Tuesday, December 3, 2013

Hospital jadi rumah kebajikan




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sesi kerja petang aku habiskan dengan mengeluh!!
alahai..aku mengeluh bukan sebab apa..aku mengeluh sebab attitude sesetengah waris pesakit...

Ada seorang pesakit cina..umur dalam 50-60an. Doktor dah bagi balik pagi tu..tapi waris tak nak bawa balik sebab tak ada orang nak jaga kat rumah katanya...tapi aku tengok diorang boleh pula datang melawat...waktu bukan untuk melawat pula tu..kadang-kadang pukul  3pagi pun diorang datang..

Pelik.pelik...pelik anak-anak zaman sekarang..sudahnya kami misi-misi ni lah yang menjaga pesakit umpama di rumah kebajikan..oh!! tak nak balik ya untie...tak apa,kami jaga!! dah tak nama hospital dah..
Dia tak tahu,duduk di hospital boleh buat dia lagi sakit...

Dan petang tu.boleh pula anak dia minta nak pakaikan balik CBD (wayar kencing) aduhaiiii...tak tahu ke benda alah tu bahaya?? boleh masuk kuman...puas aku terangkan..last-last tak dengar juga..bila dah geram..aku cakap..

"esok cakap sendiri dengan doktor,kalau dia bagi baru boleh masukkan"

Dan..untuk pengetahuan diorang ada bibik ape?? tak ada orang nak jaga kat rumah..pelik lagi!!

Lepas ni tukar...hospital adalah rumah kebajikan...

p/s: jangan buat mak ayah korang macam ni...


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

1 comment:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE