Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Betullah kata orang..setiap kali kita
mengandung,pengalamannya adalah berbeza.Bagi aku..mengandungkan Irfan dulu
amatlah mudah..dari awal sehinggalah
tiba masa bersalin..morning sickness pun tak lama dan teruk.sekadar demam
diawal-awal sebelum tahu aku mengandung sahaja..
Sakit untuk bersalinkan dia pun tak sampai 5 jam..mula sakit
jam7pagi..jam10:30 pagi dah bersalin..itu pun masa mengandung 7bulan.
Bagi anak ke 2 ni agak berbeza..asyik keluar masuk hospital
je..pOnat den tau…sampaikan ambil cuti bersalin awal..yelah,mana tau
tengah-tengah kerja dibuatnya rasa nak terberanak kang naya..hehe..walaupun
kerja dekat hospital,aku kalau boleh nak elak bersalin di hospital
sendiri..hehe
Pada minggu ke 28 aku masuk wad sebab reduced fetal movement..masuk
sehari je..aku dah pernah cerita kat blog…Sini
Kali kedua pada minggu 32 sebab ada contraction plus dah ada
bukaan 1cm..masuklah duk dalam wad tu dua hari..siap kena cucuk IM Dexa lagi
untuk matangkan paru-paru baby in case terbersalin hari tu juga..sakitnya Tuhan
saja yang tahu kena cucuk tu..aku juga kena buat Tocolysis untuk kurangkan
contraction..Dan disebabkan itu…Blood pressure aku jatuh merudum.hehe
Selepas 2 hari contraction dah hilang..dan aku boleh balik rumah..
Namun,contraction selepas itu ada aje tapi tak regular..so,aku
buat-buat tak kisah je..pergi kerja macam biasa..aku mula cuti seminggu sebelum
raya…dah tak larat menahan sakit..aku balik kampung ke Terengganu..sambil beraya
dan teruskan cuti bersalin mula 10 hb8..due aku 16hb 8.
Pada 14 hb 8 aku rasa baby tak gerak..Alamak sudah! Dia buat lagi..takpelah takde
contraction..aku biarkan sampai malam tu.hanya 2 kali dia duk
cuit-cuit..last-last buat keputusan nak pergi check..so,aku ajak la kakak aku
pergi Hospital Setiu..
Pergi sana Doktor minta buat CTG..dan dekat CTG tu nurse kata
ada contraction 3:10:30..tapi kenapa aku tak rasa sakit pun??Nurse pun
hairan..agaknya dah lama sangat aku menahan sakit sampaikan dah imun..hehe
Bila doktor datang dia buat VE (vaginal examination)..tup-tup
katanya dah buka 3cm..masa tu aku agak happy sebab dah nak bersalin kot..tak
sabar weh sebab sakit dah lama..tak
larat..hehe..lepas tu Doktor kata baby aku ni berada dalam sleeping
pattern,so…masukkan hartmann 1 pint..
Tapi disebabkan baru 3cm,dia hantar ke wad dulu..5-6 cm baru
datang labour room balik katanya..sempat mesej MrPPP..cakap dah bukak 3 cm..dia
pun buat keputusan nak balik..dari Johor..dia dah kena keja so,memang stay kat
sana..malam tu memang perut aku sakit sangat..sampai guling-guling kat
katil..hinggalah tertidur..
Pagi esoknya dah elok sikit..tetapi bila pergi toilet,ada
keluar darah dan lendir..mungkin kesan VE semalam fikir aku..Doktor kata nak kena duk dalam wad lagi
sehari bila dia buat CTG,hasilnya sama macam semalam..hari due aku..16hb 8 aku
dibenarkan balik..frust juga sebab tak jadi bersalin..
Sampai sekarang ,belum lagi rasa nak beranak..hari-hari duk pujuk
baby suh keluar awal-awal..Mr PPP dan Irfan dah balik Johor siang tadi sebab
esok dah mula sekolah dan kerja..tinggallah aku sorang-sorang kat kampung menunggu
bila agaknya baby ni nak keluar..
penat hana membaca entri ni.penat hana,, penat lagi arra kan. hehe
ReplyDeleteSakit ye kak mengandung dan melahirkan ni.. saya xkawin lagi. Tapi saya bercita2 nk anak 7 org. Agak2 lalu ke nanti eh.
ReplyDeletetahniah kak, lega dah kan bila babycdah keluar, akak ersalin normal ke?
hehe.blh je..kalau larat.:) akak dua2 bersalin normal.
Delete