabahlah engkau
Melayari kehidupan baru
Yang tercipta dari dasar hati
Apa lagi yang kau nanti
Bila doa dibacakan..kau bukan milik keluargamu lagi..
Bilaku menadah tangan..
Kau telah menjadi miliknya
Raja dihati..
Apa lagi yang kau nanti..
Dia ada untuk membimbingmu..
Dia ada untukmu..
Moga kehadirannya mampu
Melakar sebuah cerita cinta
Yang akhirnya membahagiakanmu..




selamat pengantin baru
semoga bahagia ke akhir hayat...




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE