Thursday, March 14, 2013

Dosa Meninggalkan solat Jumaat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
sumber: ohislam

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

12 comments:

  1. Jom solat jumaat...Semoga keberkatan mengiringi kehidupan kita bersama.. Amin

    ReplyDelete
  2. wahai kaum2 adam... janganlah meninggalkan solat jumaat ek...

    ReplyDelete
  3. GOOd for sharing..boleh beritahu dekat kwn2 yg suka curik2 tulang ni

    ^_^

    salam blogwalking

    http://thewonderingmastikus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. betul tu. pelik dgn lelaki yg tak pegy solat jumaat.

    ReplyDelete
  5. Pernah juga tertinggal ketika sakit....

    ReplyDelete
  6. kita bako je mereka yg xpegi tue...hihi

    ReplyDelete
  7. Jumaat sekali seminggu pun ada yg malas nak pi.. pastu bukannya kena solat dari pagi sampai malam.. 1 waktu je pun. Moga kaum adam terbuka hatinya mana yang malas sokmo nak pi tu. hehe.. chaiyok kaum adam chaiyok. :)

    ReplyDelete
  8. harap2 lepas ni ramai kaum adam yg terbuka hati melaksanakan kewajiban terhadap Allah..

    ReplyDelete
  9. terima kasih... smoga kita terus kuatkan iman dan taqwa kita..

    ReplyDelete
  10. Diharapnye kaum adam taat kepada suruhan Allah SWT...Aminn.

    dan kaum hawa juga..solat dirumah walau tak dapat ke masjid..heee

    ReplyDelete
  11. salam, saya tag awak

    http://belogsaye-echa.blogspot.com/2013/03/1-giveaway-by-ara-craft.html

    ReplyDelete
  12. Malu ja kaum sejenis ada yang xpergi smyg jumaat.. Huh

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE