.

Sunday, September 30, 2012

Mak selalu maafkan aku...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sebenarnya aku letih..nak buka blog pun rasa tak larat.tapi gagahkan diri juga untuk update..yelah,sebab takut En Nuffnang merajuk pula nanti..

Malam ni malam terakhir aku kerja malam..dah dua malam yang lepas macam-macam hal yang berlaku dan juga menuntut kesabaran yang berpanjangan..kes-kes yang agak menuntut perhatian hingga menongkat mata dengan batang mancis agar tak tertutup..kah kah..(itu tipu...)

memang kebiasaan kerja malam hanya 2 orang staffnurse ataupun 1 staffnurse dan 1 Jururawat Masyarakat..dan yang wajibnya satu PPK.
sampaikan Pengarah asyik bertanya...betul ke u all kerja 2 orang je malam??
tak percaya agaknya...

Kepenatan lagi bertambah bila balik ke rumah..menguruskan anak yang seorang itu seorang diri..memandu sendiri..fuh!! kadang-kadang aku terfikir juga macam mana agaknya mak aku..ayah aku jaga aku dulu...tabahnya diorang! 
Mana taknya..bila tak bagi keluar rumah,dia keluar senyap-senyap.lepas tu kalau aku tidur...satu persatu barang dia angkut keluar rumah!

Bila disuruh mandi...sabun dan ubat gigi habis disepah-sepahkan...buat main..hadoi!! itulah budak-budak tengah membesar..nak marah pun tak dengar..kasi cubit sekali dekat peha baru dia diam...
Ada juga aku tanya dia..

"Dah tak nak duduk dengan Umi ke? tak dengar Umi larang pun??"

dia anggukkan kepala..nak katanya...
last- last aku yang mengeluh...sabar jelah..kadang-kadang telefon ke kampung...
tanya mak..macam mana mak jaga aku dulu..berlinangan juga air mata mengenangkan pengorbanan mak menjaga aku sehinggalah sekarang..mak masih ambil berat tentang aku..Aku banyak menyusahkan mak..tapi mak selalu maafkan aku..

Sejak mendapat anak yang pertama,aku tekadkan dalam hati..ingin balas budi mak yang tak putus-putus doakan kejayaan aku..sekarang aku tahu bagaimana mak rasa bila aku kecewakan mak..
betullah orang kata..kita akan dapat rasa apa yang mak rasa jika kita dah ada anak sendiri..

p/s: nak bawa mak tengok aku konvo minggu depan..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, September 28, 2012

Pembentangan Bajet 2013



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Masing-masing meriah sekali menunggu Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu bajet yang ke 5 sejak memegang jawatan menteri kewangan..ada yang mengutuk.ada juga yang mengharap.ada juga yang tak puas hati.macam-macam rasa kan? tapi kita perlu fikir positif...selagi dapat hidup aman damai di Malaysia ni..
syukurlah...
Menurut YAB Perdana Menteri,bajet kali ini ialah penerus tradisi untuk memakmurkan dan bawa kesejahteraan rakyat.

fokus 1: Merangsang Aktiviti Pelaburan
fokus 2 :  Memperkasa Pendidikan & Latihan 
fokus 3 : Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti 
fokus 4 : Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam 
fokus 5 : Mensejahterakan Rakyat 

Tema Bajet2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”


download teks ucapan >>sini..mulai jam 6.00 petang..Teks Ucapan Bajet 2013 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
tengok live >> sini

p/s: Bonus Sebulan setengah bulan gaji untuk penjawat awam pada Disember dan Januari nanti..Alhamdulillah..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wanita tertelan tikus


LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport. 
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.

“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.

Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.

“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.

“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.

“Mereka akhirnya memberi saya baucar �10 (RM50).

“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.
Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan.

sumber 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Jual Rakan yang hamil



KUALA LUMPUR: “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400,” kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.
Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.
Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, September 27, 2012

Trend bengkakkan dahi


LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.

Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.

Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.

Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”

Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jarum  itu memasuki dahi saya.. Ooh!”

Apabila masuk sepenuhnya, kesan jarum itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’

Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan meleleh pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang meleleh dari kepala saya. Saya dapat merasakannya meleleh.”

Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.

“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.

Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.

Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.

“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. - DM

sumber

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE