Friday, February 18, 2011

Kenapa TUHAN beri kita ujian?




Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T, 
orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

Firman Allah, maksudnya:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

sesungguhnya orang yang sabar diberikan ujian diberi ganjaran yang lebih lumayan..

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi 

f. Disenangi orang lain

sabar itu separuh daripada Iman.Jadi bersabarlah kita dengan ujian dari-NYA..
Buktikan keimanan kita pada-NYA 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

7 comments:

  1. salam dear..terima kasih untuk post ni~ :)

    ReplyDelete
  2. sabar sepruh dari iman... separunhye lagi?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ujian tue la yg mematangkan kita.. btul x?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam...Tuhan sayang kepada hambaNya...

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum, semua insan di muka bumi ini ada pencipta nyer dan topik ini terbaik

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE