Thursday, May 31, 2012

Tahu tapi tak buat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



p/s: aurat bukan urat!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Allah ada bersama kita




Bila kita merasa keseorangan kerana bekerja seorang diri,
bila kita merasakan ianya susah kerana tak reti,,
bila kita merasa beban itu berat sekali dipikul seorang diri,
bila kita merasa semua kesalahan ditujukan kepada kita,
bila kita merasa dipinggirkan kerana ketidakbolehan kita..tabahlah..



kerana satu hari nanti.kita mungkin berada diatas..hanya memerhati..
kerana satu hari nanti kita mungkin tidak keseorangan lagi
kerana satu hari nanti kita mungkin tak akan buat salah lagi..
kerana satu hari nanti kita mungkin tidak akan dipinggirkan lagi..





#Allah ada bersama kita~

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, May 30, 2012

ww: Evidence Act 2012



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



kredit: shafuan


p/s: takut nak berblog..kesalahan berblog diambil tindakan.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Gila Cerpen dan Novel online



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sejak kebelakangan ni aku sangat banyak menghabiskan masa untuk membaca novel-novel dan cerpen online.selalunya dekat penulisan2u lah..kat situ banyak cerpen dan novel best.
sebenarnya nak jimat wang dan masa...tak perlu beli dan keluar untuk beli semua tu..hehe

Dari dulu suka baca Novel...tak kira lah dari mana..Alaf 21 ataupun Prima..semua bedal...
yang paling terkesan dihati Novel hasil karya Liana Afiera Malik.."Bukan Puteri Lindungan Bulan".
watak Larasati membuatkan aku merasa lebih bersemangat...tabah...
sebab tu Nama aku Arra..sedikit sebanyak terikut-ikut watak Larasati..

Apapun..nama itu adalah pemberi semangat..aku tetap berbangga dengan nama sendiri! hehe
Dan..sekarang..dah tak ada masa nak pergi kedai.cari novel-novel baru..
masa yang ada suntuk-suntuk untuk diri sendiri dan juga keluarga.

Kadang-kadang, balik kerja aku tidur...bila dah bangun..akan bersiap-siap untuk pergi kerja balik..sangat bosan! tak ada masa untuk diri sendiri.bersenang lenang seperti orang lain.Dan aku bernasib baik lagi masih ada masa sedikit untuk berblog..kalau tak..blog aku ni tah bagaimana rupanya..

Dan kalau korang nak ikut membaca Novel online..jom!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, May 29, 2012

Gelak Tergolek



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


pernah tak korang baca buku gelak tergolek??
agaknya kalau korang baca.rupa korang camana ya?haha

serius aku pernah baca buku ni...
memang gelak sampai keluar air mata..

korang-korang yang ada masalah untuk senyum tu aku galakkan korang
beli buku ni..
memang lepas ni korang tak boleh tutup mulut sebab sengih aje ya..hehe

GELAK TERGOLEK memaparkan kisah mamat sengal bernama Rahman yang menyulam cintanya dengan kekasih hati, Maimun.Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum berjaya mendirikan rumah tangganya dengan Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya. Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

"Aku terima nikahnya Siti Maimun Binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai.. " - Rahman


"Tiga puluh ringgit! bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat" - Tok Kadi


nak baca??

p/s: tajuknya pun dah kelakar...ye ke??


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, May 28, 2012

Awak Memang Sempurna!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Ayuh teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.

Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.


Penuh Pengertian
Sikap pengertian membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan lain-lain.Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, gadis yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan,sebaliknya cuba mengerti bait persoalannya.


Menghargai
Berbeza dengan perempuan yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai. Saat dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi.


Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah setiap gadis menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Tatarias yang baik mencerminkan perempuan tersebut menghargai dirinya.Jika ditakdirkan suatu hari nanti pasangan tersebut akan menjadi teman hidup, tidakkah si jejaka mahukan seorang yang boleh menjaga diri serta temannya juga?


Pandai Berbicara
Gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual merupakan ciri-ciri yang membuatkan lelaki tertarik! Meski topik perbualan yang disukai berbeza, namun sang dara tetap berupaya mengimbanginya.Dengan kata lain, menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Jika gadis itu seorang yang pandai berseloroh lantas boleh menerima jenaka dengan baik, tentunya dia melengkapkan ciri-ciri impian si kacak.


Keanak-Anakan
Dalam batasan yang wajar, sifat keanakanakan menjadi sesuatu yang menarik dimata lelaki. Malah tidak dinafikan lelaki akan berasa terhibur dengan keletah kaum hawa.Namun para gadis perlu tahu, sifat keanakanakan bukannya sifat yang terlampau mengada-ngada tetapi ia lebih pada sisi yang menyenangkan serta mencuit hati.


Menghormati Diri Sendiri
Gadis yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk perlakuan seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang diinginkan dan mengelak sesuatu yang dirasakan perlu serta dalam masa yang sama tetap menjaga maruah dirinya.


Simpati dan Prihatin
Seseorang yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,menyayangi kanak-kanak dan tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri yang paling utama di dalam senarai setiap lelaki. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman yang termaktub dalam dirinya tersergam indah dan cukup jelas untuk dilihat.


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Para gadis dengan ciri-ciri ini memperoleh lebih nilai di mata lelaki. Mengapakah iamenjadi pilihan lelaki? Ini kerana mereka tahu peranan tatkala berhadapan dengan orang yang lebih tua dan berperangai mengikut suasana, selain mudah diajak ke mana sahaja serta tidak kekok berada di bandar mahupun kampung.

Oleh: EDITORIAL REMAJA
Tarikh: 21 Februari 2012



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuduh remaja perkosa adik sebelum samun




GOMBAK: Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal memintas dan mengarahkannya berhenti.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang ketakutan akur arahan mereka.
“Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian itu.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka dengan gadis yang didakwa dirogolnya,” katanya.

Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu dicederakan.
“Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun. Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya keseorangan,” katanya.
Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Bloglist aku mana??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

wah!!! banyak weh...segmen-segmen yang mencari bloglist..hehe
aku kan,sebenarnya tak berapa rajin nak join sebab..tah la..bagi aku la kan..
Bloglist tu sebenarnya list blog yang kita nak baca..

kalau blog tu tulis tah pape..kita pun tak nak baca kan.
so,aku menambah blog dalam bloglist aku melalui blogwalking.aku rasa blog dia best..aku masukkan dalam tu..

dan...selalunya blog yang aku masukkan tu akan kekal je kat situ kecuali korang dah berzaman tak update blog...aku nak baca apa kan.so,dengan rela hati aku remove blog korang..hehe

kat mana bloglist aku tu??
kat sini la.. banyak kan?? hehe
sebab tu aku asingkan..banyak nau blog yang hebakk
kan..kan??

nak tengok yang lagi hebakk???
sini sini>>>TEKAN


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Blogger yang memberi inspirasi untuk menaip???hehe
bukan satu...




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Yang disangkakan batu adalah..



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Beberapa hari yang lepas..aku ada cerita pasal Hantu Puyala..
macam-macam reaksi aku terima.sampai ada yang hantar email tanya betul ke wujud Hantu Puyala ni..haha

Sebenarnya.cerita tu rekaan mak aku kot..dia sebenarnya nak ceritakan moral yang dekat bawah tu,tapi aku tak sure la pula Hantu Puyala tu wujud..

Hari ni nak cerita kisah lain pula..

Zaman dahulu...cerita pasal pasangan yang baru kahwin...

Pada suatu malam...si suami sakit perut..
lalu pergi la buang air besar dekat tandas belakang rumah...
kebetulan la dekat tepi tandas tu ada tempayan isi buah petai jeruk,.

lalu,dia fikir..alang-alang tunggu lama masa buang air..baik dia makan buah petai jeruk tersebut sebab tu memang favourite dia..
satu demi satu dia makan sehinggalah tangan dia melekat di mulut tempayan sebab tempayan tu jenis mulutnya kecil..jadi,tangan dia tidak dapat dikeluarkan..

si suami yang panik naik ke rumah dengan membawa tempayan yang melekat di tangannya..lalu diceritakan pada si isteri..
si isteri dengan selamba mengatakan bahawa ada batu besar depan rumah..so,dia suruh si suami pecahkan sahaja tempayan tersebut..

si suami pun keluar dari rumah dalam kegelapan dan ternampak benda berkilat di atas beranda rumahnya..fikir dia itulah batu tersebut..lalu..diangkatnya tinggi tangan yang ada tempayan....

"hiargggggggghhhhhhhhhhh"

"kelepukkkkkkkkk.............prannngggggg!!!!! " bunyinya.

dan dengan tiba-tiba..berdiri seorang manusia...berlari-lari masuk kerumah sambil berkata dengan kuat...

" Hujan tak ada,ribut tak ada...petir menyambar.....Aduhhhhhhhhhhhh"

Rupa-rupanya yang disangkakan batu adalah kepala bapa mertuanya yang tidur di beranda..yang berkilat itu adalah kepala bapanya yang tak ada rambut yang disinari cahaya bulan!


p/s: menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..jangan makan jeruk petai masa tengah buang air..eawww...pengotor!!






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

SEGMEN: SAYA SUKA BLOG DIA by Sandra



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


segmen sandra..

blog kegemaran?? sebenarnya banyak giler!! hehe
sampai tak sempat nak blogwalking..
semuanya suka..
salah satunya blog Aida
sangat suka blog aida sebab kaler hijau.menenangkan..
lagi sebab Aida yang designkan blog aku ni..
tak tukar-tukar lagi dah..dah selesa cenggini..hehe

update dari Aida juga sentiasa aku baca..suka cara penulisan dia...

tag??
will tag sambil blogwalking..hehe..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, May 25, 2012

Hantu Puyala....



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

ini kisah zaman kanak-kanak aku..dulu masa aku masih lagi kecil..bila tiba je elektrik tak ada..mak aku pun akan start dengan ceritanya..duduk sambil mengelilingi cahaya lilin..mak aku akan cerita kisah-kisah yang agak mencuit hati..that's why...i miss my mom bila saja black out!

kali ni aku akan kongsi cerita bertajuk 'Hantu Puyala'..haha..skemanya aku punya pendahuluan ek??

Zaman dahulu..seorang perempuan kampung yang pemalas telah berkahwin dengan seorang lelaki dekat kampung dia tu..

Pada suatu hari,mak mertua perempuan tu bawa balik peria dari kebun..katanya pada perempuan itu supaya buatkan kerabu peria..Tapi,si perempuan tu malas untuk membuatnya.jadi,dia berkata pada mak mertuanya yang dia tak makan kerabu peria..

jadi,mak mertuanya pun masak sendiri dek kerana terlalu nak makan kerabu peria.manakala si perempuan tadi hanya bersenang lenang sahaja.Apabila kerabu peria sudah siap..mak mertuanya tadi menyimpan sedikit untuk makan pada keesokan harinya.
dan lauk pada hari itu hanya kerabu peria..oleh kerana si perempuan tadi berkata dia tidak makan peria..dia hanya makan nasi berlaukkan jeruk petai.padahal dia sangat terliur dengan masakan mak mertuanya..

nak dijadikan cerita..malamnya.si perempuan tadi terasa amat lapar dan terliur dengan kerabu peria tersebut bangun dan mencari saki baki kerabu tadi dan terjumpa kerabu peria yang mak mertua dia simpan untuk keesokkan harinya..sampai licin dia kebas..

dan apabila mak mertuanya bangun esok hari..melihat kerabu peria yang disimpannya tidak ada..dia bertanya kepada anak dan suaminya..anak dan suaminya menafikan yang mereka makan,.mak mertua si perempuan tadi bertanya lagi pada menantunya itu..si perempuan itu menafikan dengan mengatakan dia tidak suka peria..

mak mertua si perempuan itu pun berkata..

" tak mengapalah...siapa yang makan akan tumbuh pokok peria melalui duburnya"

si perempuan tadi mulai kaget..

malamnya..si perempuan tersebut sakit perut..dan pergi ke tandas belakang rumah..di rasanya ada sedikit pucuk peria tumbuh melalui duburnya...dia mulai rasa takut..
si perempuan tadi naik dan mengemas bajunya untuk lari dari rumah...
dia turun dari rumah tanpa disedari sesiapa...pokok peria pula semakin membesar minit demi minit..

apabila hari dah cerah...pokok peria tersebut semakin besar sehingga menyebabkan si perempuan tadi tidak dapat bergerak...oleh kerana tidak mahu diketahui sesiapa dia bergerak ke tepi jalan..dan mendiamkan diri..

al kisahnya,lalu lah 2 orang Bangladesh...dan menjumpai pokok peria tersebut..lalu di kutipnya peria tersebut kerana terlalu eksaited menjumpai pokok peria dengan buah yang banyak..
apa lagi..si perempuan tadi menjerit kerana sakit..

"Aduuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhh!!!!!"

2 orang Bangladesh tadi ketakutan kerana pokok peria hidup dan bercakap...mereka lari sambil menjerit

" Hantu puyala..hantu puyala...hantu puyala...."


moral: jangan malas-malas dan makan orang lain punya..hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, May 24, 2012

Takkan lah pontianak??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni kerja petang..tak ada kerja sangat..so,belajar apa-apa yang patut dari senior..
dan asyik juga aku melayan bebudak student Masterskill yang praktikal kat situ..asal dari Sarawak diorang ni..
sebelum balik tadi..ada seorang budak tetiba datang tanya aku..

"Akak,apa itu nama hantu melayu yang ada paku dekat belakang tengkuk?"
tanya budak tu dalam slang Sarawaknya

" Pontianak kot" jawab aku..

Budak tu dan kawan-kawan dia cerita tentang mak cik pesakit yang keluarkan paku dari belakang kepala masa diorang nak buat ECG..

" Jadi,mak cik tu pontianak ke kak??"

aduh..dah meremang bulu roma aku.dah la malam jumaat neh..siasat punya siasat rupa-rupanya mak cik tu gunakan paku untuk sanggul rambut dia..hehe

p/s: malam jumaat takut hantu!!





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, May 23, 2012

Astro Raikan Kegemilangan Sudirman Hj Arshad


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Astro amat berbesar hati melancarkan kempen Aku Sudirman yang diadakan khas bertujuan memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali individu yang mendapat jolokkan Penghibur Milik Masyarakat dan Seniman Rakyat ini.

Kempen Aku Sudirman, telah menerima sokongan daripada SINAR FM sebagai radio rasmi yang disokong oleh ERA FM, rakan media akhbar Bahasa Melayu; Harian Metro dan The Star bagi rakan media akhbar Bahasa Inggeris.

Bagi menjayakan kempen Aku Sudirman, pihak Astro telah menyusun pelbagai aktiviti seperti program TV, konsert, penayangan filem, album muzik, video klip, peraduan dan banyak lagi yang dijangka meliputi segala jentera promosi.

Antaranya ialah dengan pelancaran filem Hoore! Hoore! arahan pengarah terkenal Saw Teong Hin yang akan mula ditayangkan 24 Mei ini. Filem muzikal yang menampilkan pelakon-pelakon mantap baru dan lama seperti Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi ini menggunakan rangkaian lagu-lagu popular Allahyarham yang diberikan sentuhan semula oleh komposer Audi Mok.

Selain dari acara-acara hiburan, pihak Astro juga akan mengadakan Majlis Tahlil dan Qiamullail bagi memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia anjuran Astro Oasis pada 25 Mei 2012 (Jumaat - Sabtu) bermula pada jam 7.00 malam bertempat di Masjid Asy-Syakirin. Majlis yang terbuka pada umat Islam ini akan turut disertai oleh barisan Imam Muda dari Astro.

Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

ww: how do i do it??




how do i do it??


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, May 22, 2012

Akak,saya terlanggar..maaf ya



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Habis je shift pagi kerja tadi.pergi thumb print...
dah siap je terus pergi start si CIKU
okey la.dah balik dengan hati-hati..maklumlah P tertayang dekat depan dengan belakang CIKU..
dah bawak pelan-pelan dah..

sampai depan rumah..nak masuk parking...

"gedebush....krekkkk"

alamak!!! apesal la aku pergi langgar pagar jiran sebelah...
aduhai..cemas juga aku kejap..
nak cakap macam mana ni..malu lagi den!!
dah tu aku ketuk la pintu rumah dia..
tup-tup adik dua orang bukak pintu..
siap-siap aku pesan kat budak dua orang tu

"Adik,akak terlanggar pagar rumah tau.nanti adik tolong cakap dekat mak tau"

lepas tu cepat2 aku masuk rumah...haih..dah tu aku tak pusing belakang dah..terus masuk rumah.
si CIKU?? lantak dia lah..calar ke hape ke.dah tak pedulik dah...

p/s: nasib tak baik 

*ciku-kereta kancil aku


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Bila Bosan,Facebook aku buat hal!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Tension...tension!! dah la bosan..facebook pun buat hal..aku ping baru berapa kerat.dah tak boleh nak post,komen bagai...

so,boleh tengok jelah..

dan tiba-tiba..semangat nak blogwalking hilang!! tidur jelah lagi baik..besok kerja pagi dan oncoll lagi..haih!
penatnya...

Hari ni semua perkara buat aku rasa sengal ulu hati..Doktor!!!! tolong.....

p/s: post sengal dari insan sengal



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

FOOD-DRUG INTERACTIONS


Ada sesetengah ubatan yang diambil boleh berinteraksi dengan makanan yang diambil..jadual dibawah menunjukkan jenis ubatan dan food interaction.

 TABLE 1: FOOD-DRUG INTERACTIONS
Disease
Types
of Drugs
Food
Interactions
Examples of
Drug (Brand Name)
AllergiesAntihistaminesTake without regard of food. Bioavailabilty decreases with apple, orange, grapefruit juice.
  • Diphenhydramine
    (BENADRYL)
  • Loratadine
    (CLARITYNE)
  • Cetrizine
    (ZYRTEC)
Arthritis/PainAnalgesicsTake on empty stomach for rapid relief
  • Paracetamol
    (PANADOL)
Arthritis/PainNon-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs)Take with food or milk to decrease stomach upset
  • Aspirin
  • Ibuprofen
    (Brufen)
Arthritis/PainCorticosteroidsTake with food or milk to decrease stomach upset
  • Prednisolone
AsthmaBronchodilatorsHigh fat meals may increase the amount of theophylline in the body, while high carbohydrate meals decrease it. Avoid eating / drinking large amounts of caffeine - containing food, drinks.
  • Theophylline
  • Salbutamol
Cardio-Vascular DisordersDiureticsTake on empty stomach/with milk to decrease stomach upset.
  • Frusemide
  • Bumetanide
  • Hydrochlorothiazide
Cardio-Vascular DisordersBeta BlockersTake with food to increase bioavailability.
  • Atenolol
  • Metoprolol
  • Propranolol
Cardio-Vascular DisordersNitratesTake on empty stomach.
  • IsosorbideDinitrate
    (ISORDIL)
  • Nitroglycerin
Cardio-Vascular DisordersAngiotensin Coverting EnzymesTake on empty stomach. Ensure adequate fluid intake.
  • Captopril
  • Perindopril
  • Lisinopril
Cardio-Vascular DisordersInhibitors (ACEi)Avoid salt substitutes.
  • Enalapril
Cardio-Vascular DisordersMNG-CoA Reductase inhibitors (Statins)Avoid grapefruit / related citrus. Avoid high fibre meals. Best taken before bedtime.
  • Atorvastatin
    (LIPITOR)
  • Simvastatin
    (ZOCOR)
Cardio-Vascular DisordersAnticoagulantsLimit food high in Vitamin K such as broccoli, leafygreens, cauliflower as it produces blood - clotting substances that may reduce effectiveness of the drug. Vitamin E (400IU or more) may prolong clotting time leading to bleeding.
  • Warfarin
InfectionsPenicillin/Quinolones /CephalosporinsTake on empty stomach 1 hour before or 2 hours after unless it upsets stomach, take with food but not with dairy or calcium - fortified food.
Quinolone: Avoid caffeine as it increase excitability & nervousness
  • Penicillin:Penicillin V,
    Amoxicillin
  • Quinolones:Ciprofloxacin,
    Ofloxacin
  • Cephalo: Cephalexin,
    Cefuroxime
InfectionsMacrolidesMay take with food if GI distress.
Avoid citrus food, carbonated drinks and citrus juices
  • Azithromycin
  • Erythromycin
  • Clathromycin
InfectionsSulfonamidesTake with food and at least with 8 ounces of water.
  • Sulfamethoxazole/
    Trimethoprim
    (BACTRIM)
InfectionsTetracyclineTake with food and at least with 8 ounces of water. Avoid taking it with dairy products, antacids, vitamin supplements containing iron as it can interfere with drug’s effect.
  • Tetracycline
  • Doxycycline
InfectionsNitromidazoleMay take with food to decrease GI distress.
  • Metronidazole
    (FLAGYL)
InfectionsAntifungalsTake with food to increase absorption. Do not take itraconazole with citrus.
  • Fluconazole
  • Ketoconazole
  • Itraconazole
Mood DisordersMonoamine Oxidase (MAO) InhibitorsDo not take foods or alcoholic beverages containing tyramine (eg.cheese, tapai, soy sauce, tofu, bananas, raisins, caffeine) while taking this drug and for 2 weeks after discontinuation.
  • Selegiline
Mood DisordersAnti-AnxietyMay take with food to decrease GI distress. Caffeine may cause excitability and lessen the anti-anxiety effect of the drug.
  • Alprazolam
  • Diazepam
Mood DisordersAntidepressantTo be taken with or without food.
  • Sertraline
    (ZOLOFT)
  • Fluoxetine
    (PROZAC)
Stomach ConditionsHistamine BlockersTo be taken with or without food. Caffeine may irritate stomach.
  • Cimetidine
    (TAGAMET)
  • Ranitidine
    (ZANTAC)

TABLE 2: HERBS/SUPPLEMENTS-DRUG INTERACTION
Herbs Supplements
Interacting Drug
Possible Effects
Ginseng
to stimulate adrenal gland which increases energy and reduce blood glucose
Warfarin
May decrease drug’s effectiveness
CorticosteroidsMay potentiate drug and increase side effects
AntihypertensiveMay increase blood pressure
MAOIsMay increase insomnia, headache, tremulousness
Gingko Biloba
for the treatment of dementia & to improve memory
Aspirin
Bleeding
WarfarinHaemorrhage
ThiazideHypertension
Garlic
to lower blood pressure & cholesterol
WarfarinIncreased effectiveness of warfarin, leads to bleeding
Ginger
for nausea & bowel spasms
WarfarinIncreased effectiveness of warfarin, leads to bleeding
Dong Quai
for menopausal symptom control
WarfarinMay increase the effect of this drug which can lead to bleeding
St. John’s wort
a natural anti –depressant for mild to moderate depression.
AmitriptylineWorsen depression as it reduces concentration of the drug in the blood
DigoxinDecrease digoxin concentration leading to reduce efficacy of digoxin
Theophylline
Worsen signs & symptoms of asthma as it reduces concentration of the drug in the blood
OestrogenCauses breakthrough bleeding
Green Tea
as an antioxidant
CalciumDecreases calcium absorption
WarfarinWarfarin activity might be lowered due to high level of vitamin K in herb
Turmeric
as an anti inflammatory, to treat digestive and liver problems, skin diseases, wounds
NSAIDsMay increase bleeding and gastrointestinal irritation
Warfarin, AspirinMay increase the effect of this drug which can lead to bleeding
Ranitidine,Omeprazole
May increase production of stomach acid
AzadirachtaIndica (Neem)
antiseptic, antiviral, antipyretic, anti-inflammatory, anti-ulcer
Insulin
May decrease glucose level further
Immunosuppressants (eg:Cyclosporine Azathioprine)
May increase immune’s system which leads to decrease of medications efficacy.
Ocimumtenuiflorum
(tulasi)
for common colds, headache
Anticoagulants,antiplatelets
May slow blood clot which leads to increase bleeding and bruising
Eurycomalongifolia (Tongkat Ali)
to stimulate male hormones, increase libido
ImmunosuppressantsMay further weaken immune system

Mechanism Of Food – Drug Interaction
mekanisma terbahagi kepada dua jenis iaitu Pharmacokinetic dan pharmacodynamic
Sesetengah pharmacokinetic mechanisms akan ada/wujud apabila berkurang atau meningkatnya
  • Penyerapan drug oleh badan
  • Pengagihan drug dalam badan
  • Metabolisma drug
  • Penyingkiran drug dari badan

Medication Safety Measures
( tips untuk elakkan food-drug interaction:
  • Sentiasa baca label preskripsi dan juga pamplet yang disertakan bersama ubatan (directions, warnings, interaction precautions) 
  • Ikut arahan cara pengambilan ubatan yang diarahkan oleh doktor.
  • Ambil ubatan dengan air putih.Elakkan mengambil dengan air panas kerana kepanasan kadangkala mengurangkan keberkesanan ubatan.
  • Jangan campurkan dengan makanan keculi jika diarahkan.
  • Jangan ambil ubatan herba atau supplement dalam masa yang sama anda mengambil ubatan.
  • Jangan minum alkohol semasa anda mengambil ubatan.
  • Beritahu doktor atau farmasi ubatan yang sedang diambil atau herba yang dimakan.
  • Beritahu Doktor tentang perubahan dalam gaya hidup kebelakangan ini (exercise, diet, alcohol intake).
  • Jika ada sebarang keraguan tentang ubatan,rujuk doktor atau farmasi.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE