Sunday, September 7, 2014

Jururawat Ada Degree


Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Sedih sungguh dengan nasib jururawat yang sering dipandang hina hanya kerana pekerjaan yang dilakukan berada dalam  kategori "kotor". Siapa yang sanggup nak cuci berak orang..ye dak? Mungkin pada pandangan orang ramai,jururawat hanya sama level dengan amah/orang gaji mereka.
Jauh disudut hati,merasa amat terkilan dengan pandangan orang yang boleh diibaratkan susu dibalas tuba..kacang lupakan kulit..mana tidaknya..yang menjaga saban waktu hanya jururawat tetapi jika pesakit sembuh,doktor yang dipuji-puji.

Namun,apa yang mereka tak sedar.. Kebanyakan jururawat sekarang bukannya lepasan SPM. Ramai diantara mereka ada degree tetapi tidak dibezakan dengan pakaian putih mereka itu..kebanyakan orang langsung tidak sedar wujudnya ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan tersebut dek kerana tugas mereka yang sama dengan jururawat yang memegang tahap diploma. Tapi, mereka jarang merungut..sebab memang dah tugas mereka untuk merawat pesakit.

Yang buruk pasti ada...umpama beras sekampit..yang dimakan bubuk mungkin hanya sedikit tetapi yang elok masih banyak..namun yang dipandang dan dicemuh tetap yang buruk sedikit itu..
Begitulah juga jururawat...


Tapi mengikut survey yang dibuat aku sendiri keatas pesakit..menantu yang menjadi pilihan of course yang bekerja jururawat sebab mereka lebih mengetahui cara nak menjaga ahli keluarga mereka..dihospital mereka lebih kepada nursing care iaitu menjaga keperluan asas pesakit..sama yang dilakukan dirumah..cuma apabila bekerja,lebih kepada management disamping nursing care tersebut.

Oleh itu,jururawat tidak sepatutnya dipandang rendah..walaupun kerjaya bukan dalam kategori profesional,mereka harus juga mendapat penghargaan dan dihormati..bukan semata-mata kerana pangkat..Dan pada pendapat aku,menyambung belajar untuk menjadi jururawat berdegree sepatutnya  perlu diketengahkan lagi agar lebih ramai jururawat diMalaysia mempunyai tahap pendidikan yang sepatutnya..

Semoga dengan adanya peluang tersebut,mampu menaik taraf tahap kesihatan rakyat Malaysia dan sekaligus menaikkan nama profession kejururawatan..

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. alahai npe ni? ad kisah sedih ke disebalik artikel ni?sbr ywr

    ReplyDelete
  2. Sekarang bukan saja jururawat yg ada degree, kerani (Pembantu Tadbir) N17 mempunyai degree pun dah jadi perkara biasa. Maklumlah sekarang susah dapat kerja, nak harap jawatan berdegree bukan mudah... Yang paling ironi, kerani bawahan ada degree, tapi Ketua Kerani pula cuma ada SPM. Tapi itulah realitinya, rezeki masing-masing tak sama.
    Dulu saya pernah jadi panel interview jawatan bawahan KKM, termasuk pemandu, PAR dan PPK. Ramai juga (lebih dari 10 orang) mereka yg datang temuduga mempunyai degree. Masa isi borang permohonan mereka tak isytihar ada degree (kerana takut tak dapat kerja kot), tapi panel melihat keputusan SPM mereka tersangat baik, mesti mereka belajar lebih tinggi. Bila ditanya akhirnya mereka mengaku ada diploma dan degree. Jadi jangan pandang rendah kepada mereka berjawatan rendah kerana sekarang kelulusan akademik tidak menentukan di mana gred seseorang itu berada....

    ReplyDelete
  3. ni kes yang kat FB tu ke ek? ramai jururawt ada ijazah sekarang ni, yang ada sijil/ diploma diminta upgrade kan

    ReplyDelete
  4. Terdapat jururawat yang tidak mempunyai kelayakan perubatan diberikan kerja untuk membantu memulihkan pesakit, mengambil sampel darah dan dalam beberapa kes biarkan mereka menjaga keseluruhan wad.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE