Tuesday, March 27, 2012

Loya tekak aku!




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

dua tiga hari lepas ada jumpa satu gambar dekat facebook..so,aku pun share lah..
ni ha gambarnya..


bekas ni dipanggil kidney dish.kan bentuk macam kidney kan....
tapi,kalau kidney dish ni sebenarnya tempat dia hanya di Hospital,klinik dan berkaitan dengan perubatan je..
bukan untuk dijadikan pinggan makan..

kalau aku la..duk bayangkan aje kidney dish ni aku letak apa masa dekat wad..
aku takkan makan nasik tu even kidney dish tu baru beli je kat supermarket (tak pasti ada jual kat situ tak.haha)

tanya la mana-mana nurse,doctor..diorang nak tak makan dalam bekas tu.
aku memang comfirm diorang tak nak..
sebab?? aku tak leh cakap...haha

melainkan....haa...
melainkan nafsu makan orang tu tahap tinggi..dah tak boleh control dah..
tahap kebulur..

aku nak makan???eiii.sorry..lapar pun aku tak nak..

p/s: makan dalam bed pan plak lepas ni..yerk!


Meet your new obsession

>>>klik iklan nuffnang juga





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Akhirnya di Pontian



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

27/3/2012 menyaksikan hari-hari terakhir aku dikampung..hehe..
tup-tup dah sampai Pontian dah..kejap je rasa walaupun jam 12 tengah malam baru sampai kat rumah abang aku.tu pun selepas abang aku dengan kakak ipar aku duk tidur masa bawak kereta..haha

semalam dah ngantuk sangat.lepas mandi terus terbongkang atas katil bertemankan teddy bear di segenap ceruk katil yang aku tidur..hehe..dari saiz besar tapak tangan hinggalah saiz sebiji bantal..

ada lagi 5 hari untuk bekerja..haih..penat aku menghitung hari.haha

okeh.nak cerita pasal Contest Doodle Anniversary pulak..penyertaan dah ditutup semalam ya.27/3/2012.sebarang penyertaan selepas ini tidak akan dilayan dah..

kemudian.bagi yang dah join tu..undilah doodle anda..DISINI..
bagi sesiapa yang nak pergi undi jom pergi undi sekarang sebab undi anda dikira hingga 15 April 2012 nanti..
pemenang akan diumumkan seminggu selepas itu..InsyaAllah kalau aku tak sibuk la..hehe

so,semoga korang-korang yang berbakat tu..jangan sia-siakan peluang anda..anda rasa doodle anda menarik..sila kempen untuk dapatkan undi..:)

p/s: jangan undi mereka je..tolong aku juga kat sini..terima kasih..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, March 26, 2012

Tanda wanita cemburu



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

wanita dan perasaan cemburu memang tak dapat dipisahkan..walau sedetik..perasaan tu akan hadir juga.
terutama apabila melibatkan insan-insan yang dia sayangi..

tapi,lelaki kadang-kadang tidak memahami bahasa yang ingin disampaikan oleh wanita..
dan kadang-kadang,ada juga yang sengaja buat tak tahu..

wanita pula seringkali bermain dengan bahasa isyarat dan juga perbuatan..jarang sekali yang mengucapkan
"awak,saya cemburu"

mereka selalunya akan membiarkan pasangan mereka tertanya-tanya dengan sikap mereka.dan berharap agar diri mereka difahami tanpa perlu menjelaskan sepatah pun.

jika bercakap di telefon,mereka lebih suka mendiamkan diri dan hanya menjawab "erm" .
itu tanda cemburu atau tidak berpuas hati...jika berhadapan..mereka lebih suka mendiamkan diri dan memalingkan muka ke arah lain..

seringkali memeriksa telefon bimbit pasangan mereka juga salah satu tandanya..tak salah!! cuma biarlah berpada-pada..
janganlah hingga pasangan merasa tertekan..
asal mesej masuk je nak check kan??

mereka juga suka menjejak pasangan mereka...ingin mengetahui kemana mereka pergi,dengan siapa..
dan kurang menggalakkan pasangan keluar bersama rakan..

sebenarnya cemburu ada juga kebaikannya jika mampu dikawal dan berpada-pada..
jangan terlalu mengawal kerana kelak akan memakan diri..

p/s: cemburu suami main kereta control..ahaks




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segment Jom Blogwalking by Farhana


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


kalau sempat blogwalking..hihi..tuan punya blog jemput.segan nak tolak..
btw,i'm Arra Ahmad
25 y/o
and a nurse

P/s: terspeaking la pulak..haha

 Undilah para peserta #bakatJoHaRa segera


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, March 25, 2012

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


jom join ramai2..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE