AMARAN!!!!
tajuk diatas tiada kaitan sedikit pun dengan apa yang akan aku ceritakan ni..
.
.
.
.
.
.
.
Tubuh itu terbaring lagi dikatil apabila aku mengambil alih tugas sebagai student management pagi itu..
dalam hati aku tiba-tiba merungut..’macam mana nak sponging(mandikan) dia hari ni? Badan dah la besar’.berat badan lebih 200KG..berbanding dengan berat aku…45KG!! isk…
Tetapi..bila aku sedari yang memang tugas aku untuk pastikan pesakit selesa..aku gagahi juga melakukannya bersama beberapa orang junior aku.tunggang terbalik tubuh besar itu kami gulingkan dengan sedikit upaya dari pesakit itu sendiri.
Masih aku ingat pertama kali aku melihat pesakit itu masuk ke wad,dia masih boleh duduk dikatil..berbeza dengan keadaan sekarang..dia letih lesu,tidak mampu nak melakukan aktiviti harian sendiri walaupun mengangkat kakinya!.
Pesakit itu tidak ditemani sesiapa..mungkin kerana dia terlalu manja walaupun telahpun berumur 42 tahun..segala aktiviti mengharapkan orang..selalu sahaja dia memanggil sesiapa sahaja yang lalu dihadapan dengan pelat CINA..’misi..misi…tolong IN..’ IN yang dimaksudkan ialah tarik kakinya supaya diletakkan berdiri..supaya dia boleh goyangkan lutut ke kiri dan kekanan..
tak sampai beberapa saat berpaling..’misi..misi…OUT..nak lurus’… dan begitulah sehingga habis shif berkerja selama 8jam..
Pernah dia berkata kepada aku..
’kalau I dah boleh berjalan balik..i nak bagi u all hadiah..nak bagi buah..u all misi ni baik..’.
ya! masa itu..harapan aku supaya aku boleh tengok dia balik dengan berjalan kaki..dengan sihat.
Apabila tengok physiotherapy dan occupational therapy datang ajar dia melakukan aktiviti sendiri.. sungguh tinggi harapan aku agar dia cepat sembuh.dapat berjalan menggunakan walking aid pun dah cukup.
Uncle Teng Seng Giap,semoga satu hari nanti dapat jumpa uncle lagi..bukan di Hospital tetapi di lain tempat..kami nak hadiah kami…semoga cepat sembuh..^_^
you should post out dis on your fb... should spread n let others read n know our hope in dis nursing field..
ReplyDeleteyou should post out dis on your fb... should spread n let others read n know our hope in dis nursing field..
ReplyDeletewaaa..sedih lahh cite kau tuu..
ReplyDeletearap2 dy dpt bejalan semula..nnti kau dpt adiah buah kn...pehh nice one =)
uncle Teng Seng Giap telah meninggal dunia setelah beberapa bulan berada di hospital..Takziah utk familynya.
ReplyDelete