Monday, February 10, 2014

I'm A NURSE...SO??


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

“swasta memang la best layanan dia sebab tu la mahal. Kalau kerajaan ni kan murah, so layanan macam pelacur murahan. Semua staff-staff nurse kerajaan ini memang dah macam pelacur murahan!!”

Astagfirullahalazim..menitis air mata membaca hasil tulisan Ryutaro Ken di Facebooknya..Dan dek kerana kebiadaban ayatnya tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak terutamanya kami yang bergelar jururawat..sangat-sangat sedih membaca kenyataan Ryutaro..Entah apa kenangan buruk yang telah dilaluinya sehinggakan tergamak menggelar kami ni macam pelacur murahan.

Blog Arra Ahmad ni aku buat kerana aku menyanjung tinggi profession jururawat..tak kira swasta ataupun kerajaan..tugas kami adalah sama..adakah kami dibandingkan hanya kerana bayaran yang dikenakan di hospital kerajaan murah?? tahukah mereka-mereka yang diluar sana berapa banyak subsidi kerajaan bagi untuk merawat anda semua dengan harga RM1??

Tahukah mereka diluar sana bagaimana kerja kami sehari-hari?? kami mencuci kencing dan berak orang tua yang anaknya tak masuk dekat pun.Kamilah yang suapkan makanan kepada insan-insan yang anak-anak dan keluarga tak pernah datang melawat pun..Kami menjaga mereka yang tak diterima oleh keluarga sendiri pun..sedangkan kami??

Majoriti jururawat di Malaysia adalah perempuan dan of courselah mereka mempunyai keluarga yang harus dijaga.kami jururawat tinggalkan keluarga bukan semata-mata kerana gaji..kami tinggalkan anak dirumah..kami tumpangkan anak kepada pengasuh...serahkan nasib mereka pada orang yang tak dikenali semata-mata ingin berkhidmat membantu orang sakit..boleh ke kami tidur dan rehat di rumah??siapa nak basuh kain baju kami? siapa nak jaga anak kami? siapa nak masak??

Kami juga manusia biasa.kami juga perlu makan,kencing,berak dan tidur...kadang-kadang terpaksa lupakan hasrat untuk ke bilik airpun untuk dahulukan anda semua...Ada juga anak-anak yang mak ayahnya masuk ke wad dengan sombongnya mengarah jururawat melakukan itu ini...malah menyalinkan pampers untuk mereka sedangkan yang datang melawat memang boleh dikatakan keliling katil...bila diminta untuk tunggu sekejap..mula sahaja membuat aduan kerana bayaran murah..jadi,memang kami boleh diarah sesuka hati kan??

Ada satu kes yang mana seorang pesakit perempuan yang tidak mahu dibawa pulang kerumah walaupun dah dibenarkan pulang hanya dengan alasan belum baik sepenuhnya..Anaknya berkata:
" saya mahu dia sembuh 80% baru hantar dia balik rumah"

Tapi batang hidung seminggu sekali pun susah nak nampak dia datang melawat..Sungguh sombong!!
Sehinggakan apabila pesakit tersebut dibenarkan pulang kali kedua,dia menangis!! ya,dia menangis! katanya tiada siapa yang menjaganya sebaik dijaga jururawat..Adakah kami masih pelacur murahan??

Dan untuk pengetahuan anda semua,Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu terutama di hospital yang mengalami kekurangan staf..bekerja 8-9 hari berturut-turut adalah hal yang selalu dialami..cubalah anda semua bayangkan sendiri..hari raya pun kami kerja.pakai baju raya warna putih!!

Jangan hanya kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..mungkin ada jururawat yang suka buat hal tetapi tak semuanya sama..Bila anda sakit,kami juga yang menjaga melainkan anda lebih percayakan bomoh..Doktor memang bagi arahan tapi selalunya kami yang buat semuanya..we work as a team.buka fikiran cuba fikir positif..

Kepada Jururawat di Malaysia,Tabahkan hati..betulkan niat anda.semoga suatu hari nanti Allah tunjukkan kepada mereka yang benci kepada insan bernama jururawat ni macam mana kita sebenarnya.
Dan jika mereka masih begitu,serahkan kepada-NYA..hanya Allah sahaja yang tahu.

Give as much as you can, but don’t allow yourself to be used.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

6 comments:

  1. Bila kita lahir, jururawat yg menyambut kelahiran kita. Bila kita sakit ketika kanak-kanak hingga dewasa, jururawat yang merawat kita. Bila kita sedang bertarung dengan maut, jururawat yang sibuk melihat nadi kita..Seumur hidup jururawat adalah sahabat kita...

    Paham sangat2 keluhan Arra, sebab isteri saya juga seorang jururawat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Banyak-banyak bersabar ye Arra... pekerjaan jururawat ni adalah kerja yang mulia...

    ReplyDelete
  3. ish x baiklah dia buat status mcm tu.. swasta x ramai org boleh la lyn sebaiknya.. tp kjaan ni ramai.. bkn blh dpt puaskan hati smua pihak pun... nurse pun ada hati perasaan, tau penat jugak..sabar jelah arra.. asalkan arra tahu tggjwb arra sebagai nurse... pedulikan kata2 hinaan org tu.. jadikan semangat utk arra lebih maju.. bkn utk downkan arra.. ok...

    ReplyDelete
  4. hmm..kdg2 xphm kenapa ada org2 yg suka2 hati bercakap, menghina, melebel orang tanpa berfikir sesaat pun..taksub dgn diri sndiri kot...sbr je la

    ReplyDelete
  5. begitulh hakikatnya... sama juga dgn kisah cikgu... sabar ajelh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE