Monday, April 18, 2011

pak cik pesakit



hari ini cuaca agak panas..
seharian bermandikan peluh yang asyik menitik..tapi harus diteruskan jua kerja-kerja yang tak seberapa nak ada.

yang menarik hari ini..nasihat yang panjang lebar dari salah seorang pesakit tentang kehidupan berumah tangga...

fuh..memang best..hehe..menurut isteri pesakit tu,dengan anak-anak dia garang..tetapi dengan aku elok aje..
wah..pasal apa ya?^_^
apapun,nasihat pesakit tu akan aku ingat sampai bila2..
korang nak tau apa nasihatnya? 
tunggu korang kawin dulu..mesti mak ayah korang nasihat kat korang..haha




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, April 11, 2011

Uncle Teng Seng Giap

AMARAN!!!!
tajuk diatas tiada kaitan sedikit pun dengan apa yang akan aku ceritakan ni..
.
.
.
.
.
.
.

Tubuh itu terbaring lagi dikatil apabila aku mengambil alih tugas sebagai student management pagi itu..
dalam hati aku tiba-tiba merungut..’macam mana nak sponging(mandikan) dia hari ni? Badan dah la besar’.berat badan lebih 200KG..berbanding dengan berat aku…45KG!! isk…

Tetapi..bila aku sedari yang memang tugas aku untuk pastikan pesakit selesa..aku gagahi juga melakukannya bersama beberapa orang  junior  aku.tunggang terbalik tubuh besar itu kami gulingkan dengan sedikit upaya dari pesakit itu sendiri.

Masih aku ingat pertama kali aku melihat pesakit itu masuk ke wad,dia masih boleh duduk dikatil..berbeza dengan keadaan sekarang..dia letih lesu,tidak mampu nak melakukan aktiviti harian sendiri walaupun mengangkat kakinya!.

Pesakit itu tidak ditemani sesiapa..mungkin kerana dia terlalu manja walaupun telahpun berumur 42 tahun..segala aktiviti mengharapkan orang..selalu sahaja dia memanggil sesiapa sahaja yang lalu dihadapan dengan pelat CINA..’misi..misi…tolong IN..’  IN yang dimaksudkan ialah tarik kakinya supaya diletakkan berdiri..supaya dia boleh goyangkan lutut ke kiri dan kekanan..
tak sampai beberapa saat berpaling..’misi..misi…OUT..nak lurus’… dan begitulah sehingga habis shif berkerja selama 8jam..

Pernah dia berkata kepada aku.. 
’kalau I dah boleh berjalan balik..i nak bagi u all hadiah..nak bagi buah..u all misi ni baik..’.
ya! masa itu..harapan aku supaya aku boleh tengok dia balik dengan berjalan kaki..dengan sihat.

Apabila tengok physiotherapy dan occupational therapy datang ajar dia melakukan aktiviti sendiri.. sungguh tinggi harapan aku agar dia cepat sembuh.dapat berjalan menggunakan walking aid pun dah cukup.

Uncle Teng Seng Giap,semoga satu hari nanti dapat jumpa uncle lagi..bukan di Hospital tetapi di lain tempat..kami nak hadiah kami…semoga cepat sembuh..^_^






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

cerita seorang Puan Misi



Suasana di Eye Clinic hari itu agak sesak dengan klien-klien yang datang untuk memeriksa mata..sudah semestinya lah mata kerana Eye Clinic..kan?hehe

Tugas aku hari itu untuk memeriksa tekanan darah dan paras gula dalam darah..agak penat juga kerana tiada pembantu..aku kesana kemari seorang diri..hanya beberapa ketika sahaja pelatih PPP datang menolong..

Seorang demi seorang klien aku panggil untuk diperiksa..macam-macam ragam kerana ada yang tidak sabar minta diperiksa..ada juga yang terlalu ‘excited’..tetapi aku terus juga melakukan satu-persatu kerja yang diamanahkan kepada aku..walaupun ada juga yang tersilap tetapi aku perlu cepat belajar dan berani..perlulah sebab nak ‘sound’ nama depan orang ramai…aku takut! Hehe.

Namun,ada juga yang menyentuh hati dan sanubari aku pada hari itu..keadaan itu adalah apabila seorang klien..matanya tidak dapat melihat..langsung tidak dapat melihat aku dihadapan..hanya bayang-bayang sahaja katanya..

bukan…bukan itu yang aku nak cerita..

Cerita disebaliknya ialah aku membantu mak cik itu dengan memaut tangannya ke lengan aku sebagai bantuan untuk berjalan ketempat pemeriksaan seterusnya..cukup kemas pelukan tangannya..fikir aku dia bimbang terjatuh kerana tidak dapat melihat…tetapi…

tiba-tiba dia bertanya dengan loghat Kelantan “mek..anok mok cik ado wak laki sore..mek nok jadi bini dio dop? Mek ni misi baik”. Maksudnya..makcik tu cakap yang dia ada anak lelaki dan Tanya samaada aku nak kahwin dengan anak dia tak sebab aku ni nurse yang baik..
terkedu aku seketika..namun,pantas aku berkata kepada makcik tu..yang aku dah pun berkahwin dan aku ikhlas membantu dia..

aku pulang ke asrama dan bercerita pada ‘roomate’ aku tentang itu..
kata ‘roomate’ aku ni.. ‘nurse ni kerja mulia..kalau kita ikhlas,kebaikan yang akan datang pada kita’

ya..dan aku mula menyedari yang hati seorang nurse akan puas apabila dapat berbakti kepada pesakit..sehingga pesakit yang sakit itu pulang kerumah dalam keadaan sihat..^_^


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, April 10, 2011

cerita happy ending







inilah foto-foto yang dapat aku kongsikan tentang detik-detik bahagia kakak kesayangan aku di hari pertunangan beliau..
memang aku tidak dapat hadir bersama di majlis itu tetapi dihati aku senantiasa mendoakan beliau bahagia disamping insan yang disayangi..

sis,semoga berbahagia..
dan selamat mengikut jejak adikmu ini di alam rumahtangga..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE