Suasana di Eye Clinic hari itu agak sesak dengan klien-klien yang datang untuk memeriksa mata..sudah semestinya lah mata kerana Eye Clinic..kan?hehe
Tugas aku hari itu untuk memeriksa tekanan darah dan paras gula dalam darah..agak penat juga kerana tiada pembantu..aku kesana kemari seorang diri..hanya beberapa ketika sahaja pelatih PPP datang menolong..
Seorang demi seorang klien aku panggil untuk diperiksa..macam-macam ragam kerana ada yang tidak sabar minta diperiksa..ada juga yang terlalu ‘excited’..tetapi aku terus juga melakukan satu-persatu kerja yang diamanahkan kepada aku..walaupun ada juga yang tersilap tetapi aku perlu cepat belajar dan berani..perlulah sebab nak ‘sound’ nama depan orang ramai…aku takut! Hehe.
Namun,ada juga yang menyentuh hati dan sanubari aku pada hari itu..keadaan itu adalah apabila seorang klien..matanya tidak dapat melihat..langsung tidak dapat melihat aku dihadapan..hanya bayang-bayang sahaja katanya..
bukan…bukan itu yang aku nak cerita..
Cerita disebaliknya ialah aku membantu mak cik itu dengan memaut tangannya ke lengan aku sebagai bantuan untuk berjalan ketempat pemeriksaan seterusnya..cukup kemas pelukan tangannya..fikir aku dia bimbang terjatuh kerana tidak dapat melihat…tetapi…
tiba-tiba dia bertanya dengan loghat Kelantan “mek..anok mok cik ado wak laki sore..mek nok jadi bini dio dop? Mek ni misi baik”. Maksudnya..makcik tu cakap yang dia ada anak lelaki dan Tanya samaada aku nak kahwin dengan anak dia tak sebab aku ni nurse yang baik..
terkedu aku seketika..namun,pantas aku berkata kepada makcik tu..yang aku dah pun berkahwin dan aku ikhlas membantu dia..
aku pulang ke asrama dan bercerita pada ‘roomate’ aku tentang itu..
kata ‘roomate’ aku ni.. ‘nurse ni kerja mulia..kalau kita ikhlas,kebaikan yang akan datang pada kita’
ya..dan aku mula menyedari yang hati seorang nurse akan puas apabila dapat berbakti kepada pesakit..sehingga pesakit yang sakit itu pulang kerumah dalam keadaan sihat..^_^
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.