Thursday, November 17, 2011

3 jam untuk 1 entri..fuh!!




ha..melampau tak tajuk kat atas?

3 jam lama tu..entri bukan panjang..ciput je..(memang tak pernah buat entri panjang pun.hehe)

yang duk lama2 tu bukan kerana ketandusan idea..bukan juga kerana kehabisan kata..

tapi..broadband aku nih!!!

buat hal betul..line lambat sungguh!

tapi,dek kerana kesabaran..menjadi gak la entri aku nih..

tapi idea dah bergelimpangan lari.haha

pernah ke korang alami hal yang sama?

penat kan? 

menunggu..menunggu dan menunggu..

nak pergi jenguk entri2 baru pun tak dapat..

last2..offline..tidur!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, November 13, 2011

Lelaki Macam Tu Pun Nak Jaga?



Hari ni hari pertama kerja selepas lama bertungkus lumus di dalam kelas.

bila dah masuk bekerja,memang banyak kisah-kisah..yang sakit tu memang banyak..

yang tak sakit pun banyak..

pesakit-pesakit yang datang ke hospital kadang-kadang bukan hanya akibat kesakitan yang ditanggung sahaja..

dalam hati penuh beban..malahan yang menjaga pesakit2 ni pun punyai masalah sendiri..

Manusia kan..mana yang tak ada masalah.


Kisah hari ini tentang pasangan suami isteri yang mana si suami dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalanraya..

siapa yang tahu..dalam kepayahan seorang isteri menjaga suaminya ini,rupanya ada masalah yang disimpan!

rumahtangga mereka bergolak sejak lama dahulu..

sejak si isteri mengandungkan anak mereka yang  ketiga yang berusia 4 bulan pada masa sekarang.

si suami keluar berjoli dengan perempuan lain..bila dah miskin, baru datang ke pangkuan si isteri..

pulang dengan love bite..

terlibat dengan pengambilan Marijuana (substance abuse)

alahai....isteri mana yang tahan dengan perangai lelaki yang tidak bertanggungjawab macam ni?

tetapi, si isteri tadi masih di situ..katanya kerana memikirkan pahala dan dosa sebagai isteri yang sah..

walaupun  dah 7 kali turun naik mahkamah..si suami enggan melepaskan si isteri..

katanya jika si isteri meninggalkan dia..dia akan menjadi mangsa simbahan asid dan anak-anak akan diperdagangkan..

isk..tabahnya perempuan ini dalam melayari bahtera yang seringkali dipukul gelombang..

terasa sakit dengan tamparan ombak namun masih setia mempertahankan layar!



apa nasibnya di masa akan datang tiada siapa yang tahu..
kebahagiaan yang di impi, mampukah menjadi miliknya dengan pengorbanan yang dilakukan sekian lama?

berapa banyak lagi sisa hidupnya akan dihabiskan dengan lelaki yang sebegitu?



semoga Allah menolong dia dalam meneruskan kehidupan dengan lebih tabah...ataupun memberi hidayah kepada 

si suami agar lebih bertanggungjawab..


* watak sebenar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan dan maruah pesakit.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, November 12, 2011

kaki tetap melangkah walau hati menangis pilu




Sekali lagi..
hari berlalu..bagaikan baru semalam bersama dengan mu..
hari ini, terpisah lagi..

oh..jiwang pulak masa2 senja ni..

tanpa sedar hari makin berganjak..kadang2 terasa cukup perlahan masa berlalu..

dan tiba-tiba saja ia boleh bergerak pantas!!

terasa makin pantas bila dah tamat cuti selama 2 hari..

belum pun puas bersama anakanda di kampung, tuntutan untuk pulang ke kolej makin menghimpit perasaan..

dan..air mata menitis jua saat berlalu meninggalkan dia di perkarangan kolej siang tadi..

hujan yang turun mencurah-curah bagaikan tiada memberi makna memandangkan hujan dihati pun sama 

lebatnya!

sungguh, aku tak suka akan perpisahan..

namun, apakan daya..hati tak terdaya..kaki terpaksa melangkah lagi..

jangan menoleh ke belakang, kelak air mata akan kembali menitis..


irfan,
ummi akan kembali..32 hari saja lagi..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, November 9, 2011

Lega Tahap Tinggi



hai korang semua..sihat ke hari ni?

dah 3 hari tak buka blog..

orang exam final la katakan..hehe


setelah beberapa hari bertungkus lumus membaca sampai rasa nak terkeluar biji mata..

akhirnya,hari ini tamat sudah exam..

lega sangat!

xkiralah boleh atau tak boleh jawab tu..sudah belakang kira..hehe

belajar 3 tahun..exam masuk 4 soalan je..

ha..mahu tension baca banyak2 tapi keluar soalan 4 je..kan?

punyalah bertambun2 nota..

macam2 posisi  dah untuk habiskan baca nota2 tuh..

terfikir gak aku, kenapalah aku p tulis nota banyak2,kan dah jadi banyak nak baca?

tapi..yang penting lagi sekarang..

packing bag untuk balik kampung untuk 2 hari...

nak makan puas2..duk hostel asyik lapar aje..hehe


siapa nak ikut aku balik Terengganu sila angkat kaki..








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 4, 2011

sila buat macam ni (pop up window comment)


hai semua..

aku rajin gak nak blogwalking dekat blog2 lain..

banyak blog baru yang aku jumpa..
rajin gak nak tinggalkan comment..tapi,dah la lama tunggu page tu..

pastu ada verification lagi..

malas nak tunggu,then aku close je page tuh!!

ha..korang dah rugi..

nak senang,buatlah pop up window comment 

bagi sesiapa yang masih tak tau nak buat pop up window comment ni..

meh nak ajar..

1. Log in > Dashboard > Setting

2. Pastu, Clik pada tab comment .

3. Cari Title yang ini . (Comment Form Placement )


4. Tick kan pada 


5. Save Settings .

dah siap!! pastu korang view la..tengok jadi ke tak..

kan lebih senang..>_<

 


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE