Monday, July 29, 2013

Dia tahu apa yang terbaik



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ini adalah satu nukilan seorang teman yang bila dibaca memberi seribu satu erti...aku kongsikan dengan korang..

Pada asalnya,saya tidak berhasrat mengambil bubur lambuk yang diagih percuma itu.bukan kerana terlalu berkira untuk memberi pahala pada insan yang bersusah payah sepanjang proses penyediaan dan pengagihan,tetapi saya mesti cepat balik ke pejabat.saya ada kerja yang perlu disiapkan sebelum memikirkan tentang juadah berbuka.apatahlagi selepas saya ditunjukkan lorong yang salah - laluan untuk jemaah lelaki mendapatkan bubur yang menyebabkan saya disergah.tapi saya ambilnya juga,untuk puaskan hati pak cik yang beria-ia menahan saya di laluan hadapan masjid.sedang saya merenung bubur lambuk di tangan,memikirkan adakah ia mengandungi bahan yang mungkin boleh sebabkan alergi saya menyerang,seorang pak cik lain menyapa saya,dan berkata dia mahu berikan saya sebekas lagi.saya ke pejabat dengan dua bekas bubur.alhamdulillah.


..ketika pulang,di hentian bas,seorang mak cik bertanyakan saya tentang bubur yang saya bawa.rezeki dia.lagipun,bubur saya asalnya satu sahaja.dan dalam bas pula,di hadapan saya adalah mak cik yang rabunnya agak kritikal,sebab dia mencari cari tiket yang memang ada dalam tangannya.saya tanyakan,adakah dia berpuasa.dia puasa.rezeki dia.lagipun,bukankah saya pada asalnya tidak berhasrat mengambil bubur tadi?


..kita sering mempersoalkan,kita tiada apa apa untuk disumbangkan pada orang lain sedangkan kita tak akan pernah memiliki apa apa pun.semuanya milik Dia.kerana dalam apa jua keadaan,kita hanya sebagai salah satu cara Allah swt memberikan rezekinya kepada orang lain,sama seperti yang berlaku kepada kita.sebagai seorang yang sangat banyak terhutang budi dengan orang sekeliling,perkara ini tidak memerlukan eksperimen kerana ia berlaku sepanjang kehidupan saya.


..saya bersyukur dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada dua pak cik yang memberi saya bubur itu.saya fikir mereka juga akan gembira jika mengetahui bubur itu menjadi milik orang yang lebih memerlukan.insyaAllah,kalau ada jodoh saya dengan bubur itu,petang esok lusa kalau panjang umur,sampai juga ke meja saya.insyaAllah.apa yang ditulisNya untuk kita adalah yang terbaik.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE